Tuesday, November 17, 2020

Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D7

HUSBAND WIFE TRIP TO XINJIANG CHINA

Assalamualaikum..Lamanya x bersiaran. Dengan negara dilanda pandemik covid 19 nya. Langsung semua orang x dapat dah nak merayap obesi.. Adoi rindunya nak berjalannnn. Rindu nak berbackpack..Ada hikmahnya tu. 

Jap! Jap! Sebelum memulakan kesinambungan cerita trip Xinjiang ni, kita mengelat jap. La ni dah masuk bulan November 2020.. Dah hujung tahun uolllsss... blog x siap2... haha. Mari rajinkan diri semula. Ada 3 lagi trip story x masuk2 lagi ni. Trip Silangit Danau Toba, Trip Sichuan China awal 2019 dan Trip Umrah Makkah Madinah penghujung 2019 lalu.

Nak kisah jap pasal trip umrah ni. Mujurlah Allah izinkan me & family jejak kaki ke Makkah pada hujung November 2019 lepas. Rezeki yang ditentukan. Syukur. Ngam pulak sebulan dua lepas tu Covid melanda dunia. hmmm... Moga negara seluruh dunia cepat sembuh dari kes pendemik ni. Aminnnn 

Ok jom sambung sebelum kemalasan melanda!

13 Jun 2019

Seperti biasa, kitorang bangun awal dan bersiap. Excited la nak merayap. Bas untuk ke Zhaosu adalah pada pukul 10.00 pagi. Tiket kan dah beli semalamnya. Lambat lagi ni. Memandangkan harga bilik ni pakej dengan breakfast sekali, so dalam pukul 8.15 pagi kitorang naik lif untuk ke restoran hotel yang terletak di tingkat 8. Beg pakaian kitorang tinggalkan dulu dalam bilik.

X banyak pun menu sarapan yang disediakan. Kitorang cuma ambil sayur, roti dan telur rebus. Yang lain x yakin pulak nak makan terutamanya menu berasaskan daging.

roti, sayur kacang buncis dan telur rebus

Selesai makan, kitorang turun semula ke bilik dan bersiap. Dalam pukul 9.30 pagi, kitorang pun check out dan berjalan kaki menuju ke stesen bas yang terletak berhampiran dengan hotel.

bolehla buat lap kasut yang dah berdebu ni 

ni tiket bas ke Zhaosu untuk 2 orang yang dah dibeli semalam
kedai runcit

Setibanya di bus station, kitorang terus mencari bas ke Zhaosu mengikut nombor yang diberi oleh petugas tiket. Memandangkan x ramai penumpang, so kitorang duduk di seat berasingan, letak backpack je kat seat sebelah masing-masing.

terminal bas
ni bas yang kitorang naik untuk ke Zhaosu

mengambil tempat

Masa ni, ada 1 kejadian berlaku. Driver datang check penumpang, lepas tu ntah dia tanya apa. Sebab x faham bahasa yang dia cakap. X lama tu, datang seorang budak lelaki remaja yang boleh cakap english, bagitau kitorang yang driver mintak me bukak tudung sebab on the way ni ada 3 police check post. Kiranya dia x nak ada masalahla, nak kena singgah lama masa kat checkpoint nanti kot agaknya.

Ha korang tengok! Ni salah 1 contoh yang kita boleh nampak menunjukkan kebenaran berita berita yang kita dengar pasal muslim uighur yang ditindas kat sini. Orang Islam disuruhnya bukak tudung. Me memang buat x tau je. Patutla x nampak pun perempuan bertudung penuh, yang ada makcik-makcik ikat skarf belakang dan yang muda kebanyakannya x bertudung.

Lebih kurang pukul 10.50 pagi, bas pun bergerak ke Zhaosu. Dah lewat 50 minit dari jadual asal. Memang x ramai pun dalam bas ni. Kebetulan budak lelaki tadi duduk kat seat belakang berdekatan kitorang.

bas baru gerak

sembang dengan budak lelaki kazakh bernama Heran

So asben pun bersembang dengan dia. Agak fasih jugakla pertuturan dia dalam bahasa Inggeris. Kita pulak segan dengan bahasa inggeris yang x seberapa nih.

Budak lelaki ni berbangsa Kazakh dan bernama Heran. Dia student yang belajar di Universiti di Shenyang. Jap nak google Shenyang ni kat mana. Sebab katanya nak balik hometown dia ni makan masa 50 jam naik train. Pergghhh.. lama kan? Dekat 3 hari la memerap dalam train. Gitu? 

Shenyang ---> Zhaosu, Xinjiang (ni laluan jalan raya)

Memang jauh pun Shenyang ni. Dah dekat dengan Korea Utara. Nak jimat punya pasal, Heran ni bagitau yang dia cuma ambil tiket hard seat je, iaitu tiket yang paling murah. Lama kot, kematu duduk dalam train lama-lama.

Sempatla tanya Heran ni serba sedikit pasal Xinjiang dan khususnya pasal Zhaosu, tempat yang kitorang nak pergi ni. Seronok dapat bersembang, sebab selama ni nak bercakap dengan warga tempatan nak kena pakai translator apps. X puas bercakap. Sambil tu dok layan view kat luar.

view tanaman lavender dari dalam jendela

yang putih-putih di kejauhan tu adalah binatang2 yang tengah meragut rumput

bestnya rumah sebijik kat tengah2 pergunungan hijau

binatang meragut rumput

kuda, kambing dan lembu

bangunan tepi jalan

Bas singgah sekejap dalam 10 minit di kawasan hentian bagi sesiapa yang nak ke tandas. Kitorang cuma duduk dalam bas je. Bas meneruskan semula perjalanan dan lebih kurang pukul 12.50 tengahari bas berhenti di check post pertama. 

Kitorang x keluar pun. Polis tu naik ke dalam bas, dan terus datang kat me & asben yang duduk kat belakang, polis tu check passport, tengok2 gitu je. 

Kitorang tiba di Tekes jam 1.30 petang. Kat sini ada police checkpost yang ke 2. Dalam 10 minit proses kat sini

Ili ---> Tekes ---> Zhaosu


hijauuu


luas betul grassland ni


Lebih kurang pukul 2.20 petang, bas berhenti lagi. Kitorang kena keluar dari bas untuk ke checkpost ke 3. Kali ni Heran ikut kitorang sekali. Dia je yang terangkan kat polis-polis kat situ. Settle dalam 15 minit, kitorang naik bas balik. 

Kitorang mintak Heran bagitau kat semua penumpang yang kitorang mintak maaf sebab banyak kali kena singgah di checkpost, makan masa dalam 15 minit gakla setiap kali singgah. Mujur semua ok, senyum2 je. (padahal dalam hati masing2 menyumpah2 dah kot agaknye) haha


bergambar dengan uncle2 dalam bas

X sampai setengah jam bas bergerak, kitorang kena turun lagi sekali di checkpost terakhir sebelum sampai Zhaosu. Giler... 4 kali jugakla nak hadap polis dari Yining nak ke Zhaosu ni.

Pada jam 3.15 petang, akhirnya kitorang selamat sampai di Zhaosu Bus stn. Kitorang turun dari bas menggendong beg, dan sempat bergambar dengan Heran sebelum mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kat dia. Lepas tu kitorang terus masuk ke dalam bus station untuk mencari kenderaan untuk ke tempat seterusnya iaitu Xiata County.

Tanya punya tanya, ada la sharing car untuk ke Xiata Valley ni. Bayaran 20 yuan seorang. Perjalanan dalam sejam lebih jugakla. Kereta bergarak jam 3.45 petang

dalam sharing car

driver berhenti hantar makcik ni lintas ke seberang jalan

lawa kan

Dalam pukul 5.00 petang, lalu 1 police checkpost, tapi driver rilek je terus gerak tanpa berhenti. Kitorang akhirnya tiba di depan entrance Xiata pada jam 5.30 petang. Kitorang terus masuk menuju ke kaunter tiket. Harga tiket 60 yuan seorang

tiket masuk Xiata Valley

Untuk sightseeing dalam kawasan Xiata Valley ni, disediakan bas persiaran. Nak jalan kaki pun boleh tapi jenuhla, kawasan agak luas. Kalau ada banyak masa okla nak jalan.

Dalam jam 5.50 petang, bas mini pun bergerak menjelajah kawasan Xiata Valley. Ada seorang tour guide yang handle untuk setiap bas. Tour guide ni bercakap bahasa cina la. Mungkin dia dah tahu ada kitorang ni foreigner yang ikut sekali. So dengan kitorang die cakap english. Nama tour guide ni Sherry, dia practical student yang belajar tourism management.


hijauu


kiri kanan view pergunungan

snow capped mountain

cantik

indahnya pemandangan

X lama tu, bas singgah di hentian pertama iaitu kawasan sungai. Menurut tour guide bernama Sherry ni, Kat sini terdapat sebiji batu besar yang menyerupai penyu. Kitorang turun untuk melihat. Betul ke serupa penyu?

bas mini yang kitorang naik

jom ke sana tengok penyu


sungai

ha ade x ghope penyu?

cantik warna kebiru-biruan

X lama tu, kitorang naik semula ke dalam bas, dan perjalanan diteruskan ke tempat seterusnya. Indah sungguh pemandangan, kiri kanan disajikan view pergunungan hijau. 

Bas bergerak perlahan. Sherry tunjuk sesuatu kat gunung sebelah kiri. Salah 1 sudut batuan gunung tu menyerupai monyet. Yang ni memang boleh nampak terus! Sebijik! 

nampak x bentuk muka monyet


kita zoom sikit

Bas masih bergerak. X lama tu, driver memperlahankan bas. Tour guide ni suruh kitorang pandang satu sudut lagi kat bahagian gunung. Katanya salah 1 sudut pada batu gunung tu menyerupai serigala. Yeke? Jom kita zoom tengok

perati hat ni pulak

nampak macam ye.. korang nampak dak?  hehe

Dah macam kelas sains pulak, belajar rupa bentuk binatang. haha. Unik jugakla kawasan ni. Ada kisah tersendiri. Yang penting view lawo. X lama tu bas park kat bahagian tepi jalan. Kitorang turun dan boleh berjalan-jalan di kawasan sekitar. Disediakan jugak signboard info berkenaan bentuk-bentuk muka binatang tadi. 

katanya ada jugak menyerupai muka orang tua

baca jangan x baca

X berapa lama kat sini, kitorang pun naik bas semula. Perjalanan diteruskan menyusuri pemandangan hijau kiri dan kanan. Ada pulak sungai kecik kat bawah tu. lawa sungguh

menenangkan



kabur sikit, tangkap dari dalam bas

Bas berhenti dan parking kat 1 kawasan. Kat sini tour guide kata boleh lepak lama sikit. Merayap la kitorang mencari port bergambar. Lawa betul padang rumput dia. Ada pulak bunga-bunga kecik-kecik, indah sangat.

deck view


ngam giler view ni kan

ada mungee

suke sangat pemandangan ni

bunga lagi

Puas bergambar kitorang pun berpatah balik ke tempat bas parking tadi. Menurut tour guide ni, sampai kawasan sini je perkhidmatan bas. Kalau nak terus masuk jauh ke dalam Kawasan Xiata Valley lagi kena naik buggy. Cumanya cas harga lain la.. Aduiii. Kalau kat China ni memang entrance fees agak mahal. Semua tempat berduit.. huhu

tourist centre kot

Kalau nak teruskan perjalanan kena bayar tambahan untuk kos buggy pergi balik sebanyak 50 yuan seorang. Dah alang-alang datang, akhirnya kitorang masing-masing bersetuju. Pelancong lain yang naik bas sama tadi pun ikut sekali. 

berjalan kaki ke tempat naik buggy

jom gerak

x pasti bangunan ape.. mungkin resort


dah nak sampai

sampai dah

Kitorang turun dan mula menjelajah kawasan yang dikelilingi pergunungan ni. Masa ni jam dah pukul 7 lebih. Langit masih cerah seperti hari-hari sebelumnya.

indah ciptaan Allah

dihiasi bunga-bungaan

pose sikit


snow capped mountain

bunga di musim summer

sherry (tour guide) bersama salah seorang pelancong

subhanallah indah

Puas bergambar, akhirnya kitorang naik buggy semula untuk ke tempat bas tadi. Masa ni nampak la jugak beberapa ekor marmot main aci nyorok. Susah giler nak tangkap gambar. Driver buggy ni siap berhenti nak bagi kitorang capture gambar si marmot ni. Bukan senang nak dapat tengok haiwan ni. 

Marmot ni menyerupai tupai tapi lebih besar. Kebanyakannya hanya dijumpai di kawasan pergunungan. Dulu pernah nampak di kawasan pergunungan Ladakh, masa on the way nak ke Tso Mo Ri Ri Lake. 

nampak x marmot

pondok

tu dia si marmot kat atas batu

lawanya

Sampai je di tempat bas parking tadi, kitorang terus naik. Bas memulakan perjalanan balik ke entrance masuk tadi semula. Kitorang tiba di entrance masuk hampir jam 8 malam. 

penuh binatang-binatang meragut rumput

lawa kan pergunungan salji nun

Kitorang sempat berbual dan mengucapkan terima kasih kepada Sherry selaku tour guide kitorang pada harini. Misi seterusnya adalah untuk mencari kenderaan untuk balik semula ke Zhaosu.

yang ni lah Sherry tour guide di Xiata Valley

Dari sini x ada bas nak balik ke Zhaosu. Macam tadi, kitorang menaiki sharing car, so terpaksa la cari sharing car. Cuma kali ni harga jadi double la pulak, 40 yuan seorang. Disebabkan dah lewat, kitorang setuju je. Kitorang gerak balik masa ni dah pukul 8.45 malam.

bye xiata valley yang indah

lembu lembu meragut rumput

grassland


yurt, khemah tempat tinggal kaum nomad

belah sana tu macam dah hujan


hari dah semakin gelap


on the way ke Zhaosu

Setelah hampir sejam suku perjalanan, kitorang akhirnya tiba semula di Zhaosu Bus Station pada pukul 10.00 malam. Dari stesen bas ni kitorang berjalan kaki mencari hotel-hotel berdekatan.

dah sampai Zhaosu

Mula tu, jumpa 1 hotel ni tapi harga agak mahal. Kitorang decide untuk cari hotel lain. Jumpa la 1 hotel ni dengan harga 240 yuan bersamaan RM 150. Mahal jugak ikutkan. Tapi dah penat nak cari hotel lain. Dalam pikiran masa ni ingat nak landing atas katil je.

misi pencarian tempat menginap

jalan kaki mencari hotel

Lebih kurang pukul 11.00 malam, kitorang decide nak keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar. Sambil tu nak cari la apa-apa makanan yang boleh dibuat makan malam

jam 11.00 malam masa ni

Masa ni ada seorang polis menegur kitorang. Kitorang sembang guna apps translator la. Dia tanya kitorang ni nak ke mana. Dipendekkan cerita, akhir perbualan tu dia tunjuk kat kitorang kedai makan. Lepas menunjukkan kedai makan, polis tu pun mengucapkan selamat tinggal.

menu 

Lepas memerhati buku menu yang disediakan, kitorang memesan nasi putih bersama sayur kacang buncis dan air teh. Cuma x taula air tu dicampur daun herba apa. Teh cina la agaknya

sayur dah sampai

Rasa sayur kacang ni boleh tahanla. Tapi asben memang suka sayur ni. Sampai terngiang-ngiang kata nak makan lagi bila dah balik mesia. Me panggil sayur ni, kacang buncis lavender sebab dia ada rasa macam letak perfume lavender. hahaha

Tapi kalau korang nak tahu, kat sini memang diorang ada guna dried lavender sebagai rempah ratus masakan. Sebab banyak kali jumpa dijual di kedai-kedai runcit di kawasan sekitar. Mungkin la agaknya diorang campur sekali kan. 

herbal tea

selesai dengan jayanya

Selesai makan, kitorang pun menuju ke kaunter untuk membuat bayaran. Tapi perempuan yang jaga kaunter tu just geleng-geleng kepala je, tangan macam tunjuk gaya x payah bayar. Kitorang tanya la kenapa. Dia pun x cakap, kalau cakap kan senang nak faham. haha

Mungkin polis tadi dah siap bayarkan kot. Alhamdulillah. Kitorang mengucapkan terima kasih pada amoi kaunter tu dan berlalu keluar. Sempatla pusing-pusing dulu kawasan sekitar dan singgah membeli telur dan mineral water sebelum balik ke bilik. 

view malam hari


Maka berakhirla trip kitorang harini ke Xiata Valley. Sebuah tempat yang cukup cukup indah. Kalaulah dapat pergi lagi, memang nak pergi.

Malam ni, just berehat merelakskan otot-otot badan. Esok kitorang akan ke Nalati. Sebuah tempat yang masih lagi kaya dengan keindahan grassland yang memukau.

Jumpa di next entry ya..Daa... Assalamualaikum
































































































  





















No comments:

Post a Comment

Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8