15 Januari 2018
Dah pun masuk hari ke 3 di India. Hari ni cuma santai-santai di Gangtok je. Tapi kitorang dah plan nak mencari hotel lain. Sebabnya hotel Mt Tree ni wifi dia x ok sangat. Kadang ada kadang x. Tu pun guna line hotspot staff hotel. Tapi sebelum tu, kitorang keluar dulu ke MG Marg untuk survey tour ke Yumthang Valley.
|
view dari bilik. Kelihatan stadium bola yang terang benderang malam semalam |
|
Gangtok |
|
dari atas jejantas |
|
banyak kedai yang masih belum dibuka waktu ni |
Lama gak kitorang memusing mencari tour agency. Kitorang ingat nak amek sharing je, join sape-sape yang pergi. Tapi xde yang sharing. Kalau sewa 1 kereta, mahal giler. Kitorang survey la yang paling murah antara yang mahal tu.
Dah settle buat booking, kitorang pun serahkan semua dokumen yang diperlukan untuk apply permit. Kitorang pun terus balik semula ke hotel dan prepare untuk check out.
Mulanya kitorang survey hotel dulu. Terjumpa la 1 hotel ni dalam booking.com, Udaan Woodberry Hotel & Spa. konon-konon nak amek hotel yang mahal sikit la berlatarbelakang kan pemandangan. huhu. So kitorang pun tahan la teksi untuk ke sana.
|
Hotel Mt Tree -----> Udaan Woodberry Hotel & Spa |
|
perkarangan hotel |
|
salah 1 bilik |
Sampai je di hotel tu, try tanya harga, mahal sikit la. Yang penting nya, kitorang ni nak mencari line wifi yang ok, tapi katanya line problem. Kedudukan dahla agak jauh dari MG Marg, sebab hotel ni terletak jauh di atas bukit. Tapi suasana & bilik memang cantik. Mahal-mahal xde internet bt hape ye dak?
So kitorang decide untuk cari hotel lain je yang agak dekat dengan MG Marg. Kitorang mintak driver bawakkan ke salah 1 hotel yang ada wifi. Terjumpala 1 hotel ni, Sonam Delek. Bila tanya, ada bilik kosong, harga pun agak ok, wifi pun laju. Ok on!
|
Udaan Woodberry Hotel & Spa -----> Sonam Delek Hotel |
Selepas membayar tambang teksi, kitorang pun amek kunci bilik hotel dan masuk bilik. Cuma bilik kitorang xde tingkap je la. Kalau nak bilik ada tingkap, mahal sikit. Tapi kitorang ok je, sebab nya hotel ni ada balcony luar yang terletak di tingkat atas, boleh lepak-lepak tengok kawasan pergunungan. Line wifi pun agak laju kat hotel ni.
Lepas check in, mandi dan berehat, kitorang keluar lagi berjalan kaki ke MG Marg. Hotel ni kedudukan dia jauh sikit la nak ke MG Marg daripada hotel yang sebelum ni. Beza dalam 5-10 minit je pun.
|
Hotel Sonam Delek -----> MG Marg |
|
terserempak budak-budak tengah bermain |
Otw ke Mg Marg, sempat bergambar dengan budak-budak ni yg tengah leka bermain. Seronok tengok diorang main tarik-tarik plastik. Ala macam dulu-dulu yang tarik upih tu.. Kalau kat Malaysia zaman sekarang ni, budak-budak kecik sebaya diorang ni tau main enpon je.. huhu
|
lalu kawasan hospital |
X lama tu sampaila kitorang di MG Marg. Ramainya orang masa ni. Rupanya tengah berlangsung 1 karnival iaitu Sikkim Red Panda Winter Carnival yang bermula 8 hingga 18 Januari. Diorang setup pentas, lepas tu ada la orang buat persembahan nyanyian & tarian.
|
karnival |
|
ramai gak orang |
|
kedai gula kapas |
|
ada sale kat Bata |
Masa ni kitorang ada jugak jumpa kedai jual souvenir. Tapi just survey je dulu, belum lagi beli. Kitorang cuma beli limau, keropok Lays dan mineral water. Asben sempat sambar beli sweater The North Face. Ramai orang kat sini pakai sweater jenama ni. Smart pun smart..
|
keropok Lays |
|
limau dan sweater |
Lebih kurang pukul 4.30 petang, kitorang pun berjalan kaki balik semula ke hotel. Hari dah hampir nak gelap. Kitorang ingat nak tengok matahari terbenam kat balcony luar hotel dulu sebelum balik bilik.
|
jalan pun agak jem masa ni |
|
view sebelah kanan |
|
langit dah nak gelap masa ni |
|
ha nampak x tu Mt Kanchenjunga kabur-kabur sikit |
|
ha sampai dah hotel |
Sampai je di hotel, terus melepak kat balcony pulak tengok matahari terbenam. Dari jauh kelihatan Mt Kanchenjunga. Ada salji kat top mountain dia. Gunung ni dari apa yang me baca di Wikipedia, adalah gunung yang ke 3 tertinggi di dunia dengan ketinggian 28,169 ft.
|
kelihatan Mt Kanchenjunga tapi x berapa jelas |
|
ni ha kasi zoom sikit |
|
gangtok |
X lama tu kitorang pun masuk ke bilik, mandi & solat jamak. Malam sikit, kitorang lepak lagi kat balcony luar bersembang-sembang pasal aktiviti esok.
Best jugak, rasa relax je x fikir pasal kerja atau perkara2 lain. Nak hilang stress elok sangatla layan view je macam ni. huhu. Sambil tu makan magee dan bubur nasi sebagai menu makan malam kitorang. Suhu pon boleh tahan sejuk malam ni.
|
malam dah |
Esok kitorang akan bergerak ke Yumthang Valley. Dah siap book dengan 1 tour agency ni pagi tadi.
Jom ke next entry!
Awal-awal pagi kitorang dah bangun dan duduk di balcony hotel untuk menyaksikan matahari terbit. Kat sini terkenal dengan Mt Kanchenjunga, iaitu gunung ke 3 paling tinggi di dunia. Berketinggian 28169 kaki.
Kitorang berkesempatan melihat gunung ni disinari matahari yang terbit waktu pagi. Cantik sangat. Sesuai