|
ASBEN WIFE TRIP KE INDIA |
28 Ogos 2017
Hari ni dah pun hari Isnin. Kitorang check out seawal 6.45 pagi dan menunggu kereta yang akan bawak kitorang ke airport. Flight ke Srinagar adalah pada pukul 10.15 pagi. Memang saje keluar awal, senang nak prepare apa2 kat airport nanti.
Misi pencarian Shahida! hahaha... Penangan cerita Bhajrangi Baijaan..
|
Persona International Hotel -----> Indira Gandhi Int Airport |
|
on the way ke airport |
|
dalam kereta |
|
ke terminal 3 |
Driver ni berhentikan kitorang di hadapan pintu masuk Indira Ghandi Airport. Sebelum nak masuk kena tunjuk dulu boarding pass atau e-ticket dan passport. Dah dapat masuk kitorang pun terus beratur untuk check in. Ramai sangat orang masa ni. Pergerakan kaunter pun macam agak lambat, lama gila kitorang berdiri beratur.
Settle dapat tiket, kitorang pun pusing-pusing dulu dalam airport ni. Asben tukar duit sikit lagi kat money changer. Lebih kurang pukul 8.53 pagi barula menapak ke boarding gate no 53. Flight delay pulak tu. Lebih kurang pukul 11.00 pagi baru berlepas. Pesawat yang kitorang naik adalah Jet Airways.
|
domestic departure |
|
Ada arca ni masa on the way ke boarding gate |
|
bergambar dulu |
|
menuju ke gate 53 |
|
ha nampak x kerusi baring ni. dah target nak lepak kat kerusi ni masa hari balik nanti..hehe |
|
bersama backpack 7kg |
|
dah sampai gate 53 |
|
nampak pesawat air asia India kat luar |
Perjalanan ke Srinagar cuma memakan masa selama 1 jam je. Me duduk tepi tingkap sambil layan view. Sebelah asben ada sorang lelaki yang katanya bekerja dengan Qatar Airways. Tengok gaya macam pilot pun ada. So bersembang la diorang sampai la dekat nak sampai Srinagar.
|
jom naik..bismillah |
|
ade screen ni |
|
suasana kat dalam |
X silap namanya Yusof. Dia balik Kashmir sebab nak sambut raya haji dengan keluarga. Dia siap offer nak hantarkan kitorang kat hotel. Pucuk dicita ulam mendatang la kan... kitorang pun setuju la.
|
Indira Gandhi Int Airport -----> Srinagar Int Airport |
|
bye bye delhi |
|
sambil layan kepok ni..sedapp |
Dah dekat nak sampai tu nampak banjaran gunung menghijau je. Ni kalau time musim sejuk confirm putihje penuh dengan salji.
|
view kat bawah |
Setibanya di Srinagar, ada ramai polis dan askar yang berkawal kat airport, termasukla kat luar. Siap mintak kitorang tunjukkan passport dan visa lagi. Mujurla x ada masalah. Lebih kurang 15 minit menunggu, sampaila kereta abang kepada Yusof ni. Kereta kecik je macam kancil tu. Beg si Yusof pulak besar gabak. hehe..
|
dah selamat sampai |
So berhimpitla kitorang kat belakang ber3 bersama dengan backpack. Beg gabak Yusof ada kat seat depan. Me tunjukla kertas booking hotel, so abang dia tolong hantarkan ke hotel. Perjalanan jauh gakla nak ke bandar Srinagar ni. Adalah dalam 1 jam setengah duk dalam kereta.
|
Srinagar Int Airport -----> Babu Hotel |
Hotel ni me book sehari sebelum memandangkan susah nak cari hotel masa sampai nanti. X lama tu nampak signboard Babu Hotel kat tepi jalan. Yusof dengan abang dia x ambil bayaran pun. Alhamdulillah, ada yang nak menolong. Jimat sikit duit kitorang. Kata backpackers kan.
Dari apa yang kitorang lihat sepanjang perjalanan, bandar Srinagar ni agak serabutla jugak. Nampak bangunan berdebu sana-sini. Banyak construction kat kawasan ni. Dahla kenderaan pun banyak, siap hon sana sini lagi.
So kitorang pun masuk ke lobi hotel, tapi cari staff x jumpa-jumpa. Sementara asben menunggu staff hotel kat lobi, me pi survey transportation untuk ke Leh esok. Kebetulan ada 1 office tour agency kat tepi hotel. Tapi mahal kot bayaran diorang cas untuk sharing taxi. Itupun bergantung kalau ada orang lain nak share, kalau x kena bahagi per person yang ada. Jadi lagi mahalla kan. Makanya x jadi la. Kena cari solution lain.
|
ni la biliknya.. |
Dapat je kunci bilik, kitorang pun terus check in. Adoiii.. frust sebab xde wifi. Penting kot ada wifi ni, setiap kali check in mana2 mesti kitorang akan video call pada family kat Malaysia. Bukan apa, xnak diorang risaukan keselamatan kitorang kat sini. Jadinya melangut la kitorang duduk dalam bilik tanpa wifi.
Disebabkan perut pun lapar, kitorang pun turun ke lobi yang kebetulan ada restoran kat sebelahnya. Order la nasi goreng vege. Boleh tahan sedap. Alhamdulillah. Kat Kashmir ni majoriti Islam. InsyaAllah memang halal.
|
nasik goreng... licin alhamdulillah |
So lepas makan kitorang terus menapak keluar. Ada tanya orang tempat nak beli tiket bas. Solution untuk naik bas ni adalah cara yang paling murah sekali la.
So kitorang pun berjalan kaki tengah-tengah panas tu menuju ke TRC (Tourist Reception Center). Adala dalam setengah jam berjalan kaki selama lebih kurang 1.8km. Tu sebab balik dari India ni berat turun sikit, sebab banyak berjalan.. So tips bagi nak kurus, sila travel...kikiki..
|
Babu Hotel -----> TRC |
|
jom jalan |
|
lalu tepi tasik x berapa nak indah ni |
|
ni bas comel macam cerita bhajrangi baijaan tu |
|
ha lagi sikit nak sampai |
Sesampai je di TRC, kitorang pun bertanya harga untuk sharing taxi. Rs2200 untuk seorang direct ke Leh. Alamak lari bajet ni. Bila tanya kaunter bas, diorang kata Rs 500 tapi kena ke Kargil dulu. Tapi bila tengok condition bas macam x yakin pulak.
So ada la sorang driver taxi rasanya, dia suggest kitorang ke Kaksarai Karan Nagar. kitorang siap suruh tulis kat kertas takut lupa. Kat situ ada private bus untuk ke Kargil. So kitorang pun tahan auto dan mintak dia bawak ke Kaksarai. Jauh jugak perjalanan dekat 5km.
|
TRC -----> Kaksarai Karan Nagar |
Tengok-tengok memang ada sebiji bas kat situ yang akan ke Kargil esok pagi. Tiket berharga Rs400 seorang. Nampak bas pun macam ok. So kitorang pun beli. Katanya bas akan bertolak pada pukul 6.00 pagi esok. Pukul 5.30 dia dah suruh tunggu kat sini.
|
Kaksarai -----> Babu Hotel |
Tiket dah ada, so kitorang mintak driver auto tadi hantar semula ke hotel. Kitorang kena bayar Rs 140 untuk perjalanan dari TRC ke Kaksarai dan balik ke hotel. Turun je depan hotel, macam biasa la kitorang merayap dulu mencari air dan jajan untuk malam nanti. So malam ni, kitorang rehat je sebabnya esok perjalanan sejauh 8 jam kot duduk dalam bas.
Apa terjadi esok? Macam mana perjalanan kitorang ke Kargil? Jom ke next entry..