|
HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA
|
|
1 September 2017
Dah masuk bulan baru iaitu bulan September. Hari ni juga umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Sedih jugak sebab kitorang dua ni 1st time beraya jauh dari keluarga.. huhu
Bagi umat Islam kat India ni, diorang menyambut raya haji sehari selepas sambutan di Malaysia iaitu pada 2 September.
Hari ni awal-awal pagi kitorang dah bersiap, ambil sarapan bubur nasik dan memakai kelengkapan untuk trip bermotor. Bukan berkumpulan, tetapi cuma sebijik motor. Cuma kitorang berdua je. Asben dah cek condition motor, dan siap pasang kelengkapan termasuk botol minyak spare yang diikat di tepi.
|
nampak tu snow cap mountain.. cantik |
|
ni ha kasi zoom skit |
Kitorang cuma bawak 1 beg je, bawak barang yang perlu. Lagi 1 beg kitorang tumpang simpan kat hostel sebab esok kitorang akan menginap kat hostel ni semula.
TIPS PENTING : kalau naik motor, bawak barang yang perlu je. Backpack pun x perlu isi banyak barang sebab perjalanan jauh berserta jalan yang x elok.. So kalau sandang kat belakang memang akan buat kita sakit badan.
|
asben tengah prepare motor |
Sebelum bertolak mestila berdoa dulu, mintak semoga perjalanan kitorang dipermudahkan InsyaAllah. Glove dan face mask memang dah standby bawak dari Malaysia. Makanya lebih kurang pukul 6.00 pagi, kitorang pun memulakan perjalanan dari Leh.
|
Leh -----> Khardung La -----> Hunder, Nubra valley |
|
kena ikut sini untuk ke Nubra Valley. ni gambar semalam |
Kitorang ikut balik laluan yang dah kitorang survey semalam. X banyak kenderaan yang lalu masa ni. Mungkin masih terlalu awal kot. Tapi view memang tak mengecewakan. Sempat tu keluar kamera masa tengah membonceng.. huhu
Sebelum sampai di Nubra Valley, kita akan melalui Khardung La pass yang terletak pada ketinggian 18,380 kaki dan digelar highest motorable road in the world.. ha gitu.... Jarak dari Leh adalah 39 km.
|
snow cap mountain... |
|
ha tengok tu kat cermin sisi.. gigih amek gambo..hehe |
Dalam 15 minit perjalanan dari pekan Leh, kitorang kena berhenti kat 1 check post ni. Motorcycle check post namanya. Masa sewa motor semalam kitorang dapat kertas resit kaler kuning, resit ni la kena tunjuk pada askar yang berkawal tu. Masa ni belum cek permit lagi. Lepas tu, kitorang meneruskan semula perjalanan.
Lebih kurang pukul 6.45 pagi, kitorang tiba di check post pertama. Kitorang turun dari motor dan bawak sekali passport dan permit, dan tunjuk pada pegawai bertugas. Siap sembang-sembang lagi dengan pegawai ni.
|
Leh -----> Khardung La pass |
Perjalanan diteruskan lagi sampai la ke Khardung La pada pukul 7.30 pagi. Maknanya kalau dari Leh memakan masa dalam sejam setengah la. Itupun kitorang banyak menyinggah. Kat sini sejuk nya teramatla sangat. Nak cari tandas tapi.... semuanya kotor dan xde air.. Air yang kat dalam tong luar siap beku lagi tuuu..
|
Rinchen Cafe |
|
ada salejiii |
So hasrat terpaksa dibatalkan, maka kitorang decide untuk singgah kejap minum chai kat cafe yang ada kat Khardung La ni. Setengah jam jugakla kitorang memanaskan badan kat sini. Sejuk menggigil kot kat atas ni. Bila pegang cawan chai panas tu bukan main sedap je rasa..
Agak dah ok tu, kitorang keluar dari cafe dan bergambar dulu kat signboard Khardung La, tempat yang selalu orang amek gambar tu.. hehe... Tapi yang pelik masa ni memang xde pengunjung lain kat sini. Kitorang datang terlalu awal rasanya. Tapi memang bebasla nak bergambar, x payah nak tunggu turn.
So kitorang pun meneruskan semula perjalanan ke Nubra Valley.
|
abam motor berenti rehat sat |
Lebih kurang pukul 9.00 pagi, kitorang tiba di check post kedua. Sama jugak macam tadi, tunjuk passport & visa n nanti pegawai tu collect salinan permit.
TIPS PENTING : pastikan laluan yang dilalui ada tertulis kat dalam permit dan nombor passport tu betul. N photostat lebih permit tu sebab setiap check post diorang akan collect. X bagi balik dah tau
|
ha lagi view.. |
|
berhenti bergambar lagi |
|
tu nak terbang ke tu.. hehe |
Bila dah dekat-dekat nak sampai Nubra Valley, lagi cantik pemandangan yang kitorang dapat tengok. Macam kawasan berlembah. Gunung-gunang pun dilitupi awan, yang jauh-jauh sikit tu ada nampak snow cap mountain... cantik sangat.
|
cantik kan |
|
indahnya lah.. |
|
tengah belek enset nak buat video |
|
Khardung La -----> Diskit |
Lebih kurang pukul 11.00pagi, kitorang tiba di Diskit. Kat sini ada 1 stesen minyak. So lepas bertanya bertanya pada orang tempatan kat situ, kitorang pun menuju ke stesen minyak. Kecik je stesen minyak nya. Asben isi tangki 6 liter, maknanya hampir setengah tangki minyak la yang perlu dari Leh sampai ke Diskit.
|
pam minyak |
|
depan tu mat salleh |
|
view sekeliling |
|
jom gerak |
Dari Diskit, kitorang meneruskan lagi perjalanan ke Hunder. Kitorang dah target nak menginap di area Hunder. Dari Diskit ambil masa lebih kurang 20 minit je nak sampai ke Hunder. Kitorang sampai Hunder pada pukul 11.20 pagi.
|
Diskit -----> Hunder |
Sampai je, terus mencari kedai makan sebabnya dah terasa lapar. Dah tengah hari pun kan. Jumpa 1 kedai, owner berkopiah, kitorang bagi salam dan dia menjawab. Bila tanya memang muslim. Alhamdulillah. So kitorang pun order chai dan magee.
|
Magee |
Disebabkan magee nya boleh tahan sedap, kitorang order lagi 1. haha. So lepas makan, kitorang pun mula lah mencari tempat nak menginap untuk malam ni. Memang xde book pun, ingat nak redah je lah ni.
Terjumpa lah 1 cottage style camp iaitu Apple Cottage. Harga 1 malam Rs2000. X bagi kurang dah.. Kalau check rate camp dan guesthouse kat Ladakh ni kat internet memang mahal sikit terutama nya di Nubra Valley, Pangong Lake dan Tso Moriri Lake.
Disebabkan dah kepenatan, malas dah nak cari hotel lain. Kitorang setuju je. Yang penting ada wifi, xla melangut tengok bumbung khemah.. haha..Lagipun memang dah survey dalam booking.com rate harga area Nubra Valley ni memang mahal.
|
ada pokok bunga kat entrance |
|
berjalan ke khemah |
|
ni khemah kitorang |
So asben pun siap-siap p lock motor, ambik botol minyak spare dan bawak ke khemah. Kat dalam khemah, dah disekalikan dengan toilet. View kat belakang pun boleh nampak mountain. Cantik.
|
view dalam khemah..kunin uollss |
|
view luas sikit |
|
khemah kat sebelah kiri |
|
khemah belah kanan |
So kitorang pun berehat dulu, video call dengan family sebelum decide nak keluar petang tu ke sand dunes. Kitorang nak pergi tengok unta. Nak naik unta pun boleh, tapi bergantung la pada harga kan. kalau mahal x dela nak naik, tengok je cukup.. huhu
So lebih kurang pukul 2.15 petang, kitorang bersiap dan keluar menuju ke sand dunes. Nak masuk kena bayar 20 rupees. Pastu kena lalu pulak jalan berbatu-batu, panjang jugakla.. Bergegar otak.. huhuhu...
|
view sebelum sampai |
|
kena lalu jalan berbatu ni nak sampai kawasan unta |
Sampai je kat kawasan sand dune tu adala nampak 2, 3 ekor unta dari jauh. Eh rasanya macam banyak masa tengok kat internet hari tu. Asben pun park moto kat situ, dan kitorang berjalan ke arah unta-unta tadi tu.
|
ada sungai kecik |
|
ni kawasan naik unta tu |
|
view sekeliling |
|
cantiknyaaa |
Ngam-ngam je kitorang sampai, unta-unta yang tengah lepak tadi dah kena perambat suh bangun. Rupanya bila tanya penjaga unta kat situ, time tu time rehat. Pukul 4.00 petang nanti baru ada unta-unta ni. Masa ni diorang rehat & diberi makan kat tempat lain berdekatan kawasan tu. Taik unta toksah cakapla, penuh bersepah kat kawasan tu..busuk pulak tu.. huhu
|
unta dah larikk |
|
bye unta..selamat menjamu selera |
So disebabkan xtau nak buat apa, kitorang bergambar je la kat kawasan tu. Bila dah bosan sangat kitorang pergi menjejak tempat unta-unta ni tadi makan. Jauh sikit dari tempat unta-unta tadi tu lepak.
|
bila dah bosan.. |
|
ngendap unta tengah makan |
|
tu banyak lagi unta lain tengah makan |
Masa ni jam baru pukul 3.00 petang. Ada lagi sejam nak tunggu. Masa ni kitorang lepak kat area sand dune. Kawasan padang pasir. Kitorang ni memang dah plan bawak baju raya.. Hari ni kan raya haji kat Malaysia. Tapi bawak baju yang jenis cotton ringan je la.. hehe.
So, kat tengah-tengah padang pasir tu kitorang bertukar ke baju raya.. haha.. Tapi me dah siap sarung baju kurung dari khemah tadi. Cuma tinggal sarung kain je. Kamera kitorang siap-siap pasangkan tripod. Makanya berposing la kat tengah-tengah tu.. Macam-macam aksi ada. Tapi biarlah menjadi koleksi peribadi je.. hahaha
|
adala beberapa orang jauh sikit dari tempat kitorang |
So dah agak berpuas hati bergambar tu, kitorang pun tukar semula baju biasa. Jam menunjukkan baru pukul 3.30 petang. Sudahnya kitorang decide untuk balik camp je. Sebab dah x tau nak buat apa. Lagipun perut dah berkeroncong mintak di isi. Cepat rasa lapar sebab sejuk.
|
jom balik |
|
tempat orang park kenderaan |
So kitorang pun bergerak meninggalkan sand dunes menuju ke cottage. Sebelum tu kitorang singgah dulu di kedai makan yang kitorang makan magee tengah hari tadi.
Sampai kedai ni kitorang order nasi goreng. Tapi kata owner nasi goreng xde. Yang ada cuma chicken rice. Dalam fikiran kitorang, mungkinkah sama dengan nasi ayam Malaysia.. hehehe.. So kitorang order la chicken rice 1 dan maggee 1. Pastu asben beli air coke kat kedai runcit sebelah.
X lama tu sampai la chicken rice version Ladakh. Rupanya nasi putih bersama kari ayam je pun.. Ada sayur timun dengan bawang sikit kira ulam la tu.. Punye la terbayang nasi ayam Malaysia masa ni..hahaha..Tapi boleh tahan sedap.. Alhamdulillah..
|
sedap |
|
kari ayam |
|
jemput makan |
|
magee ni memang sedap.. memang kaw kepekatan dia.. hehe |
Masa tengah makan ni datang seorang lelaki makan kat meja belakang kitorang. Ada la bertegur sapa. Rupanya dia adalah tour guide yang bawak pelancong ke Nubra Valley ni. Mamat ni muslim..Katanya kat sini x banyak kedai Muslim, kedai ni salah satu kedai Muslim.
Owner kedai ni pun ada datang bersembang sekali. Kata owner, esok diorang akan menyambut Aidiladha so kedai ni tutup.
So lepas makan, kitorang pun nak bergerak balik. Tapi asben kata dia nak pergi balik tempat unta tadi sebab masih awal lagi nak balik. Masa lalu kat entrance tu nasib baik mamat yang jaga tiket tadi tu bagi je masuk.. Agaknya dia dah cam kot..
Dari jauh lagi dah nampak ada banyak unta kat kawasan kitorang pergi tadi. So kitorang decide untuk ke sana balik.
|
baru lepas park motor |
Lepas dah park motor, kitorang berjalan ke tempat unta tu. Tempat ni nampak lagi cantik dari tadi sebab ada cahaya matahari masuk. Nampak jelas struktur pergunungan tu. Cantik sangat.
|
cantik kan |
|
jom ke sana cari unta |
|
banyak unta nya |
Unta-unta kat sini ada banyak rupanya. Tapi mungkin ada banyak owner la. Kitorang x tanya pun harga, tapi ada dengar-dengar harga lebih kurang Rs1000 lebih.
|
unta ni menunggu orang naik |
|
sedih pun ada tengok unta-unta ni.. huhu |
|
tengok ni bersusun |
|
ramai gak orang masa ni |
|
yang mana naik unta akan dibawa ke sebelah sana, ke padang pasir |
Kitorang ni x naik pun unta. Sekadar nak tengok je. hehe.. Lepas tu, kitorang bergambar lagi kat kawasan tu sebelum decide untuk balik ke khemah.
|
cantik |
So lebih kurang pukul 5.30 petang, kitorang pun bergerak balik ke khemah. Untuk malam, kitorang cuma berehat je kat khemah, lepak kat kerusi luar khemah ambil angin malam. Sejuk kat sini. Air paip pun macam x mampu nak pegang. Sejuk bekuu oiii..
Masa tengah lepak kat luar tu, ada sorang uncle India ni dia tengah mencari khemah anak dia tapi x jumpa. Kitorang pun bertegur sapa la. Kitorang ajak duduk sekali bersembang dengan kitorang. Kata uncle ni dia adalah businessman dari Pune. Datang berjalan dengan anak-anak dia. X lama tu dia pun mintak diri nak ke dewan makan.
Ada sorang lagi ni bertegur sapa jugak dengan kitorang. Tour guide pompuan bernama Dolma. Dia bawak pelancong ke sini. Ikutkan memang banyak kereta-kereta bawak pelancong kat sini berbanding motor. Tapi bagi kitorang, lagi feel naik motor sendiri2 dari ada tour guide.. x bebas..hehe
So malam pun berlabuh. Kat dalam khemah memang dibekalkan dengan 5 lapis selimut tebal. Memang sedap la tidur.
Esok kitorang akan bergerak balik semula ke Leh.