|
HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA
|
|
16 Januari 2018Semalam kitorang dah siap book North Sikkim Tour ke Yumthang Valley selama 2 hari 1 malam. Ikutkan kitorang nak join sharing je, tapi xde. So kena la bayar untuk 1 jeep. Apa yang termasuk dalam pakej ni adalah perjalanan pergi balik, driver, tour guide yang boleh cakap english dan makan full board.
Semalam dah set dengan person incharge tu yang akan ambil kitorang dalam pukul 9.00 pagi. So ada masa lagi untuk lepak-lepak kat hotel.
Lepas solat subuh, kitorang keluar ke balcony untuk tengok matahari terbit pulak. Sejuk yang teramat masa ni.
|
pukul 6.00 pagi masa ni |
|
view pagi |
|
selamat pagi |
|
Gangtok |
|
ha.. makin jelas kan |
|
panorama view |
|
makin cerah dah hari |
|
lama renung masa ni.. tenang je tengok alam ciptaan Allah swt |
|
sambil main henpon |
|
sebelah pakai glove sebab sejukkk |
Lebih kurang pukul 7.15 pagi, kitorang pun masuk ke bilik dan bersiap untuk breakfast dan check out. Selepas keluar dari bilik, kitorang terus ke restoran hotel dan order makan pagi. Mungkin disebabkan x ramai guest, so diorang x buat buffet pagi.
Kitorang makan roti bakar, omelette dengan air hot chocolate. Makan kenyang-kenyang sebelum perjalanan jauh kejap lagi.
Selesai breakfast, kitorang check out dan terus menaiki jeep yang dah sampai awal tadi. Kitorang duduk kat seat bahagian tengah dan tour guide tadi duduk depan sebelah driver. Beg kitorang ada kat bahagian belakang jeep.
Kitorang bertolak lebih kurang pukul 8.50 pagi. Kalau nak ke Yumthang Valley ni kebiasaannya akan tidur dulu di 1 tempat iaitu Lachung. Esok pagi-pagi baru gerak ke Yumthang Valley. Dari Lachung, x jauh dah nak ke Yumthang Valley.
|
Hotel Sonam Delek, Gangtok -----> Lachung (x pasti la driver ikut route ni atau x) |
Yang pastinya, laluan ke Lachung akan melalui Chungtang. (ikut kanan). Sebelum ni kan me ada bagitau pasal 1 tasik bernama Gurudongmar Lake. Kalau ke tasik tu pulak, dari Chungtang akan ikut kiri sampai la ke Lachen. (refer map atas).
Kena tidur Lachen sebelum pagi-pagi esoknya gerak ke Gurudongmar Lake. Ni atas apa yang me dah survey la. Tapi foreigner x boleh pun sampai ke sana. Local Indian je lepas..
|
route kalau ke Gurudongmar Lake, melalui Lachen |
|
guide dan driver |
|
Hotel Sonam Delek -----> Fuel stn |
Dalam 15 minit perjalanan, driver singgah untuk isi minyak jeep. Sempatla borak-borak dengan tour guide. Lupa nama guide ni. haha. Tapi muda lagi budak ni, umur baru 23 x silap, tapi banyak info la boleh dapat pasal Sikkim dari dia. Yang driver senyap je, senyum geleng senyum geleng je.
On the way ke Lachung ni ada banyak waterfall. Guide ni ada bagitau nama waterfall2 ni tapi x berapa ingat sebab banyak gakla sepanjang laluan. Xpe, nanti kita google je balik.
|
xtau nama tempat |
|
ha ni jeep kitorang naik |
Lepas settle isi minyak, perjalanan diteruskan. Kitorang ada singgah di Kabi Check Post masa on the way ni. Guide tadi submit kitorang punya permit pada pegawai bertugas. Nampak banyak helai gak guide ni photostat untuk submit di check post-check post otw nanti. Samaje la proses dia macam kat Ladakh.
|
cantiknyeeee |
|
cantik cuaca hari ni |
|
welcome to North Sikkim |
|
Kabi Check post |
|
Petrol Pump -----> Seven Sisters Waterfall |
Banyak kali jugak kitorang singgah bergambar sebab nampak makin jelas Mt Kanchenjunga masa dalam perjalanan ni. Lebih kurang pukul 10.15 pagi, kitorang tiba di salah satu waterfall, namanya Seven Sisters Waterfall. Kat sini kitorang singgah minum chai je.
Kat sini kebetulan pulak tayar pancit. Ha.. dekat 20 minit gakla lepak sini menunggu driver tukar tayar spare. So kitorang amek peluang menghayati keindahan alam dan bergambo ler..
|
Seven Sisters Fall -----> Rangrang Bridge |
* xjumpa area kedai makan dalam map.. so guna Rangrang Bridge je. hehe. Kedai makan ni selepas dari Rangrang Bridge. Dalam 10 minit je.
Rangrang Bridge dulunya cuma guna jambatan kecik macam dalam gambar bawah ni je, lepas tubaru dorang buat jambatan besar. Seram tengok gambar lori askar lalu jambatan kecik ni, macam nak roboh jambatan.
|
Rangrang Bridge |
|
sekarang dah ada jambatan besar |
Sebelum tu tadi ada singgah di Rangrang Post. Macam tadi, guide keluar dan submit permit kitorang. Kiranya ni dah 2 check post dah tempuh.
|
Rangrang Post |
Makan tengahari ni dah include sekali dalam tour, so kita bedal jelah sampai kenyang. Kedai pure vege dan non vege terletak bersebelahan. Kitorang makan di kedai vege. Mintak set nasi campur. Datang bersama 4 side menu. Lauk kari kentang, sambal kentang, kuah dan sayur. Oh kentang! hehe Sedap boleh tahan. Bismillah dulu.
|
capati oh capati |
Selesai makan, perjalanan diteruskan lagi. Kitorang x tidur pun sepanjang perjalanan. Saje nak layan view. Lagipun kat Gangtok semalam puas dah tidur.
|
Rangrang Bridge -----> Fuel Stn |
|
Mangan -----> Naga Falls |
|
laluan ke North Sikkim |
|
pompuan pun jadi buruh kat sini.. |
|
Naga Falls |
|
view sekitar |
|
jambatan |
X lama pun singgah ni. Takat nak tengok air terjun, negara sendiri banyak.. haha. Kitorang gerak semula dan singgah di Toong Police Check Post. Guide keluar dan serahkan permit. Kat sini ada peniaga yang jual chai. Seperti biasa, murahje, Rs10 secawan.
|
otw |
|
dah nak sampai police check post |
|
Toong Police Check Post |
|
ade peniaga jual chai |
Lepas gerak, kitorang tiba pula di Chungtang pada pukul 2.30 petang. Kat sini la yang me cerita sebelum ni, kalau nak ke Lachen kena ikut kiri, manakala ke Lachung kena ikut kanan.
|
Naga Falls -----> Chungtang |
|
Chungtang to Lachen / Lachung |
Kat sini juga ada sebuah dam, dinamakan Chungtang Hydroelectric Power Plant. Biru lawoo je airnya. Driver berhenti jugak kejap sebab kitorang yang jakun ni nak bergambar..
Makin nak dekat ke Lachung ni, suhu makin drop. Sejuk giler rasa.
|
biruuuu |
|
dam |
|
Chungtang |
Perjalanan diteruskan dan kitorang berhenti lagi di waterfall. Berapa banyak waterfall daa... ahaha.. Yang ni namanya Bhim Nala Falls, dikenali juga dengan nama Amitabh Bachaan Falls. Tapi ada banyak gak nama lain. Kenapa nama dia? sebab dia pernah shooting kat sini katanya..ntah. Nak masuk kena bayar Rs10. Kitorang amek gambar dari luarje
|
Chungtang -----> AB Waterfall |
|
waterfall lagi |
|
nak masuk bayo dulu |
|
dengan guide |
Dari sini dah xjauh dah nak ke Lachung. Dalam pukul 3.45 petang, sampaila kitorang di Lachung dan terus ke guest house. Kitorang kena stay di Potala Inn. Dah include pakej tour. Sejuk giler kat Lachung ni. Kitorang sewa heater tradisional Rs400 sebab dalam bilik x disediakan heater.
|
AB Falls -----> Lachung |
|
Potala Inn |
|
Potala Inn |
|
inilah bilik yang kitorang dapat |
|
bilik ayor |
|
heater ala-ala zaman dulu |
Segalanya sejuk. Dengan selimut-selimut pun sejuk-sejuk lembap. kitorang terpikir, macam mana la nak tidur malam ni nanti ha sejuk gini. Tapi suasana agak best jugakla. Jangan nak mengharap wifi ye..Wifi memang xde sini.. Cuba layan keindahan alam semulajadi kat sini.. tenang rasa..
|
view dari tingkap bilik |
|
pergunungan |
Lepas solat dan berehat kejap, kitorang decide untuk keluar merayap tengok sekeliling. Hari pun cerah lagi, masa ni baru pukul 4.00 petang. Ada sejam lebih kurang sebelum gelap.
|
depan guesthouse |
Masa keluar tu, guide kitorang ni tanya, nak dia bawakkan ke sekeliling kawasan ni x. Tapi kitorang ok lagi jalan berdua, lebih romantik kekonon.. haha
|
background belakang ada pergunungan salji |
|
jom jalan |
|
hotel rasenye |
|
lawo siap ada kabus kabus |
|
masa ni kitorang rasa kat hujung sana tu la Yumthang Valley |
Kitorang x pergi jauh sangat pun. Ada jumpa 1 bukit tinggi sikit, kat situ la kitorang bergambar. Lawa sangat tengok pemandangan sekeliling.
|
perkampungan |
|
salah sebuah rumah di kampung ni |
|
hari dah nak gelap |
|
jom balik bilik |
Sampai je di bilik, kitorang mandi dan bersiap untuk makan malam. Kata guide tu tadi, makan malam diorang sediakan awal dalam pukul 7.30 malam. Lepas siap siap sarung sweater tebal,kitorang pun terus ke dapur guesthouse. Sejukk wehhh..Guesthouse ni diusahakan oleh sepasang suami isteri warga tempatan.
|
living hall |
|
kat dapur guesthouse |
|
dah siap dihidang |
Antara menu makan malam kitorang adalah kuah dal, popadum, kentang dan kentang. hehe. Lauk kentang je sepanjang di Sikkim. Alhamdulillah kenyang. Sedap masakan diorang.
|
Bismillah |
|
tengok tu hampir licin lauk..haha |
Selesai makan, kitorang ingat nak berjalan-jalan dulu kat kawasan sekitar. Tapi gelap gelita, dah pukul 8 lebih..x berani pulak. Sudahnya balik bilik je la. Nak main internet, wifi pon xde, tidur awal jela..Sempatla kitorang kemas-kemas beg dulu sebelum tidur.
|
balik bilik je la |
Esok pagi kitorang akan gerak ke Yumthang Valley. Nak tengok view cantik-cantik di Yumthang Valley? jom layan next entry