 |
HUSBAND WIFE TRIP TO XINJIANG CHINA |
|
8 Jun 2019
Lena x lena jugakla kitorang tidur kat kerusi ni sampai ke siang hari. Xpe nanti dah sampai Kashgar boleh check in hotel untuk baring meluruskan badan.
 |
macam-macam gaya nak bagi selesa tidur |
 |
dah siang. ni la port lepak kitorang semalaman |
 |
siap ada bilik karok jamban lagi kat airport |
|
Harini kitorang akan menaiki flight Urumqi Air untuk ke Kashgar. Harga paling murah yang me dapat adalah RM 468. Mahal gak sebenarnya..
Kalau naik train pun boleh tapi akan mengambil masa lebih kurangla selama 1 hari 14 jam (total 38 jam).. Haa gila lama kan.. Rugi sehari perjalanan. Tiket train pulak kalau hat katil paling murah pun RM345 seorang.
 |
ni map agak2 je, xpasti laluan train ikut mana |
Kalau nak lagi murah hard seat berharga RM190. Kematu la bontot wehh sehari duduk je. So better la amek flight untuk cut waktu perjalanan, cepat sikit sampai. Ikutkan 17 hari ni pun x cukup nak cover Xinjiang ni.
Dari T2 kitorang berjalan kaki semula ke T1. Terserempak balik dengan bunga-bunga tulip plastik yang bercahaya malam tadi kat kiri kanan walkway. Lawo jugak. Kan bagus kalau bunga betul.
 |
si bunga tulip yang berkelip malam tadi |
|
Sampai je di T1, kitorang ronda-ronda dulu sebab lambat lagi waktu flight berlepas. Target nak cari makan pagi sebab kitorang cuma alas perut dengan roti gardenia coklat sebungkus sorang. Perut masih lapar minta diisi.
 |
kaunter |
 |
suasana dalam balai pelepasan airport Lanzhou T1 |
|
Bersebelahan dengan kaunter airport, ada sebuah kedai mee tarik halal. Kitorang masuk dan tengok-tengok dulu. Tapi x jadi pun nak makan kat sini. Harga pun boleh tahan jugak. Kaunter dia sentiasa penuh dengan customer
 |
kedai mee lanzhou |
 |
ditulis halal |
X banyak kedai pun kat dalam terminal 1 ni. Kitorang terus check in dan menuju ke gate 105. Cari seat, letak beg, duduk diam-diam kat situ.
 |
Gansu |
 |
layan view |
 |
pukul 10.10 flight ke Kashgar atau orang sini panggil Kashi |
|
Asben pi ronda-ronda kat kedai berhampiran. X lama tu datang balik ajak pi makan kat salah sebuah cafe berdekatan. Angkut sekali beg-beg tadi.
Sempat la layan mee tarik kat salah sebuah halal cafe. Sedap jugak. Lanzhou ni memang terkenal dengan mee tarik. Mee yang diorang buat sendiri. Kitorang order semangkuk je, mintak mangkuk extra. Semangkuk pun agak banyak dan juga mahal iaitu cny 38 bersamaan dalam lebih kurang RM24, biasalah.. tambahan pulak kedai dalam airport.
 |
singgah makan |
 |
antara makanan yang dijual |
 |
lawo interior cafe ni |
Lebih kurang pukul 9.45 pagi, kitorang dah boleh on board.
 |
Lanzhou Zhongchuan Airport ---> Kashgar Airport |
 |
bismilllah |
Flight berlepas pukul 10.30 pagi. Lewat 20 minit dari jadual. Penerbangan ke Kashgar mengambil masa lebih kurang 4 jam.
Flight pun x terbang tinggi sangat. So boleh nampak jugak la apa ada kat bawah. Dari view hijau-coklat pergunungan tadi, nampak pulak tompok-tompok salji. Lawo aih. Sambil tengok view, sambil makan meal yang dihidangkan.
 |
bentuk muka bumi macam dalam buku geografi sekolah dulu |
 |
dah nampak tompok saleji |
 |
lawo |
 |
Subhanallah |
 |
Nasik. InsyaAllah diyakini halal. |
 |
mee |
 |
bersama air mineral dalam cup |
Tengah dok layan view, sedar x sedar dah nak sampai pun Kashgar Airport. X dan pun nak lelap. Leka tengok view kat luar tingkap. Jakun pun jakun lah, bukan selalu dapat tengok view macam ni..
 |
dah nak landing |
Alhamdulillah selamat sampai di Kashgar Airport lebih kurang pukul 2.00 petang waktu Beijing atau 12.00 tengah hari waktu Xinjiang. Untuk makluman korang, dari apa yang me baca, waktu di Xinjiang ni berbeza dengan waktu ibu negara China iaitu Beijing walaupun masih dalam negara yang sama.
 |
Xinjiang time/Urumqi time |
Waktu Xinjiang lambat 2 jam dari waktu Beijing. Supaya x konpius, kitorang x adjust pun jam tangan, kiranya jam tangan ikut waktu Beijing la aka sama waktu Malaysia. Jam kat phone memang dah auto ikut waktu tempatan kalau ada update guna internet la. Waktu departure bus atau train pulak memang akan ikut waktu standard Beijing.
 |
ke tempat bas |
Sebelum keluar dari airport, dah kena tahan dengan polis mungkin sebab dia nampak kitorang je yang pelik sikit berbanding orang lain. Ha ni nak bagitau, bermula dari sini la kitorang asyik kena tahan berpuluh-puluh kali dengan polis.
Kawasan Xinjiang ni memang banyak sangat police checkpoint. Diorang cek passport, call sana, call sini, tulis2 sikit, tanya sikit, ok dah lepas.. Adala dekat 10 ke 15 minit jugak setiap kali.
Dari airport kitorang ingat nak naik bas, murah sikit. Baru je nak sampai kat tempat bas parking, bas pun gerak sebab dah penuh. Ada je bas lain menunggu, tapi macam lambat lagi je nak tunggu penuh. Badan dah berpeluh. Panas jugak suhu di Kashgar ni. Tambah pulak musim summer kan. Lebih kurang panas kat Malaysia gak la.
So kitorang decide naik taxi je. Kitorang tunjuk kertas kat driver yang tertulis nama sebuah masjid dalam bahasa cina yang menjadi salah satu landmark kat Kashgar ni iaitu Id Kah Mosque. Nanti nak check in hotel pun dekat-dekat kawasan masjid tu je.
 |
Kashgar Airport ---> Idkah Mosque |
Dalam 20 minit jugakla perjalanan nak ke masjid ni. Sampai je dah nampak Masjid Idkah kat sebelah kanan. Kat depan masjid pulak ada sebuah dataran luas port lepak orang ramai. Selain tu ada jugak kedai-kedai jualan barangan cenderahati dan makanan berhampiran masjid.
Disebabkan kitorang nak cari hotel dulu, so kena skip dulula lawatan ke Masjid Idkah dan kedai-kedai di sekitar ni. Nak cari hotel pun masalah jugak sebenarnya kat China ni. Kebanyakan hotel memerlukan lesen untuk menerima foreigner sebagai guest. (dapat info dari salah sorang owner hotel di Urumqi)
Yang ada lesen ni pulak selalunya hotel yang mahal-mahal. Yang cikai-cikai murah kebanyakan nye xde lesen. Kitorang refer pada apps maps me untuk try cari hotel-hotel yang berdekatan.
TIPS PENTING : Sila download application maps me dalam phone korang. Memang berguna dan sangat membantu untuk mencari jalan tambah-tambah sebab dia offline map, xyah tunggu internet ada kalau nak guna.
 |
deretan kedai berhampiran Idkah Mosque |
 |
Idkah Mosque ---> hostel |
Cari punya cari jumpa la 1 hostel ni, Old Town Youth Hostel. Dalam 15 minit jalan kaki dari Idkah Mosque tadi. Mujurla foreigner boleh stay sini. Kat sini, lebih pada dorm kongsi, bilik private ada tapi x banyak. Kitorang request bilik private untuk 2 orang. Dorm yang ada cuma kongsi campur lelaki perempuan.
Dalam bilik disediakan 2 katil bujang dan kipas berdiri. Bolehlah biliknya, basic je. Tandas je kena guna yang sharing kat luar.
 |
x perasan pun yang ni hostel. Kena tanya orang baru la tau yang ni hostel |
 |
anjing beso kat kaunter |
Bilik kitorang kat tingkat atas. Naik ke bilik, letak beg, terus ke tandas dan solat dulu sebelum keluar berjalan. Kat bahagian bawah ada disediakan ruang tamu yang luas. Adala jugak nampak beberapa orang mat salleh, minah salleh yang melepak-lepak kat bawah.
 |
bilik dengan 2 katil single |
 |
view sekitar hostel |
Kitorang keluar balik ni dalam pukul 4.00 petang. Banyak jugak kedai-kedai berhampiran dengan hostel ni. Kiri kanan jalan ada orang meniaga. Kitorang singgah nak tengok orang beratur beli samsa.
Dari apa yang me pernah baca, samsa ni macam samosa la, cuma ia dibakar. Bakar pakai dapur tanah liat/batu. Cara diorang bakar tu, lepas doh dah siap, diorang lekatkan doh tadi kat dinding dalam dapur batu tu. Unik gak, elok pulak tu melekat x jatuh. Inti samsa ni daging lembu atau kambing berserta bawang dan perasa. Kitorang teruskan berjalan, jap jap lagi baru beli samsa ni time orang x ramai.
 |
contoh gambar dapur batu yang diorang guna |
Penduduk di Kashgar ni terdiri dari pelbagai kaum antaranya Han, Hui, Uighur, Kyrgiz, Tajik dan Uzbek. Dari apa yang me baca, kebanyakan penduduk di sini adalah muslim. Ni yang dipanggil muslim Uighur tu. Kaum yang sedang hangat dikatakan dalam media.
Ramai kitorang jumpa kaum lelaki terutamanya yang dah berumur memakai kopiah dan sesetengah dari kaum wanita bertudung ikat belakang macam mak-mak kita pakai zaman remaja dulu-dulu.
 |
kedai samsa |
Jalan depan lagi nampak pulak ada orang jual tembikai. Perghhh tergugat terus. Nama pun musim summer kan. Panas terik. Tekak pulak dahaga, kena pulak sepotong tembikai ni, sedap manis rasanya, sejuk je lalu kat tekak.
 |
singgah basahkan tekak |
Lepas makan tembikai, try pulak aiskrim home made. Lepas tu kitorang berjalan lagi tengok kedai-kedai lain dan berpatah balik ke kedai samsa tadi untuk try rasa.
 |
kedai kekacang dan kismis |
 |
White berries |
 |
yang ni buah apricot. X beli pun |
 |
Cherries |
 |
view sekitar |
Mujur keadaan pelanggan dah agak lengang dari tadi. Lepas bayar, terus makan. Rasa samsa ni sedap la jugak cuma masin sikit intinya. Mujur beli 2 bijik je nak merasa. Nama lain untuk samsa ni adalah kao baozi.
 |
ha dah boleh amek gambar dekat. Dah x ada orang beratur |
|
Selepas try samsa, kitorang berjalan menuju ke kawasan masjid Idkah. Banyak jugak kedai-kedai jualan kat sekitar kawasan masjid. Antara yang menarik perhatian kitorang adalah sejenis songkok yang dinamakan "dopa". Dopa ni biasanya dalam bentuk 4 penjuru, berwarna terang dengan hiasan manik dan corak sulaman.
 |
kedai topi dan dopa |
 |
unta |
 |
ralik tengok peniaga yogurt dok lambung-lambung yogurt tu sebagai tarikan |
|
Jalan punya jalan sampai pulak kat area Kashgar Old Town. Ada banyak lorong kecik kat old town ni. Bangunan kat area old town ni unik, diperbuat dari batu tanah liat(rujukan internet). Banyak kedai-kedai barangan handmade seperti tembikar, carpet dan macam-macam lagi.
Lepas tu kitorang ternampak pulak gerai-gerai jualan. Akhirnya kitorang tibadi kawasan gerai-gerai menjual makanan. Cuma x pasti yang ini Kashgar Night Market ataupun market tu kat tempat lain. Macam-macam makanan ada dijual. Cuma masa ni awal lagi, kebanyakannya baru nak buka kedai. Kitorang just tengok-tengok je dulu, xde beli apa-apa makanan pun.
Jom tengok antara hidangan yang dijual kat pasar malam ni.
 |
map Kashgar Old Town |
 |
kedai aiskrim |
 |
menu goreng-goreng |
 |
small dumpling yang dipanggil "chuchvara". Inti dia lamb yang diperasakan dengan garam, lada hitam dan rempah lain. |
 |
hah karipap gajah pun ada sini |
 |
mmm berhati-hati.. yg jual ulat-ulat pun ade.. eeeee |
 |
sup kepala kambing |
 |
isi ikan goreng |
X lama pun kat sini, lepas pusing seround kitorang terus berjalan kaki balik ke hostel. Apa yang dibeli cuma seplastik kecil buah ceri. Memikat hati betul tengok buah ceri yang dijual kat sini. Nampak segar kemerah-merahan.
Lepas tu kitorang singgah kedai runcit je untuk beli air mineral. Lagipun badan dah penat. Katil dah memanggil-manggil. Balik rest dulu, malam nanti boleh keluar lagi.
 |
beli ceri buat kudap-kudap kat bilik |
Sebelum balik, kitorang mencari kedai jual selipar. Asben la masa packing baju haritu x nak bawak selipar sekali. Kan dah kena beli. Kat sini musim panas. Disarankan pakai selipar je. Lagi selesa. Berpeluh weh kaki kalau asyik berkasut je. Kaki pun nak jugak bernapas.
Kitorang sampai bilik lebih kurang pukul 5.40 petang. Sempat lelap jugak la, mana x nya semalaman x tidur kat katil. Dapat berlunjur kaki memang selesa la. Lapik pulak bantal kat bawah kaki tu ha.. Lega..
 |
sedap ceri ni.. masam manis |
|
Lebih kurang pukul 8.00 malam waktu Xinjiang, kitorang bersiap dan keluar berjalan kaki semula untuk ke night bazaar. Rupa-rupanya hujan kat luar, tapi renyai-renyai je la. Mujurlah ada bawak sekali baju hujan.
Berdepan je dengan hostel yang kitorang stay ni ada gerai jual girde naan. Kitorang beli la 1 nak merasa. Macam donut bentuknya. Serius masa makan, terasa macam nak cicah dengan soup mushroom. haha. Sebab semata-mata roti kosong, xde inti. Agak keras-keras sikit, mujur beli yang masih panas. Kalau sejuk ni mau tercekik-cekik makan.
 |
singgah beli girde naan.. aka uyghur bagel |
Yang paling best, jam pukul 8.00 malam masa ni tapi masih cerah. Padahal dah pukul 10.00 malam waktu Malaysia. Waktu matahari terbenam kat kawasan Xinjiang ni (summer) lebih kurang pukul 10.30 malam. Kiranya waktu siangnya adalah panjang. Memang puas berjalan di siang hari.
Suasana dah nak malam ni lagi happening dari siang tadi. Ramai orang memenuhi gerai-gerai jualan makanan. Kitorang ni tengok jugakla apa makanan yang rasa nak makan. Kebanyakan makanan ni semua kitorang x tau pun namanya. Me google nak carik nama. Kalau salah, korang tolong betulkan ek.
 |
Jus buah pomegranate |
 |
bersepah kedai jual ceri |
 |
roti nang beso gabak |
 |
Roti Nang dalam pelbagai jenis dan saiz. Kebiasaannya dibakar kosong atau diperasakan dengan bawang, bijan dan perasa lain. |
 |
ice cream yang dibuat sendiri. Nampak tu uncle ni dok godek-godek kacau guna kayu dalam bekas |
 |
kebab |
 |
yang ni nama dia mala soup. Sup pedas yang dimakan dengan segala jenis fish ball, fish cake, meat ball dan sosej |
 |
dah siap set, xtau nama apa |
|
 |
dessert ni namanya "zongza" iaitu pulut yang dibalut dengan daun bamboo dimakan bersama yogurt dan kismis
|
 |
yang ni namanya "serik ash". Handmade noodles yang berwarna kuning dihidangkan bersama kuah sup yang diletakkan chili paste dan herba-herba tempatan
|
 |
ni xtau part mana dan binatang apa. berlemak betul nampak |
 |
kitorang singgah beli kuih pulut yogurt |
|
 |
rasa boleh tahan.. tapi muak la kalau makan banyak lebih kurang macam makan pulut dengan yogurt marigold tu. hitam2 tu kismis
|
 |
yang ni roti. Macam biasalah diorang letak macam2 topping |
 |
yang belakang dalam bekas tu adalah sosej usus dan peparu yang dipanggil "Opke Hessip". Kat depan ni mungkin yang dah dipotong, kaup dengan roti |
 |
Isi ikan yang digoreng. Mula tu nak beli tapi asben cakap xyah sebab katanya dia tau jenis ikan ni isi x sedap.. hehe |
Antara kesemua menu jualan yang me upload kat atas ni ha, yang kitorang try adalah jus pomegranate, pulut yogurt tadi tu dan yang terakhir adalah lamb kebab. Ha kebab ni sedap gak rasanya. Terasa bahan perap dia. Harga secucuk adalah 8 yuan lebih kurang RM5.
Hat jus pomegranate tu pulak memang kaw rase dia. Sedap, xterlalu manis tapi rasa pomegranate tu memang pekat.
 |
secucuk 8 yuan |
Lebih kurang pukul 10.00 malam, kitorang pun berjalan keluar dari night bazaar menuju ke Id Kah Mosque. Masih ramai orang yang melepak kat kawasan dataran berhadapan masjid.
 |
seberang jalan ke masjid |
 |
bangunan di seberang jalan |
 |
masjid Idkah |
 |
ramai lagi orang bersosial |
|
X lama pun kat dataran tu, kitorang terus berjalan kaki balik ke hostel. Lena tidur sampai ke siang hari. Esok kitorang plan akan ke sebuah tempat yang hampir bersempadan dengan Pakistan. Dapat ke x dapat nak ke sana? Jom sambung ke next entry
No comments:
Post a Comment