Tuesday, January 22, 2019

Trip ke Surabaya,Indonesia (2018)-D4

HUSBANDWIFE HUSBANDWIFE TRIP TO SURABAYA
18 September 2018

Hari ni hari untuk balik ke negara sendiri dah. hehe

Disebabkan flight kitorang tengahari, so kitorang plan nak ke 1 kedai souvenir ni iaitu Mirota Batik. Tu pun survey malam tadi sebelum tidur, sempat lagi scroll2 internet.

Jadi nya, setelah memanggil grab, kitorang pun ke sana pada pukul 9.30 pagi.


Grand Darmo Suites Hotel ---> Mirota Batik

sampai dah
mirota batik
belek-belek souvenir
penuh barang
pilih pilih
lukisan dan pakaian pun ada
frame gambar
cengkerang
fridge magnet yang dicari
baju, kain batik, kain sarung semua ada
beli jangan x beli
tenung lagi apa nak dibeli

Punya ka banyak barang dalam Mirota Batik ni, kitorang cuma beli souvenir je. haha. Nadia & Syakirin x pasti apa yang dibelinya. Selesai soping, kitorang lepak jap kat cafe dia untuk menjamu selera.

beli mie lidi ni konon nak try kepedasan dia. perghhh memang pedas.

Lepas order makan, makan pulak eskrem. Kitorang pun x boleh nak lama-lama sangat kat sini. Balik hotel nanti nak kemas2 dah. Risau kalau terlambat ke airport.

menu
menu apa? ntah x ingat.. haha
sambil makan eskrem
macam nasik lemak kan
ni? pun x ingat nama apa
sup
selesai alhamdulillah

Selesai makan, kitorang pun memanggil grab untuk ke hotel lebih kurang pukul 11.30 pagi. Perjalanan dalam 10 minit je menaiki kereta. 

panas terik rasa

tunggu grab car
Kitorang check out dalam pukul 1. Mas Yadi dah siap menunggu di lobi hotel. Setengah jam perjalanan, sampaila kitorang di Juanda Int Airport Surabaya. 

tq Mas Yadi atas layanan yang baik. recommended!
tercapai nak ke bromo dan ijen!

ar asia je
bincang bajet.. haha
menggapai awan
makan lagi..:p
pak nasir masak nasik lemak ni
sampai dah 

Alhamdulillah tiba di KLIA2 dengan selamat. InsyaAllah kita bertemu kembali dalam trip akan datang ye! hehehe.. daaaa













































Trip ke Surabaya,Indonesia (2018)-D3

HUSBANDWIFE HUSBANDWIFE TRIP TO SURABAYA

17 September 2018

So harini bermulalah hari yang agak mencabar buat kitorang. Nak mendaki ke kawah ijen. Kat Malaysia pun lama x mendaki. haha. Pernahla daki gunung broga, tapi lama dah dulu. Gunung Brinchang pun lama dah x naik. :p

Tidur memang x cukup lah pun kat sini. huhu. Pukul 1 pagi kitorang dah standby untuk ke Paltuding Base tempat permulaan pendakian. Sebelum tu, berkumpul dulu kat restoran homestay, minum2 pagi dulu.

Bekal breakfast ada disediakan pihak hotel tapi kena buat pilihan samaada nak bekal breakfast atau balik nanti baru makan. So kitorang pilih makan breakfast balik dari Ijen nanti. Lagipun kitorang sendiri ada bawa bekal roti untk makan pagi.

minum dulu sebelum melalui hari yang mencabar huhu

Lepas dah ambil tempat kat dalam kereta, Mas Yadi pun bergerak, follow 1 lagi group yang naik kereta lain kat depan. Masa ni jam pukul 1.10 pagi. Kitorang ni semalam join tour dengan geng mat salleh, kena bayar sikit la kat tour guide diorang. Bayaran termasuk sekali dengan topeng pernafasan.

Homestay -----> Paltuding Post

laluan gelap gelita pagi-pagi buta

Lebih kurang 30 minit perjalanan, sampaila kitorang kat area parking kereta yang dinamakan Pos Paltuding. Kat sini menurut sumber google pun ada disediakan tempat penginapan yang dikelola oleh Kementerian Kehutanan dan boleh jugak bercamping kat kawasan ni.

kat kawasan parking Pos Paltuding

sembab muka masing-masing haha

Sampai je kat sini, kitorang masing-masing berkumpul bersama-sama dengan group mat salleh. Ni mau tertinggal kat belakang ni bila join dengan group mat salleh. Stamina diorang lain macam. haha.

warung barokah

standby kelengkapan nak mendaki
dan lagi beli muffler

apa-apa hal bergambar dulu

Berbekalkan lampu headlamp yang kitorang dah siap-siap bawak dari Malaysia, bermulalah pendakian mencabar. Laluan sepanjang pendakian ni memang gelap gelita. Kitorang gerak masa ni dalam pukul 2 lebih.

Awal-awal lagi dah start mendaki bukit, tinggi pulak tu. huh! mencabar betul. Ada la part-part jalan yang mendatar. Lepastu mendaki balik. Geng mat salleh tadi dah x nampak kelibat dah. haha. 

Supir yang jadi tour guide terpaksa join kitorang yang dah terbelakang ni. haha. Ada jugak yang bawak telolet (troley pengangkut) yang follow kitorang. Yela, diorang pun mencari rezeki jugak dengan bawak bende alah ni. Pada yang dah x larat tu, diorang angkut guna trolley ni la dengan bayaran tertentu. 

trolley angkut

Oklah, sedikit info. Selain pengunjung ke sini untuk mendaki ke kawah ijen, tempat ni juga terkenal dengan keindahan blue fire atau fenomena api biru. Kat Indonesia dan Iceland je dapat tengok fenomena ni. 

Cumanya, ia kelihatan sebelum siang je. Dah cerah xnampak. So nak mendaki tu x bolehlah terhegeh-hegeh yer. Lambat, bye bye je lah blue fire. hehe

Paltuding -----> Pondok kantin ijen miner
Lebih kurang pukul 3.15 pagi, kitorang sampai di sebuah pondok kantin yang menjual makanan dan minuman. Ada disediakan kerusi untuk berehat kat bahagian luar. Kitorang amek kesempatan untuk berehat kejap dan beli air kat dalam warung tadi.

masing-masing duduk merehatkan kaki
ada warung kecik jual air
singgah minum jap

Selepas hilang sikit penat, kitorang meneruskan balik hiking untuk ke puncak. Jauh lagi perjalanan. Sejuk xyah cakapla. Sampai ke tulang. Tapi disebabkan badan berpeluh kepenatan, sedapla rasa kena angin sejuk tu.

Disebabkan kitorang ni agak lambat ke belakang, supir nak tolong ambilkan gambar blue fire, katanya takut x sempat. So, atas kepercayaan, asben bagi guna phone dia, supir pun laju bergerak mengejar blue fire untuk kitorang. huhu

Diringkaskan, setelah bersusah payah, akhirnya kitorang berjaya sampai ke puncak dalam pukul 4.10 pagi. Gelap lagi masa ni, masih x nampak apa-apa. Ada harapan lagi ni nak tengok blue fire. Cuma nampak la ada cahaya-cahaya lampu kat belah bawah. Sekarang ni kitorang kena menuruni bukit curam yang berbatu-batu. Bahaya jugak laluan ni.

bagi laluan pada tukang angkut sulfur

Sepanjang laluan turun ni, banyak kali berselisih dengan pekerja angkat sulfur. So sila la bagi laluan ye. Memang salute tengok diorang, berat kot nak ngangkut bakul-bakul penuh sulfur ni. Tapi tulah, punca rezeki diorang. Moga diberi kesihatan yang lebih pada mereka.

Dengan kepayahan, kitorang sampai jugak di bawah pada pukul 4.45 pagi. YeaY! masih gelap. Amek masa dalam setengah jam jugakla. Masa ni dah siap-siap pakai mask yang dah diberi awal oleh tour guide tadi. Sebabnya bau asap belerang tersangatlah kuat kat bawah ni. Boleh sesak napas dibuatnya.

nampak jugak blue fire

So kitorang ni sempatla nak tengok Blue Fire sebab blue fire ni cuma dapat dilihat sebelum matahari terbit. Dah siang x nampak dah. Sedikit info pasal blue fire buat yang xtahu.  

Blue Fire ni menurut info cuma terdapat di Indonesia dan di Iceland. Ha.. nak ke Iceland tu ntah bila la kan. Peluang la kot dapat tengok di Indonesia je. Blue Fire ni terhasil dari reaksi gas bumi yang bertemu dengan oksigen pada suhu tertentu. Ha gitu...

gambar bukti dah sampai haha
gelap masa ni, kena suluh dengan torch light huhu
yeay!
api biru dari dekat
ni pun tour guide tolong amek guna phone kitorang. 
Pada awalnya sebelum nak hiking kat Ijen ni, me terfikir nak bergambar dekat tasik kawah ijen tu. Konon nak turun sampai ke bawah la. Tapi takat area Blue Fire ni je dah kepenatan melampau, dah x mampu dah nak turun lagi ke bawah. Haha. Gambar close up Blue Fire ni pun tour guide yang tolong amekkan awal-awal tadi. 

Bakul penuh sulfur
kena pakai topeng sebab kuat bau sulfur
sulfur dari dekat
sulfur

Adala dekat setengah jam kitorang melepak kat bawah ni. Sampaila hari dah nampak nak cerah, so cahaya biru pun makin menghilang. Dah siang, dah x boleh nampak dah. Yang nampak nye cabaran nak naik ke atas balik. hahahaha. Tercabar betul tengok bukit tinggi yang nak didaki.

dah nak cerah

So kitorang pun memulakan langkah balik untuk naik ke atas. Banyak jugakla menyinggah berehat sambil ambil gambar. 

nampak dah tasik kawah
ramai lagi kat bawah tu

Masa kitorang naik ni, masih ada lagi yang on the way turun. X dan la nak tengok blue fire nya. Xpela asalkan masing-masing selamat sampai je kan.

bergambo dulu
kami

view sekitar
ha mencabar ke x nak sampai ke atas nun
yang belah kiri tu la tour guide kitorang
jom gerak lagi
rehat lagi.. penat daaaa

Masa ni asben yang pegang kamera sebab dia yang laju naik ke atas. Tu yang xde gambar dia. Kitorang ni masih lagi terkedek-kedek kepenatan nak naik. Uiii semput wehh. Nak turun tadi susah. Nak naik lagilah susah.. haha

senyummm
bawak naik belerang
sikit lagi nak sampi atas
pose dulu
view dari atas
Sampai je kat atas lega., rehat-rehatkan badan dulu. Sambil tu tengok peniaga-peniaga yang menjual sulfur yang diukir dalam pelbagai bentuk. Ada terbaca yang sulfur ni x lepas kalau bawak balik naik flight. Ada yang kata boleh lepas kalau check in. So korang survey dulu ya sebelum beli, kang kena rampas pulak kat airport.

view dari atas

jual sulfur
lihatlah doniaaa

cantik nyaaaaa
view kat atas puncak 
hijauuu
kami berjaya sampai sini
try terbang jap
view memang cantik
amek gambar dulu puas puas
Asben pun sempat fly drone dulu kat sini. Lebih kurang pukul 6 lebih, kitorang pun decide untuk turun balik ke tempat parking. View sekitar masa turun ni cantiknya lah. Subhanallah.

subhanallah cantiknyaaa

cantik. tu je nak cakap
try naik telolet
view sekitar

yang naik telolet dah sampai depan sana tu
sikit lagi nak sampai

Lebih kurang pukul 7.15 pagi kitorang pun berjaya sampai ke Pos Paltuding semula dan terus ke tempat parking. Mas Yadi dah sedia menunggu. Agaknya dia tidur dalam kereta je la kot. huhu. Kesian Mas Yadi, dialah yang bawak kitorang dari airport sampai ke sini, terjebak sekali kekurangan tidur. huhu

sampai dah kat pintu gerbang tempat mendaki awal-awal pagi tadi
gambar kenangan dulu
ada berani nak naik lagi sekali? 
ada penjaja jual makanan
yeay sampai
senyum puas hati berjaya mendaki ijen hehe
kawasan parking kereta
ni lah kereta Mas Yadi

Dah settle simpan semua kelengkapan, kitorang pun bergerak balik semula ke homestay. Walaupun badan terasa penat yang amat, tapi puas hati sebab dapat jugak mendaki Ijen.

view on the way balik ke homestay

Sesampai je di homestay, kitorang terus ke restoran untuk makan pagi. Seperti yang me bagitau tadi, homestay ni memang ada sediakan breakfast, tapi terpulang pada kita nak ambil sebelum mendaki atau selepas balik mendaki. Disebabkan kitorang pilih selepas mendaki, dapatla makanan berat seperti nasi goreng. Kalau awal pagi tadi, cuma dapat roti kalau x silap.

restoran homestay
boleh nampak Ijen dari sini
ada jual serbuk teh dan kopi
bismillah

Sesudah makan, kitorang pun masing-masing balik ke bilik untuk mandi dan bersiap sebab dah set dengan Mas Yadi untuk bergerak balik ke Surabaya dalam pukul 9.30 pagi nanti

Selesai checkout, kitorang pun memulakan perjalanan balik. Sebelum tu ajak Mas Yadi bawak pusing-pusing kawasan homestay dulu. Cantik kawasan ni, depan rumah pun diorang tanam pokok, tanam sayur. Hijau je persekitaran.

hari-hari makan sayur fresh 
segar kan
kobis

singgah beli mineral water
ijen dari kejauhan
sampai simpang
Kitorang singgah balik pos gate yang kitorang singgah isi minyak kereta semalam untuk bergambar kenangan lagi dengan kawah ijen.

Arabica Homestay ---> Post Guard Kalisat Jampit

kami dah berjaya tawan ijen! 


view dalam perjalanan

On the way ni masing-masing membungkang kepenatan. Macam biasalah, me mintak asben temankan Mas Yadi bersembang. Mas Yadi pun ngantuk parak dah macam kitorang. haha. 

Post Guard Kalisat Jampit ---> Probolinggo
Lebih kurang 3 jam lebih perjalanan, kitorang singgah di Probolinggo membeli buah anggur, jambu dan limau yang dijual dari lori di tepi jalan. probolinggo ni kawasan Gunung Bromo kelmarin. Kali ni Mas Yadi bawak kitorang makan masakan padang pula. Masa ni jam dalam pukul 1.50 petang

singgah beli buah
anggur
pilih jambu
tembikai dipanggil semangka di indonesia
menanti dalam kereta
sampai kedai makan 
nasi padang

Sedap jugak makanan kat kedai ni. Masakan padang kan terkenal dengan masak lemak. Memang kena dengan selera. Alhamdulillah

pilih lauk
lauk pauk
siap dah masuk pinggan pertama
ni ntah pinggan sape
pinggan lain
ni sape punya
Sesudah makan, perjalanan diteruskan ke Surabaya. Dalam perjalanan, kitorang survey siap-siap hotel yang nak di book. Nanti senang, terus suruh Mas Yadi drop ke hotel je. 

kota probolinggo

Probolinggo ---> Surabaya
Akhirnya kitorang tiba di hotel di Surabaya lebih kurang pada pukul 4.30 petang. Kitorang memilih Grand Darmo Hotel untuk bermalam. Selesai check in, masing-masing naik ke bilik dan berehat. Mas Yadi pun pulang ke pangkuan keluarga setelah hampir 3 hari x balik-balik dan x tidur. hehehe..

Tapi esok akan berjumpa lagi dengan Mas Yadi sebab dia yang akan menghantar kitorang ke airport. 

lobby hotel
bilik double
dalam bilik

view luar
Dalam pukul 5.30 petang, kitorang meninjau sekitar hotel. Ada swimming pool indoor. Sempatla mandi kolam kejap. Tapi air dia sejuk gilerrr. Sekejap jela mandinya. X lama tu kitorang naik balik ke bilik dan decide untuk keluar makan bersama-sama malam nanti.

ruang lepak bersebelahan kolam renang

sejuk airnyaaa

Selepas bersiap, lebih kurang pukul 7.00 petang, kitorang pun keluar berjalan-jalan di sekitar hotel sambil mencari port untuk makan malam. 

Grand Darmo Suite Hotel ---> Taman Bungkul

Hotel ni terletak bersebelahan je dengan sebuah taman iaitu Taman Bungkul. Memang port orang ramai melepak bersama family waktu malam. Yang berdating pun ada.

taman bungkul
hiasan taman

lighting
taman permainan

gerai makan




























kitorang lepak makan kat kedai ni
menu

Kitorang order menu nasi bersama set lauk. Sementara menunggu order sampai, kitorang survey lagi menu sampingan yang ada kat kawasan tu.

martabak
roti bakar pisang keju
kedai makan
lupa dah menu ape ni
penyet lele/ ikan keli
yang ni pun lupa nama menu

Selesai makan, kitorang ronda-ronda lagi kawasan ni. Disebabkan masih awal, kitorang ingat nak mencari la kedai jual souvenir ke. Tapi x jumpa. Kitorang try tanya pada pak guard hotel. Dia kata try pergi kedai lapis kukus. 

Setelah masing-masing bersetuju kitorang pun panggil grab untuk  ke sana. Dalam pukul 9.00 malam, sebuah kereta grab sampai dan kitorang pun menuju ke kedai Lapis Kukus Pahlawan. 

Grand Darmo Suites Hotel ---> Lapis Kukus Pahlawan

lapis kukus
antara perisa yang ada
kedai kek
Kedai ni bolehla pergi bagi yang nak mencari souvenir makanan. Cuma ada kek je la. Barangan souvenir lain x ada. Nadia sempatla beli beberapa biji untuk dibawa balik.

Lepas membeli, naik grab semula dalam pukul 9.45 malam untuk ke hotel dan berehat. Flight kitorang esok adalah pada waktu tengahari.

Jom ke next entry



























































































































Trip ke Surabaya,Indonesia (2018)-D4