17 September 2018
So harini bermulalah hari yang agak mencabar buat kitorang. Nak mendaki ke kawah ijen. Kat Malaysia pun lama x mendaki. haha. Pernahla daki gunung broga, tapi lama dah dulu. Gunung Brinchang pun lama dah x naik. :p
Tidur memang x cukup lah pun kat sini. huhu. Pukul 1 pagi kitorang dah standby untuk ke Paltuding Base tempat permulaan pendakian. Sebelum tu, berkumpul dulu kat restoran homestay, minum2 pagi dulu.
Bekal breakfast ada disediakan pihak hotel tapi kena buat pilihan samaada nak bekal breakfast atau balik nanti baru makan. So kitorang pilih makan breakfast balik dari Ijen nanti. Lagipun kitorang sendiri ada bawa bekal roti untk makan pagi.
|
minum dulu sebelum melalui hari yang mencabar huhu |
Lepas dah ambil tempat kat dalam kereta, Mas Yadi pun bergerak, follow 1 lagi group yang naik kereta lain kat depan. Masa ni jam pukul 1.10 pagi. Kitorang ni semalam join tour dengan geng mat salleh, kena bayar sikit la kat tour guide diorang. Bayaran termasuk sekali dengan topeng pernafasan.
|
Homestay -----> Paltuding Post |
|
laluan gelap gelita pagi-pagi buta |
Lebih kurang 30 minit perjalanan, sampaila kitorang kat area parking kereta yang dinamakan Pos Paltuding. Kat sini menurut sumber google pun ada disediakan tempat penginapan yang dikelola oleh Kementerian Kehutanan dan boleh jugak bercamping kat kawasan ni.
|
kat kawasan parking Pos Paltuding |
Awal-awal lagi dah start mendaki bukit, tinggi pulak tu. huh! mencabar betul. Ada la part-part jalan yang mendatar. Lepastu mendaki balik. Geng mat salleh tadi dah x nampak kelibat dah. haha.
Supir yang jadi tour guide terpaksa join kitorang yang dah terbelakang ni. haha. Ada jugak yang bawak telolet (troley pengangkut) yang follow kitorang. Yela, diorang pun mencari rezeki jugak dengan bawak bende alah ni. Pada yang dah x larat tu, diorang angkut guna trolley ni la dengan bayaran tertentu.
|
trolley angkut |
Oklah, sedikit info. Selain pengunjung ke sini untuk mendaki ke kawah ijen, tempat ni juga terkenal dengan keindahan blue fire atau fenomena api biru. Kat Indonesia dan Iceland je dapat tengok fenomena ni.
Cumanya, ia kelihatan sebelum siang je. Dah cerah xnampak. So nak mendaki tu x bolehlah terhegeh-hegeh yer. Lambat, bye bye je lah blue fire. hehe
|
Paltuding -----> Pondok kantin ijen miner |
Lebih kurang pukul 3.15 pagi, kitorang sampai di sebuah pondok kantin yang menjual makanan dan minuman. Ada disediakan kerusi untuk berehat kat bahagian luar. Kitorang amek kesempatan untuk berehat kejap dan beli air kat dalam warung tadi.
|
masing-masing duduk merehatkan kaki |
|
ada warung kecik jual air |
Selepas hilang sikit penat, kitorang meneruskan balik hiking untuk ke puncak. Jauh lagi perjalanan. Sejuk xyah cakapla. Sampai ke tulang. Tapi disebabkan badan berpeluh kepenatan, sedapla rasa kena angin sejuk tu.
Disebabkan kitorang ni agak lambat ke belakang, supir nak tolong ambilkan gambar blue fire, katanya takut x sempat. So, atas kepercayaan, asben bagi guna phone dia, supir pun laju bergerak mengejar blue fire untuk kitorang. huhu
Diringkaskan, setelah bersusah payah, akhirnya kitorang berjaya sampai ke puncak dalam pukul 4.10 pagi. Gelap lagi masa ni, masih x nampak apa-apa. Ada harapan lagi ni nak tengok blue fire. Cuma nampak la ada cahaya-cahaya lampu kat belah bawah. Sekarang ni kitorang kena menuruni bukit curam yang berbatu-batu. Bahaya jugak laluan ni.
|
bagi laluan pada tukang angkut sulfur |
Sepanjang laluan turun ni, banyak kali berselisih dengan pekerja angkat sulfur. So sila la bagi laluan ye. Memang salute tengok diorang, berat kot nak ngangkut bakul-bakul penuh sulfur ni. Tapi tulah, punca rezeki diorang. Moga diberi kesihatan yang lebih pada mereka.
Dengan kepayahan, kitorang sampai jugak di bawah pada pukul 4.45 pagi. YeaY! masih gelap. Amek masa dalam setengah jam jugakla. Masa ni dah siap-siap pakai mask yang dah diberi awal oleh tour guide tadi. Sebabnya bau asap belerang tersangatlah kuat kat bawah ni. Boleh sesak napas dibuatnya.
|
nampak jugak blue fire |
So kitorang ni sempatla nak tengok Blue Fire sebab blue fire ni cuma dapat dilihat sebelum matahari terbit. Dah siang x nampak dah. Sedikit info pasal blue fire buat yang xtahu.
Blue Fire ni menurut info cuma terdapat di Indonesia dan di Iceland. Ha.. nak ke Iceland tu ntah bila la kan. Peluang la kot dapat tengok di Indonesia je. Blue Fire ni terhasil dari reaksi gas bumi yang bertemu dengan oksigen pada suhu tertentu. Ha gitu...
|
Bakul penuh sulfur |
|
kena pakai topeng sebab kuat bau sulfur |
|
sulfur dari dekat |
|
sulfur |
Adala dekat setengah jam kitorang melepak kat bawah ni. Sampaila hari dah nampak nak cerah, so cahaya biru pun makin menghilang. Dah siang, dah x boleh nampak dah. Yang nampak nye cabaran nak naik ke atas balik. hahahaha. Tercabar betul tengok bukit tinggi yang nak didaki.
|
dah nak cerah |
So kitorang pun memulakan langkah balik untuk naik ke atas. Banyak jugakla menyinggah berehat sambil ambil gambar.
|
nampak dah tasik kawah |
|
ramai lagi kat bawah tu |
Masa kitorang naik ni, masih ada lagi yang on the way turun. X dan la nak tengok blue fire nya. Xpela asalkan masing-masing selamat sampai je kan.
|
bergambo dulu |
|
kami |
|
view sekitar |
|
ha mencabar ke x nak sampai ke atas nun |
|
jom gerak lagi |
|
rehat lagi.. penat daaaa |
Masa ni asben yang pegang kamera sebab dia yang laju naik ke atas. Tu yang xde gambar dia. Kitorang ni masih lagi terkedek-kedek kepenatan nak naik. Uiii semput wehh. Nak turun tadi susah. Nak naik lagilah susah.. haha
|
view dari atas |
|
jual sulfur |
|
lihatlah doniaaa |
|
cantik nyaaaaa |
|
view kat atas puncak |
|
hijauuu |
|
try terbang jap |
|
amek gambar dulu puas puas |
Asben pun sempat fly drone dulu kat sini. Lebih kurang pukul 6 lebih, kitorang pun decide untuk turun balik ke tempat parking. View sekitar masa turun ni cantiknya lah. Subhanallah.
|
subhanallah cantiknyaaa |
|
cantik. tu je nak cakap |
|
try naik telolet |
|
view sekitar |
|
yang naik telolet dah sampai depan sana tu |
|
sikit lagi nak sampai |
Lebih kurang pukul 7.15 pagi kitorang pun berjaya sampai ke Pos Paltuding semula dan terus ke tempat parking. Mas Yadi dah sedia menunggu. Agaknya dia tidur dalam kereta je la kot. huhu. Kesian Mas Yadi, dialah yang bawak kitorang dari airport sampai ke sini, terjebak sekali kekurangan tidur. huhu
|
sampai dah kat pintu gerbang tempat mendaki awal-awal pagi tadi |
|
gambar kenangan dulu |
|
ada berani nak naik lagi sekali? |
|
ada penjaja jual makanan |
|
yeay sampai |
|
kawasan parking kereta |
|
ni lah kereta Mas Yadi |
Dah settle simpan semua kelengkapan, kitorang pun bergerak balik semula ke homestay. Walaupun badan terasa penat yang amat, tapi puas hati sebab dapat jugak mendaki Ijen.
|
view on the way balik ke homestay |
Sesampai je di homestay, kitorang terus ke restoran untuk makan pagi. Seperti yang me bagitau tadi, homestay ni memang ada sediakan breakfast, tapi terpulang pada kita nak ambil sebelum mendaki atau selepas balik mendaki. Disebabkan kitorang pilih selepas mendaki, dapatla makanan berat seperti nasi goreng. Kalau awal pagi tadi, cuma dapat roti kalau x silap.
|
restoran homestay |
|
boleh nampak Ijen dari sini |
|
ada jual serbuk teh dan kopi |
|
bismillah |
Sesudah makan, kitorang pun masing-masing balik ke bilik untuk mandi dan bersiap sebab dah set dengan Mas Yadi untuk bergerak balik ke Surabaya dalam pukul 9.30 pagi nanti
Selesai checkout, kitorang pun memulakan perjalanan balik. Sebelum tu ajak Mas Yadi bawak pusing-pusing kawasan homestay dulu. Cantik kawasan ni, depan rumah pun diorang tanam pokok, tanam sayur. Hijau je persekitaran.
|
hari-hari makan sayur fresh |
|
segar kan |
|
kobis |
|
singgah beli mineral water |
|
ijen dari kejauhan |
|
sampai simpang |
Kitorang singgah balik pos gate yang kitorang singgah isi minyak kereta semalam untuk bergambar kenangan lagi dengan kawah ijen.
|
Arabica Homestay ---> Post Guard Kalisat Jampit |
|
view dalam perjalanan |
On the way ni masing-masing membungkang kepenatan. Macam biasalah, me mintak asben temankan Mas Yadi bersembang. Mas Yadi pun ngantuk parak dah macam kitorang. haha.
|
Post Guard Kalisat Jampit ---> Probolinggo |
Lebih kurang 3 jam lebih perjalanan, kitorang singgah di Probolinggo membeli buah anggur, jambu dan limau yang dijual dari lori di tepi jalan. probolinggo ni kawasan Gunung Bromo kelmarin. Kali ni Mas Yadi bawak kitorang makan masakan padang pula. Masa ni jam dalam pukul 1.50 petang
|
singgah beli buah |
|
anggur |
|
pilih jambu |
|
tembikai dipanggil semangka di indonesia |
|
menanti dalam kereta |
|
sampai kedai makan |
|
nasi padang |
Sedap jugak makanan kat kedai ni. Masakan padang kan terkenal dengan masak lemak. Memang kena dengan selera. Alhamdulillah
|
pilih lauk |
|
lauk pauk |
|
siap dah masuk pinggan pertama |
|
ni ntah pinggan sape |
|
pinggan lain |
|
ni sape punya |
Sesudah makan, perjalanan diteruskan ke Surabaya. Dalam perjalanan, kitorang survey siap-siap hotel yang nak di book. Nanti senang, terus suruh Mas Yadi drop ke hotel je.
|
kota probolinggo |
|
Probolinggo ---> Surabaya |
Akhirnya kitorang tiba di hotel di Surabaya lebih kurang pada pukul 4.30 petang. Kitorang memilih Grand Darmo Hotel untuk bermalam. Selesai check in, masing-masing naik ke bilik dan berehat. Mas Yadi pun pulang ke pangkuan keluarga setelah hampir 3 hari x balik-balik dan x tidur. hehehe..
Tapi esok akan berjumpa lagi dengan Mas Yadi sebab dia yang akan menghantar kitorang ke airport.
|
lobby hotel |
|
bilik double |
|
dalam bilik |
|
view luar |
Dalam pukul 5.30 petang, kitorang meninjau sekitar hotel. Ada swimming pool indoor. Sempatla mandi kolam kejap. Tapi air dia sejuk gilerrr. Sekejap jela mandinya. X lama tu kitorang naik balik ke bilik dan decide untuk keluar makan bersama-sama malam nanti.
|
ruang lepak bersebelahan kolam renang |
|
sejuk airnyaaa |
Selepas bersiap, lebih kurang pukul 7.00 petang, kitorang pun keluar berjalan-jalan di sekitar hotel sambil mencari port untuk makan malam.
|
Grand Darmo Suite Hotel ---> Taman Bungkul |
Hotel ni terletak bersebelahan je dengan sebuah taman iaitu Taman Bungkul. Memang port orang ramai melepak bersama family waktu malam. Yang berdating pun ada.
|
taman bungkul |
|
hiasan taman |
|
lighting |
|
taman permainan |
|
gerai makan |
|
kitorang lepak makan kat kedai ni |
|
menu |
Kitorang order menu nasi bersama set lauk. Sementara menunggu order sampai, kitorang survey lagi menu sampingan yang ada kat kawasan tu.
|
martabak |
Setelah masing-masing bersetuju kitorang pun panggil grab untuk ke sana. Dalam pukul 9.00 malam, sebuah kereta grab sampai dan kitorang pun menuju ke kedai Lapis Kukus Pahlawan.
|
Grand Darmo Suites Hotel ---> Lapis Kukus Pahlawan |
|
lapis kukus |
|
antara perisa yang ada |
|
kedai kek |
Kedai ni bolehla pergi bagi yang nak mencari souvenir makanan. Cuma ada kek je la. Barangan souvenir lain x ada. Nadia sempatla beli beberapa biji untuk dibawa balik.
Lepas membeli, naik grab semula dalam pukul 9.45 malam untuk ke hotel dan berehat. Flight kitorang esok adalah pada waktu tengahari.