Wednesday, April 25, 2018

Trip ke Kolkata,Darjeeling&Sikkim INDIA(2018)-BAJET

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA

Disebabkan visa ke India masih lagi fresh, terjadilah 2nd trip ke India. Ni nak share pulak bajet trip ke India lagi, tapi part Kolkata, Sikkim & Darjeeling. Bajet kali ni murah sikit.

Kat bawah ni, bajet untuk seorang yang dikeluarkan sebelum dan semasa trip.

BAJET  TRIP KE INDIA UNTUK 10 HARI 9 MALAM (per person)
( mengikut exchange rate masa tukaran duit : 0.067 )

Sebelum Trip

Ada beberapa kos yang perlu disettlekan semasa di Malaysia lagi. Antaranya ;

1) Tiket Penerbangan  Senai Int Airport - Kolkata (Air Asia)------------------ RM 159.00

2) Tiket Penerbangan Kolkata - Bagdogra (Go Air )------------------------------ RM 125.00

3) Tiket Penerbangan Bagdogra - Kolkata (Air Asia) -----------------------------RM 133.00

4) Tiket Penerbangan Kolkata - Senai int Airport (Air Asia) ------------------- RM 220.70

Untuk flight, kitorang berlepas dari Senai ke Kolkata. Lepas tu amek return domestik flight ke Bagdogra. Kitorang balik ke Senai Airport dari Kolkata

4) Tiket KTM Tapah Road- Gemas - JB Sentral -----------------------------------RM 73.60

5) Tiket KTM JB Sentral - Gemas - Tapah Road ----------------------------------RM 73.60

Di India kali ni kitorang xde amek train. Banyak naik taxi & sharing taxi je. Tiket train yang me beli cuma dari Tapah Road menuju ke JB Sentral je. Book dari website easybook.

6) Visa India (dah buat masa trip sebelum ni untuk 6 bulan)------------------ FOC

Semasa Trip

7) Bas/Taxi//Sharing Taxi -------------------------------------------------------------- RM 160
Pada korang yang nak detail harga untuk transportation ni, pm je lah. X pun baca dalam setiap entry. Ada me tulis kat situ. Malas nak type detail kat sini. hehe

8) Penginapan ----------------------------------------------------------------------------- RM 435.50

* Central Guest House Kolkata           RM 55.00
* Hotel Mist Tree Mountain Gangtok RM 52.50
* Sonam Delek Hotel                          RM 60.50
* Sonam Delek Hotel                          RM 60.50
* Centre Point hotel Darjeeling           RM 38.50
* Singtom Tea Resort                          RM 130.00
* Centre Point hotel Darjeeling           RM 38.50

9) Makanan (di India & makanan yang dibawa dari M'sia )--------------------- RM 100.00

10) North Sikkim Tour ( Yumthang Valley)------------------------------------------- RM 385.00
Yang ni mahal sikit. Kalau 2 orang macam kitorang ni better cari sharing, share dengan orang lain. Masa ni kitorang x dapat cari orang lain untuk join, tu terpaksa sewa 1 kereta.

11) Entrance Fee,Souvenirs & lain-lain ------------------------------------------------RM 100.00

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Total                                            =  RM 1965.40 seorang

(bab perbelanjaan ni subjektif, bergantung pada apa yang korang nak beli)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kat sini me share simple itinerary kitorang semasa di India

12 Jan 2018
Train Tapah Road - Gemas

13 Jan 2018
Tiba di Gemas
Train Gemas - JB Sentral
Bas JB Sentral - Senai Int Airport
Flight Senai Int Airport - Kolkata
Check in Hotel in Kolkata

14 Jan 2014
Check Out
Kolkata Tour
Flight Kolkata - Bagdogra
Taxi Bagdogra Airport - Siliguri
Sharing Taxi Siliguri - Gangtok
Check in Hotel in Gangtok

15 Jan 2018
Gangtok Tour
Check Out
Check in Hotel in Gangtok

16 Jan 2018
Check Out
North Sikkim Tour- Lachung
Check in Hotel in Lachung

17 Jan 2018
North Sikkim Tour - Yumthang Valley
Back to Gangtok
Check in Hotel in Gangtok

18 Jan 2018
Check out
Sharing Taxi Gangtok - Darjeeling
Check in Hotel in Darjeeling

19 Jan 2018
Darjeeling Tour
Check out
Check in Hotel in Tea Resort Darjeeling

20 Jan 2018
Check out
Check in Hotel in Darjeeling
Darjeeling Tour

21 Jan 2018
Check out
Sharing Taxi Gangtok-Siliguri-Bagdogra Airport
Flight Bagdogra - Kolkata
Flight Kolkata - Senai (cancelled)
Check in Hotel in Kolkata

22 Jan 2018
Kolkata tour
Flight Kolkata - Senai Int Airport
Bas Senai Int Airport - JB Sentral
Train JB Sentral - Gemas - Tapah Road
Back to Cameron by car

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sekian..Assalamualaikum..



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, April 24, 2018

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - BAJET

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA
Oklah, baru ada masa nak share bajet untuk trip backpackers ke Ladakh hujung tahun lepas. Trip paling ohsem lah setakat ni! InsyaAllah ada rezeki nak ke sana lagi..

Kat bawah ni, bajet untuk seorang yang dikeluarkan sebelum dan semasa trip.

BAJET  TRIP KE INDIA UNTUK 17 HARI 16 MALAM (per person)
( mengikut exchange rate masa tukaran duit : 0.067 )

Sebelum Trip

Ada beberapa kos yang perlu disettlekan semasa di Malaysia lagi. Antaranya ;

1) Tiket Penerbangan  KLIA2-Spore-Jaipur (Scoot Airline)--------------------- RM 370.00

2) Tiket Penerbangan New Delhi-Srinagar-New Delhi (Indigo )---------------- RM 304.00

3) Tiket Penerbangan New Delhi - KLIA2 (Air Asia) -----------------------------RM 272.00

Untuk flight, kitorang berlepas dari KLIA2 ke Jaipur (transit 8 jam di Singapore), flight domestik return New Delhi ke Srinagar dan balik KLIA2 dari New Delhi. Sebenarnya ada hidden cost sebab kitorang terpaksa beli tiket flight dari agensi pelancongan untuk ke Srinagar disebabkan train cancel, itinerary kitorang pun berubah. Nak tau cerita boleh ke entry Ladakh ye.. Yang ni me bagi roughly harga yang sepatutnya.

4) Tiket Train Jaipur - Agra Fort (Executive Class) -------------------------------RM 81.00

5) Tiket Train Agra Cantt - New Delhi  (Executive Class) ------------------------RM 74.00

Tiket train ni me beli di website cleartrip. Kena daftar, website ni dia link dengan syarikat train kat India iaitu IRCTC. Ada proses-proses la kena buat sebelum boleh beli tiket ni. Kalau guna website IRCTC pun boleh tapi kena ada nombor telefon India, tu leceh sikit tu.

6) Visa India (lupa, anggaran yang ni lah)------------------------------------------- RM 220.00

Visa ke India ni mahal. Kitorang buat di Ipoh sebab paling dekat dengan Cameron. Tempoh boleh guna adalah selama 6 bulan, so gunalah sebaiknya. Ko pergi je tiap-tiap bulan kalau berduit tu kan. hehe

Semasa Trip

7) Bas/Teksi/Auto/Cycle Rickshaw/Sharing Taxi ---------------------------------- RM 270.00
Pada korang yang nak detail harga untuk transportation ni, pm je lah. Malas nak type detail kat sini. hehe

8) Penginapan ----------------------------------------------------------------------------- RM 698.30
Penginapan di India ni lebih kurang sama je dengan di Malaysia. Nak cantik, kena bayar lebih la. Tapi kitorang bukan kesah pun, asal boleh tidur. Cuma kat area Ladakh tu yang mahal sikit.

* Star Hotel Jaipur (25-26/8)                                        - RM 32.70
* Regency Hotel Agra (26/8)                                       - RM 48.50
* Shri Vinayak Hotel New Delhi (26-27/8)                 - RM 47.40
* Persona Hotel New Delhi (27-28/8)                          - RM 100.00
* Babu Hotel Srinagar (28-29/8)                                  - RM 25.20
* Nashat Guest House Kargil 29-30/8                          - RM 20.00
* Raybo Hostel Leh (30/8-1/9)                                     - RM 35.50
* Apple Cottage Hunder (1-2/9))                                  - RM 65.40
* Raybo Hostel Leh (2-3/9)                                          - RM 37.60
* Odbar Guest House Leh (3-4/9)                                - RM 36.00
* Raybo Hostel Leh (4-5/9)                                          - RM 37.60
* Yak Camp Tso Moriri Lake (5-6/9)                           - RM 65.40
* Beach Resort Pahalgam (7-9/9)                                 - RM 71.80
* Young Bombay Houseboat Dal Lake                        - RM 75.20

9) Makanan (di India & makanan yang dibawa dari M'sia )--------------------- RM 300.00

10) Bike Rental Royal Enfield 500cc (6 hari Rs7200)------------------------------- RM  236.00

11) Fuel --------------------------------------------------------------------------------------- RM 142.50

12) Permit Ladakh ------------------------------------------------------------------------- RM 46.00

13) Entrance Fee,Souvenirs & lain-lain ------------------------------------------------RM 300.00

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Total                                            =  RM 3303.80 seorang

(bab perbelanjaan ni subjektif, bergantung pada apa yang korang nak beli)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok la kan untuk trip 17 hari. lama tuuuuu. 

Kat sini me share simple itinerary kitorang semasa di India

25/8/17 - Flight KLIA2 ke Jaipur (transit di Singapore 8 jam), join Free Singapore Tour

26/8/17 - Tiba di Jaipur, check in hotel, train ke Agra, melawat Agra Fort & Taj Mahal, train ke
                New Delhi, check in hotel.

27/8/17 - Train ke Kalka cancel, book flight ticket to Srinagar, Check in Hotel in New Delhi

28/8/17 - Flight ke Srinagar, Check in Hotel

29/8/17 - Bus Srinagar to Kargil, Check in Hotel

30/8/17 - Bus Kargil to Leh, Check in Hotel

31/8/17 - Rest in Leh, go sightseeing

01/9/17 - Leh to Nubra Valley, Check in Hotel

02/9/17 - Nubra Valley to Leh, Check in Hotel

03/9/17 - Leh to Chang La Pass, Pangong Lake cancel, Check in Hotel in Leh

04/9/17 - Sightseeing around Leh

05/9/17 - Leh to Tso Moriri, Check in Hotel

06/9/17 - Tso Moriri to Leh, Sharing Taxi Leh to Srinagar (tidur dalam kereta)

07/9/17 - Sharing Taxi Srinagar to Anantnag, Anantnag to Pahalgam, Check in Hotel

08/9/17 - Sightseeing around Pahalgam

09/9/17 - Sharing Taxi Pahalgam to Anantnag, Anantnag to Srinagar, Check in Houseboat Dal                            Lake

10/9/17 - Flight to New Delhi, Flight to KLIA2

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oklah, rajin nanti me update pulak bajet untuk 2nd trip ke India, part Sikkim. Tungguuuu

Sekian..Assalamualaikum..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, April 19, 2018

Trip ke Kolkata,Darjeeling&Sikkim INDIA(2018)-D10

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA


22 January 2018


Patutnya harini kitorang dah sampai di Malaysia. Tapi flight cancel, dapatla jalan-jalan lagi di Kolkata. huhu

Seawal 9.00 pagi, kitorang turun ke restoran hotel untuk breakfast. Banyak jugak menu yang disediakan. Selepas makan, kitorang decide nak keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar.

ha..meriah x? lapar punya pasal..haha
view luar hotel
teksi kuning
jalan raya yang sesak
bingit dengan bunyi hon
teksi kuning lagi
uncle jual buah-buahan
uncle jual jambu
Tengah dok leka amek gambar, ada sorang lelaki bagi salam. Kitorang pun menjawab salam. Seronok dia bila tau kita muslim. Sampai ajak suruh datang ke rumah. Kitorang ni seganla, x kenal pastu nak ke rumah pulak. Kitorang akhirnya setuju sebab dah beria dia mengajak. Lagipun x kejar masa pun, x de ke mana.

Dalam perjalanan ke rumah, dia tunjukla sebuah masjid yang berwarna hijau. Cantik senibina masjid ni.

awek2 Kolkata
sayur-sayuran
pintu gerbang
lawa masjid ni
berwarna hijau
Masjid Mondal Ghanti

X jauh dari masjid tadi, dah masuk ke simpang rumah dia. Rumah 4 tingkat yang sedang dalam pembinaan, x berapa besar tapi selesa didiami bersama isteri dia, 2 orang anak dan ibu. Kitorang dihidangkan dengan chai dan biskut.

Dari tingkat atas rumahnya, boleh nampak pemandangan Kolkata. Sempat jugak berkenalan dengan  mak dia yang sangat ramah. Nama brother ni Muhiyyiddin.

pemandangan dari roof top
mak cik yang sangat peramah walaupun kitorang bercakap style itik dan ayam
lagi view dari atas bangunan
asben tengah save no contact
rumah di antara kepadatan rumah lain
ruang dapur
bergambar dengan isteri dan anak dia yang kecik

Hampir setengah jam jugakla kitorang kat sini. Kagum dengan sikap Muhiyyiddin ni. Dari cara bersembang pun dah tau yang keluarga ni sangat baik hati. Bukan sesaje puji nih.. X lama tu kitorang pun mengundur diri. Diorang siap ajak makan lagi, tapi kitorang menolak dengan baik.

Terfikir jugak, mungkin ada hikmahnya flight kitorang cancel, sebab dapat jumpa keluarga ni. Lepas mengundur diri, kitorang pun turun dari rumah dan berjalan kaki balik ke hotel semula. 

kedai makan
buah-buahan
cantik bangunan ni, ciri-ciri islamik

Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari, pihak hotel call bilik bagitau lunch dah ready. Kitorang pun turun untuk makan tengahari.

Bismillah


Lepas makan, kitorang keluar lagi berjalan-jalan di kawasan sekitar sehingga pukul 5.00 petang. Saje menghabiskan masa. Dah x tau nak kemana. Flight malam ni pada pukul 11.40 malam. Kitorang decide gerak ke airport dalam pukul 8.00 malam sebab x jauh.

jom balik
sampai di airport Kolkata

Alhamdulillah, kali ni flight x de delay. Kitorang selamat sampai di Senai Airport pada pukul 6.30 pagi keesokan hari. Dari Senai, kitorang naik bas ke Jb Sentral. Pastu terus balik ke Cameron dengan menaiki ETS, sama macam perjalanan pergi.

selamat sampai negara sendiri
naik bas ke JB Sentral
Dalam ETS 
beli popia dalam ETS, tapi panas kat microwave, lembikk..

Sampai di KTM Tapah, kitorang turun. Mak & abah dah menunggu, dan la singgah masjid & singgah makan sebelum gerak naik ke Cameron.

Layan nasi goreng kampung sambal belacan di Tapah.. haha

Berakhirlah trip kali ke 2 ke India. Best ke x? Mestilah best. Kalau ada rezeki memang nak ke India lagi, cover part lain pulak. Tapi kalau boleh memang nak ke Ladakh lagi. InsyaAllah.

Nanti me share total budget untuk trip kali ni. Sehingga berjumpa lagi.. Next? Ke mana.. Tungguuuu

Daa... Assalamualaikum

























































Trip ke Kolkata,Darjeeling&Sikkim INDIA(2018)-D9

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA

21 Januari 2018
Tiba dah hari untuk balik ke Malaysia. Rindu masakan mak.. Rindu sambal belacan..hehe. Flight kitorang harini dari Bagdogra ke Kolkata adalah pada pukul 6.10 petang. So ada la masa untuk perjalanan ke Bagdogra.

dah nak balik
Dalam pukul 9.00 pagi, kitorang check out dari hotel dan berjalan kaki ke taxi stand. Kat sini kena ambil sharing jeep untuk ke Siliguri. X macam mencari taxi ke resort tempoh hari, kali ni sangatlah senang nak cari jeep sebab banyak yang akan ke Siliguri.

Belum lagi sampai di taxi stand, ada 1 jeep berhenti untuk ke Siliguri. Seat kebanyakan belum penuh lagi. Kitorang pun naik dan mintak untuk duduk di seat hadapan sebab senang nak amek gambar. Asben duduk tengah, cumanya gear driver betul-betul celah kangkang.. haha.. adoila..

dalam jeep dah
driver tengah mencari orang lagi
Perjalanan dari Darjeeling ke Siliguri ni memakan masa lebih kurang 3 jam. Walaupun flight kitorang lewat petang, kitorang saje gerak awal takut terjadi pape di pertengahan jalan. Biar sampai awal, takut pulak terlepas flight.

Darjeeling -----> Siliguri

deretan kedai di ghum
deretan kedai di ghum

dah gerak.. bye bye Darjeeling
tiba di Ghum stn
rel keretapi
kedai sayur dan buah

deretan kedai di ghum
Dalam jeep yang sama rupanya ada sorang warga Nepal, Suresh kalau xsilap nama dia yang pernah bekerja di Malaysia. Rancak jugakla kitorang berbual sepanjang perjalanan. 

Lepas sikit dari Ghum, jalan dah start jam.. Kata Suresh, ada perjumpaan x pasti kat mana. Patutla banyak bendera-bendera di sepanjang jalan dan ada yang gantung di kereta. Masa ni kitorang cuak gak takut jam sepanjang jalan. Jauh lagi ni nak sampai Siliguri


jalan jam
kereta slow motion je bergerak
baru sampai Kurseong
jam lagi
Lepas sikit dari pekan Kurseong, driver masuk simpang jalan kecik. Rasanya short cut la kot, laluan kiri kanan ada ladang teh. Sempat pulak berhenti, yang lelaki nak pi kencing celah-celah pokok teh tu.

ladang teh
orang lain turun pi kencing, kita shoot gambar dulu

Lepas berhenti tu, perjalanan diteruskan lagi sehinggalah driver berhenti di salah 1 kedai makan, ntahla kat mana. Kitorang lepak kat luar je, cuma beli air sprite untuk hilangkan dahaga.

cuaca berkabus
ladang teh di lereng bukit
redup jalan ni

Lebih kurang 15 minit kat sini, masing-masing masuk semula ke dalam jeep. Perjalanan diteruskan lagi sampaila kat 1 kawasan ni ada banyak kereta berhenti tengah jalan. Ha sudah! Rusuhan ke pulak.. Risau gak dalam hati ni.. huhu..

stuck kat sini
Kata Suresh, jalan dah ditutup kat depan tu. Driver pun terpaksa patah balik. Ntahla jalan short cut mana dia ikut sampai masuk ke kawasan ladang teh. Tapi cantik ladang teh kat kawasan ni. Dalam pada kerisauan tu, sempat lagi dok klik klik gambar.

masuk ladang teh

Jam masa ni dah pukul 12.30 tengah hari. Masih awal lagi la. Ikutkan dekat dah nak sampai Siliguri. Cuma risau gakla sebab dah la kena patah balik. Suresh pun tau yang kitorang nak kejar flight petang. Dia tolong translate bagitau pada driver. 

ladang teh yang menghijau
short cut ikut sini
lawo hijau dia
selok belok ladang teh
Cilok punya cilok, sekali kat 1 jalan ni x lepas nak lalu. Ada lubang pulak. Ada jugak 2, 3 kereta yang ikut kat belakang. Kena pulak cari jalan lain.

x lepas ada lubang & pokok kat tengah2
rasa macam nak bergambar kat tengah-tengah tu
mungkin anak-anak pekerja ladang
patah balik

Tengok driver dah stress dah cari laluan. Last-last kena keluar balik dari jalan ladang teh tadi. Driver ikut balik jalan utama tapi berpatah balik. Ntahla jalan mana, terer driver ni dengan selok belok tempat ni.

ada plak pekerja ladang dengki pi letak btg paip ni x kasi lalu, tadi elok je kat tepi
ada sungai tempat mandi manda

Last-last jeep berhenti tepi jalan. Kitorang x pasti la kat mana. Tapi kata Suresh yang driver akan bawak kitorang terus ke airport, sebab dah terlepas dari Siliguri. Yang lain semua dah turun dan naik bas untuk ke Siliguri. Tinggalla me, asben, Suresh dan driver. Driver mintak Suresh ikut sekali untuk jadi translator. hehe

yang lain dah naik bas ni

X lama perjalanan, sampaila kitorang di Bagdogra Airport. Driver turunkan kitorang di luar, jauh sikit dari airport. Masa ni jam dah pun pukul 3.00 petang. Ha, 6 jam perjalanan. Kematu dah duduk dalam jeep.

Settle check in, kitorang terus ke airport restaurant. Lapar dah masa ni. Kitorang order nasi goreng vege je. portion banyak, boleh share 2 orang. Alhamdulillah kenyang.

selesai makan tengahari
sempat edit itinerary

Sesudah makan, kitorang pun terus menuju ke boarding gate. Ketat betul security check kat sini. Dengan ramainya pulak tu. Lelaki dan perempuan berasingan. Me dah settle, menunggu pulak asben yang jauh lagi kat barisan belakang.

curi-curi amek

Hampir setengah jam gakla proses nya. Selesai je terus ke boarding gate. Kitorang menaiki flight Air Asia India, flight berlepas ke Kolkata pada pukul 6.10 petang dan tiba pada pukul 7.10 malam. Sejam je perjalanan. 

dah sampai

Lepas ni flight balik ke Senai Airport pulak pada pukul 11.40 malam nanti. Lambat lagi nak tunggu kaunter check in bukak. So kitorang lepak dulu di airport. Lebih kurang 3 jam sebelum waktu flight, status flight delayed. Alamak.. delay la pulak. Lama dah menunggu ni. 

masih di airport
Masa ni dah hampir pukul 10.00 malam. Flight kitorang diberitahu cancel. Adoi... Tiket train dah beli pulak tu. Kitorang berusaha tanya kaunter, kot dapat selit dalam penerbangan lain, tapi x dapat. Air Asia akan sediakan penginapan untuk malam ni. Lebih kurang pukul 11.00 malam, kitorang dibawa ke hotel. Dah kena tambah cuti.. huhu

Hotel Oxygen
Sampai di hotel, kitorang check in dan letak beg kat dalam bilik. Kitorang turun semula untuk mencari kedai makan. Lapar pulak dah tengah-tengah malam ni. Cari punya cari, x jumpa pun yang agak meyakinkan..huhu. Beli air sprite & mineral water je sebelum balik ke bilik.

beli air
balik bilik
ni bilik kitorang

Sampai bilik, kitorang berehat. Esok flight akan diganti pada waktu yang sama jugak. So dan la esok nak ronda-ronda Kolkata. Sebelum tidur, sempat bagitau family dan bos pasala flight cancel.


Daaa.. jom ikuti cerita selanjutnya


































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8