Wednesday, August 3, 2016

Trip Bajet Ciput ke Korea (Autumn 2013) - TOTAL BAJET

KOREA AUTUMN ASBENWIFE TRIP

Setelah dikaji semula (cewah ayat..hahaha) kat sini me nak bentangkan pasal bajet yang digunakan untuk trip ke Korea musim luruh ni. Tapi ni bajet tahun 2013 la, tahun 2016 ni confirm lain dah harga. Semua benda makin mahal kan.

Ni bajet untuk 2 orang tau

BAJET  TRIP KE KOREA UNTUK 8 HARI 7 MALAM (autumn )
( mengikut exchange rate masa tukaran duit : 0.0298 )

1) Penginapan

* Beewon Guesthouse ( 5 malam )---------------------------------------------- RM 602.00
* Elysee Motel ( 1 malam )------------------------------------------------------- RM 164.00

2) Tiket Penerbangan ( Air Asia )--------------------------------------------- RM 1210.00
* termasuk makanan & beg

3) Makanan ( di Jepun & makanan yang dibawa dari M'sia )-------------- RM 400.00

4) T-Money ------------------------------------------------------------------------ RM 200.00

5) Entrance Ticket / others

* KTX train -------------------------------------------------------------------------RM 342.00
* Namsan Cable Car -------------------------------------------------------------- RM 36.00
* Nami Islands Entry Visa ------------------------------------------------------- RM 48.00
* 63 Building ---------------------------------------------------------------------- RM 144.00
* Everland Ticket ----------------------------------------------------------------- RM 209.00
* Horror Maze (Everland) ------------------------------------------------------- RM 30.00
* Palace (Geongbokgung & Changdeokgung) -------------------------------- RM 36.00
* Mugunghwa Train -------------------------------------------------------------- RM 171.00
* Busan Tower -------------------------------------------------------------------- RM 24.00
* Trick Eye Museum Busan ----------------------------------------------------- RM 60.00
* Locker ---------------------------------------------------------------------------- RM 18.00


Ini je rasenya. Me akan update kemudian kalau ada yang tertinggal. Minyak kereta, tol dan passport tu me x masukkan sekali. Tu kira side bajet la tu. huhu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Total bajet untuk 2 orang =  RM 3694.00                                   = RM 1847.00 seorang
( x masuk souvenir dan shopping segala bagai)

Tambah RM 200 untuk belanja                                                  = RM 2047 seorang
(bab perbelanjaan ni subjektif, bergantung pada apa yang korang nak beli)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kat sini me share itinerary kitorang untuk 8 hari 7 malam di Korea


Day 1
3 Nov 2013 (Ahad) 

Flight Air Asia Kul - Pus (Gimhae International Airport) (8.30 pg)
Tiba di Gimhae Airport ( 3.45 ptg)
Gimhae Airport to Busan Stn
Busan Stn to Seoul Stn
Check In
Menginap di Beewon Guesthouse (malam pertama)

Day 2
4 Nov 2013 (Isnin)

Nami Island
Namsan Tower
Myeongdong
Menginap di Beewon Guesthouse (malam kedua)

Day 3
5 Nov 2013 (Selasa)

War Memorial of Korea
National Museum of Korea
Itaewon
63 Building
Han River
Yeoudo Park
Dongdaemun
Menginap di Beewon Guesthouse (malam ketiga)

Day 4
6 Nov 2013 (Rabu)

Everland
Namdaemun Market
Menginap di Beewon Guesthouse (malam keempat)

Day 5
7 Nov 2013 (Khamis)

Geongbokgung Palace
Changdeokgung Palace
Insadong
Namdaemun Market
Itaewon
Menginap di Beewon Guesthouse (malam kelima)

Day 6
8 Nov 2013 (Jumaat)

Check Out
Bukchon Hanok Village
Dongdaemun Plaza
Namdaemun Market
Itaewon
Seoul stn to Busan Stn
Bermalam dalam train

Day 7
9 Nov 2013 (Sabtu)

Taejongdae Park
Jagalchi Market
Busan Tower
Ckeck In
Trick Eye Museum
Haeundae Beach
Busan Aquarium
Check In
Menginap di Elysee Motel (1 malam shj)

10 Nov 2013 (Ahad)

Check Out
Busan stn to Gimhae Airport
Pus to KLIA (5.00 pm)
Tiba di KLIA (10.20 pm)

Tuesday, August 2, 2016

Trip Bajet Ciput ke Korea (Autumn 2013) - DAY 8

10 November 2013

Dah hari terakhir untuk trip kitorang di Korea. Hari ni, kitorang akan balik ke Malaysia setelah merantau selama 8 hari di negara orang. huhu

Flight kitorang hari ni adalah pada pukul 5.00 petang. So untuk hari ni, me dah plan untuk check out tengah hari. Pagi ni memang kitorang rehat cukup-cukup. Lambat jugak bangun masa ni. hehe.

Harini kitorang xde plan untuk ke mana-mana dah. Hal di Busan ni dah settlekan semalam. Lepas ni kitorang akan check out dan terus menuju ke Gimhae International Airport.

tengokje la tv ni.. bukan paham pun..
Lepas dah siap-siap breakfast, kitorang pun check out. Dengan membawa luggage, kitorang turun dari hotel dan berjalan menuju ke Nampo stn. Kitorang keluar ni lebih kurang pukul 12.15 tengah hari.

hiasan akuarium di dalam motel ni
nampak x ekor sape tu
mesti jumpa kucing setiap kali pergi mana-mana.. hehe
sangkut jap beli baju ni.. lebih kurang RM 30

Tapi sebelum nak sampai ke station tu biasalah, singgah sana sini dulu bergambar.

area Nampo

ni exit 7 Nampo stn

Dari Nampo stn, kitorang mengambil subway line 1 menuju ke Seomyeon stn sebelum bertukar ke line 2 menuju ke Sasang stn. Dari Sasang stn, kitorang bertukar ke Busan Gimhae Light Rail Transit untuk ke airport. 

Line 1 -----> line 2 -----> Busan Gimhae Light Rail Transit
dalam Light Rail Transit
train ni rentas laut

Lebih kurang pukul 2.00 petang kitorang sampai di airport. Lepas settlekan segala urusan, kitorang menunggu untuk masuk flight je.Tepat pada pukul 5.00 petang, flight pun berlepas meninggalkan bumi Korea menuju ke KLIA. 

Dah siap order nasi lemak masa online haritu. Memang rindukan masakan Malaysia. hehe.. 
Kitorang sampai KL masa ni dah malam, lebih kurang pukul 10.30 malam. Malam ni jugak balik Cameron. 

Okla, berakhir sudah kisah kitorang selama 8 hari 7 malam di Korea pada 2013 lalu. Nak cerita pasal bajet, ingat2 lupa dah. Kalau ada masa nanti, me try update k. Tapi masa kitorang pergi ni ringgit ok lagi. Sekarang ni je nak ke Korea dah mahal. Buat entry ni pun sekadar mengenang kembali dan jugak x nak bagi hilang dari ingatan.. hehe

Lepas trip berdua ni, kitorang sekali lagi ke Korea bersama family seramai 11 orang. Selang 3 bulan je. Nanti me try buat entry untuk trip tu ye.

Okla korang.. till we meet again! 
Assalamualaikum





















Trip Bajet Ciput ke Korea (Autumn 2013) - DAY 7


9 November 2013

Okla, ni sambungan dari hari ke 6 iaitu di dalam train menuju ke Busan stn.

Perjalanan ni cukup mengambil masa yang agak lama. Sakit jugak badan duduk lama dalam train. Kitorang memenuhi masa dengan tidur, mengumpul tenaga untuk berjalan setibanya di Busan nanti.

Masuklah hari ke 7 kitorang berada di Korea.

Tepat pada pukul 4.04 pagi, train berhenti di Busan stn. Mamai nak berjalan keluar masa ni.
Mula-mula sekali kitorang mencari tandasla. Settlekan apa yang patut. Seawal pagi ni pun kitorang dah ada plan untuk ke sebuah tempat yang dinamakan Taejongdae Park. Nak tengok matahari terbit kononya. hehe

Beg besar kitorang dah siap simpan dalam locker berbayar yang turut disediakan dalam Busan stn ni.

beli air dari vending machine tapi pahit
singgah jugak kat cafe ni beli hot coffea 

Lebih kurang pukul 5.30 pagi, kitorang keluar dari Busan stn menuju ke hentian bas yang terletak bersebelahan dengan Busan stn. Kitorang menaiki bas bernombor 101 untuk ke Taejongdae Park.

masih gelap kat luar



Kitorang tiba di bus stop berhampiran kawasan Taejongdae lebih kurang pukul 6.30 pagi. Dari sini kena menapak sikit untuk ke pintu masuk park ni. Awal-awal pagi kat sini sangatlah sejuk. Kat Korea ni rajin sangat berjalan. Kalau kat tempat sendiri, nak ke mana-mana susah sangat nak berjalan kaki. huhu

jom menapak
tu signboard Taejongdae Park
dah nak terang masa ni
entrance masuk ke Taejongdae Park
xtau tulis ape
Taejongdae cliffs 

Besar kawasan Taejongdae Park ni. Fee untuk admission adalah free je. Kat sini disediakan Danubi train untuk dibawa pusing-pusing area park ni. Mungkin kena bayar kot.

Tapi masa kitorang datang, macam x berfungsi je lagi train ni. Mungkin belum waktu operasi kot. Kitorang decide untuk berjalan kaki je untuk masuk ke dalam.

kawasan parking danubi train
danubi ni tidur lagi

map kawasan ni
tengok la bape jauh menapak. sampai 2km. 
jom exercise di pagi hari
ke tandas dulu


Kitorang singgah di south observation platform. Cantik sangat pemandangan masa ni. Lama jugak kitorang lepak kat sini. Rasa tenang je pikiran. Seriously. Kawasan ni sangatla sesuai bagi yang stress bekerja ke nak melapangkan fikiran. hehehe

Masa ni pun dah dekat pukul 7.00 pagi. Dapat awal sikit mesti lagi cantik.

nah! teropongla ape ko nak.. hehe
sebelum pape, touch up dulu muka
tengok pemandangan laut
kau teropong ape tu jah!


gambar pemandangan lagi

X lama lepas tu kitorang teruskan lagi berjalan menuju ke sebuah lagi observation platform. Suhu sejuk masa ni, kurang sikit rasa penat berjalan.

pokok gapo ni
semua tandas nak singgah. haha

Jalan punya jalan sampaila kitorang ke 1 lagi observation platform. Pemandangan laut lagi. Dari sini boleh nampak sebuah pulau kecil yang diberi nama 'Tea Kettle Island'. Bentuk dia macam kettle air la tu.

jom layan pemandangan lagi ;






Jam waktu ni lebih kurang pukul 8.00 pagi. Setakat ni la, kitorang x berselisih lagi dengan orang lain yang berjalan-jalan kat kawasan ni. Yang ada cuma beberapa kenderaan yang keluar masuk di kawasan ni. Mungkin pekerja kot. Rajin jugakla kitorang ni menapak kan.

cantiknya langit
kapal
lapar masa ni
askar-askar ni buat latihan gamaknyer

Kitorang x menapak sampai ke hujung pun. Sepatutnya bahagian hujung park ni ada lagi tempat-tempat menarik yang lain antaranya Yeongdo Lighthouse.

Yeongdo Lighthouse

Lepas dah puas bergambar, kitorang membuat u turn semula menuju ke tempat mula-mula masuk awal pagi tadi. Jauh jugak rupanya kitorang berjalan tadi.

disebabkan banyak berjalan, kurus dah.. haha

jom patah balik

Kitorang sampai di pintu masuk lebih kurang pukul 9.00 pagi.
Ada sorang uncle jepun bagi ni.. 

Lepas keluar dari Taejongdae Park ni, kitorang berjalan kaki semula menuju ke hentian bas tempat kitorang mula-mula sampai tadi. Kitorang mengambil bas menuju ke Jagalchi Market.

Taejongdae Park -----> Jagalchi Market
bas ke Jagalchi Market

Masa ni x pasti nak turun di bus stop mana, so kitorang nampak je Jagalchi market di tepi jalan, barulah kitorang tekan loceng dan turun dari bas.

ha tu jagalchi Market

Disebabkan kitorang turun di laluan bertentangan, kitorang terpaksa menggunakan laluan bawah tanah untuk menuju ke Jagalchi Market. Kitorang keluar exit 10 untuk ke pasar tu. Masa kitorang sampai ni jam lebih kurang pukul 10 pagi.

exit 10
Entrance arch Jagalchi Market
laluan sebelum masuk ke dalam pasar Jagalchi
kedai di bahagian luar
ajumma ni tengah siang ikan sebelah

Apa yang menarik kat Jagalchi Market ni adalah ia merupakan pasar terbesar di Korea yang menjual hasil-hasil laut yang segar dan juga yang telah dikeringkan. Kebanyakan peniaga kat sini adalah aunty-aunty yang dipanggil 'ajumma' dalam bahasa Korea. Market ni beroperasi dari pukul 5.00 pagi hingga 10.00 malam.

depan pintu masuk Jagalchi Market

Memang x puas tengok ikan-ikan yang dijual kat sini. Bukan ikan je, macam-macamla dari ikan, udang, sotong, ketam dan lain-lain lagi. Semua jenis godang-godang punya. Kenyang makan.. hehe
Jom layan gambar;

besar gila pasar
ketam
ni kaler itam pulak
ha pilih pilih
ni nama dia timun laut. betul ke ntah


Lebih kurang 15 minit pusing-pusing kat dalam market ni, kitorang keluar untuk tengok pemandangan pelabuhan di Busan ni. Tempat di mana kapal-kapal nelayan berlabuh.

tempat loading hasil laut


Kitorang masuk semula ke dalam Jagalchi Market ni dan naik ke tingkat atas untuk meninjau restoran-restoran makanan yang ada. Seperti yang diberitahu, kita boleh beli hasil laut kat pasar tadi dan mintak mana-mana kedai makan kat bahagian atas ni masakkan.

Kedai makan di tingkat atas

Tapi atas rasa was-was nak mencuba, jadi hasrat terpaksa dibatalkan. huhu. Kitorang keluar dan decide untuk terus ke Busan stn semula. Dari Jagalchi stn kitorang naik subway line 1 menuju ke Busan stn.

map area Jagalchi

Busan subway map

Setibanya di Busan stn, jam dah pun menunjukkan pukul 11.10 pagi. kitorang masuk ke dalam untuk mengambil luggage kitorang yang disimpan kat dalam locker tadi tu. Lepas tu kitorang menaiki subway semula menuju ke Nampo stn.

Hotel yang me book untuk 1 malam terletak di area Nampo. Hanya 2 stop je dari Busan stn. Berpandukan map bergambar yang telah diberi oleh owner hotel, kitorang menapak menuju ke hotel tersebut. Perjalanan  ada la lebih kurang setengah jam.

Berjalan menuju ke hotel
dah sampai elysee Motel

Kitorang sampai di Elysee Motel lebih kurang pukul 11.40 pagi. Disebabkan masih awal untuk check in, kitorang cuma tumpang untuk letakkan beg dulu di kaunter hotel. Waktu check in adalah pada pukul 2.00 petang.

Memang me dah masukkan dalam itinerary untuk ke tempat lain dahulu. Berhampiran dengan hotel ni terletaknya Busan Tower dan Yongdusan Park.

Busan Tower

Dekat sangat tempatnya, Busan Tower terletak di bahagian atas bukit. Kena menapak bukit dan anak tangga sikit.

ok sampai di perkarangan Busan Tower
Busan Tower

Admission fee untuk tower ni adalah 4000 won seorang. Disebabkan masa di Seoul kitorang x naik pun Namsan Tower, so kat sini kitorang naik la. Kitorang menaiki lif yang disediakan ke tingkat observatory. Gayat gila masa ni sebab rasa macam x balance. haha. Tapi view dari atas amazing!

Busan dari pandangan atas


padat jugak Busan ni



X lama lepas tu kitorang turun dan melepak di kawasan sekitar pulak. Kitorang beli nasi instant, banana milk serta jajan dan makan tengahari kat area taman tu. Lepas tu berjinak-jinak dengan burung merpati kat kawasan ni. Kat sini juga terdapat sebuah taman yang dinamakan Yongdusan Park. 

singgah toilet adalah kemestian
comel anak korea ni kejar burung
jinak-jinak burung merpati
bagi makan pringles
ni bila dah bosan dan ngantuk..haha

citizens bell nama mende alah ni

Lebih kurang pukul 1.50 petang, kitorang turun dan menghala ke hotel untuk urusan check in. Bayaran untuk 1 malam di Elysee Motel ni adalah 55000 won bersamaan RM164 (mengikut rate masa ni).

Lepas diberikan kunci kitorang pun bawak beg menuju ke bilik. Bilik ni dikategorikan cantik jugakla sebagai kategori motel. Kalau motel kat tempat kita, tahap dia rendah sikit dari hotel kan. Tapi motel ni cantik. 

laluan ke bilik
bilik kitorang
suasana bilik
motel tapi ada bath tub tau
bintang-bintang di langit..hehe
TV pun ada

Disebabkan keletihan, kitorang tidur sekejap sebelum nak keluar semula petang nanti. Pada jam 5.00 petang, kitorang bersiap-siap untuk keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar Busan ni.

comel patung ni
ada belalang panjat bangunan

Kitorang keluar masa ni pun dah nak gelap. dari Nampo stn, kitorang menaiki subway menuju ke Jagalchi stn.

Nampo stn -----> Jagalchi stn

Setibanya di Jagalchi stn, kitorang keluar dan mencari sebuah bangunan yang dinamakan Nampo Plaza. Lepas dah jumpa tu, kitorang naik ke tingkat 9 untuk ke Trick Eye Museum. Lupa dah harga tiket masuk. Kat tempat ni x lain x bukan aktivitinya adalah bergambar. hehe

naik tingkat 9
kat entrance

mula lah bergambar

Jom layan gambar!

haha layan je lah




best photo

Haha.. Masa ni digelar 'kau amek gamba aku..aku amek gamba kau'. haha.. Maafla ye..Disebabkan tiket dah bayar, kitorang layankan je bergambar. Best kalau bawak budak-budak datang sini. 

So lepas dah keluar dari sini, kitorang menaiki subway line 3 menuju ke Seomyeon stn sebelum bertukar ke line 2 menuju ke Haeundae stn. Setengah jam jugak perjalanan.

Jagalchi stn -----> seomyeon stn -----> haeundae stn
Jagalchi stn -----> seomyeon stn -----> haeundae stn

Apa yang ada kat sini adalah, kitorang akan ke Haeundae Beach dan Busan Aquarium. Tapi masa kitorang kat sini cuaca x berapa elok. Hujan turun di malam hari. huhuhu.

hujan

Masa ni jam dah pukul 7.30 malam. Mula-mula sekali kitorang menuju ke Busan Aquarium, tapi kitorang x masuk pun. Cuma ambil gambar di hadapan Busan Aquarium ni. Nak ke pantai pun masa ni hujan. Nasib baiklah dah siap standby baju hujan dan payung.

busan aquarium
hujan


kaunter kat bahagian dalam
sebelah kiri tu haeundae beach

Lebih kurang pukul 8.30 malam, kitorang bergerak untuk makan malam di sebuah restoran Turki iaitu Cappadocia Turkish Kebap House yang terletak Geumjeong-gu Busan. Tempat ni agak jauh tapi disebabkan memang lapar, kitorang redah jugak



Dari Haeundae stn, kitorang menaiki subway line 2 menuju ke Suyeong stn sebelum bertukar ke line 3 menuju ke Yeonsan stn. Lepas tu kena tukar pulak line 1 menuju ke Dusil stn. Jauh perjalanan ni, hampir 50 minit.

jauh perjalanan

Sesampai je di Dusil stn, kitorang menapak mencari restoran tu. Sampai-sampai restoran tutup! hahaha.. Adoila.. Dahla jauh datang ke sini.

Cappadocia Turkish Kebap House
kedai tutup

Makanya kitorang balik la semula ke Dusil stn. Balik bilik makan magee la jawabnya malam ni. haha. Nasib baikla lauk ada lagi. Kalau x silap, kitorang beli nasi instant masa on the way balik ke hotel ni.

menunggu train

Dari Dusil stn ni kitorang berpatah balik semula ke Nampo stn. Nasib baiklah x tukar line. Direct terus sampai Nampo stn. Makan masa 40 minit jugakla. Letihnya xyah cakapla. Lama kot duk dalam train.

Dusil stn -----> Nampo stn

Setibanya di Nampo stn, kitorang menapakla untuk ke hotel. Masa untuk merehatkan badan. Sebelum tu kitorang isi perut dulu.

Malam ni jugak kitorang akan berkemas sebab keesokan hari dah nak kena check out dan juga dah nak balik Malaysia dah.. rindukan roti canai! haha

oklah.. jumpa dalam entry hari terakhir di Korea nanti ye!

Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8