|
HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA
|
|
19 Januari 2018
Kejap je masa berlalu, dah makin hampir dengan hari nak balik. Hari ni patutnya kitorang plan nak naik toy train. Rugi weh kalau datang darjeeling tapi x try naik. Tapi kitorang dah survey malam tadi untuk stay 1 malam di resort kawasan ladang teh. Mengada-ngada lah nak duduk ladang teh kan. Padahal duduk Cameron. Macam la kat Cameron x jumpa ladang teh.
So pagi ni golek-golek lagi atas katil sambil survey lagi resort yang ada di Darjeeling, terjumpa la 1 resort ni namanya Singtom Tea Resort. Harga ada promo. Murah la sikit dari hari biasa. Tapi RM200 jugakla lebih kurang.
Cumanya agak jauh dari Darjeeling town ni, dekat setengah jam perjalanan. Kata nak merasa dok kat resort tengah-tengah ladang teh kan, ok book!
|
gambar resort dalam booking.com |
|
nampak cam menarik kan. hijau je pokok tehnya |
Done booking dekat booking.com. Kitorang bajet nak check out tengah hari nanti. So pagi ni, bersiap-siap dan keluar jalan-jalan lagi area pekan Darjeeling ni. Kitorang pergi balik kawasan yang kitorang pergi malam tadi. Siang pun happening gak.
|
jom jalan lagi |
|
ha tengok, ramai kan |
|
kedai bakeri di waktu siang |
|
kedai bakeri lagi |
Kat sini, budak-budak kecik pun dah pandai meniaga. Yang goreng-goreng kat stall semalam tu, budak kecik je pun. Mungkin dalam umur 13 tahun macam tu. Style diorang masak, boleh kalah chef-chef dalam Masterchef tu ha.
|
kat depan tu tempat jual sweater malam tadi |
|
kedai maruku |
Jalan punya jalan, sampai la kitorang di deretan kedai yang dah tutup semalam. La ni siang dia bukakla. Macam-macam kedai ada kat lorong ni. Dari yang menjual perkakas rumah, barang dapur dan juga kedai makan.
|
nampak haunted je bangunan ni, kalau malam mesti seram ni |
Jalan punya jalan terjumpa 1 pasaraya besar, Big Bazaar namanya. Mungkin ni lah pasaraya terbesar kat sini. Kitorang x masuk pun, berjalan lagi ke depan mencari money changer.
|
Big Bazaar |
|
kat dalam je rupanya |
Ternampak 1 sign kecik bertulis Official Money Changer. La dalam kedai kain rupanya. Selesai tukar duit, kitorang pun berjalan kaki balik semula ke hotel.
Lepas settle kemas beg, kitorang check out dan berjalan ke taxi stn. Jenuh jugak nak mecari taxi yang boleh bawak ke resort yang kitorang nak duduk ni. Ada pun memang mahal la dia cas. Menyesal pulak amek resort jauh-jauh ni. haha
Dekat sejam jugakla kitorang kat area taxi ni. Masing-masing menggeleng bila tanya. Last-last kitorang gi tanya setiap 1 taxi. Memang susah diorang nak bawak ke resort ni sebab jauh. Ada tu mahal mintak nya..Kebetulan ada sorang driver ni nak bawak, harga dapatla Rs500. Ok on!
|
Taxi Stand -----> Singtom Resort |
Perjalanan ke resort ni memakan masa hampir setengah jam. Mula tu, jalan utama je, sampaila driver belok masuk simpang turun bukit, dan semakin turun. Patutla pun banyak taxi yang x nak bawak ke sini. Jalan dia, mak ai! Bersimpang siur, jalan kecik, lepastu banyak jalan x helok. Berlopak-lopak.
|
togel-togel pokok teh nya |
Memang kiri kanan view ladang teh la.. Tapiiii.. Ermmm kenapa x berapa cantik. Why? Why? Cantik lagi Cameron punya ladang teh. huhu. Xpe masa ni sedapkan hati je la sebab x sampai lagi resort.
|
hey awak pokok-pokok teh! kenapa togel-togel nih |
|
dalam taxi |
Setiap kali lalu jalan kecik yang berlobang-lobang ni, kelihatan stress di wajah driver. Siap mengeluh lagi dia. haha. Adoilaa...
X lama tu sampaila kitorang di depan entrance resort. Driver drive masuk dan hantar sampai depan resort. Asben try tanya driver, esok boleh x amek kitorang kat sini lepas check out. Dia laju geleng. haha. Konpem dia menyesal bawak kitorang ke sini. Balik ni kena hantar servis pulak taxi dia tu.
|
entrance resort |
Ketibaan kitorang ni disambut oleh seorang uncle yang muka ala-ala Amitabh Bachaan. Kitorang pun menunjukkan booking yang dah dibuat. Sambil tu atas bawah dia tengok kitorang ni. Mungkin dalam hati dia, xde gaya orang ada-ada pun diorang ni. haha.
Dia pun menjemput kitorang ni masuk. Dengan menggalas backpack, kitorang pun terus masuk dan menuju ke bilik yang dah disediakan. Sambil jalan masuk tu, berkeriuk-keriuk bunyi lantai papan yang kitorang pijak. hehe
|
ni lah bilik nya |
|
tandas besar.. boleh buat dapur |
|
ada tempat unggun api.. hiasan je kot |
Uncle tadi tu dah bagitau, bayaran nanti last masa nak check out baru buat. Mana x nya, kat sini semua berduit tau. Makan 1 kepala untuk 1 menu pun Rs500. Cas ambil atau hantar Rs1000 setiap kali perjalanan tau! Masa ni terpikir, macam mana eh nak balik esok? huhu
Uncle tadi siap tanya kitorang nak makan malam ke x. Kitorang menolak awal-awal dah. (dalam hati) Xpela pakcik, kami dah bawak makanan sendiri. huhu
|
magee la makanan paling sedap time travel. haha |
So, untuk makan tengahari, kitorang masak je magee dan juga bubur nasik. Buat milo 3 in 1 dan makan buah-buahan. Alhamdulillah kenyang. Ni la orang kata nak bergaya ala-ala orang ada-ada tapi makan magee.. haha
|
stok makanan |
Selesai berehat dan solat, kitorang pun keluar untuk meninjau persekitaran resort. Mungkin masa ni bukan waktu harvest kot. Memang x nampak ada yang tengah bekerja. View ladang teh dia pun alahai... suramje..
|
resort |
|
ha nampak tu tengah mencari line wifi |
Lagi 1, resort ni punya wifi sendunya la.. Susah nak dapat. Dalam bilik lagi lah. Kitorang ni melepak la kat kerusi yang disediakan kat luar resort. Best la jugak santai-santai petang kat sini. Ikutkan kawasan dia sunyi dan tenang je, sebab jauh dari bandar.
|
ladang teh |
|
anak-anak pekerja ladang mungkin |
|
nun kat sana tu pekan Darjeeling rasanya |
|
daun teh |
|
ha ni la jalan kitorang masa datang tadi |
So apalagi, masuk celah-celah pokok teh, pacak Gorilla tripod, bergambar ler. Banyak pokok yang dah togel, so carila part bagi nampak penuh sikit. haha
|
celah pokok teh |
|
alahai.. |
|
ulat daun ke tu.. tudung pun hijau..haha |
Settle bergambar, turun balik ke resort. Masa ni start dah rasa bosan. haha. Ye la, x kan nak terperuk je kat bilik kan. Nasib baik la resort ada sediakan game-game uji minda nih. Kitorang amekla beberapa permainan dan bawak ke meja kat luar.
Masa kitorang check in sini, x nampak pulak kelibat pelancong lain. Rasanya memang kitorang je yang book untuk malam ni. Lagipun bilik dalam resort ni mungkin ada 3 ke 4 bilik je.
|
bagi menghilangkan kebosanan |
Dan la jugak main game susun kata ni 2 round sebelum hari gelap. Lebih kurang pukul 5.30 petang, kitorang pun masuk ke bilik. Bawak sekali game susun kata tadi.
Uncle tadi, ada tanya lagi, pasal makan malam. Dia pelik sebab kitorang x order makan malam. Kami ni berjimat pakcik, sebab makanan kat sini mahal nau. Tapi x la cakap macam ni kat dia..hehe
So xde la aktiviti luar malam ni. Duduk je la dalam bilik, melangut sambil main teka silang kata tadi tu. Agak-agak dah mengantuk, tidur.
|
magee cup yang perisa ni sedap! |
Ni me share gambar bahagian dalam resort. Gambar yang kitorang amek ntah macam mana boleh terdelete. Ni gambar dari booking.com. Tapi x se'proper' dalam gambar la..
|
masuk masuk je jumpa ruang ni. belah kiri tu pintu bilik yang kitorang stay 1 malam |
|
tadi sebelah kanan, ni view sebelah kiri pintu masuk |
|
ni x perasan belah mana |
|
meja makan |
Oklah. Esok kitorang dah nak check out dan akan ke pekan Darjeeling semula. Nanti me akan kasi review overall tentang resort ni.. Tungggu....