|
JEPUN FAMILY TRIP
Assalamualaikum semua....Ada yang masih mengikuti perjalanan cerita trip ni ke..harap-harap x bosan la ye bace cerita ni..hehe... |
Hari ke 6 dah ni.. Esok dah nak balik.. cepatje rase..huhuhu...
12 Januari 2016
Hari ni kitorang akan check out dari rumah yang kitorang sewa ni. Selesa tinggal kat rumah ni. Cukup luas jugakla untuk tampung seramai 10 orang. 2 malam dah kitorang tido kat sini.
Awal pagi lagi kitorang dah bangun. Seperti biasa la, ada yang memasak untuk sarapan pagi dan ada yang mengemas barang sambil mengemas rumah ni sikit-sikit. Pagi ni menu kitorang adalah bihun goreng.. Mmm.. bihun goreng pun rasa sangat sedapp bila ada di tempat orang.. hehe..
Masa kat sini, paling rasa nak makan adalah roti canai.. haha.. mane nak dapat roti canai kat jepun ni.. huhu..
|
Keadaan dapur kitorang..hehe |
|
jemput makan bihun goreng |
|
menikmati sarapan pagi sebelum kena angkat beg berat.. hehe |
TIPS PENTING ; kebiasaannya owner rumah yang kita sewa ni akan bagitau awal2 supaya kita x buang beg plastik sampah sendiri di luar. Diorang sendiri akan buang sebabnya sampah-sampah ni diorang akan asingkan terlebih dahulu. Tu sebab la jarang nak nampak beg sampah kat tepi2 jalan. Bersihje...
Mengikut itinerary yang me dah buat, sepatutnya pagi ni kitorang kena keluar awal untuk ke Asakusa. Tapi disebabkan kitorang dah pun pergi Asakusa semalam, so pagi ni dapatla kitorang keluar rumah lambat sikit. Destinasi kitorang seterusnya?? ha.. tunggguuuu... hehe
Siap-siap kemas beg, kitorang pun turun ke bawah membawa beg masing-masing. Beg masa ni dah xberapa berat sikitla (tapi berat jugak) sebab barang makanan dah berkurang. hehehe..
Untuk balik ni me cuma beli 4 je luggage untuk check in. Sebab apa? Yang pertamanya mahal. Korang boleh baca pasal harga untuk check in luggage ni di entry ' persiapan sebelum trip'.
Keduanya sebab barang makanan dah berkurang sikit terutamanya beras.
TIPS PENTING : kalau korang datang dalam group, selalunya mesti korang akan bawak barang untuk memasak kan.. Kalau nak jimat sikit tu, waktu balik, kurangkanla beli untuk check in luggage sebabnya nanti barang makanan tu akan berkurang atau habis terus..kan?.. hehe..Rugi beli banyak beg.. Dahla dah mahal sekarang. Melainkan korang memang nak shopping, tu x pela beli beg.. Nanti terlebih berat, kena bayar pulakkan.. hehe..
Me siap-siap message tuan rumah melalui AirBnb untuk bagitau yang kitorang dah nak check out.
Ada 1 perkara yang me baru perasan. Sepanjang 2 malam kitorang menginap di rumah ni, x pernah pulak nampak orang lain yang keluar masuk apartment ni. Rasenyela.. X taula family yang lain perasan ke x..Mungkin diorang semua pun x tinggal sini. Cuma buat untuk sewa kot..
Tapi memang best sebab sunyi dan tenang je. Kalau kat tempat sendiri, macam-macam boleh dengar kat kawasan perumahan.. bunyi ekzos kereta mengaum la, orang bertukangla, bunyi hon keretala.. betul x? betul x? hehehe...
Sempat kitorang bergambar kenangan di bawah apartment sebelum berjalan kaki menuju ke Kuhombutsu stn. Masa ni lebih kurang pukul 9.30 pagi. Keadaan jalan kat luar macam baru lepas hujan. Mungkin malam tadi hujan la kot. Me x sedar dah malam tadi sebab tidur lena sangat.. hehe..
Selepas dah pastikan semua barang ada, dan xde yang tertinggal, kitorang berjalan kaki perlahan-lahan menuju ke train stn.
|
berjalan kaki ke train stn |
|
masing-masing mengangkut anak tenuk kat belakang.. haha |
Sampaije di Kuhombutsu stn, macam biasala kena beli tiket berharga 200 yen untuk ke Oimachi stn. Cumanya ni last la beli tiket Tokyu line ni. Lepas ni x beli dah..Selamat tinggal Kuhombutsu! Nice to meet u..hehehe...
Lepas dah naik train, kitorang letak beg berat masing-masing. Train Tokyu Oimaichi Line ni pun bergerak meninggalkan Kuhombutsu stn menuju ke Oimachi stn yang mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan. Laluan yang sering kitorang gunakan selama 3 hari kat sini.
|
X berapa ramai dalam train ni. |
Setibanya di Oimachi stn, kitorang tukar ke JR Keihintohoku Line untuk menuju ke Tokyo stn. Apa yang me perasan, bila tiba je di Oimachi stn, orang agak ramai, mungkin jugak sebab station ni adalah station pertukaran kan..
|
berjalan untuk tukar ke JR train |
|
2 orang Tour Guide mencari arah tujuan..hahaha |
Apabila train sampai, kitorang pun naik dan letakkan beg di tempat yang x mengganggu laluan orang. Train ni menuju ke Tokyo stn yang mengambil masa selama 15 minit perjalanan.
Apa tujuan kitorang ke Tokyo stn? Sebabnya kitorang nak simpan beg-beg berat ni selama 1 malam di coin locker yang terletak di Tokyo Stn.
Sebenarnya hampir kesemua station ada menyediakan coin locker untuk simpan barang. Me pilih Tokyo stn sebabnya esok kitorang akan berpatah balik ke Tokyo stn sebelum menuju ke airport. Esokke?? Wahh..cepatnya...dah nak balik dahhh...huhu
Setibanya di Tokyo stn, kitorang terus mencari mana-mana coin locker yang kosong untuk dimuatkan dengan 4 buah beg besar. Nasib baiklah locker ni boleh digunakan selama 3 hari berturut-turut. Sebabnya esok baru kitorang nak ambil beg ni. Kiranya kitorang simpan untuk semalaman la.
|
Jumpa coin locker |
|
Kitorang sewa 2 locker besar untuk simpan beg |
|
Tokyo stn |
Locker ni kitorang just bayar dulu amount untuk sehari. Esok kitorang nak ambil beg, baru bayar yang selebihnya. Apa yang me tahu, kalau lebih dari 3 hari kita guna locker ni, locker ni akan terbuka sendiri secara automatik.
Lega rasa bila dah simpan beg-beg berat dalam locker. Masing-masing cuma membawa beg ringan untuk 1malam lagi kitorang di Jepun ni.
Kitorang pun menuju ke kaunter untuk reserve seat shinkansen. Kitorang akan ke mana?
Inilah map laluan kitorang untuk hari ke 6 ni ;
|
Tokyo Stn ---> Karuizawa Stn |
Kitorang akan ke Karuizawa!
Di Tokyo stn ni, me nak reserve seat untuk shinkansen ke Karuizawa tapi reserve seat dah habis. So kitorang just ambil unreserved seat nanti. Shinkansen yang akan kitorang naik adalah Hokuriku Shinkansen jenis Hakutaka.
Shinkansen belum tiba lagi. Masa ni jam menunjukkan pukul 10.35 pagi. Awal lagi. Kitorang ambil peluang untuk bergambar dan bergambar.. hehe..Shinkansen kitorang adalah pada pukul 10.52 pagi.
|
Mencari track untuk shinkansen yang kitorang akan naik nanti |
|
Somel kan? Tapi bukan shinkansen yang ni yang kitorang akan naik |
|
Shinkansen kaler hijau |
|
ambil peluang bergambar |
X berapa lama lepas tu, shinkansen Hakutaka 559 pun tiba. Kitorang beratur di bahagian non reserved car no 1. Bukan boleh naik terus tau. Selalunya ada cleaner dah standby untuk bersihkan dalam ni dulu sebelum dibenarkan naik.
TIPS PENTING : Sila beratur untuk menunggu giliran. huhu..Orang Jepun ni sangat berdisiplin. Diorang selalunya akan beratur dulu sebelum nak naik train ke, bas ke. Kita kat sini pun susah nak buat betul x? Kurangkan nampak orang beratur sebelum naik LRT? hihi..Pintu bukak je, serbuuuuu.. :)
|
Ha nampak x ada line merah tu? line untuk beratur.. heee |
Tepat je pukul 10.52 pagi, shinkansen ni pun bergerak. Perjalanan ke Karuizawa stn ni mengambil masa selama 1 jam 06 minit. Kat dalam shinkansen memang ada pemanas so kalau korang pakai baju tebal-tebal tu confirm akan rasa panas. Turut disediakan tempat gantung coat, so bolehlah kalau korang nak gantung winter coat/jacket tu.
Belakang seat tu pun dah siap-siap ada meja lipat macam dalam flight jugak. Kalau nak makan ke, membaca ke bolehla bukak meja tu kan. Me kadang-kadang bukak meja tu untuk jadikan tempat letak kepala untuk tidur.. hehe..
|
ha sangkut baju korang kat sini |
|
Meja Lipat |
So aktiviti kitorang dalam shinkansen selama sejam ni dipenuhi dengan bermain telefon x pun tidur. Hehehe..
|
Masing-masing dengan phone.. hehe |
Semakin nak sampai ke tempat yang nak dituju, semakin cantik pemandangan gunung-gunung yang yang bertompok2 putih salji.
|
gunung-ganang bertompok salji |
Tepat pada pukul 11.58 pagi, shinkansen ni berhenti di Karuizawa stn. Kitorang pun turun dengan membawa beg masing-masing. Turun-turun je dari train ni, terasa sejuk sampai ke tulang. huhuhu.. Sejuk sangat cuaca kat sini. Masing-masing capai glove untuk dipakai.
|
Sejukkkkkk |
Kitorang x melepaskan peluang untuk bergambar.. Cantik tempat ni. Nak pulak sejuk-sejuk macam ni memang la lagi best. Cuma tempat ni belum lagi bersalji tebal.
|
kat gunung tuu adalah kawasan bermain ski |
Apa yang ada di Karuizawa?.. Oklah..Meh sini nak cerita. Karuizawa ni terletak di kaki gunung di wilayah Nagano. Bandar Karuizawa terletak berhampiran gunung berapi aktif iaitu Mt. Asama.
Apabila musim salji, tempat ni menjadi tumpuan pelancong untuk bermain ski.( Info dari pak google ye)
Apa yang membuatkan me tertarik nak pergi ke sini adalah sebab salji la! hehe..
Sebenarnya apa yang membuatkan me nak masukkan tempat ni dalam itinerary sebab kat sini ada hotel yang terletak dalam 1 kawasan yang luas yang berkonsepkan resort yang dinamakan Karuizawa Prince Hotel. Di kawasan hotel ni juga turut disediakan tempat bermain ski, shopping mall dan tempat bermain golf.
|
Karuizawa area masa musim salji |
Hotel ni terletak bersebelahan je dengan station Karuizawa ni. Xperlu jalan jauh-jauh pun. Dari station ni kitorang kena berjalan kaki sikit.
Ni map kawasan Karuizawa Prince Hotel. Besar sangat kawasan ni.;
|
Gambar dari google map |
Kitorang kena turun bawah sebab train tadi terletak di tingkat atas. Lif turut disediakan. Masa ni ramai jugak orang. Lama sangat nak tunggu lif, so kitorang turun pakai tangga je.
|
sebelah kanan tu lif untuk turun ke bawah |
|
tengah tunggu lif |
|
jalan kaki je turun tangga |
|
sejuk wehhh |
|
kawasan parking |
Tempat pertama yang kitorang singgah kat sini ialah kedai/ mart.. hehe.. Beli siap-siap barang makanan seperti roti dan nasi peket. Cumanya biasalah, tempat tumpuan pelancongkan.. Barang-barang kat sini adalah lebih mahal berbanding di tempat lain. Strawberry pun mahal kat sini.
TIPS PENTING : kalau korang ni jenis berjimat macam kitorang ni, better beli siap-siap barang makanan sebelum tiba di Karuizawa Stn. Mahal kat sini..Kalau jenis yang xkisah tentang duit tu xpelah.. Pilihan di tangan anda..hehe..
|
kawasan kedai |
|
Masing-masing pakai glove sebab sejukkk..hehe |
|
Lepak kejap di tempat duduk berdepan je dengan kedai. |
|
sejukk |
Waktu check in kat hotel ni adalah pada pukul 3.00 petang. Masa kitorang sampai ni baru pukul 12.00 tghri. Ada 3 jam lagi. Memang me dah siap plan dalam itinerary untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar dulu sebelum check in.
|
tengok map dan itinerary dulu..hehe |
Di Karuizawa Prince Hotel ni turut disediakan free shuttle bus. Bas akan berhenti di setiap hentian bernombor.
|
Ni me print screen dari website diorang. Free shuttle Bus yang disediakan kat sini. |
|
Map Shuttle Bus Karuizawa Prince Hotel
|
|
Dari sini kitorang patutnya boleh naik je bas ni untuk ke Karuizawa Prince Shopping Plaza. Disebabkan terletak x berapa jauh dari kedai tadi tu, kitorang cuma berjalan kaki je ke sana.
Sambil-sambil tu boleh menikmati pemandangan kawasan sekeliling.
|
Shuttle Bus di South Exit of Karuizawa stn |
Kawasan hotel ni sangat besar kalau tengok kat map. Macam-macam ada kat dalam kawasan ni. X lama berjalan, sampaila kitorang di kawasan Karuizawa Prince Shopping Plaza. Kawasan shopping ni saje dah tersangatla besar. Macam-macam kedai ada.
|
Besar sangat kawasan ni |
|
Kawasan shopping |
|
peace.. |
|
tasik di tengah-tengah shopping plaza |
|
kawasan yang luas |
|
antara kedai-kedai yang ada |
Kedai-kedai kat sini beroperasi setiap hari dari pukul 10.00 pagi sehingga 7.00 malam. Banyakla kedai barang-barang berjenama kat sini. Sesuai sangat bagi yang kaki shopping tu.. hehe..
X cukup kedai-kedai di bahagian luar, bahagian dalam pun ada.. Lagi banyak kedai-kedainya. Mana yang kaki shopping tu rasenya rambang mata jugak tengok barang-barang dalam kedai-kedai ni. Kitorang ada jugak masuk ke dalam beberapa kedai, tapi cuma tengok-tengok je la pun.. hehe..
|
bahagian dalam shopping plaza |
|
selfie dulu |
|
kedai di bahagian dalam |
Jumpa kerusi atau bangku je kitorang duduk kejap. Sementara tu ada la yang nak ke tandas. Masa kitorang datang ni, orang x berapa ramai. So xde la crowded sangat rasa.. Mungkin masa ni bukan peak time lagi.. Yela, salji pun belum ada lagi..
|
Lepak-lepak kejap hilangkan penat |
Sepatutnya kitorang perlu naik shuttle bas yang free tu untuk ke tempat seterusnya iaitu Ski area. Disebabkan masing-masing nak berjalan je, so kitorang teruskan berjalan perlahan-lahan untuk ke ski area tu. Perjalanan x la jauh mana, lebih kurang 5-10 minit perjalanan dari Shopping Plaza tadi untuk ke Ski area ni.
|
Berjalan kaki ke Ski Area |
|
Ni mungkin Pejabat Urusan diorang kot |
Masa kitorang sampai di tempat main ski ni, ramai jugak orang tengah main. Best je tengok. Me memang x masukkan dalam itinerary pun untuk main ski di Ski Area hotel ni sebabnya esok kitorang akan ke tempat ski yang lagi best.. kat mane? tunggu entry untuk hari ke 7... hehehe..
|
dah sampai ski area |
|
Salji memutih |
|
kawasan untuk bermain ski |
Kitorang datang ke tempat ski ni sebenarnya sekadar untuk tengok-tengok kawasan je. Tengok orang main ski.. Menghabiskan masa sebelum check in bilik..hehe.. Masa kitorang kat sini memang time makan tengahari.
Masa ni jam dah pukul 1.30 tghri..Perut masing-masing dah berkeroncong mintak diisi.. huhu..Kebetulan ada meja kat kawasan ni, kitorang decide untuk makan kat sini je sementara nak tunggu check in.
|
meja kat belakang tu tempat kitorang lepak2 untuk makan |
|
Prepare makanan yang dibawa |
Nasi peket ni kitorang siap-siap beli tadi masa di kedai berhampiran dengan stn tu. Suruh staff kat situ siap panaskan sekali. Beras yang kitorang bawak ngam-ngam sampai hari ke 5 kalau x silap. Memandangkan kat bilik hotel ni pun x boleh memasak, so beli je nasi peket untuk makan dengan lauk2 yang dah ada.
Lauk-pauk ni kitorang dah siap masak pagi tadi sebelum check out. Antara menu yang ada, telur masak sambal, sayur campur tumis, ikan bilis dan tempe, ikan masin goreng lada, dan ikan bilis goreng. Sedap sangat makan masa ni walaupun menu simple je. Alhamdulillah..
|
ummm sedapje tengokk.. |
|
yeayy..mari serbu,..hehe.. |
|
jemput makannn...:) |
Masa ni kitorang x rushing sangat pun. Relax je makan sebab waktu check in pun pukul 3.00 ptg..Cuaca pulak sejuk, dengan layan pemandangan salji memang berselera sangat la makan.. hehehe..
Lebih kurang pukul 2.30 petang, kitorang pun decide untuk bergerak ke hotel untuk check in. Kat sini, hotel diorang ada West dan East. Ski Area ni terletak bersebelahan je dengan Lobi Karuizawa Prince Hotel East. Hotel yang me book adalah Karuizawa Prince Hotel West yang terletak agak jauh dari ski area tadi.
|
Kedudukan Hotel Prince Hotel West dari tempat ski area |
So kitorang decide untuk naik free shuttle bus yang disediakan je untuk ke Lobi Hotel West. Kitorang tunggu bas ni di depan lobi hotel Prince East yang terletak bersebelahan je dengan Ski Area tadi.
|
Karuizawa Prince Hotel East |
|
Kat sini la kitorang tunggu bas merah untuk ke Lobi Hotel West |
X lama lepas tunggu tu, bas pun sampai. Kitorang naik dan pastikan nak turun kat mana nanti. Dalam bas pun dah ada map untuk shuttle bas ni. So dah boleh tau la nak turun nanti di stop yang mana. Akan ada announcement setiap kali bas berhenti.
Tiba di Karuizawa Prince Hotel West, kitorang pun turun. Perjalanan naik bas ni pun sekejap je. Laluan bas pun cantik sangat sebab lalu di kawasan pokok-pokok dan cottage-cottage yang diperbuat dari kayu log. Kalau bersalji tebal, confirm lagi cantik tempat ni.
|
Laluan ke Hotel West |
|
Lobi Karuizawa Prince Hotel West |
Masa kitorang sampai kat sini dah dekat-dekat pukul 3.00 ptg. Kitorang terus masuk ke lobi. Me keluarkan siap-siap booking printed yang dah siap bawak. Me & asben terus ke kaunter untuk check in. Bayaran dah siap pay guna kredit card masa online haritu menggunakan website Agoda. Harga 1 malam lebih kurang RM 1600 untuk 1 cottage.
Lepas check in di kaunter, kitorang diminta tunggu sekejap di ruang menunggu sementara butler merangkap driver sampai, dan kitorang dibawa menuju ke van khas untuk dihantar ke cottage. Fuyoooo.. Merasa dapat duduk hotel best siap ada service penghantaran lagi.
Driver ni offer untuk tolong bawakkan beg kitorang. Masa nak masuk ke dalam van tu pun dia siap bukakkan pintu.
|
Van Prince Hotel |
|
Masing-masing simpan beg dan naik van |
Kitorang dibawa menuju ke cottage yang terletak di atas bukit. Cantik cottage-cottage kat sini. Diperbuat daripada log log kayu dan terletak berhampiran antara satu sama lain.
|
Gambar dari google. Kawasan berbukit bukau |
|
Cottage-cottage kayu |
|
Macam mana agaknya view kat sini kalau bersalji??... |
Kitorang dapat cottage bernombor 956 yang terletak di atas bukit. Kawasan ni kebanyakannya berbukit-bukau. Cantik sangat view kat sini. Tenang dan nyaman.
|
Ini dia cottage yang kitorang dapat |
|
Cottage 956 |
|
Jemput masuk ke cottage kitorang...:) |
Sampai-sampai je, kitorang ambil beg masing-masing. Kitorang turut diberi nombor telefon butler tadi sekiranya memerlukan apa-apa. Van tadi pun terus berlalu pergi. Kitorang bukak pintu menggunakan kunci yang diberi dan.... wow!!! cantiknya... huhuhu... First impression bila masuk kat dalam..Cantik interior kat dalam cottage ni..
|
Gambar dari google. Sebijik macam cottage kitorang. Cantikkan?? |
|
Ada 4 bilik kat dalam ni |
Kat pintu masuk cottage ni dah disediakan selipar untuk dipakai. Ruang dalam cottage ni terbahagi kepada 4 bilik. Ada bathroom dalam setiap bilik. Di bahagian tepi pintu masuk turut disediakan ruang pantry. Tengah-tengah pulak adalah ruang meja makan sekali dengan ruang menonton tv. Kat bahagian luar ada ruang balcony.
Apa yang me boleh rumuskan, tempat ni memang sesuai bagi yang nak tenangkan fikiran ke, nak lari dari kesibukan kerja ke, hehehe.. Memang tenang dan best. Lagi best kalau musim salji.
Ni antara gambar-gambar yang me copy dari internet.
|
Selipar turut disediakan |
|
Ruang pantry bersebelahan dengan pintu masuk |
|
Bilik Tidur |
|
Bathroom |
|
Baju Yukata pun turut disediakan |
|
TV |
|
Hair dryer |
Dalam masa setengah jam selepas masuk cottage ni, me sibuk ambil gambar tempat ni je. hehe.. Alhamdulillah, dapat merasa menginap di tempat ni. Tenangje kawasan ni.
|
Survey kawasan dalam cottage |
|
Baru sampai |
|
ruang makan |
|
View dari luar bilik |
|
Bilik yang dilengkapi 2 katil single |
|
katil single |
|
Wecome! |
|
Sinki di dalam bilik |
X lama lepas check in ni, me, asben & 2 orang adik me decide untuk keluar kejap berjalan-jalan di kawasan sekitar sebelum hari gelap. Masa ni jam menunjukkan pukul 3.45 ptg. Suhu sejuk sangat masa ni.
|
nampak macam panas tapi sejuk sebenarnya |
|
berjalan-jalan menikmati pemandangan sekitar |
|
Ski area di bahagian lain |
|
Mari balik ke cottage! |
|
peace.. |
X lama lepas tu, kitorang pun berjalan kaki balik semula ke cottage. Masa sampai ni, masing-masing yang ada di cottage tengah berehat. Masing-masing penat mengharung hampir seminggu di bumi Jepun. huhu.. Penat jugak travel ni sebenarnya sebab kita banyak berjalan kaki.
So kat cottage ni masing-masing dapat rehat. Me memang xde masukkan apa-apa aktiviti dalam itinerary untuk hari ni. Memang khas untuk berehat. Cuma berehat dan kalau nak pun cuma berjalan-jalan di kawasan sekitar hotel je.
|
Berjalan kaki balik ke cottage |
|
Dekat sampai cottage |
So aktiviti kitorang petang hari ke 6 ni cuma melepak kat cottage je. Merehatkan badan. Dapat jugakla lelap sekejap petang tu.
|
menonton tv |
Malam tu kitorang decide nak keluar sekejap untuk meninjau suasana malam di sekitar Karuizawa Prince Hotel ni. Tapi sebelum tu, kitorang prepare dulu makan malam. Nak masak, kat sini memang x disediakan dapur.
Tapi kitorang dah siap-siap beli nasi peket tengahari tadi. Lauk pun masih ada lagi. Ada jugak yang nak makan magee je. Sambil makan, sambil tengok tv.
|
Standby untuk makan malam. |
|
Nasi peket segera dan onigiri |
|
Try beli mee soba segera. Tapi x kena dengan selera. huhuhu |
X lama lepas makan, kitorang pun bersiap-siap untuk keluar. Kitorang decide untuk berjalan kaki je. Keluar je dari cottage terasa sejuk sangat. Cuaca berangin. Kitorang pakai pakaian yang tebal sikit malam ni. Kitorang pun berjalan kaki perlahan-lahan menuju ke Shopping Plaza.
Suasana malam kat sini pun cantik. Ada lampu-lampu spotlight dipasang bagi menerangi jalan-jalan kat sini.
|
Food display diorang nampak real kan |
|
nampak sedapje |
|
Restoran |
Suasana malam kat sini sunyi sepi je. Adala beberapa kedai yang masih dibuka. Kitorang cuma menghala ke sebuah mart untuk membeli roti dan nasi peket untuk esok je. Nasib baik awal sikit, sebabnya kedai ni pun dah nak tutup.
Kedai-kedai di kawasan ni kebanyakannya akan menutup operasi sehingga pukul 7.00 malam. Kebetulan ada yang lambat tutup.
Disebabkan x ada apa pun waktu malam macam ni, kitorang pun decide untuk balik ke cottage. Suhu pulak sejuk sangat masa ni. Kitorang tunggu shuttle bas di bus stop berdekatan dengan kedai ni.
X lama lepas tu, bas pun sampai. Kitorang mengambil tempat duduk dan masing-masing alert untuk berhenti di stop berdekatan dengan cottage.
|
Gambar dari internet pada waktu malam |
|
Lobi hotel |
Kitorang turun di hentian berdekatan dengan cottage. Perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki beberapa langkah sebelum tiba di cottage. Lega dapat masuk ke dalam sebab suhu kat luar sejuk sangat.
So malam tu kitorang berehat dan ada yang dah tidur awal. Me kejap-kejap berdiri di tingkap tengok luar. Mane la tau bersalji kan. huhuhu. Beberapa kali jugakla intai kat tingkap.
Malam tu kitorang tido lena sebab sejuk.. Esok pagi me dah plan untuk keluar lewat disebabkan waktu check out pun pukul 11 pagi. Mengambil kesempatan sepenuhnyala.. hehe..
Nantikan entry me untuk hari ke 7 iaitu hari last kitorang berada di Jepun.
See ya! Assalamualaikum..