Tuesday, October 31, 2017

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 14

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA
sambungan dari dalam sharing taxi..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7 September 2017

Masa otw x banyak gambar yang diambil. Me pun x perasan masa bila lalu Zojila Pass. Kata asben dia sedar masa sampai kat Zojila Pass tapi x ingat pukul berapa.

Di pertengahan jalan, kitorang ada stop lebih kurang sejam lebih jugakla, sebab jalan blocking xtau kenapa. Banyak jugak kereta lain pun sama stuck kat situ.

Kargil -----> Srinagar
Lepas dari situ, me dah x leh tidur. Berjaga sampaila kitorang tiba di Srinagar dalam pukul 6.00 pagi. Masa sampai ni hujan lebat. Kitorang bagitau uncle ni yang kitorang nak ke stesen bas atau taxi untuk ke Pahalgam. Katanya dia boleh hantar, tapi bukan main mahal casnya.

Kitorang menolak. Kitorang mintak diturunkan di stesen taxi dan kitorang survey harga taxi untuk ke sana. Semuanya mahal. Nasib baik ada sorang driver suruh kitorang ambil sharing taxi ke Anantnag dulu sebelum ke Pahalgam.

Dapat jugak tahan sharing taxi. Bayaran cuma Rs 180 seorang untuk ke Anantnag. Nama pun sharing taxi kan. Banyak tempat la taxi ni berhenti, orang pun ramai yang turun naik. Kitorang je yang naik sampai ke Anantnag. 

Berbeza dengan Ladakh, view kiri kanan jalan disajikan dengan pemandangan sawah padi yang menguning. Cantik jugak. Tapi serabut la kawasan ni. Hon sana sini x ubah macam kat Delhi.

Srinagar -----> Anantnag
Kitorang akhirnya tiba di Anantnag pada pukul 7.10 pagi. Lebih kurang sejam perjalanan. Lepas tu kitorang terus book sharing taxi untuk ke Pahalgam. Tapi masa ni x penuh lagi, so driver kena tunggu orang. Jadi, kitorang pun lepak dulu kat tepi jalan tu.

Anantnag

ni sharing taxi yang kitorang naik untuk ke Pahalgam

pekan Anantang

X lama tu, kitorang pun naik. Taxi terus bergerak menuju ke Pahalgam. Ramai jugak dalam taxi ni, kebanyakannya budak sekolah.

sawah padi

hijau kekuningan

Apa yang ketara kitorang dapat lihat sepanjang jalan ke Pahalgam ni adalah ramai askar berkawal kat kiri kanan jalan. Boleh dikatakan setiap 100m tu ada seorang askar berkawal berpakaian lengkap dan bersenjata. Seram betul tengok. Macam kawasan perang.

Anantnag -----> Pahalgam

Lebih kurang pukul 8.45 pagi kitorang tiba di Pahalgam. Sekarang ni nak mencari tempat penginapan. Untuk hari ni me x book pun mana2 hotel. Untuk esok ada dah, kitorang pun tunjuk nama hotel untuk esok hari tu. Tapi driver bagitau hotel tu terletak atas bukit, jauh sikit dari kawasan sungai. 

Me ada survey 1 chalet ni yang terletak tepi sungai. View lawa. Akhirnya kitorang decide untuk ke chalet ni. Rupanya driver kenal dengan owner chalet yang bernama Imran.

Imran ni pun dah siap tunggu kitorang kat tepi jalan. Imran ni me kenal melalui facebook. Ramai orang Malaysia yang stay kat chalet dia. Peramah jugak orangnya. So selepas berkenalan, Imran bawak kitorang ke chalet miliknya.

antara info yang ada di dinding masuk ke chalet

map Pahalgam
Bilik ok la, chalet terletak betul2 tepi sungai. Tapi harga semalam mahal gakla. Kitorang mintak kurang, dapatla kurang sikit sebab kitorang nak ambil 2 malam. Settle! Ambil kunci dan naik ke bilik.. Leganya kalau dapat baring atas katil. Semalaman kot duduk dalam kereta.

sungai tepi chalet

Lepas letak beg, kitorang keluar balik sebab Imran nak tunjuk kan kawasan sekeliling. Kitorang dibawa ke kedai makan memandangkan kitorang belum lagi breakfast. Kitorang order chai, butter roti, omelette dan kek. Belanja Imran chai sekali. X lama tu tu Imran mengundur diri sebab dia ada hal. 
makn breakfast
kek span.. bolehla
Lepas makan kitorang terus balik ke chalet dan berehat. Sebelum tu ronda-ronda tepi sungai mengambil angin sejuk pagi.. huhu

kawasan berdekatan chalet
confirm sejuk nihhh

Lama jugak kitorang melepak kat bilik. Bukannya tidur sangat pun. Wifi pulak ada, dapatla video call dengan family untuk melepaskan rindu. Xpe.. lagi beberapa hari je dah nak balik.. huhuhu..

Pada waktu petang, kitorang bersiap-siap dan keluar berjalan kaki ke dhaba yang kitorang makan breakfast tu. Disebabkam perut dah lapar mintak diisi, kitorang order nasik biryani ayam dengan magie..

bertungkus lumus brader ni prepare makanan kitorang yang tengah lapar ni

magie sampai.. orang sana tu menung ape.. hihihi

nasi biryani ayam

Boleh tahan rasa nasik biryani dia. Magie opkos la sedap. Style pekat tanpa kuah.. slurppp...

Alhamdulillah kenyang. Settle makan, Kitorang singgah kedai runcit membeli mineral water, tropicana dan keropok lay serta epal di kedai buah. Lepas tu, kitorang merayau-rayau sekitar pekan. 

Dari jauh dengar bunyi riuh je, rupa-rupanya ada perlawanan kriket kat salah satu padang berhampiran. Kitorang pun duduk sekali menonton. Ada budak-budak yang duduk berhampiran siap offer makan sekali keropok Lays. hehe... Tenkiu... so nice..

X lama pun kat sini, kitorang terus berjalan kaki semula balik ke chalet. Masa ni dah pukul 5.30 petang. Hari dah nak gelap. Xde apa nak buat pun malam-malam ni kat area Pahalgam ni. So kitorang cuma melepak kat bilikje sambil mengira perbelanjaan dan menyusun atur itinerary.

antara souvenir yang dibeli

Apa yang jadi keesokan hari? Ke mana kitorang ni..Ok jom ke next entry..
















































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8