Tuesday, October 31, 2017

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 3

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA
27 Ogos 2017

Hari ni dah pun hari ke 2 berada di India. Bermula semalam, kitorang kiranya dah pergi Golden Triangle of India la. Rangkuman 3 segi iaitu Jaipur, Agra dan Dew Delhi. Tu sebab dipanggil Golden Triangle. hehe..

kalau sambungkan kan 3 segi jadinya

Hari ni pulak, kitorang akan naik train dari New Delhi railway stn ke Kalka pada pukul 7.40 pagi.
Targetnya, kitorang akan ke Shimla. Sebuah tempat peranginan yang lebih kurang macam Cameron Highlands la. Tapi xde direct train ke Shimla.. Tu sebab kena ke Kalka stn dulu. Dari Kalka, akan menaiki Toy Train sampai ke Shimla. Dua-dua perjalanan kitorang dah beli tiket online.

toy train

shimla
Makanya seawal 7.15 pagi, kitorang dah check out dan mengambil bicycle rickshaw untuk ke New Delhi Railway stn.

suasana di New Delhi

banyak bunyi hon kat Delhi ni

Sepanjang perjalanan ke train stn, pelbagai ragam orang tempatan yang dapat kita tengok. Rimas gak la asyik dengar bunyi hon san sini. Lagi satu, kat area Delhi ni memang agak kotor jugakla sebab banyak kelihatan sampah-sarap kat kiri kanan jalan.

Dalam 10 minit macam tu, kitorang pun sampai kat depan entrance New Delhi railway stn. Masa ni bermulalah timbul masalah dalam perjalanan trip kitorang ni. Automatik itinerary perjalanan kitorang berubah..huhuhu..

Train kitorang yang nak ke Kalka ni dah dibatalkan. Memang kitorang tengok status kat information board kat station tu. Banyak lagi train lain yang cancel. (**dapat refund balik duit tiket)

pintu keluar stn
entrance

Mengikut kata salah seorang pegawai kat stn tu, ada problem macam rusuhan kat area laluan train tu. Siap ada orang bakar-bakar train. Ah sudah! Masa ni confirm la kitorang cuak kan. Pegawai kat situ suruh kitorang naik teksi ke satu pejabat ni namanya DTTDC. Kitorang yang masa ni agak blur2 terus naik govt taxi dan dibawa ke satu office ni. Rupanya Tour Agency tapi under government.

otw ke tour agency
Pegawai tu siap suggest kitorang beli tiket flight direct ke Srinagar. Bermakna kitorang ni kena tukar plan asal. Plan asal, kitorang akan ke Ladakh ikut jalan Manali.. Kena tukar plan ikut dari Srinagar. Nak kena tambah duit pulak tu.

ha ni office nya, gambar dari internet

Masa tu memang keluar masuk 2, 3 office tour agency jugakla. Me plan nak cari cyber cafe je tapi x jumpa, nak beli tiket sendiri. Last-last dah hampir 3 jam lebih gak la berusaha ke sana ke mari menaiki auto, kitorang ended up beli jugak tiket flight ke Srinagar dengan salah 1 tour agency ni tapi bukan yang government tadi tu sebab yg ni lagi murah..

Masa ni macam rasa ditipu pun ada. Memang banyak terbaca kes scammers kat India ni. Tapi kes rusuhan tu memang betul, memang keluar kat surat khabar. Risau keselamatan pun memang ye la..Status kat information board train stn pun memang terang-terang tertera cancelled..Banyak lagi train lain yang cancelled.

Maknanya memang xde rezeki la nak ke Shimla. Yang paling frustnya sebab target nak ke Ladakh ikut jalan Manali.. X kesampaian la nampaknya.. huuuu.. serius sedih weiii time ni..

dalam office tour agency ni
TIPS PENTING : kalau kata la korang terkena train cancel macam ni kat Delhi kan, or kat mana2 je la area India ni, better cari cyber cafe, cari maklumat pasal train tu, kalau memang x jumpa cyber cafe, check in hotel yang ada wifi & beli je sendiri tiket flight secara online. Tour agency ni charge bapak mahal kottt. 

So flight ticket dah ada, yang kitorang book ni termasuk sekali dengan hotel 1 malam kat Delhi dan airport transfer dari hotel ke airport untuk esok hari. Harga berapa tu xyahla citer ek.. Nanti me akan buat bajet yang perlu je.. Bajet terlebih ni lain cerita.. huhu

Dah settle semua, kitorang pun dihantar ke Hotel Persona International kat area Delhi. Disebabkan kepenatan, kitorang terlelap la kejap. Petang2 sikit tu dalam pukul 4.00 petang, kitorang pun decide nak berjalan-jalan sekitar Delhi ni.

on the way ke hotel
hotel persona international, gambar dari website.. yang sekarang ni lain sikit
lobi. gambar website. sekarang punya lain sikit


ni biliknya.. selesa la jugak

tandas dalam bilik

Kitorang pun set la dengan driver auto untuk bawak pusing-pusing Delhi terutama nya ke Karim's Restaurant untuk isi perut dan juga ke India Gate. Harga pergi balik kitorang kena bayar Rs 200.

pusing-pusing delhi

Mula-mula sekali driver ni bawak kitorang ke Karim's Restaurant. Driver auto tu just tunggu kat luar je. Tapi Karim yang ni yang cawangan punya la. Katanya yang femes dekat dengan Masjid Jama tu kan. Sedap jugak..Tapi boleh tahan mahal gak la harga makanannya. 

Karim

Kitorang order Nasi Biryani Ayam, Roti Naan dan Kari Ayam version pekat. Semua sekali berharga RM 78 ringgit. Haaa... mahal kot. Boleh dapat bilik hotel 1 malam. Tapi Alhamdulillah la.. Sedap makanannya. Puas hati gakla. Nasi biryani tu siap tapau lagi sebab x dapat habiskan. 


So lepas makan, kitorang pun keluar dan mencari kelibat auto yang bawak kitorang tadi tu. Cari punya cari memang xde kat situ. Dekat 10 minit gak menunggu..Nasib baik x bayar lagi. Sudahnya kitorang tahan 1 bicycle rickshaw ni. 

Ngam-ngam je baru nak gerak, tercongok balik driver tadi. Kesian pakcik bawak basikal ni sebab kitorang terpaksa turun. Dia siap bagi harga rendah lagi nak bawak kitorang. Maap sangat ye pak cik! So auto pun bergerak, terus dibawak ke India Gate. On the way tu dia bercerita la itu ini pasal Delhi. Kitorang layankan je la.

Sebelum sampai India Gate, ada lalu kawasan katanya kediaman rasmi Presiden India. Saling x tumpah dah kawasan ni macam Putrajaya. Seriously! Tapi kat sini kitorang x turun pun. Just ambil gambar dari dalam auto. Tu yg habis bergegar je semua gambar.

view masa otw
Kediaman rasmi presiden India
x ramai orang pun masa ni

Perjalanan diteruskan. Sampai je di India Gate, kitorang turun dan menapak ke senibina India Gate tu. Ramai giler orang. Kat sini pun sama, macam berada kat Dataran Putrajaya, ada orang main basikal la, siap ada taman tempat berkelah kat belah kiri kanan.

Cuaca masa ni x yah cakapla, memang panassss.. Berpeluh kaw kaw!

ada taman
India Gate

Dapat amek beberapa keping gambar, kitorang pun berpatah balik mencari auto. Lepas tu driver ni bawak lagi pusing-pusing sampaila dia berhenti kat 1 deretan kedai ni. Rupanya port jual2 kain, barang kemas dan macam-macam lagi. Ni tempat diorang dapat komisyen la ni... berderet auto menunggu kat luar..haha

Me x masuk pun, memang x minat nak membeli.. Kitorang mencari kedai menjual air mineral lepas tu terus naik balik auto. Muka driver macam bengang je sebab kitorang x beli apa2.. haha.. Kitorang terus mintak dia hantar balik hotel je.

X lama masa otw balik hotel, dia menyimpang lagi ke kedai kain. Katanya masuk kejap je pun jadila.. Adoiii. Kitorang masuk, belek2 kain kat depan pastu keluar balik. Driver tu buat muka seposen lagi.. haha..

Lebih kurang pukul 6.10 petang, kitorang tiba di hotel dan ke kedai runcit berhampiran untuk membeli kudap-kudapan untuk malam nanti. 

peniaga sayur
view sekitar
uncle ni tengah beli kalung bunga
So untuk malam xde apa aktiviti pun. Kitorang x kemana-mana. Settle packing backpack, kitorang terus berehat dan tidur, mengumpul tenaga untuk hari esok.

Apa jadi keesokan hari? Jom kita ke next entry! 































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8