Sunday, October 9, 2016

Trip JalanJalanCariMakan ke Langkawi - Day 4

24 Februari 2016

Selepas makan pagi, kitorang terus check out dari hotel. Masa ni jam lebih kurang pukul 8.45 pagi. Memang kitorang dah set nak gerak awal sebab nak kejar feri awal pagi. Xdelah sampai lewat sangat di Cameron nanti.

Tapi sebelum tu sempat lagi ke Kompleks HIG untuk beli coklat lagi. hehe. Kitorang menaiki kereta terus menuju ke terminal jeti sebelum memulangkan semula kereta kepada owner.

Kebetulan feri dah pun ada masa kitorang sampai tu. Lepas beli tiket ke Kuala Kedah, kitorang terus naik dan feri mula bertolak lebih kurang pukul 10.10 pagi. Kitorang tiba di jeti Kuala Kedah pada pukul 11.50 pagi.

nak tido xterlelap,so layan ombak tepi tingkap. hehe
dah nak sampai


Sesampai je di jeti kitorang terus menuju ke tempat parking untuk mengambil  kereta dan terus menuju ke highway.




JJCM 5: Line Clear


Kitorang memang dah bercadang untuk singgah di Penang sebab dah alang-alang kan. Kitorang terus menuju ke Nasi Kandar Line Clear untuk makan tengah hari. Katanya ada nasi kandar yang lagi sedap kat Penang ni, tapi malas nak mencari. Kitorang decide untuk makan kat sini je.

line clear
jom
jemput makan

Berapa bintang mau kasi! : ***
Harga (2 orang makan) : RM 24.90

Lepas makan, sempat pergi beli jeruk pak ali dan kitorang meneruskan semula  perjalanan ikut jambatan ke 2.

umm yummy





Kitorang sempat singgah di Ipoh shopping barang di Jusco sebelum bergerak naik ke Cameron Highlands.

Oklah, habis dah. Esok dah nak kerja balik. hehehe. Disebabkan ni trip jalan jalan cari makan, rumusannya, makanan paling sedap dan menepati selera adalah di Sg Petani.. mabeles! hehehe

Sekian, Assalamualaikum..










Trip JalanJalanCariMakan ke Langkawi - Day 3

23 Februari 2016

Okla, dah masuk hari ke 2 kat Langkawi ni. Agak bosan jugakla harini coz me banyak memerap dalam bilik je. huhuhu..Asben dah keluar seawal 8.30 pagi menghadiri seminar. Nak keluar sorang-sorang macam x kena je.. haha

Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari asben call nak ajak pergi makan, so lepas dah siap-siap me turun ke lobi hotel. Rupanya asben ajak join sekali makan dengan group seminar. Alahai segan jugakla, terpaksa la ikutkan je.

Asben bagitau yang seminar bersambung balik pukul 2.30 nanti. Lepas makan ni kitorang ambil kesempatan keluar sekejap untuk ke Pekan Kuah. Asben nak beli rokok yang member dia pesan. Sambil tu, me saje la masuk ke kedai jual perfume. Menjenguk je la, x membeli. hehe..Kemudian kitorang balik semula ke hotel.

Kitorang naik ke bilik, lepas solat, asben turun semula ke bilik seminar dan macam biasa la me just menonton tv x pun main telefon untuk menghilangkan kebosanan. huhuhu

JJCM 4: Rojak Jalan Airport

Lebih kurang pukul 5.00 petang, asben call suruh siap, katanya nak round lagi pekan langkawi ni. Kitorang bergerak menaiki kereta menuju ke Cable car Langkawi. Bayaran yang dikenakan adalah RM 60.00 untuk 2 orang.

Sebelum tu kitorang singgah pekena rojak kat jalan Airport. Lupa nak snap gambar. Rasanya ok la sedap jugak.

Berapa bintang mau kasi! : **
Harga (2 orang makan) : RM 6.00

jom masuk



Masa naik ni, cuaca agak panas, sampai mata pun xleh nak bukak. Tapi layan la view kat sini. Jom layan view
cantik view




Disebabkan cuaca agak panas, kitorang cuma bertahan 20 minit je kat atas ni lepas tu terus turun balik. Sekejap sangat. Memang rugi je bayar tiket. haha

turun dah


Keluar je dari sini, kitorang terus bergerak balik semula ke hotel. Selepas berehat, mandi dan solat, lebih kurang pukul 8.00 malam, kitorang turun untuk makan malam yang dah disediakan. Mulanya x nak ikut, ye la tiba-tiba menyebok sekali join makan kan. Tapi asben ajak jugak sebab katanya semua yang bawak family pun join, so ikut sekali join makan malam ni.

ape tah nama makanan ni


Dah settle makan malam ni, kitorang keluar untuk ke kompleks HIG lagi untuk borong coklat nak dibawa balik nanti. Kemudian singgah minum di kedai makan berhadapan dengan hotel sebelum balik semula ke hotel.

Esok dah nak check out. Kali ni ke Langkawi x sempat pun nak join aktiviti air. X pela ada masa pergi lain kali pulak. hehe

Jom ke entry last..
























Trip JalanJalanCariMakan ke Langkawi - Day 2

22 Februari 2016

Bilik yang kitorang book ni termasuk sekali dengan breakfast. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kitorang keluar berjalan kaki menuju ke lobby hotel untuk ke restoran. Lobby dan bilik hotel terletak dalam 1 kawasan resort yang sama, cuma kena menapak la sikit.

Selepas breakfast, kitorang menapak semula ke bilik. Sepanjang laluan ke bilik tu kitorang singgah la mengambil gambar. Kawasan resort ni boleh dikatakan agak besar jugakla. Banyak kemudahan yang disediakan antaranya kolam renang, gym dan kedai serbaneka. Kat sini tempat memanah pun ada tapi nampak macam terbiar.

gym & kolam renang
gym
kolam renang
pintu ke bilik


Sesampai je di bilik, kitorang pun bersiap-siap untuk check out. kitorang ke lobby untuk memulangkan kunci dan dapat semula deposit RM 40 untuk bilik. Harga 1 malam kat sini adalah
RM 120.

otw

Lepas dah check out, asben drive keluar dan menuju ke highway untuk terus ke Kuala Kedah. Kitorang cuma singgah untuk isi minyak di hentian Gurun dan meneruskan perjalanan semula.

jom singgah
view sekitar

Kitorang keluar exit Alor Setar Selatan dan meneruskan perjalanan menuju ke jeti Kuala Kedah. Masa ni jam lebih kurang pukul 12.30 tengah hari.

exit
pintu gerbang
masjid india kuala kedah
Kitorang sampai di jeti Kuala Kedah lebih kurang pukul 1.00 tengah hari. Kitorang park di tempat yang disediakan dan dikenakan bayaran RM 45 untuk 3 hari. Selepas dah ambil beg, kitorang menapak ke kaunter untuk membeli tiket yang berharga RM 46 untuk 2 orang (sehala). 

Waktu perjalanan feri adalah pada pukul 1.00 tengah hari. Tengah-tengah menunggu ni, asben me siap book kereta sewa dari orang kaunter tu. Masa ni la asben jumpa dengan beberapa orang kawan 1 office yang terlibat kat Langkawi nanti. 

dalam feri

Perjalanan feri ke Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit kalau dari jeti Kuala Kedah ni. Kitorang tiba di jeti Kuah pada pukul 3.20 petang dan terus menunggu kereta sewa. Setibanya kereta yang disewa, kitorang terus menuju ke HIG Hotel untuk check in. 

baru sampai
jom tarik beg
ha tuu hotel
kaunter

Dapat je kunci kitorang terus naik ke bilik untuk meletakkan beg. Bilik di HIG ni okla, cantik dan kemas. Konsep Islamik.

interior bilik

bathroom

Nasib baik la program ofis bermula esok, kalau x melangut jugak sorang-sorang kan. haha..Cumanya malam ni je asben ada program sekejap. So kitorang decide untuk berehat sekejap sebelum keluar balik untuk makan tengah hari.

p
kawasan laman padi


Lebih kurang pukul 4.30 petang, kitorang turun dan menuju ke kereta. Misi untuk mencari makanan! hahaha..

JJCM 3: Seashell Restaurant Laman Padi

Kat sini me gunakan waze je untuk cari tempat makan. Mulanya kitorang ke Nasi Dagang Pak Malau, tapi tutup. So kitorang meneruskan perjalanan ke Laman Padi.

kajang pak malau
Laman padi
set
kawasan tempat makan
jom makan makan santai
Kitorang memilih untuk duduk di bawah pondok dengan view pokok padi yang xberapa nak ada. haha. Tapi bestla, berangin je kawasan ni. Kitorang order set Nasi Kukus Ayam untuk 2 orang.

Sementara menunggu makanan sampai, sempat melepak baring-baring kat sini. hehe.. Orang pun x ramai. Ada la 1 group tengah makan kat pondok selang sebuah dari pondok kitorang lepak ni.

amboi siap berbaring bagai

X lama lepas tu, sampai la makanan kitorang. Adala hampir-hampir setengah jam menunngu. Best jugak cara hidangan dia. Diletakkan dalam talam rotan yang dilapik dengan daun pisang. Bismillah, kitorang pun makan dengan seleranya. haha..

Paling best sekali menu dia adalah sambal belacan! memang sedap. Yang lain tu biasa je. Ada nasi putih, sup ayam, ayam kukus goreng beberapa potong, keropok, tauhu goreng, telur masin, timun, kobis, tomato, kacang dan air asam. Tu je la pun, nak tambah feel makan pun sebab makan kat pondok open air. hehehe.. Overall ok la. set ni x masuk air tau. Kitorang order air asam boi dan ABC sebagai tambahan.

dah sampai

makan tepi sawah padi yang xde padi.. hehe
air batu campoq
asam boi
Tapi untuk menu macam ni, me rasa agak mahal jugak la. Ayam pun macam seketul je dipotong-potong kecik. Yang lain tu cuma sayur-sayur dicampur sebagai ulam. Agak x berbaloi mungkin. Bolehla sekadar nak mencuba. Set nasi kukus ni sahaja x masuk air adalah RM 45. huhuhu...

Berapa bintang mau kasi! : **
Harga (2 orang makan) : RM 54.00

Ahamdulillah, dah siap makan untuk tengah hari. Kitorang bergerak dan lalu ikut jalan airport kemudian terus ke Idaman Suri. Kitorang masuk intai-intai kejap je sebab x ada apa nak dibeli lepas tu bergerak semula balik ke hotel.

survey mangkuk 


Di bahagian bawah HIG Hotel ni juga dibuka salah 1 cawangan kedai Haji Ismail yang menjual pelbagai jenis coklat. Kitorang singgah dan sempat membeli sedikit coklat dan singgah pula di Mart yang terletak berhadapan dengan hotel untuk beli minuman peket kalau-kalau nak dibancuh dalam bilik nanti.

Kemudian kitorang naik ke bilik untuk berehat. Pada pukul 8.30 malam asben keluar menghadiri taklimat office, me cuma lepak-lepak menonton tv kat dalam bilik.

Lebih kurang pukul 11.00 malam, asben me call dan ajak keluar pusing-pusing area Pantai Chenang. Dah lewat jugak kiranya, x ada apa yang menarik sangat. On the way balik tu kitorang singgah di stall tepi jalan untuk membeli burger dan terus balik semula ke hotel.

Cabin kat area pantai Chenang
Berakhirla trip hari ke 2 ke Langkawi ni ha. huhu.. jom sambung ke entry hari 3..
























Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8