Tuesday, August 2, 2016

Trip Bajet Ciput ke Korea (Autumn 2013) - DAY 4


6 November 2013

Dah masuk hari ke 4 di Korea. 3 malam dah kitorang menginap di guesthouse yang sama. Ada jugak orang Malaysia dan Indonesia yang menginap kat sini. Sempat jugak kitorang bersembang2 tanya asal usul. hehe.. Best menginap di guesthouse ni. Me sempat lagi membasuh baju setiap hari.

Oklah..hari ke 4 ni kitorang pergi ke Everland! Taman tema yang terletak agak jauh sikit dari bandar Seoul. Kitorang bergerak keluar lebih kurang pukul 8.30 pagi. Kitorang bawak sekali bekalan makan tengahari untuk di makan di Everland nanti.

view dari bilik

Sebelum keluar

X pasti la sekarang ni ada cara lain untuk ke Everland. Tapi senang je penggunaan subway kat Korea ni. Refer pada line je. Ni laluan perjalanan kitorang untuk ke Everland masa tahun 2013:

Jongno3(sam)ga -----------------------------> Dongdaemun History & Culture Park (line 5)
Dongdaemun History & Culture Park ----> Jamsil ( line 2)

Keluar exit 6 (Bustop 5700)

Bus --------------------------------------------> Pintu Luar Everland ( lebih kurang 1 jam)
Free Shuttle bus akan bawa ke Pintu Masuk Everland 

Selepas keluar dari rumah, kitorang menaiki subway dari jongno3(sam)ga menuju ke Dongdaemun History & Culture Park sebelum bertukar line menuju ke Jamsil.

View dari dalam Subway. 

Jamsil ni tempat Gary (Running Man) hehe.. Dan di Jamsil juga terdapat 1 lagi theme park iaitu Lotte World. Lebih kepada permainan indoor. Tapi kitorang pilih untuk ke Everland sebab lebih kepada outdoor game.

Lotte World di Jamsil
Lotte World
Jamsil Area
Kena tunggu kat bus stop no 5700
senang kan pakai sistem macam ni. Boleh tau lagi berapa minit bas sampai.

X lama lepas tu bas pun sampai. Fare untuk bas ni adalah 2100 won seorang untuk sehala. Sekarang ni mungkin dah naik harga kot. Me duduk betul2 belakang driver. Asben duduk seat sebelah kanan. Saje duduk paling depan, senang nak tengok view perjalanan. hehe.

Perjalanan ke Everland ni mengambil masa selama 1 jam- 1jam 10 mnt.

Jom layan pemandangan sepanjang perjalanan ;

Car wash mungkin

stesyen minyak
Lotte Mart
pokok kuning-kuning lagi
gaya macam mendung je
cuaca nampak macam x berapa baik hari ni
seat belakang uncle driver
dah nak sampai pintu luar everland
replika musim salji

Bas berhenti di hentian Shuttle Bus. Dari sini kena naik shuttle bus yang telah disediakan oleh pihak resort. Free je shuttle bus ni. Pattern bas ni lebih panjang dari bas biasa dan comel2 je dengan sticker gambar-gambar binatang.

kena beratur kat sini
tunggu shuttle bus
comel kan? kan?

Perjalanan ke Everland Resort x lama pun lebih kurang 10 minit. Lepas tu sampaila kitorang di pintu utama Everland Resort. Masa ni jam menunjukkan lebih kurang pukul 11.00 pagi.

Main Entrance Everland

Me dah siap2 print coupon dari website Everland. Dapatla diskaun bila tunjuk coupon, dan x perlu lagi nak beratur untuk beli tiket. Kalau admission fee harga dia 44000 won.  Baru tadi me check website diorang, harga admission fee seorang 52000 won! dah naik harg..wow! mahallll....

Masa me beli ni (tunjuk kupon) harga nya 35000 won seorang. Tu pun dah Rm100++ seorang. 
Ok dah dapat tiket, kitorang pun masuk ke dalam. Luas jugak kawasan Everland ni.

TIPS PENTING : Sila print coupon discount dari website Everland Resort. Dapat jimat duit sikit dan jimat masa sekali. X perlu beratur beli tiket terutama masa pengunjung ramai.

Rekabentuk bangunan kat dalam
Ada kedai pororo
haha (running man) vs pororo

Kitorang pusing-pusing je dulu tengok game ape yang ada kat sini. X banyak main game pun. Jom layan gambar ;
Ada light tree kat tengah2

sky cruise
sky cruise
ni la sky cruise nya


peningla lepas main game ni
kereta tercampak masuk bar restaurant. hehe
kitorang naik benda alah ni. Nama dia human sky untuk turun ke bahagian bawah

Masa ni lebih kurang pukul 12.00 tghri. Hujan rintik-rintik dah masa ni. Patutla tadi on the way nampak cuaca pun x berapa baik.



Lepas turun dari human sky ni, kebetulan lalu bahagian haiwan2. Kitorang singgahla tengok2. Nasib baik hujan masa ni dah berhenti.


beruang putih

pak belang




dinasour pun ada
musang berjanggut 

Awas! Musang melintas..hehe
safari world.. x masuk pun


Kat sini ada permainan roller coaster yang dinamakan T-Express. Rekaan roller coaster ni diperbuat daripada kayu. Yes! kayuuuu.. huhu.. Terror giler diorang ni.. Tapi kitorang x naik pun game ni. X sempat sebab dah hujan.


ha kat belakang tu T-Express.. Pakai kayu kau!
ni contoh gambar permainan T Express dari internet




Jalan punya jalan kitorang sampai kat rumah berhantu iaitu 'Horror Maze'. Nak sangat masuk, tapi kena bayar tiket asing. Fee masuk adalah 5000 won seorang. Seriously memang seram.. rasa nak pergi lagi je..haha.. Wajib try kalau korang pergi. Cuma x pasti setiap hari ada atau pun x.

seram habaq hang
masa ni baru nak masuk 

Lepas keluar dari horror maze ni, kitorang pergi ke tempat permainan yang lain.

tembak anak patung pun jadi.. haha
game kuda pusing ni pun ada.. tapi x la main pun
Lebih kurang pukul 12.40 tengah hari, kitorang mula mencari port untuk makan. Kat sini xde pulak larangan bawak makanan, cumanya x boleh makan kat tempat sembarangan.

Kitorang terjumpa 1 tempat yang agak tertutup, ada kerusi kat dalam. So kitorang bukakla bekal makanan dan makan kat situ. Menunya nasi putih instant, sambal tuna dan sambal ikan bilis. huhu.. Simple je tapi Alhamdulillah kenyang.

sambal ikan bilis

jom makan


Masa tengah makan ni la hujan turun dengan lebatnya. Kitorang lepak la dulu walaupun dah siap makan dah. Kitorang standby dah baju hujan. X lama lepas tu hujan reda sikit, kitorang pun gerak ke tempat lain pulak


ujannnnn

Kitorang decide nak terus bergerak ke tempat solat dulu. Me dah siap survey blog-blog, di mana kat sini ada ruang untuk solat bersebelahan dengan Mystery Mansion. 

Bilik Solat

Lepas keluar dari tempat solat, hujan masa ni dah reda sikit. Cuma jalan tu basah jugakla dan tempat-tempat permainan outdoor masih belum dibuka. Kitorang mula la mencari aktiviti indoor. Terjumpa 1 tempat ni ada persembahan live Madagascar yang akan mula x lama lagi.

Kitorang pun beratur kat situ. Lebih kurang pukul 3.30 petang, dapatla kitorang masuk untuk tengok persembahan. Lepas tu curi2 amek gambar. hehe..

live madagascar
persembahan live


Kitorang ingat nak sambung main ape2 game outdoor, tapi cuaca masih x mengizinkan. Masa tu hujan, banyak outdoor game yang tutup. Kitorang ke cable car untuk naik ke bahagian atas semula.

game tutup


game tutup
hujan

Kitorang singgah jap kedai pororo. Ingatkan nak beli la anak patung pororo ke sebagai ole2, harga dia mak aiii.. mahal.. huhu.. mampu tengok je la..

bergambo ngan pororo
jom masuk jap

Singgah la jugak kedai2 menjual cenderamata. tapi biasala, tempat2 macam ni barang2 dia agak mahal. Kitorang cuci mata je.. hehe

Ghotic Gift
Laciun memorium

Masa ni jam dah menunjukkan pukul 5.00 petang. Kitorang pun dah penat pusing2 area Everland walaupun x banyak game yang kitorang join. Kitorang pun decide untuk bergerak balik.

terjumpa macam pokok kobis ni


Puas bergambar, kitorang pun beratur di hentian shuttle bus tadi. X lama lepas tu sampaila shuttle bus yang ditunggu-tunggu. Kitorang pun naik, dan bas meninggalkan Everland. Bye Everland! InsyaAllah len kali kitorang datang lagi. hehe

bas dah sampai. kena ikut turn. kitorang dapat bas yang selepas bas ni kalau x silap
hentian bas
tempat parking bas

Kitorang amek bas semula untuk ke Jamsil stn. Sampai di Jamsil pada pukul 6.30 petang. Dah gelap masa ni macam pukul 8 malam. Mulanya kitorang bercadang untuk ke Itaewon, tapi last minit tukar plan untuk ke Namdaemun Market.

Dari Jamsil kitorang amek subway line 2 untuk ke Dongdaemun History & Culture Park sebelum bertukar ke line 4 menuju ke Hoehyeon stn.

amek subway untuk ke namdaemun market
laluan turun ke subway


Jamsil -----> Dongdaemun History & Culture Art -----> Hoehyeon

Kitorang sampai di Hoehyeon stn lebih kurang pukul 7.20 malam.  Mencari exit 5 untuk ke Namdaemun market.

exit 5 untuk ke namdaemun market

Naik2 tangga je terus kawasan pasar malam. Kitorang suka sangat tempat ni. Suasana dia macam pasar malam. Barang2 kat sini pun banyak yang dijual dengan harga yang berpatutan.

terus jumpa pasar malam

Kitorang singgah beli hotteok ( me dah survey dulu dalam blog-blog yang hotteok ni kita boleh makan)

bahan2 dalm hotteok
ni aunty yang menjual hotteok

Kitorang pusing-pusing tengok barangan dan makanan yang dijual. Kalau bab makanan tu cuma mampu tengok je la. Nak beli x berkeyakinan.. hihi..Macam-macam makanan ada.

suasana di Namdaemun Market.
yang depan tu rasanya Haemul Pajeon ( pancake daun bawang) hehe
mak aih..banyak nya isi tiram ni
peniaga yang sporting siap bagi peace..

Nak dijadikan cerita, beg galas yang kitorang bawak ni terputus tali la pulak. Tau tau pulak di tengah-tengah pasar malam ni kan. Memang beli beg baru la. Jumpa 1 kedai beg, pilih2 terus sambar. Uncle kedai pun sporting je.

tokey kedai beg
hamboiilaaa.. macam sedap je kuih2 dia.. apakan daya.. mampu tengok je.. nak beli was was pulak
ikan pun ada
kedai anak patung
yang macam bihun ni xtau apa namanya

Lebih kurang pukul 8.30 malam, kitorang pun decide untuk balik ke guesthouse. Penat seharian di Everland. Sebelum turun semula ke subway, kitorang singgah beli hotteok lagi.. haha

aunty ni bertungkus lumus masak hotteok

ni sign exit 5

Kitorang amek subway line 4 untuk ke Chungmuro sebelum bertukar ke line 1 menuju ke Jongno3(sam)ga. Seperti biasa, keluar je exit 7 dan berjalan kaki ke guesthouse.

ni sign exit 7

Lupa nak cerita, dah 4 hari di Korea ni, kitorang selalu singgah di sebuah pasar mini on the way nak balik ke guesthouse. Kedai tepi jalan je. Macam-macam sayur dan buah turut dijual. Selalunya kitorang beli buah-buahan la. Rasenya ada gambar kedai, nanti kalau ada, me upload hokey..

lemon Mart, kedai tempat kitorang membeli makanan

Oklah, me akan sambung cerita hari ke 5 dalam next entry. tata titi tutu..








































































































































































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8