Sunday, April 9, 2017

Trip ke Xian,Beijing,Harbin CHINA(Winter 2017)-D7

CHINA FAMILY TRIP
23 Februari 2017

Hari ni dah masuk hari ke 7 kitorang berada di China. Sepatutnya jugak hari ni kitorang ke Harbin China Snow Town selepas trip hari sebelumnya cancel, tapi apakan daya, trip hari ni pun terpaksa dibatalkan..x de rezeki untuk ke sana. huhu..

So plan tu dah digantikan dengan trip untuk melawat pak rimau cina kat Harbin ni. Tempat yang kitorang akan pergi ni ialah Siberian Tiger Park. Baru-baru ni ada terbaca berita dalam internet pasal kegemukan melampau harimau-harimau ni. Makan terlebih agaknya.



Semalam dah set dengan guide untuk ke sana dalam pukul 11.00 pagi. So pagi ni, me & asben buat sarapan pagi dulu iaitu bihun goreng. 3 peket bihun dah siap rendam malam tadi untuk 8 orang makan. Banyak sangat.hahaha.. Kitorang campur sekali dengan kobis. Alhamdulillah.. X habis boleh makan untuk tengah hari pulak.

bihun goreng

dah ready nak agihkan
done pack untuk 8 orang. yang berkerak ni dah ada orang tu book awal2 lagi..haha

Lepas dah buat delivery, kitorang pun makan dan bersiap2 untuk turun ke lobi. Dekat-dekat pukul 11.00 pagi, guide ni panggil kitorang. Van dah siap tunggu kat luar dah. Ada seorang driver dan guide ni pun ikut sekali.

van yang akan bawak kitorang
jom masuk
me & asben duduk depan sekali belakang driver
on the way ke Siberian Tiger Park
view pertengahan jalan

layan view je
ni dekat nak sampai
on the way
dah masuk kawasan parking
Perjalanan ke Siberian Tiger Park ni dari hotel x jauh mana pun. Adala dalam setengah jam perjalanan. Kena lalu jambatan cross sungai Songhua semalam tu. Kiri kanan jalan dipenuhi dengan salji. Hari ni langit kelihatan cerahje, xde nampak macam salji nak turun.

HI Inn -----> Siberian Tiger Park

ok sampai dah
patung kepala rimau
Sesampai je kat sini, kitorang terus turun dari van dan menuju ke kedai souvenir yang terletak bersebelahan dengan kaunter tiket. Guide kitorang ni yang settle kan hal tiket, sebabnya yang kitorang bayar semalam include dah tiket.

kunter tiket
view sekitar
kedai souvenir
antara barangan yang dijual
bergambar dulu dengan beruang

dapat dah tiket
tiket

Dapat je tiket, kitorang terus menuju ke entrance. Kitorang perlu menaiki bas mini untuk dibawa masuk ke kawasan pak rimau ni. Bas yang disediakan pun dah siap berjeriji besi untuk tujuan keselamatan.

menuju ke tempat bas
bas yang disediakan
bas mini kaler hijau
ok jom naik
ada tour guide yang bagi penerangan tapi bahasa cina la...
kitorang duduk bahagian belakang
tourist map 

mula-mula masuk wild training breeding area

Tempat ni agak luas jugakla. Harimau-harimau ni diasingkan mengikut jenis dalam satu kawasan yang besar. Tapi memang akan berselisih je dengan harimau ni. Kadang tu dia lalu tepi bas je. Seriau tengok.

ni harimau putih. Gemuk giler
rimau putih yang sama

Kawasan ni nampak cantik memutih sebab penuh dengan salji. Kalau kat Malaysia kita tengok rimau kat zoo tu dalam kawasan berumput je kan. Kat sini rimau advance sikit sebab dia dapat main salji.. hahaha.. Tapi kadang-kadang tu tengok kesian pulak binatang-bintang ni terkurung kat kawasan ni.

view dari cermin belakang bas
amboi sedap tido memasing

Untuk melepasi sesuatu kawasan, bas akan lalu melalui pintu berpagar. Pintu pagar ni akan tertutup sebaik saja bas lalu sesuatu kawasan tu. Kalau agak-agak ada rimau yang ikut terlepas tu, akan ada sebuah kereta ranger yang akan halau balik harimau-harimau ni masuk semula ke kawasan masing-masing.

pintu berpagar
banyak nye anak cucu rimau
berlegar-legar je rimau-rimau ni
tengah mengawan pun ade
luas kawasan ni
yang ni tengah tido atas pangkin
ha yang ni nak masuk pastu kena halau
terlepas dah
salji oh salji
ni kawasan singa africa & liger
tengah lepak
gemuk kan
tengok tu seloggok je melepak
yang ni datang dekat
ni keadaan kitorang dalam bas..haha

X lama pun perjalanan bas ni. Dahla bawak laju-laju, x dan sangat menghayati pemandangan kandang rimau ni. Ada la dalam setengah jam je habis 1 pusingan. Bas menurunkan kitorang di depan pedestrian area.

Kat area ni pula, kita akan berjalan kaki melalui terowong berpagar yang dikelilingi harimau-harimau. Dapat tengok dari jarak dekat aktiviti-aktiviti si belang ni.

kedai souvenir mesti ada punya
lalu ikut ni
kiri kanan berpagar
geram tengok badan rimau ni..gemuk lowed dah..haha
dia tengah tunggu orang bagi makanan
ha dapat dah ayam sekor
ha exercise cepat..gemuk dah tu
berjemur la tu
rimau putih
yang ni apa tah nama nya.. 

Lebih kurang setengah jam kitorang kat dalam ni, kitorang pun keluar semula menghala ke area kaunter tiket yang awal-awal kitorang pergi masa sampai tadi. Masa ni jam baru pukul 12.40 tengah hari.

mak mak saya
rimau pegang bunga

Memandangkan masih awal, me decide nak melawat tempat lain yang berhampiran. Sebelum ni dah pernah survey pasal Rusia town.  Kitorang pun try discuss dengan tour guide ni. Dahla sepanjang masa cakap macam ayam dengan itik dengan guide ni. English sepatah haram dia x tau..Apa yang dia tau cakap dengan kitorang cuma "money" "money".. tu je..


Dia charge kitorang 300 yuan untuk ke sana. Cekik darah betul. Dalam RM25 sorang. Mahal jugak, tapi kitorang proceed je sebab x tau dah nak jalan ke mana.

Lepas dah proceed tu, dia terus ajak naik van untuk ke sana. X bagi can langsung nak ke souvenir shop beli apa-apa barang cenderahati. Ni lah susahnya kalau ikut agen. Disebabkan xde bas nak ke sini terpaksa jugakla ambil tour. Kalau x jangan haraplah, baik pergi sendiri.. huhu

Siberian Tiger Park -----> Russian Style Town

dah jom naik van 
van dah bergerak keluar dari tempat rimau
patung rimau kat entrance

Selain Siberian Tiger Park, kat area sini ada banyak lagi tempat lawatan yang korang boleh pergi. Tapi bergantung la pada harga, kebanyakan tempat2 lawatan kat sini mahal. 

Antara tempat yang boleh pergi adalah Sun Island Park. Tiket masuk ke park ni adalah cny 240 bersamaan RM 155. Haa.. mahal gak kan. Kitorang x pergi pun, lagipun cuma ada ukiran2 patung je yang diperbuat daripada ais.

gambar dari google
gambaran kat dalam
ni masa otw. Rasanya area Sun Island la ni
mungkin entrance Sun Island
pekerja-pekerja tengah bersihkan jalan
otw ke Russian Style Town 
sebelah kanan ni Harbin Polarland

Masa on the way ni, kitorang ada lalu Harbin Polarland. Sebelum ni dah pernah survey. Tempat ni adalah sebuah polar land theme park yang menyediakan pertunjukan binatang antaranya seperti beruang polar, white whales dan sea lions. Tiket masuk adalah cny 150 bersamaan lebih kurang
RM 97.00..  

ditangkap dari dalam van, dengan cermin tingkap yang x clear.. adoii
ni baru clear.. gambar google, entrance Harbin Polarland
Harbin Polarland


pertunjukan sea lions
polar bear

Perjalanan kitorang diteruskan lagi menuju ke Russian Town. Russian Style Town ni terletak di tepi Sungai Songhua ni. X jauh pun dari Harbin Polarland tadi. Kalau dari Siberian Tiger Park tadi, mengambil masa dalam 17 minit perjalanan.

dekat nak sampai

Kitorang sampai kat Russian Town ni lebih kurang pukul 1.20 petang. Masa ni rasa teramatla sejuk. Macam x nak turun dari van pulak. Selepas diturunkan kat 1 kawasan ni, kitorang pun berjalanla melawat town Rusia ni. Van park kat 1 tempat. Guide ni pun ikut kitorang sekali.

dah sampai
kat area Russian Town

Kalau ikutkan rugi jugakla mintak guide ni bawakkan ke sini. Xde apa sangat pun, Tambahan pulak cuaca tengah sejuk giler. X berdaya nak berjalan-jalan menahan sejuk. Kitorang bergambar sikit lepas tu mencari tandas.

kiri kanan penuh salji
salji setimbun
view sekitar
otw cari tandas

kesejukan
cantik gambar kat sini
jumpa dah tandas
putihnya saljiiiii
ada pekerja bersihkan jalan
abah dengan penyodok lagi..hehehe

Dah settle urusan kat tandas, kitorang pun berjalan semula menuju ke tempat van parking. Guide ni pun dari tadi suruh cepat. Semak betulla.. Susah pakai guide ni. Bukan nya x bayar. Lepas semua dah naik, van pun bergerak meninggalkan Russian Style Town untuk pulang semula ke hotel.

Russian Style Town -----> St Sophea area

on the way balik hotel

Kitorang dah minta guide ni singgah sekejap kat mana-mana groceries shop untuk beli barang makanan. Itupun kitorang terpaksa guna dictionary dalam phone untuk translate kat guide ni. Disebabkan kesukaran bahasa, ada sekali tu dia berhenti kat 1 kedai ni. Rupan-rupanya kedai jual makanan herba cina,. haha..susah betulla. Sudahnya kitorang suruh dia turunkan kitorang dekat-dekat dengan St.Sophea je. 

Selepas turun dari van, kitorang redah je masuk 1 bangunan ni. Kat sebelah dalamnya macam pasar jugakla. Ada dijual pelbagai jenis makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan. 

masuk kedai
ada farmasi
kerepek gulung agaknya
kuih sepit agaknya
ni kedai kuih-muih
pelbagai jenis tomato
macam sedapje
strawberry besar-besar punya
macam-macam buah ada
strawberry ni sebesar buah lai tau. Siap balut lagi
jeruk-jeruk
gula-gula jelly
colourful sangat
nampak sedap tapi x berani beli
sayur-sayuran
lupa nama sayur ni
gamat kan?
strawberry lagi
mm yummy
buah-buahan


Dekat setengah jam jugak kitorang kat dalam ni. Antara yang kitorang sempat beli adalah telur, sayur likis, cili, buah berangan dan semestinya buah strawberry. 

auntie jual buah berangan

Selesai je membeli, kitorang pun keluar dari bangunan ni dan terus berjalan kaki ke hotel. Masa ni masing-masing pun balik ke bilik dan berehat. Sambil-sambil tu pekena straberry gemuk yang sangatla manis.

yang ni yg me & asben punya
gemok
saje cek suhu.. -9 darjah selsius.. perggh

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masuk hari ni, dah 3 hari kitorang berada di Harbin. Rasanya semua tempat pun dah kitorang pergi. Esok kitorang akan menaiki train untuk balik ke Beijing semula pada pukul 7.44 malam. Memandangkan xde tempat dah nak lawati kat Harbin ni, (terutamanya sebab plan ke China Snow Town dah camcel), kitorang plan untuk try awalkan waktu tiket. Itupun kalau bolehlah.

So, me & asben dah set untuk ke Harbin Railway stn petang nanti.

Makanya, lebih kurang pukul 6.00 petang, kitorang keluar bertiga menaiki teksi menuju ke Harbin Railway stn. Tambang yang dikenakan adalah 10 yuan. Me keluar bersama asben & adik. Yang lain tinggal kat hotel. Kitorang dah standby bawak sekali kesemua passport dan train ticket.

dalam teksi
jom masuk ticket hall
kat kaunter tiket
ramai gak orang

Lepas dapart turn, kitorang pun bertanya tentang waktu train sebelum yang masih ada pada staff kaunter. Tetapi malangnya tiket kebanyakannya habis, yang tinggal pun yang berganda-ganda mahal harganya. Terpaksa la kitorang lupakan hasrat nak awalkan waktu tiket.

dah pukul 6.40 petang

Kitorang pun mengambil teksi semula untuk balik ke hotel. Suhu kat luar masa ni semakin sejuk. 

otw balik hotel
dalam teksi
asben duk depan

Sesampai je di hotel masa ni dah pun dekat pukul 7.00 malam. Disebabkan esok kitorang dah nak balik ke Beijing, so malam ni adalah malam akhir kat Harbin. So kitorang decide untuk berjalan-jalan di Zhongyang Street dan area sekitar.

Sebelum keluar, sempat cek suhu. Rupa-rupanya suhu semakin drop kepada -12 darjah selsius. Freezingg...Cumanya x bersalji je. Kitorang standby pakai tebal-tebal sikit.


suhu -12

Lebih kurang pukul 7.45 malam, kitorang pun keluar berjalan perlahan-lahan menuju ke Zhongyang Street. Tapi sebelum tu, kitorang dah decide untuk makan malam di kedai makan yang pernah kitorang pergi sebelum ni. 

nak lintas jalan
jom lintas


moh berjalan
suasana malam di Harbin
berjalan lagi
ni kedai makan yang kitorang pergi haritu

Sesampai je di area kedai makan yang kitorang pernah pergi haritu, kitorang try survey kedai-kedai makan lain yang berdekatan. Ternampak signage 1 kedai ni yang berlogo halal x jauh dari kedai makan tadi tu. Me & asben pergi soal siasat la dulu. haha

kedai makan bertanda halal
comei dok
jenuh berkomunikasi
tunjuk gambo senang
antara menu yang ada

nasi goreng semestinya.. sebab perlukan nasi..
mintak sup kosong
mee goreng kot.. gemok mee nya
yang ni telur herba kot. x order pun
Portion makanan kat sini boleh share makan 2-3 orang jugakla sebab banyak. Kitorang share je sikit sorang. Settle makan, kitorang pun buat bayaran dan berjalan keluar menuju ke Zhongyang Street.

tengah bayar

sudah  kenyang, berjalan suka hati..haha
area Zhongyang Street
cantik lip lap lip lap lampu
malam last kat Harbin
masih ramai orang
cantik senibina bangunan kat sini
kedai kekacang dan donut gemok
kekacang
kedai jual hotdog pun lawo kemain
ice lantern

mak & abah
mak & abah
kedai jual kurma

Disebabkan malam ni dah pun malam akhir kat Harbin, so kitorang ingat nak carila souvenir sikit untuk dibawa pulang. Tapi kemain susah nak cari kedai jual fridge magnet ke, keychain ke. Kedai jual makanan jugak yang banyak. Kitorang cuma singgah kedai aiskrim untuk beli aiskrim je.

kedai kristal
x jumpa souvenir yang best
jalan lagi

Masa ni jam pun dah hampir-hampir pukul 10.00 malam. Kitorang pun decide untuk berjalan balik semula ke hotel. Keadaan jalan yang agak licin disebabkan ais membuatkan pergerakan kitorang agak perlahan. Banyak kali jugak hampir nak tergelincir jatuh sebab terpijak ais.

ais dah beku kat jalan
ni lagi
dekat nak sampai hotel

Sesampai je di traffic light sebelum lintas ke hotel, me & asben decide untuk berjalan0jalan kejap kat area St Sophea. Ahli family yang lain balik ke hotel dulu.

traffic light sebelum sampai hotel
area St Sophea
Manhattan Hotel
atm machine maybe?
penuh lagi salji kat area ni

X sampai 15 minit lepak kat area ni, me & asben terus berjalan balik semula ke hotel. Maka berakhirla malam terakhir kitorang di Harbin.

Esok kemungkinan kitorang akan lanjutkan waktu check in selepas pukul 12.00 tengah hari untuk 2 bilik sebab dah x tau nak ke mana. haha.. 

Okla, nantikan entry hari ke 8 iaitu hari terakhir kitorang di Harbin sebelum balik semula ke Beijing. 

Nighttttt. Assalamualaikum..















































































































Setelah yakin, kitorang pun panggil yang lain masuk ke dalam kedai dan mengambil tempat duduk. Penjaga kaunter adalah seorang awek bertudung. Comel je dia pakai tudung. Disebabkan kesukaran berkomunikasi, kitorang cuma tunjukkan gambar makanan yang terletak di dinding dan sambil tu guna apps untuk translate. Settle order cuma tunggu makanan sampai..



















































































































































































































































































































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8