|
HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA
|
|
22 January 2018
Patutnya harini kitorang dah sampai di Malaysia. Tapi flight cancel, dapatla jalan-jalan lagi di Kolkata. huhu
Seawal 9.00 pagi, kitorang turun ke restoran hotel untuk breakfast. Banyak jugak menu yang disediakan. Selepas makan, kitorang decide nak keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar.
|
ha..meriah x? lapar punya pasal..haha |
|
view luar hotel |
|
teksi kuning |
|
jalan raya yang sesak |
|
bingit dengan bunyi hon |
|
teksi kuning lagi |
|
uncle jual buah-buahan |
|
uncle jual jambu |
Tengah dok leka amek gambar, ada sorang lelaki bagi salam. Kitorang pun menjawab salam. Seronok dia bila tau kita muslim. Sampai ajak suruh datang ke rumah. Kitorang ni seganla, x kenal pastu nak ke rumah pulak. Kitorang akhirnya setuju sebab dah beria dia mengajak. Lagipun x kejar masa pun, x de ke mana.
Dalam perjalanan ke rumah, dia tunjukla sebuah masjid yang berwarna hijau. Cantik senibina masjid ni.
|
awek2 Kolkata |
|
sayur-sayuran |
|
pintu gerbang |
|
lawa masjid ni |
|
berwarna hijau |
|
Masjid Mondal Ghanti |
X jauh dari masjid tadi, dah masuk ke simpang rumah dia. Rumah 4 tingkat yang sedang dalam pembinaan, x berapa besar tapi selesa didiami bersama isteri dia, 2 orang anak dan ibu. Kitorang dihidangkan dengan chai dan biskut.
Dari tingkat atas rumahnya, boleh nampak pemandangan Kolkata. Sempat jugak berkenalan dengan mak dia yang sangat ramah. Nama brother ni Muhiyyiddin.
|
pemandangan dari roof top |
|
mak cik yang sangat peramah walaupun kitorang bercakap style itik dan ayam |
|
lagi view dari atas bangunan |
|
asben tengah save no contact |
|
rumah di antara kepadatan rumah lain |
|
ruang dapur |
|
bergambar dengan isteri dan anak dia yang kecik |
Hampir setengah jam jugakla kitorang kat sini. Kagum dengan sikap Muhiyyiddin ni. Dari cara bersembang pun dah tau yang keluarga ni sangat baik hati. Bukan sesaje puji nih.. X lama tu kitorang pun mengundur diri. Diorang siap ajak makan lagi, tapi kitorang menolak dengan baik.
Terfikir jugak, mungkin ada hikmahnya flight kitorang cancel, sebab dapat jumpa keluarga ni. Lepas mengundur diri, kitorang pun turun dari rumah dan berjalan kaki balik ke hotel semula.
|
kedai makan |
|
buah-buahan |
|
cantik bangunan ni, ciri-ciri islamik |
Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari, pihak hotel call bilik bagitau lunch dah ready. Kitorang pun turun untuk makan tengahari.
|
Bismillah |
Lepas makan, kitorang keluar lagi berjalan-jalan di kawasan sekitar sehingga pukul 5.00 petang. Saje menghabiskan masa. Dah x tau nak kemana. Flight malam ni pada pukul 11.40 malam. Kitorang decide gerak ke airport dalam pukul 8.00 malam sebab x jauh.
|
jom balik |
|
sampai di airport Kolkata |
Alhamdulillah, kali ni flight x de delay. Kitorang selamat sampai di Senai Airport pada pukul 6.30 pagi keesokan hari. Dari Senai, kitorang naik bas ke Jb Sentral. Pastu terus balik ke Cameron dengan menaiki ETS, sama macam perjalanan pergi.
|
selamat sampai negara sendiri |
|
naik bas ke JB Sentral |
|
Dalam ETS |
|
beli popia dalam ETS, tapi panas kat microwave, lembikk.. |
Sampai di KTM Tapah, kitorang turun. Mak & abah dah menunggu, dan la singgah masjid & singgah makan sebelum gerak naik ke Cameron.
|
Layan nasi goreng kampung sambal belacan di Tapah.. haha |
Berakhirlah trip kali ke 2 ke India. Best ke x? Mestilah best. Kalau ada rezeki memang nak ke India lagi, cover part lain pulak. Tapi kalau boleh memang nak ke Ladakh lagi. InsyaAllah.
Nanti me share total budget untuk trip kali ni. Sehingga berjumpa lagi.. Next? Ke mana.. Tungguuuu