Thursday, November 2, 2017

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 15


HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA

8 September 2017

Hari ni kitorang akan ke Baisaran Valley. Target nak naik kuda, tapi x pasti nak naik tu dari mana. Seawal 7.15 pagi kitorang dah keluar berjalan kaki ke kedai makan brader semalam tu. Beg memang kitorang tinggal sebab malam ni stay lagi kat chalet yang sama

Sampai je di kedai brader tu, ngam ngam je dia baru nak bukak. Kitorang pun order menu sama cuma me mintak tukar roti butter ke roti bakar. Kitorang order 1 set sorang

dah sampai
Tiba-tiba yang sampai roti butter gak.. huhu.. Xpela, kitorang makan je. X lama tu, sampai pulak roti bakar. La, rupanya ada salah faham. Xpela, bedal je. Alahamdulillah kenyang.


sampai pulak roti bakar

Masa tengah makan ni kebetulan pulak hujan. Sejuk betul rasanya. Tiba-tiba datang sorang brader ni tanya kitorang nak pergi Baisaran x naik kuda. Elok sangatlah, kitorang memang nak mencari kuda lepas ni. Kitorang pun set nak amek dengan dia. Kate brader tu jap lagi lepas kitorang makan, dia datang balik

Kitorang terus ke kedai runcit membeli air dan biskut untuk bekalan. Tercari-cari gak kelibat brader tadi tu. Tapi x nampak pun. Last-last kitorang decide nak cari tempat lain untuk sewa kuda. Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kitorang berjalan kaki menuju ke pekan terdekat.

jalan kaki nak ke pekan
view sekitar
Tengok-tengok brader tadi tahan kitorang tengah jalan. Dia naik sharing taxi. Dia suruh kitorang naik, dia nak bawak ke tempat naik kuda. Boleh caye ke ni? Asben kate naik je lah.

chalet -----> Baisaran valley
Kitorang xtau mana hala tuju. Masa on the way ni, nampak view macam dalam cerita Bhajrangi Bhaijaan, time yang Salman Khan kena kejar dengan polis kat kawasan berbukit.. hehehe

sebijik laluan macam ni

ha... part yang ni
Adala dalam 10-15 minit perjalanan sebelum diturunkan kat depan guesthouse kat puncak bukit. Dia suruh kitorang tunggu sebab kuda on the way.

kat depan guest house
bunga 
Sambil menunggu tu, kitorang bergambar la. Lama gak la kena tunggu. Ingatkan dah kena kelentong.
kalau ada cahaya matahari mesti lawa

view gunung-ganang

ada family datang mintak sedekah.. sian tengok anak-anak dia
X lama tu sampai 2 ekor kuda. Sekor hitam sekor putih. Me diminta naik kuda yang warna putih, manakala asben naik yang hitam.

si kuda hitam

Lebih kurang pukul 9.00 pagi, kitorang pun bergerak naik bukit menuju ke Baisaran. Penjaga kuda tadi yang bawak kitorang. Dia cuma jalan kaki je. Brader yang tadi bagitau, dah turun kang dia datang jumpa kitorang. Agaknya agen je la tu.

asben kat depan
ada kuda lain kat situ
yeay!
Masa ni ada rasa kesian kat kuda-kuda ni. x tau kenapa. huhu.. Dahtu kena bawak beban 2 orang yang godang ni pulak. haha

Masa on the way ni banyak kali gak kuda-kuda ni singgah minum kat lopak-lopak air.

singgah minum
Cuak jugak naik kuda masa ni. Mana x nya, mula-mula tu ikut jalan biasa. X lama tu kena mendaki lereng-lereng bukit yang curam. Mendongak perginya. huhu.. Risau gak takut tersembam ke tanah

Tapi rilek je kuda-kuda ni naik bukit. Tapi sampai atas termengah-mengah gak kuda ni. Tu yang kesian tengok tu. huhuhu

guide ni tunjuk Kashmir Valley

cantik

naik bukit
Lebih kurang sejam gakla perjalanan naik kuda nak sampai ke Baisaran ni. Kitorang sampai dalam pukul 10.00 pagi. Kuda-kuda ni owner ni tambat kat pokok dan dia pergi berbaring kat tengah padang Baisaran.

kuda-kuda nak rehat
Baisaran Valley
Sebelum masuk, kitorang kena bayar entrance fees sebanyak Rs 20 seorang. Lengang masa ni, xde orang lain pun. Mungkin masih awal pagi kot.

So pasang tripod dan bergambar. Walaupun skill mengambil gambar tu ke laut, jadilah asalkan ada gambar kenangan..hehe


merenung kejauhan
Masa ni ada la datang sorang brader ni jual pashmina. Dia bentangkan kat tengah-tengah padang tu. Me adala beli untuk mak & mak mentua. Lepas tu kitorang try pulak baju Kashmiri. Kena bayar Rs 200 untuk sewa baju.

proses jual beli
pashmina

Lebih kurang pukul 11.00 pagi kitorang pun menaiki kuda semula dan bergerak turun dari Baisaran. Jalan turun ni yang lagi cuak. Ada beberapa kali la jugak me mintak turun masa kuda nak turun bukit curam. huhu

cafe tutup
jom gerak turun
turun bukit

boleh pulak terkencing kuda ni..haha

jap ye kuda..kite gayatt
nak turun bukit
budak-budak kashmir
Kitorang diturunkan di junction sebelum ke pekan. Selepas membuat bayaran, kitorang pun berjalan kaki balik ke hostel. Kitorang sampai bilik dalam pukul 12.30 tengah hari. Time to mandi dan rest.

bilik kitorang bernama 'bag'

view dari dalam bilik
Dalam pukul 3.30 petang, kitorang keluar ke town berhampiran, yang terletak sejauh 1km dari chalet. Jalan kaki je.. baru boleh kurus sikit.. haha

kedai jual aiskrim
view sekeliling

coffee

aiskrim
Kitorang singgah membeli aiskrim dan coffee. Kedai lain tu cuma menyinggah tengok-tengok je. Ada masuk kedai saffron. Kata owner kedai, kalau nak bezakan saffron asli dengan tidak caranya gosok saffron ni dengan air, nanti dia keluar kaler kuning, yang tu asli. X taula betul ke x..

Saffron selalunya diorang guna dalam masakkan. Kiranya sebagai pewarna semulajadi la kot.

kekacang
kedai saffron
ni lah saffron
dah jadi kuning
Selain tu, kitorang pun sempat singgah kedai menjual pashmina. Tapi tengok je lah.. Tadi kat Baisaran tu pun dah beli dah.

pashmina..
view kat pergunungan depan deret kedai

Sedang melalui deretan kedai tu, ternampak 1 kedai makan. Kitorang decide nak makan kat situ je. Kitorang order nasik goreng je. Kebetulan pulak ada wifi, layan internet kejap. hehe

food point

suasana dalam kedai
nasi goreng dah sampai
main internet jap

manisan berempah
Selepas makan, kitorang pun berjalan kaki semula ke chalet. Kiri kanan jalan ada taman bunga. Cantik je tengok dari luar. Tapi nak masuk kena bayar tiket. Kitorang pun malas nak masuk sebab dah lewat petang. 

view kawasan pekan

kuda-kuda

lagi sekilo meter
ada taman

geng berjalan kaki..hehe

geng tadi dah naik bas..huhu

taman lagi

entrance taman

Hampir nak sampai ke chalet, ternampak sorang pompuan tersenyum-senyum. Rupanya orang Malaysia. Zila namanya. Dia sebenarnya terpisah ngan lagi 2 member dia masa on the way trekking nak ke Baisaran. Nak contact macam mana pun xtau. 

Tapi x lama lepas tu, sampai member2 dia. Kebetulan pulak terjumpa dengan owner chalet, Imran. Dia ajak kitorang minum kat rumah dia. Kitorang pun on la. 

kat rumah Imran
Kitorang dihidangkan dengan teh dan kuih muih. Imran ni tinggal bersama parents dan kakak dia bersama anak-anah buah. Comel betul anak buah dia yang baby tu. Geramm..

minum jom

hai awak yang comel


kashmiri girls

Imran bersama mak dan kakak dia

Agak lama jugak kitorang kat rumah Imran. Dalam pukul 7.30 malam, kitorang masing-masing mengundurkan diri untuk balik ke hotel masing-masing. 

Xde aktiviti nak buat pun waktu malam kat sini. Kitorang keluar minum di kedai makan biasa dalam pukul 8.30 malam. Nasib baik kedai brader tu bukak. Kitorang order magee 1 dan tambahan magee berkuah. Jenuh nak explain kat dia suruh buat berkuah. huhuhu

magee dah sampai
bismillah

Selepas makan, kitorang singgah di kedai runcit membeli mineral water dan maggi untuk dibawa balik ke Malaysia.. huhu.. Asben sempat beli 2 kotak rokok, katenye nak bagi member2 try rasa rokok Kashmir.

Lepas tu, kitorang terus berjalan kaki semula balik ke bilik. Sampai depan chalet, terserempak lagi dengan Imran. Kitorang bayar siap-siap duit bilik sebab takut esok x jumpa dia.

So malam tu, kitorang check semula itinerary dan bajet yang tinggal. Kang x tele pulak.. huhu.. 

Oklah, bertemu di next entry naaa...






















































































































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8