Tuesday, August 2, 2016

Trip Bajet Ciput ke Korea (Autumn 2013) - DAY 6

KOREA AUTUMN ASBENWIFE TRIP
8 November 2013

Hari ni adalah hari terakhir kitorang di Seoul. Kitorang dah nak kena check out hari ni untuk ke Busan pulak. Tapi train untuk ke Busan adalah waktu malam. So pagi ni, kitorang akan ke Bukchon Hanok Village dulu.

ke Bukchon Hanok Village

Kitorang cuma berjalan kaki je untuk ke Hanok Village ni sebab kedudukannya xla berapa jauh dari guesthouse. Beg pakaian kitorang masih ada di guesthouse, cuma tumpangkan sekejap di kaunter. Tengahari nanti baru check out. Dalam lebih kurang pukul 9.15 pagi, kitorang dah pun sampai di kawasan Hanok Village ni.

Apa yang ada di Bukchon Hanok Village ni adalah rumah-rumah tradisionalnya yang unik dan menarik yang dipanggil 'hanok'. 

Kawasan ni memang kawasan tumpuan pelancong, tapi dinasihatkan untuk tidak berbuat bising kat kawasan ni, sebab kawasan perumahan kan. Mengamuk pulak orang kang! hehe..

ok jom layan gambar!

rumah tradisional



diserikan dengan pokok-pokok berdaun hijau kuning
lukisan
lukisan hanok village



Kat dalam map Bukchon Hanok Village ni ada 1 tempat penggambaran yang dilakonkan oleh Lee Min Ho. Kitorang saje la pergi konon-konon nak capture tempat yang sama..haha

ni gambar lee min ho kat hanok village ni
ni tempat yang sama orang nye lain..haha

Lebih kurang 10.30 pagi, kitorang pun berjalan kaki ke subway menuju ke Dongdaemun History & Culture Park untuk melawat Dongdaemun Plaza, memandangkan haritu x sempat nak melawat Plaza ni.

Memang minat habis dengan design Zaha Hadid kat bangunan plaza ni. Sangat kretif dan unik. Ruginya masa datang ni, projek ni belum siap sepenuhnya. Kot ada rezeki lain kali pasti akan ke sini.. 

Jom layan gambar di sekitar Dongdaemun;

bangunan plaza ni masih dalam pembinaan

masih banyak barang pembinaan kat area ni
terror nya dia design plaza ni


macam kapal angkasa kan



bench dia pun unik
bench tapak kaki

Jam pun masa ni dah hampir pukul 1.00 tengahari. Kitorang nak kena check out lepas ni. So kitorang pun berjalan kaki ke subway untuk balik ke guesthouse semula.

di hadapan bangunan Doota
Peniaga menjual makanan di tepi jalan
teringin nak beli hanbok ni. Tapi mahallll
bye bye Dongdaemun Plaza. Len kali kitorang datang lagi..hehe
on the way ke guesthouse

Sampai je di Guesthouse, kitorang pun mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada staff2 hotel yang banyak membantu semasa kitorang stay kat guesthouse ni. Sempat lagi amek gambar kenangan kat guesthouse ni..huhu

ha ni la Kim Dong Ee.. 
amek gambar kenangan ruang tengok tv..tp x pernah pun lepak sini.. hehe
ni tempat lekat sticker untuk "the best staff"
nak ucap selamat tinggal ler tuuu

Kitorang pun bergerak keluar dari guesthouse bersama beg luggage. Kurang sikit berat beg ni kot sebab barang makanan dah berkurang. Dah 6 hari dah pun. huhu

bye bye beewon guesthouse

Seperti biasa, kitorang berjalan kaki menuju ke subway. Dari jongno3(sam)ga, kitorang ambil line 1 untuk ke Seoul stn. 

Sampai je di Seoul stn, kitorang ke machine tiket untuk topup T-Money. Lepas tu kitorang keluar & lepak2 sambil bergambar kat kawasan luar stn tu.

topup



pattern bangunan macam sekolah rendah me dulu ..huhu
macam nak sama kan? ni sek keb convent cameron highlands
besar Seoul stn ni
seoul stn

Jam masa ni baru pukul 3.00 petang. Kitorang masuk semula ke dalam station dan menuju ke bahagian locker untuk menyimpan luggage besar ni buat sementara. Best sikit nak berjalan tanpa beg besar kan. 

papehal simpan beg dulu

Kemudian kitorang ke kaunter untuk beli tiket train Mugunghwa. Train ni adalah train paling lambat pergerakannya berbanding train lain. Harga dia opkos la lebih murah kan. Hari tu dari Busan ke Seoul dah naik KTX train, iaitu train paling laju. Harga bagi tiket adalah 28600 won seorang bersamaan RM85 (mengikut rate masa ni). Jauh sangat beza dengan harga KTX train tau. Separuh dari harga tiket KTX.

ramai orang kat sini
tiket kitorang

Memandangkan perjalanannya memakan masa yang lama iaitu lebih kurang 5 jam 15 minit, kitorang dah plan awal-awal untuk naik train sebelah malam. Kat sini dah jimatkan kos untuk bermalam. Waktu train kitorang adalah pada pukul 10.50 malam yang dijangka tiba di Busan stn pada pukul 4.00 pagi.

Lebih kurang pukul 4.00 petang kitorang menaiki subway dari Seoul stn ni menuju ke Hoehyeon stn. Semestinya la ke Namdaemun market lagi. Tempat shopping paling best. Ni pun sebab ada lagi barang nak dibeli.

Sampai2 je kitorang beli hotteok kat gerai aunty yang sama. Antara makanan kegemaran kitorang kat Korea ni. 
ni penggemar hotteok ni ha

Lepas tu kitorang terus naik bangunan E-Lengdang yang semalamnya x dapt pergi tu. Kitorang ke tingkat 2 mencari kedai bernombor 209 (ni semua terpengaruh baca kat blog org..hehe) Lepas tu jumpa la sorang aunty yang sangat familiar (familiar dalam blog).

Aunty ni menjual brooch, gelang, rantai dan macam-macam la berasaskan manik. Me sempat pilih beberapa biji brooch untuk dibeli.

naik tangga. Kiri kanan bercermin.
ni kedai aunty jual brooch
antara barangan kedai yang dijual kat floor ni
souvenir pun ada

Lepas tu kitorang turun dan keluar dari bangunan ni menuju ke lorong market tadi. Memerhatikan barang-barang yang boleh dibeli. Best kawasan Namdaemun Market ni. Suasana macam pasar malam dan harga barangan kat sini boleh dikatakan berpatutan.

display untuk kimchi seaweed. Macam real je diorang buat
makcik jual makanan
gerai jual ikan
jual ikan jugak

Masa ni dah nak gelap dah hari. Jam dah pukul 5.30 petang. Kitorang masih lagi berjalan-jalan meninjau barangan yang dijual kat sini. Terjumpa 1 kedai yang menjual 1 makanan macam biskut inti kacang. haha.. Xtau apa nama makanan ni. Ralik tengok dia buat mende alah ni. Terjebak jugak untuk membeli.

mulut pok pek pok pek je yang meniaga ni..hehe
cara dia buat

Lepas tu, kitorang terus ke subway stn mengambil train ke Itaewon. Kitorang menapak ke masjid Itaewon dahulu dan bersolat di sana.

Masjid Itaewon

Lebih kurang pukul 8.00 malam, kitorang tiba di tempat makan. Kat mana lagi kalau bukan Muree Korean Restaurant. Dah kali ke 3 makan kat sini. Me order bibimbap manakala asben order dak do ri tang dan minuman lassi.

la kantoi gambar kabur. haha salah zoom. ni biskut yang kitorang beli tadi. sedap!
bibimbap
Dak do ri tang
Dak do ri tang. Ayam pedas bersama kentang
jemput makan

Kitorang selesai makan kat sini lebih kurang pukul 9.00 malam. Total bayaran makan malam kitorang adalah 27000 won bersamaan RM80.

Kitorang meneruskan perjalanan menuju ke subway untuk berpatah balik ke Seoul stn. Kitorang tiba di Seoul stn pada pukul 9.40 malam. 

seoul station


Memandangkan waktu train hampir tiba, kitorang ke bahagian locker tadi untuk mengambil semula luggage. Merayau-rayau la dulu kat dalam station ni sementara menunggu ketibaan train untuk ke Busan.

suasana kat dalam
sedih nak tinggalkan seoul dah..huhu
train pukul 10.50 malam, track no 5
track 

Lebih kurang pukul 10.20 malam, kitorang turun dan menunggu di track no 5. Train tiba x lama kemudian. Kitorang masuk dan mencari tempat duduk seperti yang tertulis di tiket.



Mugunghwa Train
Seoul Stn -----> Busan Stn



So masa selama 5jam ni dipenuhi dengan tidur. hehe.

Okla bersambung di entry hari ke 7 ye!














































































































































































































































































































































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8