Tuesday, October 31, 2017

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 12



HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA

5 September 2017


Harini seawal 6.00 pagi kitorang dah check out. 1 lagi beg kitorang masih tinggalkan kat hostel. Balik esok baru ambil. Masa nak keluarkan motor ni, ada jugak intai-intai motor-motor kat situ. X nampak pulak ada botol minyak. Ye la, mana nak cam kan.. botol pun lebih kurang sama. Tapi memang x halalkan laa.. haha.. lantak situ..padan muka sapa suh curi..

Mula-mula sekali, kitorang ke stesen minyak Leh untuk isi minyak. Total kena bayar termasuk isi 2 botol kosong adalah 15.96 liter iaitu sebanyak Rs1230.

isi minyak kat Leh

Leh -----> Karzook, Tso Moriri Lake

Lepas tu, kitorang pun mula bergerak menuju ke Tso Moriri Lake. Perjalanan permulaan sama je dengan jalan nak ke Pangong Lake kelmarin. Cumanya dari Karu just straight je menghala ke Upshi.
Tapi sampai di Karu kitorang penuhkan lagi tangki minyak. Risau sebenarnya takut minyak xcukup pergi balik.
Leh -----> Karu

isi minyak kat Karu

jumpa tali, asben ikat lagi tong minyak supaya x jatuh

Karu -----> Upshi
Lebih kurang pukul 7.15 pagi, kitorang tiba di Upshi. Jalan dari Leh masa ni ok lagi. Kitorang singgah kejap minum chai dan makan magee. Kat sini jugak terletaknya 1st check post. Macam sebelum2 ni, just tunjuk passport untuk semakan dan pegawai bertugas akan ambil salinan permit.

1st check post to Tso Moriri

lepak minum kat sini

view sekeliling

signboard 

magee dan chai

bos tengah tengok map

Makanya lepas berehat sebentar, perjalanan  diteruskan lagi. Banyak tempat jugak la kitorang singgah untuk bergambar. Nasib baik la cuaca cantik je.. Cuma jalan je la yang x tahan nya..start dari Upshi tadi banyak off road. Teruk jalannya uii..

pergunungan
\
laluan yang tertutup cahaya matahari

ada sungai kat sebelah kanan jalan

cantik kan

benti jap kat tepi gunung

dah kena cahaya matahari

atas motor

cantik

cross jambatan
Upshi -----> Chumatang
Lebih kurang pukul 10.30 pagi, kitorang tiba di Chumatang. Kat sini katanya femes dengan hotspring, tapi kitorang x pergi pun. Kitorang cuma singgah minum chai & makan magee.. asyik2 magee je kat sini. Tapi magee diorang sedap tau! try lerr!

chumatang
kedai makan
view sekitar
magee  lagi da...
chai

Lepastu perjalanan diteruskan lagi mencari si tasik biru.. 

struktur batu nampak kegelapan sikit kat area sini
Chumatang -----> Check Post sebelum Mahe
Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari kitorang tiba di check post kedua sebelum Mahe. Selepas cek passport dan menyerahkan salinan permit, kitorang pun meneruskan lagi perjalanan. 

Sempat jugak capture gambar check post tu. Sebelum ni x berani nak amek gambar. hehe.. Tapi polis atau askar yang berkawal kat setiap check post kat Ladakh ni memang ramah, siap bertegur sapa lagi

tu ada tulis check post..berhenti.. jangan terus pulak

dapat tangkap sekeping gambar kat check post mahe
So lepas dah settle urusan check post, kitorang meneruskan lagi perjalanan. Tapi bukan jalan terus ke Mahe tau. Kena belok kanan, senang je kalau refer map. Jalan dari tadi kejap ok, kejap x ok. Kalau part yang bertar tu bolehlah laju sikit bawak. Tapi bila part offroad, seksa weh. Sakit bontot.. seriously! haha..

Tapi view Subhanallah. Memang superb. Cantik sangat.. Naik teleng kepala kejap toleh kiri kejap toleh kanan..Nampak pulak binatang-bintang meragut rumput. Bertambah serinya pemandangan tu.. huhu..

Seriously sesapa yang nak lari dari stress sesuai sangat datang Ladakh ni tengok keindahan alam semulajadi. Antara yang kitorang nampak adalah yak, kambing biri-biri, lembu dan kuda.

binatang ni namanya yak

cantiknya
Check post Mahe -----> Kyagar Tso
Masa on the way, tetiba ternampak ada sebuah tasik kecil yang airnya berwarna biru kehijauan. Kitorang pelik gak mula-mula sebab xkan la Tso Moriri ni kecik je. Tengok gambar haritu lain. Rupa-rupanya Tso Moriri Lake jauh lagi daa.. Bila dah balik Malaysia, survey balik, baru tau sebenarnya nama tasik ni Kyagar Tso. 

Tasik Kyagar Tso

birunya..

singgah kejap bergambar

Mestila kena singgah bergambar kan. So lepas lepak-lepak kejap kat tasik ni, perjalanan diteruskan lagi ke Tso Moriri Lake. Jalan dia adoiii... patutnya x jauh dah.. tapi jadi jauh sebab jalan berbatu-batu...

Asben siap bukak helmet sebab sakit kepala bergegar dek sebabkan jalan x elok. Helmet ketat satu hal. huhu..


Kesabaran sangatlah diperlukan untuk ke Tso Moriri Lake ni terutamanya laluan dari tasik tadi tu. Jalan memang berbatu habis.. Bergegar kepala hotak.. hahaha.. Adala beberapa part yang jalan tar

Bila keadaan jalan macam ni, kenala bawak slow. Terasa la jauh lagi nak sampai. Padahal dari jauh nampak dah tasik tu tapi xsampai-sampai lagi.. huhuhu..

part jalan yang helok

Bila jalan dah macam ni, x dan nak keluarkan kamera masa on the way ke Karzok. Baru perasan sebab bila check x de pun gambar kat laluan ni. Mungkin sebab dalam pikiran dok fikir bila la nak sampai.. haha

Tasik Tso Moriri tadi makin lama makin dekat. Akhirnya sampai jugak kitorang di Tso Moriri Lake. Cumanya kena lalu laluan off road lagi sejauh lebih kurang 10 km kalau x silap untuk ke Karzok. Kat sini la kita boleh cari tempat nak menginap.

ha dah sampai Tso Moriri..
nak ke Karzok

Kyagar Tso -----> Karzok
Tapi 10km rasa dia macam 30km. Bercinta nak sampai kata orang. huhu. Akhirnya sampai jugak kitorang di Karzok. Mula-mula sekali kena pergi lapor diri dulu kat army check post. 

ha tengok ni keadaan jalan
Lepas tu kitorang terus mencari tempat nak stay untuk malam ni. Kebanyakannya kat sini berkonsepkan khemah. Samala macam kat Nubra Valley tempoh hari. Kebetulan terjumpa seorang tour guide ni, dia tolong bawak kitorang mencari camp. 

Masa otw mencari camp, terjumpa rakyat senegara. Hehe.. Geng pompuan dalam 4, 5 orang. Dapat la  jugak kitorang bersembang kejap. Katanya diorang gerak awal pagi menaiki van tour guide, tapi x bermalam kat lake ni. X lama tu kitorang pun gerak.

Kitorang dibawa ke Yak Camp. Masa ni jam dah pun pukul 2.00 petang. Asben park motor dan pergi berunding dengan pekerja camp. Me menunggu sambil belek-belek gambar kat kamera. 

jalan berdepan yak camp

sebahagian dari yak camp
Kebetulan lalu 2 orang mat salleh yang baru lepas hiking. Sempat la bersembang. Katanya diorang travel naik bas dari Leh ke satu tempat ni, then hiking sampai ke Tso Moriri Lake. Dasyat betul stamina diorang. Memang respect ar..

minah salleh

X lama tu asben panggil, katanya khemah dapat harga Rs2000 include sekali makan malam dan breakfast untuk esok pagi. Bolehla.. Memang rate kat area tasik ni Rs 2000 ke atas. Lagi dekat dengan tasik, lagi la mahal. X caya cek booking.com tu ha..

So asben pun park motor berdepan dengan khemah, sambil tu dia bukak balik ikatan tali kat botol minyak spare tu sebab nak bawak botol tu masuk ke dalam khemah. Kang x pasal hilang lagi macam hari tu kan. 

Kitorang pilih khemah yang hujung sekali. Masa ni angin boleh tahan kuat gak. Risau pulak tercabut khemah. hehe.. Tandas pun dah disekalikan kat dalam.

katil double

pintu masuk khemah dari dalam

tandas

Disebabkan kepenatan disebabkan perjalanan bermotor yang agak jauh, kitorang decide untuk berehat dulu sebelum keluar berjalan-jalan di tasik lewat petang nanti.

Lupa nak cerita, camp kat sini selalunya diorang limitkan penggunaan elektrik. Sama jugak macam di Nubra Valley haritu. So kalau nak charge handphone & kamera tu agak susah sikit la. Nasib baik kitorang ada bawak spare bateri untuk kamera. Wifi? No... Biasakan diri dengan alam semulajadi.. kikiki..

view kawasan camp
Me nak recommend jugak kat korang yang pergi ke lake ni supaya stay kat Yak Camp ni. Servis memang tiptop. Staff camp, nama dia Alee Abbas, memang terbaik. Siap hidang chai untuk minum petang lagi tu.

kat cafe camp
Dah settle minum petang, kitorang balik semula ke khemah. Lebih kurang pukul 4.00 petang, kitorang pun bersiap-siap untuk keluar bersiar-siar ke kawasan tasik Tso Moriri dengan menaiki motosikal.


otw ke tasik


lawonyeee


View tasik masa ni, Subhanallah.. Cantikkkk sangat. Air tasik warna biru, ngam sangat la masa ni sebab cahaya matahari memang menyinari keseluruhan tasik. Sebabnya, masa mula-mula kitorang sampai tadi, x la nampak biru sangat tasiknya.

Subhanallah

duduk menghayati keindahan alam ciptaan tuhan
topi
santaiii

bayangan awan pada gunung

X lama melepak kat tepi tasik, kitorang naik motor semula dan asben bawak naik bukit sikit untuk view tasik dari bahagian atas.

jom naik bukit sana

ha tadi kitorang kat bawah tu
ada motor naik ikut bukit ni

our shadow

subhanallah

Ada la dalam setengah jam kitorang melepak kat atas bukitni.. Memang x puas kalau ikutkan, tenang rasa bila tengok alam semulajadi. Dalam dekat-dekat pukul 6 petang, cahaya matahari dah nak mula menghilang ditutupi awan. Ewahhh.. macam lagu pulak..

So kawasan tu nampak gelap sikit dah, amek gambar pun dah jadi gelap. So kitorang pun decide untuk balik ke khemah.

kawasan ni dah x kena cahaya matahari

nak balik khemah

depan khemah kitorang

Sesampai je di khemah, Alee mengajak kitorang untuk minum petang. Dihidangkan chai bersama biskut kering. Memang layanan tiptop dari Alee Abas. Kena pulak la suhu masa ni terlalu la sejuk.

minum chai

chai & biskut
So lepas minum petang, kitorang mengundur diri untuk balik ke khemah. Asben decide untuk bawak motor masuk dalam khemah, kat bahagian luar tu je. Kan ada 1 lagi pintu berzip sebelum katil. Risau pulak takut hilang motor kalau park kat luar sebab kawasan ni gelap bila dah malam.

2 botol minyak motor spare asben letak kat dalam bilik mandi. Xde la bau kuat sangat masa tidur nanti. So dah settle park motor, kitorang pun mandi, solat dah berehat. Camp ni menggunakan generator untuk menghidupkan lampu. 

Makan malam kitorang adalah pada pukul 7.30 malam. Kitorang pun menyarung sweater dan keluar berjalan kaki ke cafe Yak Camp. Sejuk sangat-sangat masa ni. Dengan angin kuatnya. 

hidangan pertama dah sampai
sup pekat cendawan 

Mula-mula tu kitorang dihidangkan dengan sup pekat sayur + cendawan dan juga popadom pedas. Sedap jugak sup dia. Siap ada ulam timun lagi.. hehe

popadom pedas.. sedap

sup pekat cendawan

bismillah

Lepas tu, kitorang dihidangkan pulak dengan nasi berlauk. Setiap satu hidangan secara buffet dalam food warmer. Siap boleh tambah2 lagi.. Sedap, boleh tahan masakan diorang. Tengah lapar pulak tu, tambah lagi sejuk. Memang ngam.. huhu

nasi makan dengan kentang dan brokoli 

Nasi x habis lagi, Alee hidangkan pulak capati. Sedap. Memang kenyang sangat malam ni. Alhamdulillah.

capati panas

Yak Camp

Selepas makan, Alee hidangkan pulak chai panas. Lepas tu, kitorang bersembang. Lama jugak melepak bersembang dengan Alee. Dia panggil kitorang brother Hafiz dan sister Shahida.. hehehe

Alee baru berumur 25 tahun kalau x silap. Katanya, sekarang ni musim low season, high season dah berlalu masa bulan 6 dan 7 hari tu.

Dekat pukul 9 la jugak baru kitorang balik ke khemah. Yela, lagipun x tau nak buat apa. Nak layan internet, wifi pun xde. So kitorang decide untuk tidur awal sebab esok nak gerak awal pagi untuk balik semula ke Leh.

Daaa...














































































 








































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8