Tuesday, October 31, 2017

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 11


HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA

4 September 2017

Hari ni kalau ikutkan sepatutnya kitorang berada di Pangong Lake sedang menikmati keindahan tasik.. huhuhu.. Tapi x de rezeki nak ke sana..

So untuk hari ni, kitorang cuma berehat je di guest house. Selalunya pukul 6.00 pagi dah keluar. Kat guesthouse ni pun ada disediakan ruang lepak seperti di Raybo Hostel. Kitorang mintak air panas pada owner ni untuk rendam magee dan bubur nasik.

Lepas tu owner ni ade tanya, nak kopi ke.. dah orang offer, kitorang on la. Dapatla 2 cawan kopi panas. Sedap hirup sambil lepak-lepak main henpon. Wifi pun laju..

So lebih kurang pukul 11.00 pagi, kitorang bersiap untuk check out. Sekali tu owner datang mintak duit untuk kopi tu.. Cehhh.. ingatkan free je td.. dah la caj Rs80.. sekali la tu dengan air panas yang kitorang mintak tu..semua nya berduit je kat sini..huhu

Mula-mula sekali kitorang pi simpan beg dulu kat Raybo Hostel. Bilik x boleh masuk lagi sebab masih awal. Lepas tu kitorang terus bergerak ke Main Bazaar.

Misi utama adalah ke Wazwan Planet untuk makan tengah hari. Makan magee tadi x dapat menampung kelaparan.. haha

makanan dah sampai
menu nasi goreng lagi

Kali ni masih lagi order nasik goreng cuma ditambah menu kebab. Rupanya kambing daaa... X gemar rasa dia. Asben pun kata x berapa sedap. Tapi dia gak yang kena abeskan..

kebab

So lepas makan, kitorang decide untuk ke Magnetic Hill. Terletak di tepi jalan, otw dari Leh nak ke Kargil. Sebelum ni kitorang perasan dah masa otw dalam bas dari Kargil nak ke Leh tempoh hari.

Leh -----> Magnetic Hill

signboard

park motor kat sini

cafe

kat jalan ni la orang matikan enjin dan biar kereta gerak sendiri

Kenapa Magnetic Hill? Katanya kat sini, kalau kita park kereta, matikan enjin, turun hand brake, kereta akan bergerak sendiri. X pasti kebenarannya. Kalau ikutkan jalan ni memang nampak menurun sikit. Ntahla..

Kat sini pun diorang ada buat aktiviti sewa atv. X silap Rs1000 sorang.. Uihh mahalnya..

ni trek atv

antara atv yg ada
X lama lepas tu, kitorang pun meninggalkan Magnetic hill ni dan bergerak ke depan lagi, di mana kita boleh tengok pertembungan dua sungai iaitu Indus dan Zanskar kat sebelah kiri. Singgah kejap amek gambar kat sini.

Indus & Zanskar River

confluence of Indus & Zanskar river

lepak kejap
mat salleh depan tu pun sakan bergambar sampai ke tengah jalan perginya..hehe

Lepas dah agak lama melepak kat sini, kitorang pun berpatah balik menghala ke Leh. Sempat jugak berhenti tepi jalan buat video guna tripod.. hehe

Indus & Zanskar River -----> Leh

view otw

hee

Sebelum nak sampai Leh tu, kena bayar toll Rs 20.. Kiranya entrance fee nak masuk Leh la ni. 

Sampai je di Leh, kitorang ingat nak survey sharing taxi untuk balik ke Kargil nanti. Mula-mula tu kitorang pi tanya kat tourist information centre. Orang kat kaunter tu suruh kitorang pergi tempat taxi yang terletak bersebelahan je dengan bangunan information centre ni.

dah tulis setiap tempat kat Leh ni

map ladakh

So masa sampai kat taxi centre tu, ramaila driver taxi berkerumun kat kitorang tanya nak ke mana. Diorang bagitau taxi biasamya akan gerak petang dari Kargil dan sampai di Srinagar pada awal pagi keesokan harinya. Kitorang ambil dulu nombor contact salah sorang driver, lepas tu balik ke hotel.

pokok epal kat luar bilik

So petang tu, kitorang berehat la kat bilik. Sambil tu plan balik itinerary yang sesuai mengikut waktu sharing taxi balik ke Srinagar. Kalau balik Srinagar lewat petang, bermakna kitorang kena ubah balik itinerary. Kitorang kena naik sharing taxi tu pada 7hb. Tapi 7hb kitorang dah book bilik kat Raybo ni, x kan nak cancel kan.

Tapi masa tu, kitorang fikir, pape lepas balik dari Tso Moriri Lake lusa nanti baru decide balik. So lewat petang tu kitorang bersiap-siap nak keluar ke Main Bazaar. Masa asben keluar nak ke motor, tengok-tengok botol minyak spare kitorang dah lesap! Adoiii... bengangnya masa tu..

gambar sebelum ke Nubra Valley tempoh hari bersama botol minyak spare yang dah hilang..huhuhu
Asben pun kata dia terlupa nak bawak masuk masa sampai tadi. Rasanya baru lagi hilang sebab macam ternampak ada beberapa orang lepak kat tepi motor masa tengah pakai kasut tadi. Tapi xde pun syak pape. Masa ni sakit hati sangat sbb minyak tu dah bawak ke hulu ke hilir dah. Siap bawak ke Nubra Valley lagi..Alih-alih kat hostel gak hilang. Siap sumpah seranah masa ni.. haha

So dengan panas hati yang masih x hilang, kitorang pun keluar jugakla ke main bazaar. Target asal nak beli botol minyak lagi sebijik je sebab perjalanan esok agak jauh. Dah kena beli 2 botol pulak. Akhirnya kitorang try pinjam 1 botol lagi kat tempat sewa motor tu, nasib baik dapat.. Tu pun susah nak bagi..Lagi 1 botol kitorang terpaksa beli kat kedai dengan harga Rs60.

Lepas dah beli botol, kali ni kitorang balik dulu hotel untuk simpan dalam bilik. X nak hilang lagi. Lepas tu kitorang keluar balik untuk makan malam. Masa tengah berjalan di Main Bazaar, perasan macam muka Malaysian, rupanya betulla. 

Diorang ajak lepak sekali di Oh La La cafe berdekatan dengan hotel diorang. Masa ni lega jugak jumpa geng senegara kan. Pung pang pung pang cakap melayu.. Salam kenal korang..:)

happening sgt korang! tq

makan capati

asben makan burger vege

Lewat jugak kitorang balik, dekat pukul 10.30 malam baru sampai hostel. Ada jugak cerita pada staff hostel ni pasal kitorang hilang minyak. Kebetulan pulak ada 1 group India bermotor menginap kat hostel ni. Agak sombong, diorang x bertegur pun walaupun me ada senyum2 dengan diorang.

Mula lah terpikir dalam hati, ntah ntah diorang yang curi.. Ye la, tadi pun me nampak group motor yang mencurigakan tu. Ishhh.. x baik fitnah..haha

Tapi asben pun ada cakap, kalau betul diorang yang ambik, esok awal-awal pagi tu nak tengok kat motor diorang. Kalau betul, nak amek balik.. hahaha

Yang pasal nak balik ke Srinagar tu, kitorang decide nak balik 6 hb lepas sampai dari Tso Moriri lusa. So me try la tanya staff hostel ni berkenaan bilik yang dah book tu, ntah macam mana boleh pulak dapat cancel berserta pulangan duit. Semalam masa tanya, dia x bagi pulang duit. Alhamdulillah.

So kitorang pun rest la malam ni. Esok pagi-pagi dah nak gerak ke Tso Moriri Lake. Perjalanan jauh tau, 240km.

Jom layan next entry..






































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8