9 November 2013
Okla, ni sambungan dari hari ke 6 iaitu di dalam train menuju ke Busan stn.
Perjalanan ni cukup mengambil masa yang agak lama. Sakit jugak badan duduk lama dalam train. Kitorang memenuhi masa dengan tidur, mengumpul tenaga untuk berjalan setibanya di Busan nanti.
Masuklah hari ke 7 kitorang berada di Korea.
Tepat pada pukul 4.04 pagi, train berhenti di Busan stn. Mamai nak berjalan keluar masa ni.
Mula-mula sekali kitorang mencari tandasla. Settlekan apa yang patut. Seawal pagi ni pun kitorang dah ada plan untuk ke sebuah tempat yang dinamakan Taejongdae Park. Nak tengok matahari terbit kononya. hehe
Beg besar kitorang dah siap simpan dalam locker berbayar yang turut disediakan dalam Busan stn ni.
|
beli air dari vending machine tapi pahit |
|
singgah jugak kat cafe ni beli hot coffea |
Lebih kurang pukul 5.30 pagi, kitorang keluar dari Busan stn menuju ke hentian bas yang terletak bersebelahan dengan Busan stn. Kitorang menaiki bas bernombor 101 untuk ke Taejongdae Park.
|
masih gelap kat luar |
Kitorang tiba di bus stop berhampiran kawasan Taejongdae lebih kurang pukul 6.30 pagi. Dari sini kena menapak sikit untuk ke pintu masuk park ni. Awal-awal pagi kat sini sangatlah sejuk. Kat Korea ni rajin sangat berjalan. Kalau kat tempat sendiri, nak ke mana-mana susah sangat nak berjalan kaki. huhu
|
jom menapak |
|
tu signboard Taejongdae Park |
|
dah nak terang masa ni |
|
entrance masuk ke Taejongdae Park |
|
xtau tulis ape |
|
Taejongdae cliffs |
Besar kawasan Taejongdae Park ni. Fee untuk admission adalah free je. Kat sini disediakan Danubi train untuk dibawa pusing-pusing area park ni. Mungkin kena bayar kot.
Tapi masa kitorang datang, macam x berfungsi je lagi train ni. Mungkin belum waktu operasi kot. Kitorang decide untuk berjalan kaki je untuk masuk ke dalam.
|
kawasan parking danubi train |
|
danubi ni tidur lagi |
|
map kawasan ni |
|
tengok la bape jauh menapak. sampai 2km. |
|
jom exercise di pagi hari |
|
ke tandas dulu |
Kitorang singgah di south observation platform. Cantik sangat pemandangan masa ni. Lama jugak kitorang lepak kat sini. Rasa tenang je pikiran. Seriously. Kawasan ni sangatla sesuai bagi yang stress bekerja ke nak melapangkan fikiran. hehehe
Masa ni pun dah dekat pukul 7.00 pagi. Dapat awal sikit mesti lagi cantik.
|
nah! teropongla ape ko nak.. hehe |
|
sebelum pape, touch up dulu muka |
|
tengok pemandangan laut |
|
kau teropong ape tu jah!
|
|
gambar pemandangan lagi |
X lama lepas tu kitorang teruskan lagi berjalan menuju ke sebuah lagi observation platform. Suhu sejuk masa ni, kurang sikit rasa penat berjalan.
|
pokok gapo ni |
|
semua tandas nak singgah. haha |
Jalan punya jalan sampaila kitorang ke 1 lagi observation platform. Pemandangan laut lagi. Dari sini boleh nampak sebuah pulau kecil yang diberi nama 'Tea Kettle Island'. Bentuk dia macam kettle air la tu.
jom layan pemandangan lagi ;
Jam waktu ni lebih kurang pukul 8.00 pagi. Setakat ni la, kitorang x berselisih lagi dengan orang lain yang berjalan-jalan kat kawasan ni. Yang ada cuma beberapa kenderaan yang keluar masuk di kawasan ni. Mungkin pekerja kot. Rajin jugakla kitorang ni menapak kan.
|
cantiknya langit |
|
kapal |
|
lapar masa ni |
|
askar-askar ni buat latihan gamaknyer |
Kitorang x menapak sampai ke hujung pun. Sepatutnya bahagian hujung park ni ada lagi tempat-tempat menarik yang lain antaranya Yeongdo Lighthouse.
|
Yeongdo Lighthouse |
Lepas dah puas bergambar, kitorang membuat u turn semula menuju ke tempat mula-mula masuk awal pagi tadi. Jauh jugak rupanya kitorang berjalan tadi.
|
disebabkan banyak berjalan, kurus dah.. haha |
|
jom patah balik |
Kitorang sampai di pintu masuk lebih kurang pukul 9.00 pagi.
|
Ada sorang uncle jepun bagi ni.. |
Lepas keluar dari Taejongdae Park ni, kitorang berjalan kaki semula menuju ke hentian bas tempat kitorang mula-mula sampai tadi. Kitorang mengambil bas menuju ke Jagalchi Market.
|
Taejongdae Park -----> Jagalchi Market |
|
bas ke Jagalchi Market |
Masa ni x pasti nak turun di bus stop mana, so kitorang nampak je Jagalchi market di tepi jalan, barulah kitorang tekan loceng dan turun dari bas.
|
ha tu jagalchi Market |
Disebabkan kitorang turun di laluan bertentangan, kitorang terpaksa menggunakan laluan bawah tanah untuk menuju ke Jagalchi Market. Kitorang keluar exit 10 untuk ke pasar tu. Masa kitorang sampai ni jam lebih kurang pukul 10 pagi.
|
exit 10 |
|
Entrance arch Jagalchi Market |
|
laluan sebelum masuk ke dalam pasar Jagalchi |
|
kedai di bahagian luar |
|
ajumma ni tengah siang ikan sebelah |
Apa yang menarik kat Jagalchi Market ni adalah ia merupakan pasar terbesar di Korea yang menjual hasil-hasil laut yang segar dan juga yang telah dikeringkan. Kebanyakan peniaga kat sini adalah aunty-aunty yang dipanggil 'ajumma' dalam bahasa Korea. Market ni beroperasi dari pukul 5.00 pagi hingga 10.00 malam.
|
depan pintu masuk Jagalchi Market |
Memang x puas tengok ikan-ikan yang dijual kat sini. Bukan ikan je, macam-macamla dari ikan, udang, sotong, ketam dan lain-lain lagi. Semua jenis godang-godang punya. Kenyang makan.. hehe
Jom layan gambar;
|
besar gila pasar |
|
ketam |
|
ni kaler itam pulak |
|
ha pilih pilih |
|
ni nama dia timun laut. betul ke ntah |
Lebih kurang 15 minit pusing-pusing kat dalam market ni, kitorang keluar untuk tengok pemandangan pelabuhan di Busan ni. Tempat di mana kapal-kapal nelayan berlabuh.
|
tempat loading hasil laut |
Kitorang masuk semula ke dalam Jagalchi Market ni dan naik ke tingkat atas untuk meninjau restoran-restoran makanan yang ada. Seperti yang diberitahu, kita boleh beli hasil laut kat pasar tadi dan mintak mana-mana kedai makan kat bahagian atas ni masakkan.
|
Kedai makan di tingkat atas |
Tapi atas rasa was-was nak mencuba, jadi hasrat terpaksa dibatalkan. huhu. Kitorang keluar dan decide untuk terus ke Busan stn semula. Dari Jagalchi stn kitorang naik subway line 1 menuju ke Busan stn.
|
map area Jagalchi |
|
Busan subway map |
Setibanya di Busan stn, jam dah pun menunjukkan pukul 11.10 pagi. kitorang masuk ke dalam untuk mengambil luggage kitorang yang disimpan kat dalam locker tadi tu. Lepas tu kitorang menaiki subway semula menuju ke Nampo stn.
Hotel yang me book untuk 1 malam terletak di area Nampo. Hanya 2 stop je dari Busan stn. Berpandukan map bergambar yang telah diberi oleh owner hotel, kitorang menapak menuju ke hotel tersebut. Perjalanan ada la lebih kurang setengah jam.
|
Berjalan menuju ke hotel |
|
dah sampai elysee Motel |
Kitorang sampai di Elysee Motel lebih kurang pukul 11.40 pagi. Disebabkan masih awal untuk check in, kitorang cuma tumpang untuk letakkan beg dulu di kaunter hotel. Waktu check in adalah pada pukul 2.00 petang.
Memang me dah masukkan dalam itinerary untuk ke tempat lain dahulu. Berhampiran dengan hotel ni terletaknya Busan Tower dan Yongdusan Park.
|
Busan Tower |
Dekat sangat tempatnya, Busan Tower terletak di bahagian atas bukit. Kena menapak bukit dan anak tangga sikit.
|
ok sampai di perkarangan Busan Tower |
|
Busan Tower |
Admission fee untuk tower ni adalah 4000 won seorang. Disebabkan masa di Seoul kitorang x naik pun Namsan Tower, so kat sini kitorang naik la. Kitorang menaiki lif yang disediakan ke tingkat observatory. Gayat gila masa ni sebab rasa macam x balance. haha. Tapi view dari atas amazing!
|
Busan dari pandangan atas |
|
padat jugak Busan ni |
X lama lepas tu kitorang turun dan melepak di kawasan sekitar pulak. Kitorang beli nasi instant, banana milk serta jajan dan makan tengahari kat area taman tu. Lepas tu berjinak-jinak dengan burung merpati kat kawasan ni. Kat sini juga terdapat sebuah taman yang dinamakan Yongdusan Park.
|
singgah toilet adalah kemestian |
|
comel anak korea ni kejar burung |
|
jinak-jinak burung merpati |
|
bagi makan pringles |
|
ni bila dah bosan dan ngantuk..haha |
|
citizens bell nama mende alah ni |
Lebih kurang pukul 1.50 petang, kitorang turun dan menghala ke hotel untuk urusan check in. Bayaran untuk 1 malam di Elysee Motel ni adalah 55000 won bersamaan RM164 (mengikut rate masa ni).
Lepas diberikan kunci kitorang pun bawak beg menuju ke bilik. Bilik ni dikategorikan cantik jugakla sebagai kategori motel. Kalau motel kat tempat kita, tahap dia rendah sikit dari hotel kan. Tapi motel ni cantik.
|
laluan ke bilik |
|
bilik kitorang |
|
suasana bilik |
|
motel tapi ada bath tub tau |
|
bintang-bintang di langit..hehe |
|
TV pun ada |
Disebabkan keletihan, kitorang tidur sekejap sebelum nak keluar semula petang nanti. Pada jam 5.00 petang, kitorang bersiap-siap untuk keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar Busan ni.
|
comel patung ni |
|
ada belalang panjat bangunan |
Kitorang keluar masa ni pun dah nak gelap. dari Nampo stn, kitorang menaiki subway menuju ke Jagalchi stn.
|
Nampo stn -----> Jagalchi stn |
Setibanya di Jagalchi stn, kitorang keluar dan mencari sebuah bangunan yang dinamakan Nampo Plaza. Lepas dah jumpa tu, kitorang naik ke tingkat 9 untuk ke Trick Eye Museum. Lupa dah harga tiket masuk. Kat tempat ni x lain x bukan aktivitinya adalah bergambar. hehe
|
naik tingkat 9 |
|
kat entrance |
|
mula lah bergambar |
Jom layan gambar!
|
haha layan je lah |
|
best photo |
Haha.. Masa ni digelar 'kau amek gamba aku..aku amek gamba kau'. haha.. Maafla ye..Disebabkan tiket dah bayar, kitorang layankan je bergambar. Best kalau bawak budak-budak datang sini.
So lepas dah keluar dari sini, kitorang menaiki subway line 3 menuju ke Seomyeon stn sebelum bertukar ke line 2 menuju ke Haeundae stn. Setengah jam jugak perjalanan.
|
Jagalchi stn -----> seomyeon stn -----> haeundae stn |
|
Jagalchi stn -----> seomyeon stn -----> haeundae stn |
Apa yang ada kat sini adalah, kitorang akan ke Haeundae Beach dan Busan Aquarium. Tapi masa kitorang kat sini cuaca x berapa elok. Hujan turun di malam hari. huhuhu.
|
hujan |
Masa ni jam dah pukul 7.30 malam. Mula-mula sekali kitorang menuju ke Busan Aquarium, tapi kitorang x masuk pun. Cuma ambil gambar di hadapan Busan Aquarium ni. Nak ke pantai pun masa ni hujan. Nasib baiklah dah siap standby baju hujan dan payung.
Dari Haeundae stn, kitorang menaiki subway line 2 menuju ke Suyeong stn sebelum bertukar ke line 3 menuju ke Yeonsan stn. Lepas tu kena tukar pulak line 1 menuju ke Dusil stn. Jauh perjalanan ni, hampir 50 minit.
|
jauh perjalanan |
Sesampai je di Dusil stn, kitorang menapak mencari restoran tu. Sampai-sampai restoran tutup! hahaha.. Adoila.. Dahla jauh datang ke sini.
|
Cappadocia Turkish Kebap House |
|
kedai tutup |
Makanya kitorang balik la semula ke Dusil stn. Balik bilik makan magee la jawabnya malam ni. haha. Nasib baikla lauk ada lagi. Kalau x silap, kitorang beli nasi instant masa on the way balik ke hotel ni.
|
menunggu train |
Dari Dusil stn ni kitorang berpatah balik semula ke Nampo stn. Nasib baiklah x tukar line. Direct terus sampai Nampo stn. Makan masa 40 minit jugakla. Letihnya xyah cakapla. Lama kot duk dalam train.
|
Dusil stn -----> Nampo stn |
Setibanya di Nampo stn, kitorang menapakla untuk ke hotel. Masa untuk merehatkan badan. Sebelum tu kitorang isi perut dulu.
Malam ni jugak kitorang akan berkemas sebab keesokan hari dah nak kena check out dan juga dah nak balik Malaysia dah.. rindukan roti canai! haha
oklah.. jumpa dalam entry hari terakhir di Korea nanti ye!