Thursday, November 2, 2017

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 17


HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA

10 September 2017

Yeayyy... nak balik Malaysia dah.. Bukan apa, sebelum ni masa kat area Ladakh, best.. rasa macam nak stay lama je kat sana. tapi area Srinagar ni kurang nak best.. huhu.. Tu yang nak cepat balik tu..

Len kali, kalau la ada peluang ke Ladakh lagi, me akan susu itinerary bermula dari KL ----> Delhi (flight sampai) -----> terus ke Srinagar -----> terus ke Kargil -----> Leh-----> stay lama kat area Leh (pangong lake, tso moriri, nubra valley) -----> flight to delhi -----> KL

Lagi 1 plan, dari Leh terus ke Manali, dan naik flight dari Chandigarh ke.. ha gitu.. haha..

Oklah.. melalut sangat dah ni. So flight kitorang ke Delhi harini adalah pada pukul 3.20 petang. Tapi kitorang decide untuk check out pagi dan tiba awal di Airport Srinagar. Ye lah, airport Srinagar ni agak ketat jugakla kawalan nya. Banyak askar-askar yang berkawal. Better datang awal kot-kot la ada masalah apa-apa kan.

matahari terbit

masa ni pukul 5.45 pagi..dah cerah dah
Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kitorang breakfast dulu. Dihidangkan dengan roti bakar, omelette dan coffee. Selesai makan, kitorang pun prepare beg untuk dibawa ke dalam shikara. Lebih kurang 10.40 pagi jugakla baru kitorang gerak.

breakfast dulu
dalam shikara
view sekitar

Masa on the way, ada lagi beberapa shikara yang singgah berniaga. Asben sempat membeli saffron, sikit je dalam 200g x silap berharga Rs250.

Dalam 10 minit menyusuri tasik, sampai la kitorang di  tepi tasik. Tempat yang berbeza dengan masa sampai semalam. Xtau la apa nama tempat.. haha.. Dah standby dah teksi kat situ yang akan bawak kitorang ke airport. Perjalanan ke airport Srinagar memakan masa lebih kurang sejam jugakla. On the way tu ade pos kawalan. Kena turun untuk scan bag.

Dal Lake -----> Srinagar Int Airport
Lebih kurang pukul 11.40, kitorang diturunkan berhadapan pintu masuk Srinagar Airport. Setelah menunjukkan flight itinerary, kitorang dibenarkan masuk. Kitorang terus ke kaunter check in. Ramai orang beratur masa ni, nasib baik dah sampai awal.

Urusan check in memakan masa hampir sejam jugakla. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari dah. So kitorang decide untuk mencari apa-apa makanan yang boleh dibeli. Terjumpa stall menjual burger. Kitorang beli 2 burger dan 1 sandwich dan mencari tempat duduk. Rasa? bolehla.. Alhamdulillah kenyang.

burger dan sandwich untuk lunch
makan buah delima pulak
Lepas makan, kitorang terus ke Gate no.1 dan mencari tempat duduk. Masa ni baru pukul 1.30 tengah hari. Ada 2 jam lagi sebelum naik flight. 

menanti dengan penuh sabar..huhu
naik Indigo

dengar lagu
Dalam pukul 3.00 petang, gate pun open. Masa lepak-lepak tadi, ada seorang pakcik askar bersembang dengan kitorang. Orang Srinagar. Masa nak masuk gate, dia bagi kitorang lepas dulu tanpa beratur. huhu.. Rasa macam vip pulak kejap.. haha.. tenkiu pakcik askar..

baru nak cari seat
Srinagar Int Airport -----> Domestic Terminal Delhi
Perjalanan ke New Delhi memakan masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Flight selamat mendarat pada pukul 4.40 petang. Kitorang turun dan menaiki shuttle bus untuk ke dalam airport. Panas nya Delhi.. huhu

dalam shuttle bus

penuh aihh
Sampai di airport, kitorang tercari-cari kaunter untuk international departure. Tengok gaya macam kecik je airportnya. Rupa-rupanya ni adalah domestic terminal Airport. Kitorang kena keluar dan mencari bus untuk ke Indira Ghandi International Airport. Bas kaler merah katanya. Perjalanan adalah sejauh 5 km dan memakan masa hampir setengah jam untuk sampai.

dalam bas ke Int Airport
delhi metro

Domestic Terminal Airport -----> Indira Gandhi Int Airport
Bas berhenti di hadapan international airport lebih kurang pukul 5.45 petang. Kitorang turun dan mencari tempat duduk kat dalam airport. Nak check in awal lagi. Fligt kitorang untuk ke KL adalah pada pukul 11.00 malam. Ada lagi 5 jam nak tunggu

So kitorang pun berjalan-jalan di dalam airport mencari makanan yang boleh dibeli. Nasi semua kedai katanya dah habis. Yang ada cuma samosa. Kitorang pun beli untuk mengalas perut

alas perut
Lebih kurang pukul 7.00 malam, kaunter pun open. Selesai check in, kitorang terus ke gate 17 mencari tempat nak melepak untuk 4 jam lagi.

Sementara menunggu tu, dan la mencari souvenir untuk dibawa balik antaranya serbuk teh dan fridge magnet. Tapi mahal sikitla beli kat dalam airport ni.

ada jual teh
Kitorang naik flight pukul 11.00 malam dan selamat sampai di KLIA2 pada pukul 7.00 pagi keesokan harinya.

Indira Gandhi Int Airport -----> KLIA2
Maka tamatlah episod Trip ke India ni. Mission utama adalah untuk menaiki motor di Ladakh. hehe
Rasa macam nak pergi Ladakh lagi pulak.. Sape nak ikut? huhu

Ye la visa haritu dah la mahal, ada 6 bulan tau. Bulan 2 baru expired. Tapi kalau nak pergi, time ni musim sejuk la pulak. Jalan dari Srinagar ke Leh dan Manali ke Leh start tutup dari bulan November kalau x silap. Bulan 5 @ 6 nanti baru bukak balik.

Option lain cuma dengan menaiki flight directly to Leh.

Oklah.. Dalam entry berikutnya me akan rungkai berapa kos yang kitorang guna selama 17 hari ni. Sampai ketemu... daaa...






















Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 16

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA


9 September 2017

Esok nak balik dah weiii... Kejap je dah berbelas hari dok kat India ni. Hari ni kitorang akan bergerak balik ke Srinagar semula. Kitorang bersiap-siap dan check out lebih kurang pukul 9.00 pagi.

Dengan menggendong backpack, kitorang terus ke kedai makan brader yg biasa kitorang pergi ni untuk minum pagi. Kitorang order roti dengan omelette berserta chai. Kebetulan ada 2 peket lagi bubur nasi know, so kitorang mintak air panas untuk rendam kedua-dua peket bubur

makan breakfast

bubur pun bantai jugak

sos yang bagi kitorang agak sedap

Selesai breakfast, kitorang pun say bye bye kat brader ni dan terus berjalan kaki menghala ke pekan yang kitorang pergi semalam. On the way tu, kitorang tahan sharing taxi. Bila bagitau nak ke Anantnag, driver tu suruh naik. 

dalam sharing taxi
Pahalgam -----> Anantang
Perjalanan ke Anantnag memakan masa selama sejam. Lebih kurang pukul 10.40, kitorang pun sampai di Anantnag. Kitorang suruh driver turunkan kitorang kat area sharing taxi. Lepas bayar Rs160, kitorang pun turun dan mencari taxi seterusnya untuk ke Srinagar.

Jumpa dah brader ni, driver taxi untuk ke Srinagar. Tapi kitorang kena tunggu dulu sebab taxi x penuh lagi. So kitorang bagitau dia yang kitorang nak pusing-pusing area Anantnag ni kejap. Kebetulan kawasan tu dekat dengan pasar, tempat orang menjual buah-buahan, sayur, ikan dan pelbagai barangan lain.

jalan jap
banyaknye epal
jual kasut

makcik jual ikan

makcik ni dah la siap mintak duit sebab amek gambar ikan dia.. ehhhhh.

geram tgk buah-buah ni..susun bukan main cantik

ni xtau apa.. manisan kot

stesen bas

ni la kot bas macam cite shahida

Kitorang cuma beli beberapa biji buah antaranya delima, epal dan peach. Dalam pukul 11.10 pagi, kitorang berjalan kaki semula ke stesen taxi. Jumpa balik brader tadi, ngam-ngam dia baru nak gerak. Kitorang pun naik.

sumo taxi

Anantnag -----> Dalgate Srinagar
Lebih kurang pukul 12.45 tengah hari, sampailah kitorang di Dalgate. Me dah siap book houseboat untuk semalam melalui booking.com. Tapi x survey macam mana cara nak ke house boat tu.

Kebetulan masa sampai tu, ada la beberapa orang agen, yang memang tengah mencari customer untuk house boat diorang kat situ. Kitorang pun ikut la sorang brader ni katenye dia ada houseboat harga Rs1500 1 malam. 

Dia bawak kitorang menaiki auto ke tempat menaiki shikara. Sebelum tu kitorang mintak singgah kedai sebab nak beli mineral water sejuk.. Panas kot kat Srinagar ni.. Berpeluh ketihak kite.. haha

shikara

Sampai je di tepi tasik, shikara dah tersedia. Kitorang pun naik dan dibawa menyusuri tasik. Adala dalam 10 minit sebelum nak sampai ke house boat kepunyaan brader ni.

jom naik
dalam shikara
Sampai je di houseboat, asben suruh masuk tengok bilik. Aiyoyo... x menarik. Macam nak roboh pun ada.. huhu.. Bagitau asben xnak amek house boat ni. So kitorang pun cancel nak amek dengan brader ni.

Dia nak tolong kitorang cari houseboat lain. Tau sebenarnya dia boleh la dapat komisyen sikit at least kalau bawak customer. So kitorang pun naik balik shikara tadi dan dibawa ke house boat lain. Adala dekat 10 minit jugak nak sampai.

kawasan sekeliling
Houseboat ni ok sikit la dari yang tadi. Rs2300 untuk 1 malam. Include makan malam dan breakfast esok. Xpela, lagipun kitorang nak yang selesa sikit sebab esok dah nak balik.. hari ni nak rest kaw kaw..huhuhu..

view kat dalam houseboat
ruang makan
lorong ke bilik-bilik

ha bilik kitorang..haha

tandas kat hujung tu

So petang tu kitorang berehat sebab penat. Panas kot kat Srinagar ni. Dalam houseboat pakai kipas. Memandangkan perut dah lapar, me masak magie dan bancuh air nescafe. Layannn

layan magie
Sebelum berehat tadi, owner boat ada tanya nak ronda-ronda naik shikara x petang nanti. Kitorang kata nantila confirm balik. 

X lama petang tu dalam pukul 5.00 petang, owner ketuk pintu bilik. Dia tanya nak x naik shikara ronda tasik. Memandangkan bosan xde nak buat apa, kitorang pun setuju.

houseboat kat sebelah
shikara dah sampai
Selepas bersiap-siap kitorang pun menaiki shikara dan dibawa bersiar-siar menyusuri tasik Dal Lake ni. Banyak kot houseboat kat tasik ni. Macam-macam style ada.. Dari yang buruk ke yang paling mewah pun ada.

dalam shikara

banyak houseboat lain
kalau time winter mesti bersalji gunung tu
Masa atas shikara ni, banyak la shikara lain datang berniaga. Macam-macam barang diorang jual. 


brader ni jual barang2 perhiasan seperti gelang dan cincin
banyak shikara kat kawasan ni
X lama tu, datang shikara menjual makanan. Dia jual fry fish and chicken.. Kitorang try la beli yang ikan.. Sedappp.. Siap order yang ayam pulak. huhu

dia tengah prepare
bismillah.. mmm sedap
tengah tunggu brader ni masak yang ayam pulak

tengah prepare

sedap
Makin lama dan makin jauh brader ni mendayung shikara, hari pun dah beransur gelap. Kitorang dibawa pulak ke area houseboat yang menjual pakaian, pashmina dan macam-macam lagi. Tapi kitorang malas nak turun dan nak membeli, so kitorang bagitau brader shikara suruh terus je.. hehe

dah nak gelap
jual pakaian
ni pakcik jual beg handmade
gelap dah

lagi kedai pakaian

dah nak sampai houseboat

dal lake di kala malam
Lebih kurang pukul 7.15 malam, akhirnya shikara tadi pun sampai semula di houseboat yang kitorang stay ni. Kitorang request nak makan malam pukul 8.00 malam.

Sementara tu kitorang masuk bilik untuk mandi, solat dan berehat. Bosan jugak la malam-malam kat houseboat ni. X de la best mana pun menginap kat houseboat.. huhu.. Mungkin sebab xde aktiviti sangat kot




meja makan dalam house boat
So lebih kurang pukul 8.00 malam kitorang pun terus ke ruang makan. Kitorang berdua je pun. Dalam houseboat ni ada 3 bilik, tapi 2 lagi bilik kosong. So tukang masak pun hidangkan makanan untuk kitorang.

Makanan dah terhidang
Xde apa yang special pun. Cuma nasi putih, kari ayam dan sayur campur. Sebelum ni terbaca dalam blog orang lain, macam-macam menu ada atas meja.. kitorang pun bayar mahal gak houseboat ni..huhu.. Xpelah, bersyukur je.. Alhamdulillah


Lepas makan, kitorang melepak kat kerusi bahagian luar. Tengah-tengah bersembang dengan asben, sampai 1 shikara membawa 1 pasangan pertengahan umur. Tengok macam orang tempatan India.
Kata owner boat, diorang sewa bilik dalam houseboat yang sama dengan kitorang. 

Rupa-rupanya orang Malaysia. Dan la bersembang sekejap sebelum diorang makan malam tu. X berapa lama lepas tu, kitorang pun decide untuk masuk tidur. Sebelum tu, kitorang pack semula backpack kitorang sebab esok pagi dah nak naik flight ke Delhi..

Esok nak balik dahhh..Jom sambung di next entry.. daa..











































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8