|
HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA
|
9 September 2017
Esok nak balik dah weiii... Kejap je dah berbelas hari dok kat India ni. Hari ni kitorang akan bergerak balik ke Srinagar semula. Kitorang bersiap-siap dan check out lebih kurang pukul 9.00 pagi.
Dengan menggendong backpack, kitorang terus ke kedai makan brader yg biasa kitorang pergi ni untuk minum pagi. Kitorang order roti dengan omelette berserta chai. Kebetulan ada 2 peket lagi bubur nasi know, so kitorang mintak air panas untuk rendam kedua-dua peket bubur
|
makan breakfast |
|
bubur pun bantai jugak |
|
sos yang bagi kitorang agak sedap |
Selesai breakfast, kitorang pun say bye bye kat brader ni dan terus berjalan kaki menghala ke pekan yang kitorang pergi semalam. On the way tu, kitorang tahan sharing taxi. Bila bagitau nak ke Anantnag, driver tu suruh naik.
|
dalam sharing taxi |
|
Pahalgam -----> Anantang |
Perjalanan ke Anantnag memakan masa selama sejam. Lebih kurang pukul 10.40, kitorang pun sampai di Anantnag. Kitorang suruh driver turunkan kitorang kat area sharing taxi. Lepas bayar Rs160, kitorang pun turun dan mencari taxi seterusnya untuk ke Srinagar.
Jumpa dah brader ni, driver taxi untuk ke Srinagar. Tapi kitorang kena tunggu dulu sebab taxi x penuh lagi. So kitorang bagitau dia yang kitorang nak pusing-pusing area Anantnag ni kejap. Kebetulan kawasan tu dekat dengan pasar, tempat orang menjual buah-buahan, sayur, ikan dan pelbagai barangan lain.
|
jalan jap |
|
banyaknye epal |
|
jual kasut |
|
makcik jual ikan |
|
makcik ni dah la siap mintak duit sebab amek gambar ikan dia.. ehhhhh. |
|
geram tgk buah-buah ni..susun bukan main cantik |
|
ni xtau apa.. manisan kot |
|
stesen bas |
|
ni la kot bas macam cite shahida |
Kitorang cuma beli beberapa biji buah antaranya delima, epal dan peach. Dalam pukul 11.10 pagi, kitorang berjalan kaki semula ke stesen taxi. Jumpa balik brader tadi, ngam-ngam dia baru nak gerak. Kitorang pun naik.
|
sumo taxi |
|
Anantnag -----> Dalgate Srinagar |
Lebih kurang pukul 12.45 tengah hari, sampailah kitorang di Dalgate. Me dah siap book houseboat untuk semalam melalui booking.com. Tapi x survey macam mana cara nak ke house boat tu.
Kebetulan masa sampai tu, ada la beberapa orang agen, yang memang tengah mencari customer untuk house boat diorang kat situ. Kitorang pun ikut la sorang brader ni katenye dia ada houseboat harga Rs1500 1 malam.
Dia bawak kitorang menaiki auto ke tempat menaiki shikara. Sebelum tu kitorang mintak singgah kedai sebab nak beli mineral water sejuk.. Panas kot kat Srinagar ni.. Berpeluh ketihak kite.. haha
|
shikara |
Sampai je di tepi tasik, shikara dah tersedia. Kitorang pun naik dan dibawa menyusuri tasik. Adala dalam 10 minit sebelum nak sampai ke house boat kepunyaan brader ni.
|
jom naik |
|
dalam shikara |
Sampai je di houseboat, asben suruh masuk tengok bilik. Aiyoyo... x menarik. Macam nak roboh pun ada.. huhu.. Bagitau asben xnak amek house boat ni. So kitorang pun cancel nak amek dengan brader ni.
Dia nak tolong kitorang cari houseboat lain. Tau sebenarnya dia boleh la dapat komisyen sikit at least kalau bawak customer. So kitorang pun naik balik shikara tadi dan dibawa ke house boat lain. Adala dekat 10 minit jugak nak sampai.
|
kawasan sekeliling |
Houseboat ni ok sikit la dari yang tadi. Rs2300 untuk 1 malam. Include makan malam dan breakfast esok. Xpela, lagipun kitorang nak yang selesa sikit sebab esok dah nak balik.. hari ni nak rest kaw kaw..huhuhu..
|
view kat dalam houseboat |
|
ruang makan |
|
lorong ke bilik-bilik |
|
ha bilik kitorang..haha |
|
tandas kat hujung tu |
So petang tu kitorang berehat sebab penat. Panas kot kat Srinagar ni. Dalam houseboat pakai kipas. Memandangkan perut dah lapar, me masak magie dan bancuh air nescafe. Layannn
|
layan magie |
Sebelum berehat tadi, owner boat ada tanya nak ronda-ronda naik shikara x petang nanti. Kitorang kata nantila confirm balik.
|
kalau time winter mesti bersalji gunung tu |
Masa atas shikara ni, banyak la shikara lain datang berniaga. Macam-macam barang diorang jual.
|
brader ni jual barang2 perhiasan seperti gelang dan cincin |
|
banyak shikara kat kawasan ni |
X lama tu, datang shikara menjual makanan. Dia jual fry fish and chicken.. Kitorang try la beli yang ikan.. Sedappp.. Siap order yang ayam pulak. huhu
|
dia tengah prepare |
|
bismillah.. mmm sedap |
|
tengah tunggu brader ni masak yang ayam pulak |
|
tengah prepare |
|
sedap |
Makin lama dan makin jauh brader ni mendayung shikara, hari pun dah beransur gelap. Kitorang dibawa pulak ke area houseboat yang menjual pakaian, pashmina dan macam-macam lagi. Tapi kitorang malas nak turun dan nak membeli, so kitorang bagitau brader shikara suruh terus je.. hehe
|
dah nak gelap |
|
jual pakaian |
|
ni pakcik jual beg handmade |
|
gelap dah |
|
lagi kedai pakaian |
|
dah nak sampai houseboat |
|
dal lake di kala malam |
Lebih kurang pukul 7.15 malam, akhirnya shikara tadi pun sampai semula di houseboat yang kitorang stay ni. Kitorang request nak makan malam pukul 8.00 malam.
Sementara tu kitorang masuk bilik untuk mandi, solat dan berehat. Bosan jugak la malam-malam kat houseboat ni. X de la best mana pun menginap kat houseboat.. huhu.. Mungkin sebab xde aktiviti sangat kot
|
meja makan dalam house boat |
So lebih kurang pukul 8.00 malam kitorang pun terus ke ruang makan. Kitorang berdua je pun. Dalam houseboat ni ada 3 bilik, tapi 2 lagi bilik kosong. So tukang masak pun hidangkan makanan untuk kitorang.
|
Makanan dah terhidang |
Xde apa yang special pun. Cuma nasi putih, kari ayam dan sayur campur. Sebelum ni terbaca dalam blog orang lain, macam-macam menu ada atas meja.. kitorang pun bayar mahal gak houseboat ni..huhu.. Xpelah, bersyukur je.. Alhamdulillah
Lepas makan, kitorang melepak kat kerusi bahagian luar. Tengah-tengah bersembang dengan asben, sampai 1 shikara membawa 1 pasangan pertengahan umur. Tengok macam orang tempatan India.
Kata owner boat, diorang sewa bilik dalam houseboat yang sama dengan kitorang.
Rupa-rupanya orang Malaysia. Dan la bersembang sekejap sebelum diorang makan malam tu. X berapa lama lepas tu, kitorang pun decide untuk masuk tidur. Sebelum tu, kitorang pack semula backpack kitorang sebab esok pagi dah nak naik flight ke Delhi..
Esok nak balik dahhh..Jom sambung di next entry.. daa..