Friday, January 22, 2016

Trip Bajet Ciput ke Jepun (Winter 2016) - Sebelum Trip

JEPUN FAMILY TRIP
Assalamualaikum..

Kali ini me nak kongsikan pengalaman me n family selama 7 hari di negara matahari terbit pada 7 Jan yang lepas. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan di tempat orang.

Tapi sebelum tu, me nak ceritakan perkara-perkara yang me dah siapkan sebelum berangkat.

1. Tiket Kapal Terbang
Ha yang ni memang awal dah me survey tiket Air Asia (flight ini je mampu setakat ni).. hehe..kata orang " Now everyone can fly" kannn...

Me beli tiket ni masa bulan 5, 2015, kebetulan Air Asia buat promo 50%.
Sale 50% !!!
Apalagi, terus plan ngan family & decide terus beli tiket untuk trip bulan Januari 2016. Ha amek kau..7 bulan menunggu.. Tiket done!

Harga tiket : seorang ( time promo bulan 5)

KL - KIX ( Kansai International Airport ) RM 244
Haneda - KL RM 341

Tiket seorang : RM 585

Masa beli tiket, me xbeli siap2 beg & makan dalam flight. Tapi tersasar bajet bila harga makan dan beg dari Haneda ke KL mahal! mahal sgt! Ni risiko bila beli asing-asing sebab diorang kira mengikut rate Yen.  Ni kos untuk beg dan makan. Beg masa pergi me beli 5 beg, time balik beli 4 beg je sebab dijangka barang makanan berkurang. hehe.

TIPS PENTING : masa beli tiket, beli siap2 return ticket, beg & mkn kalau x mmg mahal kalau beli asing terutama tiket Jepun ke KL sebab dikira ikut rate Jepun.

Luggage KL - KIX  : RM 89 =1 beg ( beli 5 beg = RM 445) bahagi 10 org = seorang RM 44.50
luggage HND - KL  : RM 146.62 =1 beg (beli 4 beg= RM 586.48) bahagi 10 org = seorang RM 58.65
Makan KL - KIX     : RM 18 seorang
Makan HND - KL   : RM 20 seorang

So total return ticket termasuk beg dan makan : RM 726.15 seorang

2. JR Pass
Pass ni mula-mula dulu me xnak beli sebab harga dia sangatlah mahal. Nak pulak ringgit kita makin jatuh kan. Lastly kena jugak beli memandangkan tempat yang kitorang nak pergi jauh dari 1 tempat ke tempat yang lain. Kena banyak kali naik Shinkansen Bullet Train so banyak penjimatan kalau pakai pass ni dari segi duit dan masa.

Masa me beli bulan 12 haritu harga dia RM1063 seorg. Mahal kn? Dah beli tu lega...Kat Jepun nanti just tunjuk je pass tu untuk naik train tapi kena ingat ye pass ni untuk naik train, bas yang ada lambang JR sahaja termasuk Shinkansen (kecuali shinkansen nozomi yang paling laju) dan JR Ferry di Miyajima. Untuk train lain, sila bayar tket dulu..
TIPS PENTING : Kalau boleh, masa susun itinerary tu elakkan laluan perjalanan menggunakan train selain JR. So kat situ dah boleh jimat. X perlu nak tambah duit.

Ok now JR Pass done!
Ni contoh. Korang akan dapat exchange order ni masa beli untuk ditukarkan dengan JR Pass semasa di Jepun nanti


JR Pass : RM 1063 seorang

3. Tukaran Malaysian Ringgit ke Japanese Yen
Ha bab ni memang menjadi kesukaran. Mana taknya ringgit kan tengah jatuh sekarang ni.. Masa beli tiket bulan 5 haritu ok lagi. Now Terasa la sangat nak tukar duit tu.. Bawak ringgit tebal bila tukar yen dapat nipis je..(korang pahamkan? huhu) Bukan duit diorang tu nipis tapi nilai duit kita yang sikit. Stress teman..huhu..

Masa me pergi tukar haritu dekat Masjid Jamek nilai tukarannya adalah 1000 yen = RM35.30.. Mahal kan? Kitorang x tukar banyak pun.. save trip kate kan? lagipun duit nan hado banyak2.. ikut kemampuan je..pergi pun jalan2 and say never to shopping! huhu.. nasib baik bukan kaki shopping. Banyak boleh jimat.. Ok tukar duit pun done!

4. Passport
Macam biasalah kan nak kemana2 luar negara kenala ada passport. Last, me & family guna passport pun tahun 2014 masa ke Korea haritu. So now kenala renew kan. Tu pon bukan istilah renew kot ye x ..Kena buat baru, maksudnya buku baru. Xdan la nak penuhkan buku passport tu dengan cop2 negara luar yang lain.. Lain la orang yang tiap2 bulan ke luar negara tu..hihi..passport yang haritu pon untuk 2 tahun baru ade 3 cop..Yang kali ni kan dah dimansuhkan.. Dah jadi 5 tahun n kena bayar Rm 200. Me buat haritu kat Ipoh. Ok..passport done!

Visa? Visa x perlu untuk warganegara Malaysia yang nak ke Jepun. X macam dulu. Dulu kena. Lega..Biasalah bila ada visa ni leceh sikit. Macam-macam nak kena prepare.

Cuma kat passport korang kena ade lambang cam kat bawah ni. Tapi skang semua passport baru. Rasanya semua akan dapat passport macam ni:
Nampak x lambang cam kamera tu..

5. Bilik Penginapan
Me pon banyak buat survey pasal tempat-tempat penginapan yang murah dan selesa untuk family yang ramai. Kebanyakan tempat penginapan di sana mengikut harga kepala. Paling murah yang me survey adalah seorang Rm 100 untuk 1 malam stay. Mahal kan..

Ramai juga yang menyewa melalui AirBnb. Bagi yang belum tahu, website ni menyediakan perkhidmatan di mana tuan rumah membuat sewaan rumah mereka untuk bilangan hari dan harga tertentu. Dah siap-siap ada gambar dalam rumah sekali kebiasaanya. So kena pandai2 la cari yang murah, yang penting selesa, dekat dengan stesen-stesen keretapi dan stesen bas.

TIPS PENTING : paling senang sekali sambil korang survey rumah-rumah sewa tu di website AirBnb, cari alamat dia, dan survey pulak kawasan tu di google map. Me haritu siap buat street view lagi.. senang nak remember jalan2 dekat kawasan tu. Dekat ke jauh ke dah boleh agak. Lagi bagus print screen laluan tu.

Ni harga untuk penginapan kami di sana seramai 10 orang :
~2 malam rumah di Kyoto dengan harga RM 1300 ( rumah ni not very recommended untuk ramai)
~1 malam di Takayama Country Hotel RM 1300 ( hotel ni sgt recommended sebab dekat dgn train)
~2 malam  rumah di Tokyo dengan harga RM 1600. ( rumah ni recommended sebab besar)
~1 malam di Karuizawa Prince Hotel West RM 1600 ( hotel ni recommended terutama kalau musim salji.. tunggu me buat entry untuk tempat ni ok! :))

Penginapan 6 malam : RM 580 seorang

Me rasa ni dah murah.. Mungkin ada yang boleh dapat lagi murahkan.. Ok penginapan done!

TIPS PENTING : korang print siap-siap alamat kedutaan Malaysia di Jepun sekali dengan alamat dan nombor telefon setiap tempat penginapan yang korang tinggal. X pun zaman moden ni, masing-masing ade phone just keep dalam phone. 

Yang mane print tu, Agihkan kepada setiap orang yang pergi in case ada yang tercicir kat mana-mana kan. X mintak benda ni berlaku just be prepared. Tambahan pula yang bawa family ramai termasuk ibu bapa yang dah berumur.
ni yang me buat in case apa-apa berlaku boleh jugak tanyakan pada orang berdasarkan alamat dan nombor telefon yang ada.


6. Makanan
Ok bab ni memang susah sikitla nak dapat makanan halal kat Jepun. ada tapi kurang sangat. Kalau ada pun mahal. Me memang dah biasa buat perancangan untuk beli barang2 dari Malaysia dan masak semasa di Jepun tu. Sangat menjimatkan. Xdelah dapat masak ayam masak merah ke, ketam masak lemak cili api ke.. tapi makanan yang boleh kata mengenyangkan la jugak..hehe..

Haha.. Banyak kan? Ni yang kitorang bawak ke Jepun. Tu pon banyak berlebih. Ni beli ikut napsu.. kwang3. 

Actually beg tarik yang dalam gambar kat atas tu x pakai pon. Memang dah rancang nak bawak beg galas belakang je. Senang nak turun naik tangga kat Jepun tu. Kitorang bawak 5 beg besar untuk check in. Cukupla tu, jimat.. Harga check in beg dahlah mahal. Yang lain just bawak beg 7 kilo masing-masing untuk masuk kabin.

TIPS PENTING : Better korang bawak beg galas belakang sebab dekat Jepun kena banyak kali naik turun tangga train. Dan xperlu bawa banyak sangat pakaian sebab kat sana korang boleh cuci xpun pakai je untuk 2 hari  pon xpe. X berpeluh. Huhu...

Masa kat sana awal2 lagi kitorang dah asingkan seorang 6000y (bersamaan RM 210) untuk beli barang-barang masak, buah-buahan dan sayur-sayuran kat sana.Tu pon masa hari last sebelum balik, banyak lagi duit balance yang kitorang agih semula.

Anggaran dalam RM 100 seorang dah cukup rasanya untuk beli barang-barang makan di Jepun. Ni pendapat me la mengikut pengalaman selama 7 hari kat sana. Bergantung jugak pada apa yang korang beli.

Ada jugak me plan untuk ke 1 tempat makan ni di Takayama untuk try makan makanan Jepun. ni pun decide sebab di takayama kitorang stay hotel 1 bilik 2 orang. So xboleh nak masak sebab xde dapur. Tempat yang me cakap ni me baca review dari blog-blog. Kebetulan pulak masa  me n family pergi haritu, kedai ni tutup.

 Baca di blog katanya kedai ni menjual makanan vege sahaja. Tapi kitorang terbaca menu yang digantung di luar kedai, ade menu 'pork' dalam tu! Maknanya ape? Huhu.. Kitorang balik bilik masak magee je..lagi sedap sejuk2 tu... huhuhu...

Makan di Jepun 7 hari : RM 150 seorang (termasuk barang-barang yang beli di Malaysia)

7. Itinerary
Memandangkan trip ni trip bajet, maka kenalah plan itinerary sendiri.. Me memang suka pun buat sendiri.. Sama macam ke Korea dulu.. Buat sendiri je..enjoy..kata orang main redah jelah nanti. Tapi bukan suka suka redah tau.. redah sambil refer plan itinerary.. hehe..

Dalam masa 7 bulan ni jugakla me plan segala-galanya. Risau jugak takut masa di sana nanti ade problem sana-sini kan. So, setiap ceruk dalam internet, blog, review orang semua dah dibaca. Finally siap itinerary lengkap dalam sebulan sebelum nak ke Jepun. Semua dah ade dalam kepala otak..Alhamdulillah.. Itinerary done! Alhamdulillah trip di sana sangat berjalan lancar. Hampir mengikut itinerary walaupun ada tempat yang xdapat nak pergi, ada trip yang x ikut sangat waktu dalam itinerary.Namun, kesimpulannye, alhamdulillah berjalan lancar trip ni.

TIPS PENTING : Sebelum buat final itinerary, pastikan laluan train yang korang ambil tu seboleh-bolehnya hanya menggunakan line JR sahaja. Kalau bolehla. Bukan apa, dah alang-alang beli JR Pass kan, kalau boleh kenala guna sebaik mungkin. Lebih menjimatkan. Huhu. Kalau guna Line Subway atau Metro, korang kena tambah duit lagi untuk beli tiket. Tapi memang ada beberapa tempat terpaksa jugak beli tiket subway atau metro.

Ni map laluan yang me dah print screen dan edit dari google map. Ini adalah rangka perjalanan kitorang selama 7 hari di bumi Jepun.

Map laluan


Segala detail perjalanan akan me kongsikan dalam entry yang akan datang. Ini pula ringkasan Jadual Perjalanan me & famili masa di Jepun selama 7 hari 6 malam ;

6 Jan 2016 (Rabu) 
Flight Air Asia Kul - Kix (Kansai International Airport) (1.00 pg)

7 Jan 2016 (Khamis)
Tiba di Kansai Airport. (8.25 pg)
Kansai to Kyoto
* Daigoji Temple
Menginap di rumah AirBnb (malam pertama)

8 Jan 2016 (Jumaat)
Kyoto to Hiroshima
* Peace Memorial Park, Atomic Bomb Dome
Hiroshima to Osaka
* Dotonbori
Osaka to Kyoto
Menginap di rumah AirBnb (malam kedua)

9 Jan 2016 (Sabtu)
Check Out
Kyoto to Takayama
* Sannomachi Street
Menginap di Country Hotel Takayama

10 Jan 2016 (Ahad)
* Miyagawa Morning Market
Shirakawago Tour
Takayama to Tokyo
Menginap di rumah AirBnb (malam pertama)
* Shibuya

11 Jan 2016 (Isnin)
Odawara Tour
* Asakusa, Akihabara
Menginap di rumah AirBnb (malam kedua)

12 Jan 2016 (Selasa)
Check Out
Tokyo to Karuizawa
Menginap di Karuizawa Prince Hotel West

13 Jan 2016 (Rabu)
Check Out
Karuizawa to Gala Yuzawa
* Gala Yuzawa ski Resort
Gala Yuzawa to Tokyo
Tokyo to Haneda International Airport
Flight Haneda to Kul (11.45 malam)

14 Jan 2016 (Khamis)
Tiba di KLIA2 (6.30 pg)

Ni adalah ringkasan itinerary je. Yang me buat adalah lebih detail termasuk waktu train, platform dan exit. Hehe.. Balik dari bercuti di Jepun ni, family me ramai yang suggest me untuk buat pakej lawatan ke Jepun bawak sesiapa je yang berminat.

InsyaAllah dalam perancangan. Jika diizinkan olehNya boleh juga try. Dapat buat duit lebih ye dak. :)

Oklah.. Nantikan entry untuk hari perjalanan me & family ke Jepun. Nanti nak buat jugak entry untuk Total perbelanjaan kitorang ke Jepun. InsyaAllah..

See Ya! Assalamualaikum..
















Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8