|
HUSBANDWIFE HUSBANDWIFE TRIP TO SURABAYA |
|
16 September 2018
Dah masuk hari kedua di Surabaya Indonesia. Sambungan dari waktu sampai awal pagi tadi. Kitorang cuma berehat sekejap dalam bilik. Sempat balun makan prebook meal airasia yang dah sejuk tadi untuk tenaga awal pagi. hehe
|
jeep kaler ijo |
TIPS PENTING : Kalau boleh, try request jeep yang kaler cun2 macam merah ke, kuning ke, biru ke sebab ia akan mempengaruhi gambar yang akan korang capture kat Bromo nanti. Macam kitorang dapat ijo army ni. Dahla baju pun ijo. Pokok kat sekitar pun ijo. Macam sedondon pulak..haha
|
Yoschis Hotel ---> Mt Penanjakan |
Pukul 3.00 pagi kitorang dah standby tunggu jeep kat luar. Settle bayaran entance masuk, jeep pun bergerak berlumba-lumba dengan jeep lain yang turut serta untuk ke Mt Penanjakan. Bukan main banyak jeep time ni. Cuak je tengok supir bawak jeep meredah bukit yang bersimpang-siur.
Mas Yadi, supir yang bawak kitorang dari airport tadi stay di hotel yang sama. Dia pun ikut kitorang sekali masa ni. Kebetulan ada seat kosong sebab kitorang cuma berempat. Kiranya kalau nak selesa, 6 orang je la yang muat dalam jeep, termasuk driver jeep.
|
gegor gambar sebab jalan x elok |
|
jeep-jeep lain kat belakang, nampak lampu je |
Dalam dekat sejam perjalanan, jeep berhenti kat 1 selekoh. Kata supir jeep, x perlu tengok sunrise di Penanjakan, sebab jem. Kat sini pun dah boleh nampak katanya. Alaaaa.. kitorang bayar kot. Rugi lar. X dapat gambar dari angle yang femes tu.
TIPS PENTING : Tengoklah sunrise di Mt Penanjakan sebab view dia lawa berbanding kat sini sebab Bromo terlindung di sebalik Mt Batok. Nampak asapje.. Dan gerak awal kalau boleh sebelum 3.00 pagi untuk elak jemmmm. Kalau driver x nak pi katuk kepala dia.
Supir jeep terus park jeep dia tepi bukit. Dia berkeras x nak bawak ke Penanjakan, mungkin sebab malas nak redah jem time balik nanti. Memang x boleh harap betul. Supir jeep ni me x recommend pada korang! Dahla berlagak, x kacak pulak tu. huh! hahaha.. Ada banyak lagi perangai dia buat masa bawak kitorang ni, nanti me ceritakan.
|
gelapp |
So, kitorang pun turun meninjau tempat dalam kegelapan. Memang x nampak la mana gunung Bromo nya..Gelap giler..Tapi sejukkkk teramat. Driver jeep dah hilang entah ke mana. Ada jugak beberapa jeep lain yang park dekat sini. Siap berunggun api lagi. Mas Yadi cuma duduk di dalam jeep, sejuk katanya.
|
geng unggun api. baru perasan yg supir jeep kitorang yg pakai baju biru selepang kain merah tuuu |
|
sejukkk punya tahap sampai kena pakai glove dah |
Agak-agak x tahan, kitorang masuk kejap duduk dalam jeep. Supir jeep tadi melepak kat tempat unggun api. Lebih kurang pukul 4.45 pagi, kelihatan dah sunrise. Cantikkkkk sangat Subhanallah. Cumanya view terlindung di celah2 dahan pokok. Bromo pun berselindung di balik Mt Batok.
TIPS PENTING : Bawak sekali jacket tebal, glove, snow cap untuk cover telinga dan mask. Sebab suhu dia time subuh hari ni sejuk giler-giler. Sejuk kat Cameron tu, sejuk lagi kat sini. Kalau x bawak glove & snow cap, kat sini pun ada jual.
|
dah kelihatan |
|
macet dengan orang yang ramai |
|
nampak lampu dari jeep-jeep yang baru nak naik ke penanjakan |
Tempat yang kitorang lepak ni kalau ikut map, namanya Bukit Cinta. Terletak dalam 5 minit drive sebelum sampai ke Mt Penanjakan. Walaupun tempat ni x femes macam Mt Penanjakan tu, tapi kat sini pun ramai gak orang. Confirm kat Penanjakan tu lagi sesak. Tambahan pulak hujung minggu.
TIPS PENTING : Kalau nak ke Bromo ni, better elakkan hujung minggu sebab ramai sangat orang terutama Sabtu dan Ahad. Tu yang supir pun nak elak pergi Penanjakan kot. Jem jalan. Lagi satu, kalau weekdays, tiket masuk dia murah sikit.
|
terhalang dengan pokok pokok |
|
cantiknya kaler langit |
Masa ni x nampak lagi mana Bromo nya. Bila dah agak cerah baru nampak asap dari gunung. So itulah Bromo. Tapi Bromo nya terletak di belakang. Yang nampak dari tempat kitorang ni adalah Mt Batok. Menurut fakta, gunung Batok ni dah x aktif dah.
|
Asap dari kawah Gunung Bromo |
|
dah nak cerah dah |
Masa ni masing-masing sibuk dengan kamera, nak capture keindahan. Serius memamg lawo. Dengan suhu sejuknye. Alhamdulillah. Tapi kalau dari Mt Penanjakan, angle photo lagi lawa. Boleh nampak sekaligus Bromo dengan Batok dan juga Mt Semeru.
|
gambar google - dari Mt Penanjakan |
|
dah cerah baru nampak deretan jeep yang pelbagai kaler |
|
ramai gak orang |
|
gambo berdua |
Bila dah cerah ni baru nampak port-port nak bergambar. Jauh gak kitorang berjalan meninggalkan jeep. Puas bergambar, kitorang berjalan kaki semula ke tempat jeep parking. Tapi still x dapat nak capture gambar bromo. Asyik terlindung je di balik Mt Batok. Rugi la hai x pi Penanjakan.
|
jangan jatuh sudah, curam tuu |
|
Nampak Mt Batok je...:( |
|
gerak balik ke jeep |
|
matahari dah start memancarkan sinar |
|
jeep hijau army |
|
matahari |
TIPS PENTING : Menurut info di blog lain, kalau di Mt Penanjakan, ada disediakan ruang solat. Siap-siap ambil wuduk kat hotel pun boleh.
Lebih kurang pukul 6.00 pagi, kitorang pun naik semula jeep dan dibawa turun ke kawasan parking untuk ke Bromo Crater. Supir ni bawak laju semacam je, macam terkejar nak terberak. Kitorang mintak nak stop kejap, tu pun susah betul dia nak berhenti. Teruk punya perangai. Ingat kitorang ni naik percuma ke.
|
Mt Penanjakan ---> Jeep Parking Area |
Setelah dipaksa, dia berhenti jugak kat tengah-tengah padang pasir tu. Pastu x keluar-keluar dari tempat driver. Asben sempat lagi lah terbangkan drone. Ada la dalam 15 minit kitorang lepak situ. Agaknya hangin je mamat supir dalam jeep tu. haha. Mas Yadi pun join sekali kitorang kat luar. Mas Yadi pun akui yang driver ni pelik perangainya.. huh!
|
our shadow |
TIPS PENTING : Kalau boleh, request driver untuk berhenti bergambar kejap sebelum ke tempat parking jeep. Sebab time ni cahaya matahari naik, lawa giler view.
|
Nadia & Syakirin |
|
standby |
|
jeep meredah padang pasir |
|
lagi syok naik motor |
|
jom terbang |
|
sayup je kelihatan jeep2 yang tengah turun bukit nak ke Bromo Crater |
Dah settle, kitorang pun naik semula ke dalam jeep. Supir bergerak laju menuju ke tempat parking. Kat sini, sama ada nak jalan kaki ke Bromo Crater atau boleh jugak naik kuda.
Yang si supir jeep ni dan dan suggest kawan dia punya kuda. Kita x confirm apa lagi dia dah berhentikan jeep dekat tempat kawan dia. Mula tu, owner kuda bagi 100k untuk sekor kuda. X bagi kurang dah.
Last-last diorang bagi 300k untuk 4 kuda sebab kitorang macam xnak ambil. Itupun Mas Yadi bagi isyarat sebelum turun jeep, suruh mintak 300k untuk 4 kuda. Kalau baca info dari internet pun kebanyakannya dapat harga dalam 75k untuk naik kuda sehala. Susah nak dapat lagi murah.
|
Jeep Parking Area ---> Bromo Crater |
Siap-siap naik kuda, kitorang pun bergerak menuju ke Bromo Crater. Masa ni jam lebih kurang pukul 6.00 pagi. Dekat setengah jam gakla nak sampai ke kaki Gunung Bromo.
|
jom |
|
menuju ke Bromo Crater |
|
masih lagi sejuk sebab awal pagi |
|
kasi peace sikit |
|
menongkak bukit |
|
kesian kuda penat |
Lebih kurang pukul 6.20 pagi, kitorang pun sampai di kaki Gunung Bromo dan turun dari kuda. Mengah semput kuda yang bawak kitorang. Kat kaki gunung ni ada beberapa peniaga menjual barangan cenderamata dan air minuman.
|
kuda sampai takat ni |
|
bunga kering kot |
|
pemandangan dari atas |
Kitorang terus mendaki bukit menuju ke anak tangga. Tinggi jugak tangga nak naik ke kawah. Menurut sumber, ada la anggaran dalam 250 anak tangga. Jenuh jugakla nak kena panjat.
|
ada yang berhenti rehat dulu kat sini |
TIPS PENTING : Bagi yang nak try naik kuda tapi sehala, better korang naik masa dari parking nak ke Bromo Crater. Sebab jalannya menongkak bukit. Masa balik nanti baru jalan kaki.
Rupa-rupanya x include sekali la Bukit Teletubbies nya. Kitorang x dibawa ke sana pun. Selalu bayar trip bukan ke include sekali. Lainla kalau ke Bromo saja. Haih! Geram pulak rasa. Dah balik baru tau.
|
gambar internet - kan ada signboard tuuu |
|
gambar internet - ni ha! |
So lepas dah naik jeep tadi, kitorang pun berpatah balik. Lepas tu driver ni slow kejap, dia kata dah sampai Pasir Berbisik, nak berhenti ke. Tapi masa ni masing-masing dah penat, nak pulak tengok kat luar berdebu semacam je, so kitorang cakap xyah berhenti, terus balik je.
So perjalanan pun diteruskan sampaila ke hotel. Memang time ni masing-masing terlelap. Mengantuk giler. Ambil masa hampir 30 minit gakla nak sampai. Tu yang sempat terlelap masing-masing.
|
to hotel |
Maka berakhirla trip jelajah Bromo. Ntahla bila pulak nak datang lagi. Sesampai je di hotel, breakfast dah tersedia. Masa ni jam lebih kurang pukul 9.30 pagi. So sambil breakfast, try bodek-bodek harga dengan Mas Yadi untuk bawak kitorang terus ke Ijen.
|
area hotel |
Mulanya, me plan nak naik train je sepanjang trip ni. Cuma yang sampai airport semalam tu je naik kereta sewa. Tapi bila dah deal macam ngam je, lagipun kitorang berempat so boleh share. Jimat sikit. So kitorang pun on!
|
Yoschis Hotel ---> Bakso Probolinggo |
Lepas settle amek barang semua, kitorang pun check out dalam pukul 10.00 pagi. Sejam lebih jugakla perjalanan turun nak sampai ke pekan Probolinggo. Sepanjang perjalanan dihidangkan dengan pemandangan bukit-bukau, kebun-kebun sayur dan kampung-kampung. Masa ni la baru nampak sekeliling sebab masa sampai semalam gelap gelita. Apa benda pun x nampak.
|
Yoschis Hote ---> Bakso Probolinggo |
|
cantik view masa on the way |
Dalam perjalanan turun ni, Mas Yadi sendiri akui yang supir jeep tadi sombong. Patutnye layan guest elok-elok kata dia. Mas Yadi sendiri x puas hati dengan perangai supir jeep tu. Teringat-ingat balik rasa geram pulak. Macam nak sekeh-sekeh je. haha
|
bye bromo |
|
menuruni bukit |
Disebabkan dah tengahari masa ni, perut pun dah berkeroncong lapar. Mas Yadi bawak ke Restoran Bakso kat Probolinggo. Katanya memang sedap bakso kat sini.
|
gambar internet - kedai bakso |
|
Bakso Probolinggo ---> Kalisat (nama tempat hotel di area Ijen). cuma x pasti laluan betul atau x |
Jauh lagi nak sampai ke Ijen. Bila tanya Mas Yadi katanya lebih kurang 5 jam perjalanan. Cumanya me x pastila dia akan bawak ke area mana. Sebab kalau ikut yang me survey, kalau naik train akan berhenti di Karangasem stn atau di Banyuwangi stn. Dari sana baru ambil tour ke Ijen.
|
laluan train dari Probolinggo ke Karangasem |
Memandangkan memang kitorang x de book pun mana-mana hotel, kitorang on je mana-mana tempat yang Mas Yadi bawak. Sebab dia lagi tahu area mana yang dekat dengan Ijen. Kitorang membungkang je tido kat belakang.
|
menuju ke Situbondo |
Disebabkan asben duduk kat seat depan, me suruh temankan si Mas Yadi sembang sebab kadang tu me nampak gak die macam ngantuk. huhu. Mana x nya, dia pun bukan tido semalam, join sama kitorang ke Bromo.
Dalam perjalanan ni ada jugak kitorang singgah sekejap tepi jalan sebab kereta Mas Yadi naik suhu temperature. Kena topup air dulu. Tapi yang peliknya, gerak lagi beberapa kilometer naik lagi suhu. Ada la dekat 3, 4 kali berhenti topup air. Mungkin ada part lain yang rosak. Dalam masa sama, perjalanan diteruskan jugak untuk ke Ijen.
|
view sawah padi |
|
sempat beli esbuah, singggah masa kereta mas yadi problem |
|
sedap minum time cuaca panas |
|
on the way |
|
pose kejap |
|
Mas Yadi |
So kitorang try berbincang dengan Mas Yadi, mulanya tu pun berat jugak dia nak bawak mungkin sebab penat dah drive sepanjang hari. Semalam pun dia x tidur. huhu. Lagipun pukul 1.00 pagi dah kena gerak. Tapi dia kata ok je boleh bawak.
Alang-alang, kitorang set terus dengan dia untuk bawak kitorang balik ke Surabaya esok. Kiranya Mas Yadi ni la supir sepenuh masa kitorang sepanjang kat Surabaya nih.
So, dah settle, time untuk berehat kat bilik. Tapi sebelum tu kitorang ambil peluang jalan-jalan tengok kawasan persekitaran.
|
kawasan pejabat pengurusan |
|
kantor kebun kalisat jampit |
|
wisma strawberry, dalam ni ada 4 bilik |
Dalam pukul 6.30 petang, kitorang ke restoran hotel untuk makan malam. Awal nau makan malamnya..Menu pun x banyak pilihan sebab diorang siap buat set je. Ada nasi dan mee goreng kalau x silap. Lupa pulak nak capture gambar.
Lepas makan malam, masing-masing balik ke bilik untuk berehat sebabnya pukul 1 pagi nanti dah gerak untuk ke Ijen.
Jom ke next entry
No comments:
Post a Comment