Kali ni kitorang mengembara ke sebelah kanan peta negara India, kalau tengok kat map, kiranya terletak sebelah je dengan Nepal. Kitorang cover Kolkata, Darjeeling dan Sikkim. Kalau ikutkan hati nak ke Ladakh lagi. Cantikkk sangat tempat tu.
Try la jejak entry kitorang ke Ladakh tuu... huhu.. Tapi tiket mahallll ke area New Delhi nun uollss. Insyaallah lain kali kalau ada rezeki, memang nak ke sana lagi.
TIPS PENTING : Kalau plan nak ke Delhi, tapi tgk tiket mahal sgt boleh try cari tiket ke Jaipur. Selalunya lebih murah dari Delhi. Airasia selalu buat promo. Dari Jaipur nanti naik train je ke Agra pi tengok Taj Mahal dulu, lepas tu train ke Delhi. Terus dapat cover segitiga India. (Jaipur, Agra, New Delhi)
Trip ke India, yg 1st belah kiri tu, 2nd belah kanan |
12 Januari 2018
Trip kali ni me book tiket flight dari Senai Int Airport menuju ke Kolkata. Kenapa ke Johor pulak kan? Sebab kalau dari KL pun ada tapi mahal sangat. Mestilah kejar yang promo, sebab murah sikit. Kebetulan ada promo Air Asia dari Johor ke Kolkata. Cumanya kena la gerak ke Johor dulu. Hari ni adalah hari Jumaat. Me & asben masih lagi bekerja tapi melayang dah dengan mood bercutinya kan.
Lepas waktu kerja, balik rumah dulu kemas apa yang patut. Kali ni punya trip, sehari sebelum flight date, baru hegeh-hegeh nak pack baju dan barang-barang yang nak dibawa. Kalau trip yang sebelum2 ni, 2 minggu sebelum dah pack baju.
Okla..So, dalam pukul 7.00 petang, kitorang menaiki kereta bersama adik lelaki me, Iwan & wife dia, Ira, bergerak menuju ke Tapah Road. Kenapa ke Tapah Road pulak ni?
Target nya adalah untuk menaiki KTM ETS ke Johor. Nak naik bas takut pulak..So station keretapi paling dekat dengan Cameron Highlands adalah Tapah Road. Kalau dari Ipoh pun boleh jugak. Cuma station Ipoh adalah sebelum Tapah Road kalau nak menghala ke selatan ni.
route map |
Tapi dari Tapah Road xde direct train ke Johor, kena transit di Gemas, Nogori Sembilan dulu. Dari Gemas station pulak akan menuju ke JB Sentral station. Dari JB Sentral boleh terus naik bas untuk ke Senai Airport.
Tiket pergi balik keretapi me dah awal-awal beli online. Pergi balik dalam RM150 jugak la sorang. Tapi masih lagi dapat jimat berbanding flight KL ke Kolkata waktu ni. Lagipun kalau nak ke KLIA2 pun still jugak kena drive dari Cameron.3 jam jugak paling kurang. Kena isi minyak kereta sampai ke KL, nak bayar parking kat airport lagi. Ha...Naik ETS je mudah.
Mardi Cameron -----> Stesen KTM Tapah Road |
Dalam pukul 9.20 malam, kitorang pun sampai di stesen keretapi Tapah Road. Dah ada beberapa orang yang menunggu train kat stesen ni. Me terus suruh Iwan & wife dia gerak balik semula ke Cameron Highlands sebab dah lewat malam.
KTM Tapah Road |
suasana di KTM Tapah Road |
Kalau ikut dalam e-ticket yang me dah print ni, train ETS ni akan sampai pada pukul 9.43 malam.
X lama tu train pun sampai. X ramai yang turun dan naik di stesen Tapah ni
sampai dah ETS |
Kat dalam train ni pun turut disediakan cafe yang menjual makanan dan minuman, tandas berserta surau.
makan malam |
Tapah Road -----> Gemas |
Lepas makan, perut pun dah kenyang. Perjalanan nak ke Gemas mengambil masa lebih dari 4 jam. So masa untuk lelapkan mata.. zzzzzzzzzz
Jom sambung ke next entry.