Tuesday, September 8, 2015

Trip Bajet Ciput ke Pulau Kapas - Perbelanjaan

PULAU KAPAS FAMILY TRIP
Baru je buat entry Bajet Trip ke Pulau Kapas..Yang masih belum view trip me tu boleh bukak link ni
http://jalanjalanbajetciput.blogspot.my/

Seperti yang kite semua tahu..,, kalau nak ke pulau confirm mahal kosnya kan.. Terutama yang ambil pakej.. Cuba la try x ambil pakej dan korang bandingkan.. sangat banyak korang boleh jimat.. Di sini me nak share kos percutian me dan keluarga seramai 7 orang ke Pulau Kapas 4 hb Sept yang lepas.

Ok me share brochure Ombak Kapas untuk contoh rujukan korang..



Kat situ ade tulis pakej untuk 3 hari 2 malam untuk seorang berharga RM 290. Pakej ni termasuk boat transfer, makan pagi 2x, makan tengahari 2x, makan malam 2x.

Kat sini me senaraikan pulak kos berasingan tanpa pakej.. Nanti kita buat kiraan semula.

Bajet untuk 7 orang ( 2 biji kereta iaitu Saga BLM dan Myvi )

1) Angullia Beach House Resort : RM 300 ( 2 bilik)

2) Return Boat Transfer MGH    : RM 210 ( RM 30 seorang )

3) Minyak Saga + Myvi              : RM 260

4) Barang Masak dan jajan         : RM 50

5) R&R Gua Musang                  : RM 37
    3/9/15
6) Makan Pagi di Jeti Marang     : RM 57
    4/9/15

7) Jajan & Buah                           : RM 59.15

8) Ombak Kapas Chalet               : RM 600

9) Snorkeling 1st day                   : RM 85

10) Makan di Cafe Jeti                 : RM 100

11) Snorkeling 2nd day                : RM 105

12) Makan di Pak Ya                    : RM 80

13) Kayak                                      : RM 15

14) Makan di Cafe Jeti                  : RM 84

15) Parking di Jeti Marang            : RM 14 ( 2 buah kereta)

16) Makan pagi                             : RM 22.40

17) Makan Tengahari                    : RM 29.00

JUMLAH                                     : RM 2107.55

Kos Seorang               : RM 301


Hanya Rm 300 sahaja kos untuk seorang pergi dan balik dan cuma tambah Rm 50 untuk membeli belah jajan di Pasar Payang. Namun ini hanya bajet untuk ke Pulau Kapas.. Pulau lain bagi pendapat me, kosnya mungkin agak mahal sedikit berbanding Pulau Kapas..

Sekiranya kita ambil pakej, RM 300 hanya untuk boat, makan, dan bilik.. So tepuk dada tanya selera..
Setiap orang mungkin ada pendapat sendiri. Tak salah pun untuk ambil pakej kerana bagi sesetengah orang, ianya adalah mudah dan lebih senang kerana jika tidak ambil pakej, anda perlu lebih membuat searching di internet.. Rajin-rajinla tengok review dan blog-blog orang yang telah pergi sesuatu tempat tu..

Sekian.. InsyaAllah akan datang me akan share bajet trip me dan keluarga ke Korea pada tahun lepas.


Trip Bajet Ciput ke Pulau Kapas

PULAU KAPAS FAMILY TRIP

3 Sept 2015 (Khamis)

Assalamualaikum semua..Baru-baru ni me n famili buat trip bajet ke Pulau Kapas... Ala...nak pergi pulau kan... pulau ni la yang agak murah kos nya berbanding pulau-pulau lain. Hihihi..Dan semua itenarary buat sendiri..Book bukan under pakej..sangat jimat banyak hokeyyyy...hihi...nanti me share bajet keseluruhan trip ni ye...Ok.. Tibala hari yang ditunggu... Khamis...3/9/15..kerja pun xsampai separuh hari dek kerana xsabar nak pergi jalan-jalan...Yehaaaa...

Perjalanan kitorang bermula dari Cameron lebih kurang pukul 2.00 pm lepas makan tengah hari kenyang-kenyang. Kitorang seramai 7 orang menaiki 2 buah kereta iaitu "Cik white" dan "Cik Oyen"..Malam sebelum tu sempat lagi membakor kek buah untuk dibawa sekali sebagai bekal...hehe..

hummm...nyumehhh...abes jugak at the end walaupun xbape nak menjadi sgt...hehehe


Ok sambung balik... Oh ye...Untuk makluman korang ( yang mane belum tau la...yg dah tau tu diam-diamjela..hehe)... Kalau dari Cameron, jalan yang paling dekat menuju ke Kuala Terengganu adalah melalui Gua Musang - Tasik Kenyir. Perjalanan ambil masa lebih kurang 5jam la jugak kalau banyak tempat nak singgah...hehe..

So dalam pukul 3.30petang, kitorang dah pun sampai di Gua Musang. Kat sana kitorang singgah solat dan minum petang. Perjalanan diteruskan menuju ke Tasik Kenyir yang mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Pemandangan kiri kanan jalan tu best jugakla...dapat tengok kehijauan pokok-pokok, tasik pun hijau je airnya... cantik sangat...Subhanallah..

Lebih kurang pukul 7.30petang, kitorang sampai ke chalet persinggahan di Marang sebelum naik bot keesokan paginya. Kitorang stay di Angullia Beach House Resort Marang. Masa call sebelum pergi tu, staff kaunter kata ada 3 je bilik kosong. Sampai sana macam banyak je lagi yang kosongnya.. Kitorang ambil 2 bilik untuk 1 malam berharga RM150 sebilik. Lupa pulak nak ambil gambar bilik resort tu.. Untuk makluman, chalet ni betul2 terletak di tepi pantai..sangat best dengar bunyi ombak..Tapi sampai pun malam, kitorang xnampak pun bayang pantai..Gelap je..haha

snap dari komputer screen..hihi...bilik kitorang yang nombor 35 & 37 dalam map tu...Pantai sebelah kiri..Dekat sgt..


So malam tu, lepas mandi dan solat kitorang pun lepak-lepak depan chalet yang menyediakan ruang meja santai untuk makan malam.. Bawak bekal je dari rumah.. Mak me dah siap masak masa di rumah. Lauk-pauk yang agak menyelerakan malam tu antaranya sotong masak merah, sup bebola, dan ayam perap..humm yumehhh... Lepas makan tu kitorang keluar kejap pi ronda-ronda Kuala Terengganu.. X lama pun lepas tu terus balik bilik dan menidurkan diri ini.. heheh..Esok paginya nak kena bangun awal merebut parking pulak di jeti. 

4 Sept 2015 (Jumaat)

Pagi-pagi lagi kitorang dah bangun menikmati pemandangan matahari terbit di tepi pantai. 

Indahnya ciptaan Ilahi..Subhanallah..









Lepas tu terus check out pi amek tiket bot dan cari makanan untuk mengisi perut yang dah berbunyik..hehe.. Haritu ade bace 1 blog ni yang bagitau ade 1 gerai yang menjual nasi dagang sedap.. so try cari kedai tu.. memang sedap...lepas makan, kitorg bungkus lagi untuk bawak gi pulau..Maklumla makanan kat pulau semuanya mahal 2x ganda kot..hehe...

gambar yang bawah tu..kuah pun dalam periuk lagi...sedappp...
Dalam pukul 10.45 kami pun menaiki feri MGH menuju ke Pulau Kapas.. Perjalanan cuma mengambil masa dalam 20 minit.

Sampai pulau lebih kurang pukul 11.15 pagi. Kitorang book bilik di Ombak Kapas Resort. Tapi time check in ade problem sikit. Dah book tapi x ada nama dalam record diorang.. hushhh... spoil betul mood cuti... Xlame lepas staff tu bincang dengan boss dier, barula staff tu bagi check in.. Tu pun bayar je dulu, tapi bilik belum ready lagi.. Sampai la ke pukul 1 kitorang menunggu...Pukul 1.30 baru dibagi bilik untuk check in.. Jauh pulak tu dari pantai...Banyak nak komplen pasal resort ni... Nanti baru bagitau ok...hehe..

Sambil tunggu nak check in, kitorang sempat main bola tampar pantai lagi... Dengan baju x bertukar, belasah jer...haha...Lepas tu kitorang makan bekalan nasi dagang yang dah dibungkus dari pasar marang tadi..Nah layan gambar dulu...




Ombak Kapas Resort







Sempat lagi main bola tampar dengan baju xbertukar..hehe








Lepas dah check in kitorang mandi n solat then rehat sekejap sebelum keluar menikmati suasana pantai..Aktiviti kitorang petang tu cuma bersnokelling dan mandi pantai... Agak panas cuaca time ni...confirm gelap balik nanti..haha..



Lepas dah berjam2 duk dalam air tu confirm la lapar balik kan... So kitorang decide g jalan sampai ke hujung pulau... banyak kedai makan tapi kebanyakannya diorang cuma sediakan pakej sekali ngan bilik...

So jalan punya jalan sampai la ke jeti.. betul2 tepi jeti tu ade cafe jual makanan...Harga standard pulau la kan... Nasi Goreng pun Rm10..So decide untuk makan kat situ memandangkan perut dah tersangat lapar... Masa tu lebih kurang pukul 6.30ptg..Rm100 jugakla habis untuk 7 orang makan.. Tapi sedap n banyak... Makcik ni pun masa amik order bagitau siap2 yang makanan situ mahal..cuma lambat sikit la sebab die masak satu-satu walaupun order kueyteow 3 pinggan..So tunggula dengan sabar yer.. hehe..

Kuey Teow Goreng die serius sedap.. banyak pulak tu..
Ni Nasi Goreng Kampung...Pun sedap..

muke kelaparan masing2..haha
Lepas kasi clear pinggan, kitorang pun gerak balik bilik..mandi2, solat n rehat sekejap.. Malam tu geng yang lelaki decide nak g memancing kat jeti sebelah kedai makan tadi.. Dalam pukul 8.30, geng lelaki (3orang) pun keluar dengan alatan pancing menuju ke jeti... Kitorang sempat lagi prepare siap2 magee dalam tupperware n g mintak air panas kat cafe chalet... Siap bawak air n makanan kudap2 kitorang pun gerak g jeti gak.. Lepak sana makan magee sambil tengok diorang memancing..
mak teman abah mancing




Mula-mula tu xramai yang memancing...Adela dalam setengah jam kitorang kat situ, datangla geng2 couple dok lepak skali kt tangga jeti tu... ntah macam mana la nak memancing kalau dah penuh sangat kat situ.. Bosan sangat kitorang pun decide untuk balik bilik tido je.. Yang lelaki stay lagi memancing..Dalam pukul 2.30 pagi baru sedar diorang balik...

5 Sept 2015 (Sabtu)

Ok...awal2 entry ade me bagitau nak cerita pasal chalet kan..Lepas bangun subuh, tido balik.. Ingatkan nak tido la lama sikit.. tenang2 kan pikiran...lepak-lepak main telefon... Sekali pukul 8 pagi dah bunyi bertukang kat atas bilik... Guest ade dalam bangunan pun ko nak bertukang? Dahla dapat bilik hujung ke dalam..bangunan baru..2 tingkat.. tingkat atas still under construction. Dah tau still xsiap lagi jangan la bagi guest stay bilik tu...Bilik lain banyak lagi sebelah depan.. Memang bab bilik kat sana kitorang sangat x puas hati..

Lepas mandi asben keluar pergi tanya kat kaunter untuk check out harini and ambil balik duit.. Staff kaunter kata bos xbagi coz dah  masuk sistem. Of course la x bagi kan..kalau x rugi la korang..
Asben siap warning kat staff kaunter tu supaya x ada lagi bunyi bertukang tu esok pagi.

Dah xdapat nak check out kitorang pun terpaksa la stay lagi 1 malam.. Tapi seriously sesiapa yang nak gi Pulau Kapas, 1 malam dah cukup dah sebab pulau die agak kecil dan xbanyak aktiviti nak buat. Kitorang yang agak bosan ni decide nak sewa lagi set snorkeling sampai ke petang. Lepas mandi pantai, lebih kurang pukul 3 petang kitorang try g makan kat Pak Ya Restaurant. Ramai yang kata sini lebih murah berbanding tempat lain. Lepas dah try, murah memang murah tapi x sesedap cafe yang dekat jeti tu..So malam tu kitorang dah plan akan makan kat kafe tu lagi 

on the way g makan kat Pak Ya

Licin pinggan..

Lepas dah kenyang, kitorang sambung g mandi dan snorkeling lagi. Siap sewa kayak sejam..me sangat xberani nak berkayak..Geli pulak tengok coral tu.. haha.. Dalam pukul 6.00 petang kitorang pun naik ke pantai untuk pulangkan set snorkeling tadi dan terus balik bilik untuk mandi. Terlena jugak petang tu sebab penat mandi laut..haha..

Dalam pukul 7 petang lebih kurang, kitorang menghabiskan stok-stok makanan yang ade.. Berkumpul makan kat dalam bilik jer.. Malam tu dalam pukul 8.00, geng lelaki dah keluar g mancing kat tempat yang sama. Kitorang menyusul setengah jam kemudian terus g cafe sebelah jeti tu dan order makanan.. 

Kali ni kitorang bawak siap2 paket 3 in 1 dan cuma order air panas. Makcik cafe tu usha pelik je tgk kitorang bwk minuman paket. Semalam mintak air panas 1 plus air pun x dibaginya..Kali ni tamak sangat order 1 sorang makanan.. Pastu jenuh nak habiskan.. mane tak nye, kat bilik dah melantak macam-macam...hahaha..
Lepas dah bayar, kitorang calculate balik, air panas kemungkinan berharga RM2 secawan.. kitorang dah la order 5 cawan air panas..ha amek kau...mahal giler.. makcik tu cas sekali upah basuh kot...haha..

Dah abes makan, terus g jeti tengok orang memancing.. Banyak ikan kat jeti tu.. Sesekali boleh nampak ikan pari berenang..Besar pulak tu pari nya...Kali ni xramai orang memancing n melepak kat situ. Almaklumla, Terengganu besoknya dah start kerja kan.. Xlama lepas tu kitorang pun balik bilik untuk tido.. Esoknya dah janji dengan bot nak balik awal pukul 9.30 pagi.

6 Sept 2015 (Ahad)

Pagi ni awal gila bangun dek kerana bunyi lagi ketuk2 yang bingitkan telinga ni.. Bangun terus g mandi..
Pas mandi dah xtau nak buat apa.. beg baju dah siap kemas.. lepas semua dah siap2 kitorang terus keluar dengan bawak beg siap2 dan decide nak lepak2 kat kerusi santai depan pantai..Awal sangat mase tu.. Rasenya lebih kurang pukul 8pagi. Try call agen bot, diorang kate pukul 9.30 bot paling awal. Kitorang pun menunggu je la.. Tetibe rase xsabar nak ke darat untuk makan roti canai time tu... haha..


Banyak jumpa kucing kat sana..Kucing pulau..hehe
Adik2 me... Lepak kat kerusi depan kaunter tu sementara tunggu bot.. me suruh adik me g pulangkan kunci.. Sempat lagi die gi komplain kat staff kaunter tu.. 

Pukul 9.30 pagi, feri MGH sampai...Dalam pukul 9.40, feri pun bergerak meninggalkan Pulau Kapas.. Kitorang sampai di jeti Marang lebih kurang pukul 10.10 pagi..


Bye bye Pulau Kapas..


Rasenye feri ni bawak lebih muatan.. penuh sangat dalam feri
Sampai je jeti kitorang terus masukkan barang2 ke dalam kereta dan bergerak menuju ke kedai makan yang berdekatan dengan pasar Marang. Kat sana masing2 order roti canai 2 keping sorang.. haha.. Tapi memang sedap roti canai pakcik tu.. Lupa nak snap gambar.. Tapi kedai die sebelah kiri  no 2 food court tu kalau xsilap...

Siap-siap makan, kitorang gi Pasar Payang pulak cari kudap-kudapan.. Mak me sempat beli barang-barang untuk kedai makan kitorang.. Maklumla esoknya dah nak bukak kedai balik... Sampai ke Terengganu cari barang.. hehe..

Settle beli barang, kitorang terus gerak balik.. On the way tu nampak kedai makan tepi jalan jual nasi kukus RM 2.90 je.. So kitorang decide beli untuk makan kat Tasik Kenyir nanti..


Rasenye diorang ni salah tulis kat banner.. .. Bila tanya budak tu die kate 10 bungkus dan ke atas harga RM 2.90 sebungkus.. Kalau kurang dari 10 dikira RM3.00 sebungkus. Kitorang belila 10 bungkus sebab nasik die x banyak sangat..

Balik ni adik me yang lelaki yang drive.. So lambat sikitla sampai ke Kenyir sebab kena bebel ngan me bile die cube bawak laju.. haha.. Lebih kurang pukul 2.30 petang kitorang sampai Kenyir dan cari port untuk makan nasik yang dah dibungkus.. Air dah siap-siap beli..


KItorang cepat-cepat makan sebab dah start bunyi guruh.. Takut hujan pulak tetiba kan... Perjalanan diteruskan dan kami hanya singgah di R&R Gua Musang untuk menunaikan solat dan meneruskan perjalanan pulang ke Cameron Highlands.. Sampai di sini sahaja cerita percutian kami di Pulau Kapas.. Sangat best dapat berkumpul dengan family.. Nantikan pula certa trip kami akan datang...
Ke mana? Tungguuuuu... :)

Akhir kata, Al - Fatihah untuk arwah adik me yang bongsu bernama Nur Alia Akma... Semoga ditempatkan di kalangan ahli Syurga.. Kami sayang dan rindukan adik...Kenangan bersamamu akan tetap terpahat dalam ingatan sampai bila-bila..


Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8