Tuesday, October 31, 2017

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 14

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA
sambungan dari dalam sharing taxi..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7 September 2017

Masa otw x banyak gambar yang diambil. Me pun x perasan masa bila lalu Zojila Pass. Kata asben dia sedar masa sampai kat Zojila Pass tapi x ingat pukul berapa.

Di pertengahan jalan, kitorang ada stop lebih kurang sejam lebih jugakla, sebab jalan blocking xtau kenapa. Banyak jugak kereta lain pun sama stuck kat situ.

Kargil -----> Srinagar
Lepas dari situ, me dah x leh tidur. Berjaga sampaila kitorang tiba di Srinagar dalam pukul 6.00 pagi. Masa sampai ni hujan lebat. Kitorang bagitau uncle ni yang kitorang nak ke stesen bas atau taxi untuk ke Pahalgam. Katanya dia boleh hantar, tapi bukan main mahal casnya.

Kitorang menolak. Kitorang mintak diturunkan di stesen taxi dan kitorang survey harga taxi untuk ke sana. Semuanya mahal. Nasib baik ada sorang driver suruh kitorang ambil sharing taxi ke Anantnag dulu sebelum ke Pahalgam.

Dapat jugak tahan sharing taxi. Bayaran cuma Rs 180 seorang untuk ke Anantnag. Nama pun sharing taxi kan. Banyak tempat la taxi ni berhenti, orang pun ramai yang turun naik. Kitorang je yang naik sampai ke Anantnag. 

Berbeza dengan Ladakh, view kiri kanan jalan disajikan dengan pemandangan sawah padi yang menguning. Cantik jugak. Tapi serabut la kawasan ni. Hon sana sini x ubah macam kat Delhi.

Srinagar -----> Anantnag
Kitorang akhirnya tiba di Anantnag pada pukul 7.10 pagi. Lebih kurang sejam perjalanan. Lepas tu kitorang terus book sharing taxi untuk ke Pahalgam. Tapi masa ni x penuh lagi, so driver kena tunggu orang. Jadi, kitorang pun lepak dulu kat tepi jalan tu.

Anantnag

ni sharing taxi yang kitorang naik untuk ke Pahalgam

pekan Anantang

X lama tu, kitorang pun naik. Taxi terus bergerak menuju ke Pahalgam. Ramai jugak dalam taxi ni, kebanyakannya budak sekolah.

sawah padi

hijau kekuningan

Apa yang ketara kitorang dapat lihat sepanjang jalan ke Pahalgam ni adalah ramai askar berkawal kat kiri kanan jalan. Boleh dikatakan setiap 100m tu ada seorang askar berkawal berpakaian lengkap dan bersenjata. Seram betul tengok. Macam kawasan perang.

Anantnag -----> Pahalgam

Lebih kurang pukul 8.45 pagi kitorang tiba di Pahalgam. Sekarang ni nak mencari tempat penginapan. Untuk hari ni me x book pun mana2 hotel. Untuk esok ada dah, kitorang pun tunjuk nama hotel untuk esok hari tu. Tapi driver bagitau hotel tu terletak atas bukit, jauh sikit dari kawasan sungai. 

Me ada survey 1 chalet ni yang terletak tepi sungai. View lawa. Akhirnya kitorang decide untuk ke chalet ni. Rupanya driver kenal dengan owner chalet yang bernama Imran.

Imran ni pun dah siap tunggu kitorang kat tepi jalan. Imran ni me kenal melalui facebook. Ramai orang Malaysia yang stay kat chalet dia. Peramah jugak orangnya. So selepas berkenalan, Imran bawak kitorang ke chalet miliknya.

antara info yang ada di dinding masuk ke chalet

map Pahalgam
Bilik ok la, chalet terletak betul2 tepi sungai. Tapi harga semalam mahal gakla. Kitorang mintak kurang, dapatla kurang sikit sebab kitorang nak ambil 2 malam. Settle! Ambil kunci dan naik ke bilik.. Leganya kalau dapat baring atas katil. Semalaman kot duduk dalam kereta.

sungai tepi chalet

Lepas letak beg, kitorang keluar balik sebab Imran nak tunjuk kan kawasan sekeliling. Kitorang dibawa ke kedai makan memandangkan kitorang belum lagi breakfast. Kitorang order chai, butter roti, omelette dan kek. Belanja Imran chai sekali. X lama tu tu Imran mengundur diri sebab dia ada hal. 
makn breakfast
kek span.. bolehla
Lepas makan kitorang terus balik ke chalet dan berehat. Sebelum tu ronda-ronda tepi sungai mengambil angin sejuk pagi.. huhu

kawasan berdekatan chalet
confirm sejuk nihhh

Lama jugak kitorang melepak kat bilik. Bukannya tidur sangat pun. Wifi pulak ada, dapatla video call dengan family untuk melepaskan rindu. Xpe.. lagi beberapa hari je dah nak balik.. huhuhu..

Pada waktu petang, kitorang bersiap-siap dan keluar berjalan kaki ke dhaba yang kitorang makan breakfast tu. Disebabkam perut dah lapar mintak diisi, kitorang order nasik biryani ayam dengan magie..

bertungkus lumus brader ni prepare makanan kitorang yang tengah lapar ni

magie sampai.. orang sana tu menung ape.. hihihi

nasi biryani ayam

Boleh tahan rasa nasik biryani dia. Magie opkos la sedap. Style pekat tanpa kuah.. slurppp...

Alhamdulillah kenyang. Settle makan, Kitorang singgah kedai runcit membeli mineral water, tropicana dan keropok lay serta epal di kedai buah. Lepas tu, kitorang merayau-rayau sekitar pekan. 

Dari jauh dengar bunyi riuh je, rupa-rupanya ada perlawanan kriket kat salah satu padang berhampiran. Kitorang pun duduk sekali menonton. Ada budak-budak yang duduk berhampiran siap offer makan sekali keropok Lays. hehe... Tenkiu... so nice..

X lama pun kat sini, kitorang terus berjalan kaki semula balik ke chalet. Masa ni dah pukul 5.30 petang. Hari dah nak gelap. Xde apa nak buat pun malam-malam ni kat area Pahalgam ni. So kitorang cuma melepak kat bilikje sambil mengira perbelanjaan dan menyusun atur itinerary.

antara souvenir yang dibeli

Apa yang jadi keesokan hari? Ke mana kitorang ni..Ok jom ke next entry..
















































Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 13

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA

6 September 2017

Harini seawal 7.00 pagi, kitorang dah bersiap-siap untuk check out. Me tolong asben keluarkan motor dari khemah, sambil tu check kot-kot ada barang yang tertinggal.

Nampak Alee Abbas datang dari cafe membawa thermos dan cawan. Rupanya nak bagi kitorang minum. Semalam dah bagitau Alee yang kitorang nak keluar awal, tapi breakfast ready pukul 8.00 pagi katanya. Kitorang kata xpela, kitorang check out je tanpa breakfast.

Tengok-tengok pagi ni dia ajak jugak kitorang breakfast dulu sebab dah sediakan untuk kitorang. So asben pun bawak motor dan beg ke cafe. Alee hidangkan kitorang roti bakar bersama jem buah peach dan telur omelette.

breakfast dulu

roti dan omelette

Sambil breakfast tu, kitorang bersembang lagi dengan Alee. Dia suruh kitorang datang dan stay sini lagi lain kali. huhu.. InsyaAllah..

breakfast dengan Alee

Selesai makan, kitorang pun mintak diri untuk gerak. Kitorang gerak masa ni lebih kurang pukul 7.25 pagi. Mula-mula kena singgah report kat army check post yang semalam tu dulu. 

Awal-awal pagi jalan dah tough.. huhu.. Kena lalu laluan berbatu tepi tasik. Adoii.. Masa ni air tasik x nampak sebiru macam semalam dah. Nak kena ada cahaya matahari tepat ke tasik nanti baru dapat cantik macam semalam.

lalu tepi tasik Tso Moriri 

ha ni ada gambar jelas keadaan jalan. tengok bolehla.. try bawak naik motor.. haha 

jauh warna biru ni dengan semalam

jauh kena tinggal dengan kereta depan tu

jauh dah meninggalkan camp

bergambar jap

Bye bye Tso Moriri Lake. Ada rezeki memang akan ke sini lagi. Korang kena try pergi.. Memang satu pengalaman yang xdapat dilupakan dengan keindahan dan keramahan rakyat tempatan kat sana. 


semakin nak meninggalkan tasik
tasik semakin jauh.. sampai senget amek gambar

Laluan yang akan dilalui ni samala dengan laluan semalam. Sepanjang laluan memang dihidangkan dengan pemandangan yang sangat memukau. 

Kali ni kitorang dapat tengok seekor binatang bernama marmot. Binatang ni dapat dijumpai di kawasan pergunungan je. Kiut aihhh...

marmot
time nak amek gambar die lari
banyak marmot kat tengah tu... comeiii
kuda kuda tengah makan

marmot kat tengah2 tu

cantikkk

marmot lagi

kambing mbek mbek

dari jauh nampak Kyagar Tso Lake

on the way

Kyagar Tso Lake

semakin jauh meninggalkan Kyagar Tso Lake

Karzok -----> Kyagar Tso Lake

Kitorang tiba di simpang sebelum Mahe pada pukul 9.15 pagi. Perjalanan balik ni rasa cepat sikit sebab laluan ni kan dah lalu semalam.

Kyagar Tso Lake -----> check post Mahe

ke Karzok ikut kiri
check post Mahe -----> Chumatang
Dari simpang ke Mahe, kitorang tiba pulak di Chumatang dalam pukul 9.40 pagi. Singgah pekena black tea. Perjalanan diteruskan melalui Nurnis Village dan kitorang singgah rehat di tepi jalan berdekatan Kiari Army Area dalam pukul 10.30 pagi. 

otw

Kiari Army Area
tengokla keadaan jalan yang teruk ini..huhu
Chumatang -----> Kiari -----> Upshi
Selepas berhenti rehat, perjalanan diteruskan lagi dan kitorang tiba di Upshi dalam pukul 12.30 tengah hari. Singgah kejap melunjurkan kaki dan kitorang order chai, beli keropok Lays dan mineral water. Siap kena pau dengan anjing-anjing kat situ. Makan keropok pulak tu.. haha

sampai Upshi
Leh lagi 49 km
asben tengah tabur keropok
anjing sini makan keropok tau..huhu
apa yang dibebelkan tu ntah

Lepas berhenti rehat, kitorang bergerak semula dan tiba di Karu pada pukul 1.15 petang.

Upshi -----> Karu

sampai Karu
Karu -----> Leh
Kitorang x isi minyak pun kat Karu memandangkan minyak masih ada lagi setengah botol lepas isi penuh kat camp pagi tadi. So, sampailah kitorang di Leh pada pukul 2.00 petang. Alhamdulillah. 6 jam setengah je perjalanan balik ke Leh. Berbeza dengan perjalanan pergi semalam yang memakan masa hampir 8 jam. 

Kitorang terus ke tempat sharing taxi di Leh yang kitorang pergi haritu untuk mencari driver yang kitorang tanya tempoh hari. Cari-cari x jumpa, mintak tolong driver-driver lain call pun xdapat. Kata driver2 kat sini, hari ni x de sharing taxi yang nak ke Srinagar.

harga sewa mengikut tempat

Kitorang try cari option lain. Kitorang ke Main Bazaar Leh dan mencari sharing taxi, tetapi x dapat jugak. Last sekali option, kitorang akhirnya book dengan kedai motor yang kitorang sewa motor ni. Dikenakan Rs 2000 seorang, dan akan bertolak jam 5.00 petang nanti.

Ada masa dalam 2 jam lagi sebelum gerak. So kitorang decide untuk mencari kedai souvenir untuk membeli souvenir untuk bawak balik Malaysia. Kitorang singgah Himalaya membeli lip balm dan beberapa produk lain. Lepas tu, kitorang terus terus ke Oh La La Cafe dan order makanan.

makan vege pizza
antara produk Himalaya yang kitorang beli
Dah settle makan tengahari pada waktu petang. Alhamdulillah. Asben singgah kejap repair kasut berdepan dengan cafe tadi. Maklumla bawak kasut sepasang je, itu la yang dipakai redah sana sini sampai tercabut tapak..huhu

repair kasut

Lepas repair kasut, kitorang terus balik ke hostel untuk mengambil beg yang ditinggalkan semalam. Kali ni staff lain pulak yang bertugas. Selalunya Rakesh yang jaga. Semalam pun bagitau kat Rakesh nak tinggalkan beg kat hostel. Yang ni, staff perempuan yang bapaknye lahhhh kereknya. Geram pulak bila teringat balik.

Kitorang just bagitau nak ambil beg, pastu dengan kerek nya tanya ada pending bayaran ke x. Siap suruh kitorang tunggu dia buat confirmation. Ingat kitorang nak mencuri agaknya. Cakap elok-elok x bolehke.. Kitorang terus blah je. Huiihh.. panas betul hati masa ni.

Lepas keluar dari hostel, kitorang terus ke Main Bazaar semula dan park depan kedai sewa motor tadi. Beg kitorang tumpang letak kat dalam opis dia. Asben pulangkan balik motor, helmet dan botol minyak. Minyak siap ada balance dalam setengah botol jugakla termasuk yang dalam tangki. Kitorang sedekah je la. 

TIPS PENTING : Bagi yang ingin ke Tso Moriri Lake menaiki motor, cukup untuk isi 1 botol setengah minyak spare untuk dibawa sekali. 

Settle pulang motor, ada lagi masa untuk kitorang merayap buat kali terakhir di pekan Leh. Ye la, kan dah hari last kat Leh ni. Antara barang lain yang kitorang beli di Main Bazaar adalah buku kulit binatang dan fridge magnet. 

Selesai shopping, kitorang terus menunggu di hadapan kedai motor. Akhirnya tiba sebuah kereta Toyoya Innova yang dipandu oleh seorang uncle yang agak berumur. Kat dalam dah ada 2 orang, dan lagi asben tanya katanya askar yang nak balik bercuti.

Kereta terus bergerak melalui jalan ke Srinagar. Sebelum tu, uncle ni singgah di beberapa tempat untuk ambil orang. Masa ni kitorang dah pun berenam kat dalam kereta. 

selamat tinggal Leh Ladakh

dah nak gelap

Hari semakin gelap. Kitorang duduk di seat bahagian tengah, dan ada seorang lagi lelaki di bahagian belakang. Kitorang dah selesakan badan nak lelapkan mata, tiba-tiba terhidu bau x best. Sape kentut weiiii... Kuang hajaq.. 

Me & asben tutup hidung je sepanjang jalan.. Banyak kali tau terhidu. Kitorang syak mamat yang tidur kat seat belakang. Yang peliknya, orang lain buat dek jerrr.. Gila ahhh.. Esok pagi kot baru sampai.. X kan nak hadap.. Me yang duduk tepi tingkap siap bukak tingkap luas-luas.. Sejuk pun sejuk la.. Sejuk gigil dah masa ni.

Lebih kurang pukul 9.30 malam, uncle ni berhenti kat satu tempat, x pasti la kat mana. Kitorang makan magee dan minum chai. Sejuk sangat masa ni. 

singgah kedai minum
veg magie

Lepas minum, perjalanan diteruskan lagi. Kitorang yang kepenatan ni dalam pada x selesa tu terlelap jugak. X perasan dah kiri kanan tu apa. Sedar-sedar dah sampai Kargil dalam pukul 11.45 malam. Itupun sedar sebab driver singgah isi minyak.

Leh -----> Kargil
Lepas tu, terlelap balik. 

Jom sambung next entry sebab dah masuk hari lain.. :)





































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8