Wednesday, November 18, 2020

Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8

14 Jun 2019

Harini dah pun masuk 14 Jun. Dah seminggu kitorang berada di negara China menjelajah wilayah kontroversi iaitu wilayah Xinjiang. 

Seperti yang me ceritakan sebelum ni, trip kitorang ni dah 2 kali jugakla x ikut plan asal. Mulanya x jadi nak ke Bayanbulak Grassland disebabkan masalah transportation. Yang keduanya x jadi nak ke Tashkurgan disebabkan salah faham permit. huhu


Bayanbulak Grassland 

Karakul lake in between Kashgar dan Tashkurgan

Malam tadi pulak sebelum tidur, kitorang ada berbincang yang kitorang nak cuba percepatkan perjalanan dengan cara menaiki flight dari airport berdekatan iaitu Nalati Airport ke mana-mana destinasi berdekatan dengan tempat yang kitorang akan pergi nanti. Kira dapatla jimat masa sikit. So dari malam tadi la me dok usha tiket flight hat murah-murah sampai la ke pagi ni.

Zhaosu ---> Nalati ---> Nalati Airport

Akhirnya me berjaya grab tiket flight China Express Airline berharga RM 349 untuk 2 orang dari Nalati ke Karamay.  Sebenarnya selang beberapa hari nanti kitorang akan ke sebuah tempat bernama Kanas. Ada je airport berdekatan Kanas tapi harga ticketnya mahal. Kiranya nanti, untuk ke Kanas kitorang akan melalui jalan darat dari Karamay.

Nalati Airport ---> Karamay Airport

Yining Airport ---> Karamay Airport ---> Kanas Lake

Lagipun, di Karamay, dah survey di mana ada senibina menarik dan unik yang kitorang boleh lawat kat sana nanti iaitu Karamay Bubble. Ia menyerupai The Bean yang terletak di Chicago. Alang-alang pergi nanti bolehla singgah.

The Bean yang terletak di Chicago

Ok selesai hal tiket. Berbalik pada aktiviti hari ni. Hari ni pun kitorang bangun awal macam biasa la. Solat dulu, lepas tu baring-baring balik. Sambil tu layan jugak tengok view snow capped mountain di kejauhan. 

nama hotel

zoom sikit view gunung ganang bersalji dari tingkap bilik

gunung salji nun jauh di sana 

Lebih kurang pukul 9.15 pagi, kitorang turun untuk breakfast di dalam restoran hotel. Me just ambil nasi goreng sikit, telur rebus dan kek span.

breakfast

Selesai breakfast, kitorang naik ke bilik semula dan rebus pulak telur separuh masak. haha. Menu breakfast tadi x cukup power dan mengenyangkan. Lagipun kitorang risau kot x jumpa kedai makan halal jap jap lagi. Maka lebih baik kenyangkan perut dulu.

makan dulu

Selesai makan, kitorang bersiap-siap dan check out pada pukul 10.30 pagi. Dengan menggalas beg, kitorang berjalan kaki menuju ke stesen bas yang memang tak jauh dari hotel.

suasana sekitar

Sesampai di stesen bas, kitorang disoal siat oleh polis lagi. Selesai je, kitorang terus ke kaunter untuk membeli tiket bas untuk ke Nalati berharga 94 yuan untuk 2 orang. Sekarang ni baru pukul 11.00 pagi. Waktu perjalanan bas adalah pada pukul 12.00 tengah hari nanti.

So, kitorang pun keluar dari stesen bas untuk bersiar-siar kat kawasan sekitar dulu. 

ada signboard map

snow capped mountain di kejauhan


cantik kan

Bila jam hampir ke pukul 12.00, kitorang pun terus mencari nombor bas dan naik mengambil tempat duduk. Bas bergerak jam 12.05 tengah hari. X ramai pun penumpang masa ni.

driver yang bawak bas ke Nalati

Zhaosu ---> Xinyuan 

dalam bas

stesen bas Zhaosu

bas bergerak meninggalkan Zhaosu

masih view hijau

grassland

pergunungan hijau

Lebih kurang sejam setengah bas bergerak, kitorang kena turun untuk pemeriksaan polis. Selesai, naik semula ke dalam bas. Macam tu la rutin kebiasaan kat Xinjiang ni. Hampir seminggu kitorang kat sini, kitorang dah standby dah nak jawab apa masa setiap kali lalu police checkpost. Kebiasaannya diorang akan ambil passport untuk di photocopy sambil2 tanya kita antaranya dari destinasi mana, nak ke mana lepas ni, berapa hari kat sini, dan tidur hotel mana. 

Pada jam 2.15 petang, bas singgah di hentian rehat bagi sesiapa yang nak ke tandas. Kitorang ada la turun intai-intai dari luar keadaan tandas. Aduhai... parah sungguh. haha. Dari luar dah bau hancing, nampak kat dalam ruangan tandas x berpintu pun. Aduhhh. haha. X sanggup nak masuk, rela tahan kencing.

turun kejap longgar-longgarkan sendi kaki

Bas bergerak semula x berapa lama kemudian dan singgah lagi di police checkpost pada pukul 3.30 petang. Kat sini kitorang ambil peluang untuk tumpang tandas. Ingatkan helok la. Rupanya sama jugak. Tandas berbentuk macam kubu batu, kecik je. Kat dalam tu cuma ada lubang je, air dan pintu pun xde. Disebabkan dah tak boleh menahan, terpaksa la guna. haha

Sungguhla kalau kat China ni memang payah nak cari tandas hat helok. Cukup berpintu dan ada air je cukup dah sebenarnya. Ni pintu dahla xde, boleh pulak tu ada yang tandas sharing. Buang hajat berjemaah ke ape. haha. Tu sebabnya bila stay hotel elok sikit, gunakan sebaik mungkin. 

Selang sejam, kitorang turun lagi untuk pemeriksaan polis. Lebih kurang pukul 4.50 petang, akhirnya kitorang selamat tiba di Xinyuan Bus stn. Kitorang ingatkan dah sampai la Nalati . Rupa-rupanya ada lagi 1 jam setengah untuk ke Nalati Grassland.

sampai Xinyuan Bus Station

Dengan itu terpaksa la kitorang mencari transport lain untuk ke Nalati. Kata minah kat kaunter tiket bas ni, kena naik sharing van. Sebelum kitorang datang kat kaunter tadi, kitorang ditahan lagi sekali oleh polis yang menyoal siasat kitorang itu ini seperti biasa. Hari ni je 5 kali mengadap polis.

Selesai urusan, kitorang pun keluar mencari sharing van yang sedang park kat luar stesen bas. Bila tanya driver, katanya kena bayar 40 yuan untuk 2 orang.

Driver suruh tunggu dulu sementara tunggu penumpang lain. Bila seat penuhje, van pun bergerak menuju ke Nalati. Van ni banyak kali jugak berhenti menurunkan penumpang dan mengambil penumpang. 

Xinyuan ---> Nalati Grassland

Kitorang terpandang kedai buah semasa van berhenti nak pick up orang. Kitorang mintak driver tunggu sekejap. Mujurla x kena tinggal. Sempat sambar beli pisang dan telur. Dapatla makan pisang sebijik sorang buat alas perut.

singgah kedai runcit pastu cepat2 masuk balik dalam van

Akhirnya dalam pukul 7.10 petang, kitorang tiba di Nalati. Kitorang terus menuju ke entrance Nalati Grassland. Masih lagi dibuka untuk kunjungan. Seperti hari sebelumnya, jam 7 petang ni masih lagi cerah, belum senja lagi.

tiba di Nalati

Nalati atau Narat Scenic Area

entrance

Kitorang memasuki bangunan dan terus menuju ke kaunter pertanyaan. Harga tiket masuk adalah cny 95 lebih kurang RM 60. Kawasan grassland ni tersangatlah luas, jadi mereka turut menyediakan shuttle bus. Kat dalam area grassland ni memang ada disediakan hotel dan villa. Harga mungkin agak mahalla. Kalau nak keunikan, boleh try tidur dalam yurt. Yurt ni sejenis khemah yang berbentuk bulat yang digunakan oleh kaum nomad. Rugi pulak kitorang x try haritu.

best betul pemandangan sekitar yurt

Untuk langkah penjimatan, kitorang decide nak bermalam kat area pekan Nalati je. Kitorang just merayau-rayau melihat kawasan sekitar dan keluar mencari hotel yang lebih murah di kawasan pekan Nalati.

dalam kedai souvenir

antara souvenir yang dijual

Cari punya cari, jumpala 1 hotel ni dengan bayaran 300 yuan. Mahal jugakla. Cuma murah banyak dari harga dalam area Nalati Grassland. X jumpa yang murah dah. Mungkin kawasan pelancongan yang famous kot. Lagipun kan x banyak hotel yang accept foreigner. memang dah try tanya kebanyakan hotel. Semua geleng kepala, tandanya x ambil guest foreigner.

kat lobi hotel

Nama hotel ni Pasture Land Pearl. Selesai urusan check in, kitorang naik ke bilik dan berehat. Kitorang check in masa ni pun dah pukul 8.30 malam. 

view dari tingkap bilik

Lebih kurang pukul 10.30 malam, kitorang keluar untuk meninjau kawasan sekitar. 

ni hotelnya


dah hampir gelap

Nalati

kedai jualan


peniaga makanan

Kitorang singgah di salah sebuah kedai makan dan order nasi berserta sayur favorite asben iaitu kacang buncis dan juga sayur cendawan. 

tunggu makanan siap

bersama owner kedai

kitorang order 2 cucuk kambing bakar

kedai makan

sampai dah nasi dan sayur kacang buncis

sayur cendawan


licin habis

Selesai makan, kitorang terus bayar dan keluar meninjau lagi kawasan sekitar. Tak ada apa yang menarik pun lewat lewat  malam macam ni. Dahla sejuk sampai ke tulang.

dah kenyang dah boleh bayar

Kitorang berjalan balik semula ke hotel untuk berehat. Esok kitorang akan menaiki flight untuk ke Karamay. 

hari dah lewat malam



Dan esok jugak kebetulan kitorang dapat peluang bergambar di ladang bunga canola yang tersangatlah luas. Pokok bunga yang kuning-kuning lawo tuuuu..So, nantikan sambungan kisah pengembaraan kitorang lagi di next entry ye.

Assalamualaikum..

















 





















 













 

Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8