Sunday, October 9, 2016

Trip JalanJalanCariMakan ke Langkawi - Day 3

23 Februari 2016

Okla, dah masuk hari ke 2 kat Langkawi ni. Agak bosan jugakla harini coz me banyak memerap dalam bilik je. huhuhu..Asben dah keluar seawal 8.30 pagi menghadiri seminar. Nak keluar sorang-sorang macam x kena je.. haha

Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari asben call nak ajak pergi makan, so lepas dah siap-siap me turun ke lobi hotel. Rupanya asben ajak join sekali makan dengan group seminar. Alahai segan jugakla, terpaksa la ikutkan je.

Asben bagitau yang seminar bersambung balik pukul 2.30 nanti. Lepas makan ni kitorang ambil kesempatan keluar sekejap untuk ke Pekan Kuah. Asben nak beli rokok yang member dia pesan. Sambil tu, me saje la masuk ke kedai jual perfume. Menjenguk je la, x membeli. hehe..Kemudian kitorang balik semula ke hotel.

Kitorang naik ke bilik, lepas solat, asben turun semula ke bilik seminar dan macam biasa la me just menonton tv x pun main telefon untuk menghilangkan kebosanan. huhuhu

JJCM 4: Rojak Jalan Airport

Lebih kurang pukul 5.00 petang, asben call suruh siap, katanya nak round lagi pekan langkawi ni. Kitorang bergerak menaiki kereta menuju ke Cable car Langkawi. Bayaran yang dikenakan adalah RM 60.00 untuk 2 orang.

Sebelum tu kitorang singgah pekena rojak kat jalan Airport. Lupa nak snap gambar. Rasanya ok la sedap jugak.

Berapa bintang mau kasi! : **
Harga (2 orang makan) : RM 6.00

jom masuk



Masa naik ni, cuaca agak panas, sampai mata pun xleh nak bukak. Tapi layan la view kat sini. Jom layan view
cantik view




Disebabkan cuaca agak panas, kitorang cuma bertahan 20 minit je kat atas ni lepas tu terus turun balik. Sekejap sangat. Memang rugi je bayar tiket. haha

turun dah


Keluar je dari sini, kitorang terus bergerak balik semula ke hotel. Selepas berehat, mandi dan solat, lebih kurang pukul 8.00 malam, kitorang turun untuk makan malam yang dah disediakan. Mulanya x nak ikut, ye la tiba-tiba menyebok sekali join makan kan. Tapi asben ajak jugak sebab katanya semua yang bawak family pun join, so ikut sekali join makan malam ni.

ape tah nama makanan ni


Dah settle makan malam ni, kitorang keluar untuk ke kompleks HIG lagi untuk borong coklat nak dibawa balik nanti. Kemudian singgah minum di kedai makan berhadapan dengan hotel sebelum balik semula ke hotel.

Esok dah nak check out. Kali ni ke Langkawi x sempat pun nak join aktiviti air. X pela ada masa pergi lain kali pulak. hehe

Jom ke entry last..
























Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8