Terpikir nak buat entry sebab baru-baru ni intai-intai gambar lama.. Best pulak rasa.. Tapi nak buat entry yang simple je la sebab banyak yang dah lupa. Nak recall balik tu bukan main susah.
3 hari sebelum trip ni, kitorang dah prepare barang nak ke sana. Suhu bulan November boleh dikatakan sejuk jugakla. So kitorang prepare bawak sweater sekali.
dgn ubat segala bagai..hehe..siap-siap pack dalam beg yg clear mcm ni |
tuna tuna tuna.. tu je la menu nye..haha |
biskut-biskut n mee magee pun penting tau |
Kat sini me share itinerary kitorang untuk 8 hari 7 malam di Korea
Day 1
3 Nov 2013 (Ahad)
Flight Air Asia Kul - Pus (Gimhae International Airport) (8.30 pg)
Tiba di Gimhae Airport ( 3.45 ptg)
Gimhae Airport to Busan Stn
Busan Stn to Seoul Stn
Check In
Menginap di Beewon Guesthouse (malam pertama)
Day 2
4 Nov 2013 (Isnin)
Nami Island
Namsan Tower
Myeongdong
Menginap di Beewon Guesthouse (malam kedua)
Day 3
5 Nov 2013 (Selasa)
War Memorial of Korea
National Museum of Korea
Itaewon
63 Building
Han River
Yeoudo Park
Dongdaemun
Menginap di Beewon Guesthouse (malam ketiga)
Day 4
6 Nov 2013 (Rabu)
Everland
Namdaemun Market
Menginap di Beewon Guesthouse (malam keempat)
Day 5
7 Nov 2013 (Khamis)
Geongbokgung Palace
Changdeokgung Palace
Insadong
Namdaemun Market
Itaewon
Menginap di Beewon Guesthouse (malam kelima)
Day 6
8 Nov 2013 (Jumaat)
Check Out
Bukchon Hanok Village
Dongdaemun Plaza
Namdaemun Market
Itaewon
Seoul stn to Busan Stn
Bermalam dalam train
Day 7
9 Nov 2013 (Sabtu)
Taejongdae Park
Jagalchi Market
Busan Tower
Ckeck In
Trick Eye Museum
Haeundae Beach
Busan Aquarium
Check In
Menginap di Elysee Motel (1 malam shj)
10 Nov 2013 (Ahad)
Check Out
Busan stn to Gimhae Airport
Pus to KLIA (5.00 pm)
Tiba di KLIA (10.20 pm)
TIPS PENTING : Bulan Oktober sehingga awal bulan November di Korea adalah pertengahan musim luruh. Sesuai sangat bagi yang nak tengok daun-daun bertukar warna. Cantik hokeyyyy.. Bulan November jugak adalah peralihan kepada musim sejuk. So bawak la sekali sweater sebab memang suhu sejuk berangin kat sana.
Trip ke Korea pada musim luruh ni cuma di join oleh 2 orang iaitu me & asben je. Masa ni 1st time ke obesi.. hahaha.. dan 1st time jugak buat plan sendiri untuk ke sana. Ok jom layan..
3 November 2013
KLIA -----> Gimhae Airport Busan |
Flight kitorang harini adalah pada waktu pagi iaitu pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki Air Asia. Air Asia je yang mampu sikit. Kalau Mas agak mahal, x merasa la nak ke Korea.
Semalam kitorang bermalam di rumah abang ipar me di Seri Kembangan. Terima kasih ye abg iwan & kak aimi sekeluarga coz banyak membantu. hehe (macamla diorang baca entry ni eh..hehe)
Kitorang bergerak keluar dari rumah awal 3-4 jam dari waktu penerbangan. Selepas dah settlekan urusan check in luggage, kitorang menunggu untuk naik flight je. Senang settlekan awal-awal.
menunggu nak naik kapal terobbang |
Lebih kurang pukul 7.50 pagi, kitorang dibenarkan untuk menaiki kapal terbang. Tu pun kena menapak keluar dulu menuju ke flight.
tu dia menapakk..tapi bukan flight hak yang ni..depannnn lagi.. |
Tepat masanya flight pun berlepas dari KLIA menuju ke Korea. Tempoh perjalanan adalah lebih kurang 5 jam setengah -6 jam. Lebihkan dengan aktiviti tidurjela.. haha.. Me dah siap order online untuk makanan. Lebih kurang pukul 10.00 pagi bau makanan dah semerbak dalam flight. Berkeroncong perut yang tengah lapar ni. hehehe.
X lama lepas tu sampaila makanan kitorang. Me order nasi putih dengan green curry chicken. Sedapp.. Suka menu ni.
ini ana yang punyaaa |
Asben pulak me order kan chicken terriyaki. Boleh tahan la..
rajin sgt membaca. makanan pun xsentuh lg.. huhu |
ni dia chicken terriyaki asben punye |
start mengisi perut |
Lepas dah kenyang sambungla aktiviti bermain telefon. Xpun tidur. X pun membaca.. Lama jugak menunggu nak sampai tu.
seat betul-betul kat bahagian sayap. permandangan x berapa jelas. |
Lebih kurang pukul 3.35 petang, sampai la kitorang kat Gimhae Airport, Busan. Alhamdulillah selamat tiba. Waktu di Korea adalah cepat 1 jam dari waktu Malaysia. Dah set dah siap2 waktu jam dalam flight.
Gimhae Int Airport, Busan |
Ada 2 International Airport yang menyambungkan Malaysia dengan Korea.1 di Seoul( Incheon Int. Airport) dan 1 lagi di Busan (Gimhae Int Airport). (Betulkan kalau tersalah bagi info ye).
Masa beli tiket flight haritu, tiket ke Busan adalah lebih murah dari tiket ke Seoul. Banyak jugak bezanya, hampir separuh. Sebab tu la me decide untuk ke Busan dahulu sebelum ke Seoul. Nanti me buat entry untuk perbelanjaan, sebabnya xjumpa pulak kertas yang tulis pasal bajet tu. huhu
Masa beli tiket flight haritu, tiket ke Busan adalah lebih murah dari tiket ke Seoul. Banyak jugak bezanya, hampir separuh. Sebab tu la me decide untuk ke Busan dahulu sebelum ke Seoul. Nanti me buat entry untuk perbelanjaan, sebabnya xjumpa pulak kertas yang tulis pasal bajet tu. huhu
Tapi tahun 2016 ni, setiap kali check harga flight, sama dah harga untuk ke Busan atau Seoul.
Sebaik je flight mendarat, kitorang pun menuju ke dalam airport untuk urusan masuk dan ambil beg. Alhamdulillah xde halangan. Lancar je. Masa ni x rasa lagi suhu kat sini sebab dari dalam flight tadi direct terus ikut laluan masuk ke dalam airport.
berjalan menuju ke dalam airport |
Lebih kurang setengah jam, urusan kat dalam airport ni pun selesai. Kitorang pun berjalan keluar untuk menuju ke train station untuk ke Busan.
Sebelum tu me & asben ke convenience store dulu untuk beli T-Money. T-Money ni senang, kita xperlu nak beli tiket setiap kali nak naik subway. Boleh topup lain kali kalau x cukup.
contoh T-money. Banyak jenis. |
Keluar je dari pintu airport terasa dah angin sejuk tapi xla berapa sejuk. Sejuk lebih sikit dari suhu di Cameron. X sarung pun sweater masa ni.
1st pokok musim luruh yang kitorang jumpa.. jakun sungguh |
pokok lain yang kekuningan |
tunggu train |
map subway |
Dari Gimhae Airport kitorang naik Busan Gimhae Light Rail Transit menuju ke Sasang station sebelum bertukar ke line 2 untuk ke Seomyeon stn. Setibanya di Seomyeon stn, kena tukar pulak ke line 1 untuk sampai di Busan Stn. Lebih kurang 18 stop jugakla baru sampai. Perjalanan tu rasanya lebih kurang sejam jugakla.
Sampai je di Busan Station, kitorang terus ke kaunter KTX untuk beli tiket ke Seoul. Kitorang akan menginap di Beewon Guesthouse yang terletak di kawasan Jongno.
Harga tiket untuk train KTX ni me dah siap survey di internet iaitu berharga 57300 won untuk seorang. Kalau ikut rate masa tu, lebih kurang RM 170. Harga berbeza jugak mengikut tarikh. KTX ni adalah train paling laju di Korea.
Masa kitorang beli tiket tu jam menunjukkan pukul 5.00 petang. Malangnya train KTX paling awal adalah pada pukul 7.10 petang. Me bajet train paling awal pukul 6.15 petang, tapi dah penuh.
Kitorang terpaksa beli jugak dan kena la lepak dulu di Busan Station. Kitorang keluar dari station tu dan berjalan-jalan kat luar station. Cantik jugak kawasan perkarangan luar. Ada 1 kawasan macam dataran. Station ni juga tergolong dalam station antara yang paling sibuk di Korea.
maapla yer..gambar kabur..belakang tu la busan station.. besarrrr... |
Bergambar sana bergambar sini sedar-sedar dah gelap dah kawasan tu.. Jam menunjukkan pukul 5.50 petang.
kaler biru |
merah pulak |
ijau pun ade |
banyak sangat gambar kabur.. |
Lepas beli susu ni, dalam pukul 6.45 petang, kitorang turun ke platform KTX untuk tunggu train. Excited jugak la nak naik train laju..
Ni la train KTX. tp ni hok yang sebelah sana punya. adoilaaa..gambo kabur saje. |
Ha yang ni train yang kitorang naik untuk ke Seoul |
taraaa! jumpa dah car no 15! jom naik |
jumpa dah seat kitorang
|
ruang tempat duduk dalam KTX |
Kat dalam train ni dah siap ade heater. So bolehla simpan dulu sweater tu. Tepat pada waktunya, train KTX ni pun memulakan perjalanan ke Seoul. Laju jugak train ni. 2 jam 40 minit masa yang yang diambil untuk sampai di Seoul. Kalau naik flight cuma ambil masa 55 minit je.
Busan Station to Seoul Station |
Lepas je turun dari train kitorang keluar dari station sekejap untuk bergambar. Seoul Station ni lagi besar dari Busan Station.
Seoul! |
semua beg die nak bawak. kite melenggang je.. haha |
So kitorang menaiki subway untuk ke guesthouse yang dah siap di book. Dari Seoul Station kitorang kena ambil subway line 1 untuk ke Jongno 3(sam)ga Station. Perjalanan cuma ambil masa 10 minit je dari Seoul Stn.
Seoul stn -----> Jongno3(sam)ga stn |
|
Hujung lorong ni dah boleh nampak guesthouse tu |
Beewon Guesthouse ni menjadi pilihan sebab nya ia adalah centre point antara tempat-tempat menarik kat Seoul ni. Paling dekat adalah dengan istana-istana yang ada di Seoul ni.
ni antara tempat menarik berdekatan dengan guesthouse |
Best stay di guesthouse ni sebabnya x payah nak angkut beg ke sana ke mari. Staff yang on duty masa ni ialah Shawn. Speaking xyah cakapla. Terror! huhu.. Malu nak bercakap dengan dia dengan english x seberapa ni. haha
So naikla kitorang ke bilik yang disediakan di tingkat 1. Penat toksah cakapla. Bilik agak memuaskan walaupun agak sempit. Okla kan.. Kata nak bajet. hehe.
Kat dalam bilik ni ade heater di lantai sekali. Selesa sangat. Tandas pun memang kat dalam bilik. Memang me dah survey dan book bilik sekali dengan tandas. Agak kurang selesa untuk guna yang sharing punya. hehe. Turut disediakan sebuah peti ais mini.
tadaa! ni la bilik kitorang |
tandas yang ada sekali dalam bilik |
View dari dalam bilik. Pintu dalam pintu |
Lepas dah siap-siap mandi dan solat, kitorang turun ke bawah untuk melihat-lihat interior guesthouse ni. Kat bahagian bawah ada kaunter tadi tu, ada kitchen dan ada washing machine yang boleh digunakan oleh guest. X ada pun guest lain masa ni sebabnya dah lewat lebih kurang pukul 1.30 pagi. Kat kaunter pun dah xde orang.
Owner guesthouse ni ada bela 2 ekor kucing yang comel sangat-sangat. Me ingat lagi nama kucing dia iaitu Kim Dong Ee. Kalau x silap la. Yang sekor lagi dah lupa nama dia.
Kitorang panaskan bekal yang dibawa dari Malaysia untuk makan lewat malam tu dengan menggunakan microwave yang dah disediakan.. Alhamdulillah..
ni ke Kim Dong Ee.. x pasti.. hehe |
X lama lepas tu, kitorang pun naikla ke bilik untuk berehat dan melelapkan mata. Nak kumpul tenaga untuk berjalan keesokan hari. Esok bersamaan hari isnin, kitorang akan ke Pulau Nami! Excited giler masa ni.. huhu..
Ok, berakhirla kisah hari pertama di Korea. Me akan sambung untuk hari ke 2 di entry yang seterusnya.