4 November 2013
Kitorang bangun awal hari ni. Subuh pun kat sini seawal 4.00 pagi. Kitorang akan ke Nami Island. Sebuah pulau yang sangat famous di kalangan pelancong. Tempat yang wajib kena pergi kalau datang ke Korea. hehe
Pagi ni kitorang siap-siap breakfast dengan roti dan bawak bekal untuk makan tengahari nanti di Nami Island. Kitorang cuma bawak 1 beg je untuk isi segala makanan, minuman dan kelengkapan lain.
Lebih kurang pukul 8.30 pagi kitorang keluar dan berjalan kaki menuju ke subway Jongno3(sam)ga Stn.
cute je photo zone kat tepi jalan ni |
Sampai je di train station, kitorang amek subway line 1 untuk ke Hoegi. Ok kat sini me ringkaskan perjalanan kitorang untuk ke Nami Islands ;
Jongno3(sam)ga -----> Hoegi (line 1)
Hoegi -----------------> Sangbong (line Jungang)
Sangbong ------------> Gapyeong (line gyeongchun)
Gapyeong ------------> Gapyeong wharf (taxi) lebih kurang 20 minit
Gapyeong wharf ----> Nami Island ( ferry) 10 mint
Ha gitula perjalanannya. Harga dah lupa la pulak. huhu.. Xjumpa nak print screen laluan dekat map. Tadi jumpa ITX train dalam map. Direct dari Cyeongnyangni stn terus ke Gapyeong stn. Harga x pasti, mungkin lagi mahal kot.
Map untuk ke Nami island |
Kitorang sampai di jeti Gapyeong lebih kurang pukul 11.00 pagi. Terus beratur untuk beli entry visa yang berharga 8000 won seorang untuk one round trip. Ramai jugak orang masa ni.
Lebih kurang 2 jam la jugak masa diambil untuk perjalanan dari guesthouse ke jeti ni. Belum sampai ke Nami Islands lagi.
cantikkan daun pokok kaler kuning tu |
Deretan bas pelancong |
terus ke kaunter tiket untuk beli entry visa |
Laluan ke jetty |
Lepas dah beli tiket, kitorang beratur untuk menaiki feri. Ramai sangat orang masa ni. Disebabkan terlalu ramai, 2 ke 3 kali jugak feri berlalu pergi sebab dah penuh. Kena tunggu lagi trip feri lain. Lebih kurang pukul 11.35 pagi baru dapat naik feri. Kitorang terus naik ke bahagian atas. Sejuk sangat suhu masa ni.
Ni masa kat atas feri dah. Ada bendera Malaysia kat situ |
tempat kitorang beratur tadi. Tiang tinggi tu sebenarnya adalah Namiseom Zip wire |
Ni ha me siap zoom gambar atas tu betapa ramainya orang beratur lepas feri kitorang gerak. Xsurut-surut.. huhu |
Selain dari menaiki feri untuk ke Nami Island, terdapat 1 lagi fasiliti yang disediakan iaitu Namiseom Zip Wire. Dengan menggunakan zipline, boleh terus sampai ke Nami Island dengan lebih cepat. Tapi macam gayatje dan x mampu...haha. Harga pun mahal sangat dari menaiki feri.
Ni ha contoh gambar dari internet |
pokok pokok yang bertukar warna |
cantik kan? |
ok nak sampai dah |
Lebih kurang pukul 11.50 pagi sampaila kitorang di Nami Island. Dapat jugak sampai kat tempat ni. Selalu tengok dalam tv atau internet je.
Ha tu dia! Berduyun-duyun orang masuk pulau |
Daun pokok macam-macam kaler |
map nami island |
chantikkkk kan? |
oh indahnyeeee... |
winter sonata |
kitorang makan tengahari kat sini |
Lepas makan, kitorang mencari tempat solat yang disediakan untuk pengunjung Islam yang datang kat sini. Surau ni terletak kat dalam Nami Library. Di depan pintu masuk ada tulis 'musolla'.
gambar yang me copy dari internet |
Smart rak buku dia |
tiang diperbuat daripada susunan buku |
Masa kitorang di library ni jam dah menunjukkan hampir pukul 2 petang. Kitorang decide untuk balik ke Seoul semula dan menuju ke tempat lain pulak. Mengikut itinerary, selepas ni kitorang akan ke Namsan Tower.
Selepas beratur tak berapa lama, feri untuk ke seberang pun tiba. Kitorang naik terus ke bahagian atas seperti masa pergi tadi. Selamat tinggal Nami Island. Sebuah pulau yang sangat cantik yang wajib pergi kalau datang ke Korea ni.
bye bye Nami Island |
Tengah beratur panjang tunggu teksi tu, me pergi ke 7e berdekatan untuk membeli susu pisang lagi. hehe. Sampai je teksi kitorang terus ke Gapyeong Stn semula. Ni me senaraikan laluan subway yang kitorang guna untuk ke Namsan Tower.
Gapyeong ---------------> Mangu ( line gyeongnchun)
Mangu-------------------> Wangsimni (jungang)
Wangsimni -------------> Dongdaemu (line 2)
Dongdaemu-------------> Myeongdong (line 4)
Kitorang sampai di Myeongdong stn pada pukul 5.10 petang. Lepas tengok map, kitorang berjalan keluar untuk menuju ke Namsan Tower. Kat sini turut disediakan cable car untuk sampai ke puncak, tapi kitorang saja gatai nak berjalan kaki je. Penat gilerrrr. Dengan tersalah jalan lagi. hahaha..
Jalan ke atas tu menongkak bukit. Kitorang start mendaki masa tu pukul 5.20 petang.
Map Myeongdong |
Nun jauh kat atas tu Namsan Tower |
Kitorang naik bukit ni redah je, x check betulke x laluan nya untuk ke Namsan Tower. Masa mendaki ni kitorang pelik jugak sebab ramai yang berjongging kat area ni. Makin ke atas, makin jauh pulak Namsan Tower tu dari pandangan. haha..adoila..
ramai jugak yang guna laluan ni |
Hari dah semakin gelap. Sudahnya kitorang decide untuk berpatah balik dan cari laluan yang betul. Masa ni pun jam dah pukul 5.50 petang. Banyak gak buang masa kat sini hampir setengah jam. Tapi xpela, anggap je sebagai senaman. hahaha.. Tempat sejuk bolehla kan..
ni kedai makan kot |
berjalan turun balik.. huhu |
Namsan Tower cable car |
tangga untuk ke tower |
tinggi wehhh |
Di pertengahan, kita boleh nampak pemandangan Seoul dari atas. Cantik sangat. Tapi kalau tengok kat gambar tu xla cantik mana sebab x pandai amek gambar. hehe
Seoul view |
Ok sikit lagi nak sampai dah |
ni dia Namsan Tower |
Gambar kat area Namsan Tower ni semuanya goyang dan lighting pecah. X reti adjust punya pasal la ni. huhu.
Lebih kurang pukul 7.00 ptg kitorang pun naik cable car untuk turun ke bawah semula. Sesampai di bawah, kitorang berjalan kaki semula menuju ke Myeongdong Market untuk mencuci mata, melihat barangan dan makanan yang dijual.
ade orang jual aiskrim |
X lama pun kitorang kat sini. Kitorang menuju ke subway semula untuk balik ke guesthouse. Masa ni jam menunjukkan hampir pukul 8 malam. Ni laluan yang kitorang ambil untuk balik ke guesthouse :
Myeongdong ----------> Chungmuro (line 4)
Chungmuro -----------> Jongno 3(sam)ga (line 1) keluar exit 7
Balik tu kitorang siapkan makan malam yang simple je.
TIPS PENTING : Kat guesthouse ni boleh masak tapi pastikan bawak kuali atau periuk. Nasi boleh beli yang instant je. Tapi kalau ramai better bawak periuk nasi dan bawak beras sendiri.
Malam ni kitorang rehat betul sebab terlampau penat. Banyak sangat berjalan harini. huhu. Okla untuk esok me akan sambung dalam entry yang lain.
Jumpa lagi!