Thursday, January 9, 2020

Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D3

HUSBAND WIFE TRIP TO XINJIANG CHINA
9 Jun 2019

Hari kedua di Kashgar atau lebih dikenali dengan nama Kashi. Kashi ni adalah salah sebuah tempat
di western part China yang hampir dengan border Afghanistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Pakistan dan Tajikistan.

Disebabkan itu, boleh nampak lah muka-muka penduduk sini pun x nampak macam orang cina, nampak muka mix mix macam Arab sikit, macam Mongolian sikit. Gitu. Senang cite memang muka dan penampilan diorang berbeza dengan penduduk cina di kawasan yang lain.

map dari google

Ok so hari ni adalah hari Ahad. Kitorang akan ke Sunday Livestock Market di mana market ni hanya dibuka pada setiap hari Ahad sahaja. So nak datang sini memang kena adjust betul-betul itinerary.

Apa ada di Sunday Livstock Market ni? Kat sini petani-petani akan berjual beli binatang ternakan diorang antaranya seperti kambing biri-biri, keldai, lembu, kambing, unta dan kuda.

Untuk ke market ni agak confuse sikit sebenarnya. X jumpa info yang betul-betul berguna kat dalam internet. Kalau nak naik bas lagila susah, so kitorang prefer nak jalan kaki je dulu tengok2 kawasan sekitar. Sambil tu refer pada app maps me. Lagipun masih awal pagi. Kitorang check out pukul 7.00 pagi dan berjalan kaki dengan menggendong beg masing-masing.

susu unta, rasa hamis-hamis sikit. harga 10 yuan

kawasan lapang berhadapan Idkah Mosque agak lengang sebab masih awal pagi

tourist centre

jom jalan

bangunan di Kashgar

singgah tempat sembelihan

kedai carpet

antara barangan yang dijual

Dalam apps maps me ada tunjuk animal bazaar. Pada awalnya kitorang sangkakan yang animal bazaar ni lah Sunday Livestock Market. Jauh jugak tempatnya dari masjid tadi. Tengah berjalan tu kitorang perasan ada ramai orang kat 1 entrance masuk ni, rupanya kitorang sampai kat entrance Ancient City of Kashgar.

Ada persembahan tarian kat situ. Dengan alunan muzik Uighur yang dipasang melalui speaker. Diorang menari dengan pakaian tradisional sambil dengar lagu yang dipasang. Macam bunyi arab arab sikit lagunya.

jalan punya jalan sampai kat sini

teko antik sebagai penyambut tetamu

diorang buat persembahan

Sempatla kitorang letak beg berat ni dulu dan leka melayan persembahan. Lebih kurang 15 minit jugakla lepak kat sini. X lama tu, dengan menggendong semula bagpack, kitorang mencelah kat celah-celah crowd dan teruskan semula perjalanan. Ramai jugak pengunjung yang menyaksikan persembahan masa ni.

orang cina yang ramai

pintu masuk Ancient City

sungai

jumpa kambing ni je sekor

Kalau ikut pada map, kitorang dah pun sampai animal bazaar tu. Tapi  x sama macam dalam gambar Sunday Market yang kitorang nak pergi ni. Kitorang masuk jugak la kawasan market tu sampai ke hujung tapi memang x jumpa pun orang berniaga hasil ternakan. Sekor lembu pun x nampak. haha

entrance market

suasana kat market

kedai kekacang dan dried fruit

kedai kasut

jual makanan

gerai jualan

meghelip baju macik tu kan..hehe

gerai sembelihan

Kitorang try la tanya peniaga-peniaga kat market tu lokasi sebenar Sunday Market yang kitorang nak pergi. Nak berkomunikasi memang payah sikitla kan. So kitorang ambil langkah mudah dengan menunjukkan gambar internet. Rupanya Sunday Livestock Market tu jauh lagi tempatnya dari market ni. Kitorang decide untuk naik teksi je la.

Yang buat confuse nya sebab nama sebenar tempat tu adalah Livestock Market. Kitorang pi survey Animal Bazaar, patutla map tunjuk pi ke lain. Dalam map xde tunjuk lokasi Sunday Livestock Market. Kalau nak mudah, tunjuk je gambar internet pada driver taxi, ha senang.

dalam teksi
Jauh rupanya nak ke livestock market ni. Jauh dari pekan Kashgar. Lebih kurang 40 minit dari market tadi. Kitorang sampai dalam pukul 11.30 pagi. Bayaran tambang teksi yang dikenakan adalah 27 yuan bersamaan lebih kurang RM16. Kalau dari Kashgar tadi mungkin mahal lagi la.


baru sampai

Sampai je terus singgah basahkan tekak dengan sepotong sorang Hami Melon. Manis betul buahnya. Luas jugak kawasan market ni. Masih ramai peniaga dan penternak yang baru sampai untuk memulakan perniagaan. Banyak kenderaan yang keluar masuk membawa binatang ternakan.

manis buah melon ni

Gerai  makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran di kiri kanan laluan sebelum sampai di tempat jualan ternakan

kedai makan

ni entrance ke tempat jual beli binatang ternakan

luas kawasannya

Bila kaki melangkah je masuk kawasan haiwan ternakan ni, macam-macam bau ada. Riuh rendah dengan suara peniaga dan pembeli yang tengah berunding berserta keriuhan bunyi yang datang dari binatang-binatang ni tadi.

Kat sini la baru nampak ramai kaum lelaki berkemungkinan muslim uyghur, yang memakai kot dan berkopiah (doppa).

lembu

view sekitar

nampak ciri ciri islamik kat sini

ramai yang berkot labuh dan memakai doppa macam pakcik ni

owner dan pembeli

urusan jual beli

owner kambing biri-biri\

ternakan

antara kenderaan yang diguna untuk membawa haiwan ternakan

peniaga air

penjual daging

buah watermelon yang manis

Lama jugak kitorang kat sini. Keluar je dari livestock market ni, kitorang terus mencari kedai makan yang terletak di bahagian luar tadi. Lagipun dah tengahari, perut pun dah berkeroncong. Antara yang dijual adalah nasi polo, samsa dan kebab.

nasi polo pilaf

xtau nama menu, nampak macam mini pizza

kebab

samsa atau kao baozi

tengah tumis rencah nasi polo

Lepas survey makanan-makanan yang dijual, kitorang decide nak try nasi polo kambing dan samsa di salah sebuah kedai. Kitorang ambil tempat duduk di bahagian dalam sementara menunggu makanan dihidangkan.

Harga sepinggan nasi polo atau nasi pilaf kambing ni adalah 15 yuan. Manakala 2 yuan untuk sebiji samsa. Sedap jugak nasi pilaf ni bagi penggemar kambing. Kambing dia memang lembut habis. Macam masak guna pressure cooker. Dihidangkan pula bersama air kosong yang diminum menggunakan mangkuk kecil.

Nasi polo

Nasi polo atau pilaf yang dimasak bersama yellow carrot dan kambing. 

yogurt maybe

ni entrance utama Livestock Market. Teksi akan hantar sampai kat entrance ni

Selesai makan, kitorang bayar dan terus keluar untuk mencari transport ke tempat seterusnya. Yang nampak cuma ada teksi. Lepas ni, kitorang sepatutnya akan ke Kashgar bus station untuk menaiki bas ke Tashkurgan. Tashkurgan ni la tempat yang me ceritakan awal tadi yang dekat dengan sempadan Pakistan.

Lebih kurang 7 jam perjalanan untuk sampai ke Tashkurgan. Dari Tashkurgan pula hanya lebih kurang 2 jam perjalanan untuk sampai ke Khunjerab Pass yang merupakan sempadan China Pakistan.


Kashgar ---> Tashkurgan
Tashkurgan ---> Khunjerab Pass

Di pertengahan jalan dari Kashgar  ke Tashkurgan pula, ada sebuah tasik yang dinamakan Karakul Lake yang kedudukannya sejauh 196 km dari Kashgar. Karakul adalah bermaksud "black lake" atau tasik hitam.

Karakul lake

Sedikit info, dimana tasik ini merupakan tasik tertinggi di dataran tinggi Pamir iaitu pada ketinggian 3600m. Tasik ni dikelilingi oleh pergunungan yang kekal bersalji sepanjang tahun. Antara puncak yang kelihatan adalah puncak Mustagh Ata yang berketinggian 7546m.

Cantik kan? Rugi sangat kalau datang Kashgar tapi x ke Tashkurgan dan Karakul Lake ni. Tengok gambar kat internet je pun dah rasa macam ada kat sana. Cantik giler! Indah.. Subhanallah..

Karakul Lake-gambar internet

Mustagh Ata kelihatan dari tasik-gambar internet

Tashkurgan-gambar internet

Okla, nak ke Tashkurgan kenala cari transport dulu. So, kitorang tahan taxi, tunjuk kat driver tulisan cina yang me dah siap print bertulis ''bus station ke Tashkurgan''. Taxi pun bergerak dan x lama tu berhenti kat satu tempat.

Rupanya tempat sharing mini bus dan van untuk ke Tashkurgan. Kitorang try tanya driver kat situ harga tambang nak ke Tashkurgan. Mahal diorang cas untuk harga chartered sebab van sharing cuma ada waktu pagije. Bila tanya kat mana bus station, masing-masing x membantu disebabkan kesukaran bahasa.

Lastly kitorang decide untuk naik city bus yang berdekatan dengan harga 1 yuan seorang tujuannya nak mencari stesen bas untuk ke Tashkurgan. Masa on the way dalam bas, terpandang entrance Ancient City. Kitorang turun dan berjalan kaki je ke bus station refer pada apps maps me.

dalam bas 

sambil berjalan kaki 

jauh jugak kitorang jalan

Masa tengah berjalan, kitorang ditahan oleh seorang anggota polis. Biasalah cek passport dan bertanya itu ini. So kitorang try tanya dia macam mana cara nak ke Tashkurgan. Dia tunjukkan kat mana bus station kat dalam map. So kitorang pun tahan taxi sekali lagi, dan polis tadi bantu informkan pada driver taxi.

Haha rupa-rupanya tempat yang sama taxi ni bawak iaitu tempat sharing van tadi. Adoila. Bermakna memang kat sinila bus station untuk ke Tashkurgan. Maksudnya tempat sharing van, bukan station bus. Kali ni kitorang try tanya driver lain, katanya ada van sharing untuk ke Tashkurgan, cuma pada waktu pagi pukul 11.00.

Okla xpe kitorang bolehje pergi esok. Tapi masalahnya, kata driver, nak kena ada permit kalau nak ke Tashkurgan. Nak apply permit kena apply kat balai polis. Kalau foreigner pulak, travel agent yang akan buatkan. Pulakk. Yang me pernah baca, x pulak kena permit. Kitorang decide untuk naik bas ke Idkah Mosque balik sebab kat situ ada travel agency.

"permit" yang ditunjukkan oleh driver

Sampaije di Id Kah Mosque, kitorang terus ke travel agency yang kitorang nampak pagi tadi. Bila tanya, harga trip yang diorang cas tersangatlah mahal. Nak buat permit saja memang xdapatlah. So bila difikir-fikir balik, maka kitorang decide x jadila untuk ke Tashkurgan. Oh rugi betul rasanya. hmmm..

Fikir punya fikir, so kitorang decide nak terus je Kuqa. Frust pun ada. Patutnya harini kitorang tidur di Tashkurgan. Malam esok cadangnya untuk ke Kuqa menaiki train dari Kashgar ni. Kena la rombak intinerary balik nampaknya.

TIPS PENTING : Rugi kalau dah datang Kashgar tapi x dapat ke Tashkurgan. Better prepare awal-awal information. Setahu me, x ada permit dikenakan kalau nak masuk ke Tashkurgan. X tau pulak baru-baru ni diorang ketatkan peraturan pulak ke kan. 

berries

Disebabkan hari ni dah last day kat Kashgar ni, so kitorang berjalan-jalan dulu sekitar masjid Idkah ni mencari barang-barang souvenir yang boleh dibeli. Sempat beli kekacang dan kismis kat kedai berdekatan hostel kitorang malam tadi.

TIPS PENTING : Kalau nak beli kekacang dan kismis, better beli di Kashgar. Cari kedai-kedai kecil yang berdekatan dengan masjid. Me beli haritu dapat lagi murah dari harga di Urumqi International Bazaar. 

kanak-kanak xinjiang

Masjid Idkah

Mesti ada yang tertanya-tanya kan kitorang ni x masuk ke masjid Idkah ni? Haritu ada dah singgah depan entrance masjid, konon-konon nak masukla. Rupa-rupanya dikenakan bayaran kalau nak masuk. Tapi x pasti la berapa. Pelik jugak rasa, orang Islam nak masuk masjid pun kena bayar. 

Lagi 1, sepanjang kitorang kat Kashgar ni, x dengar pun azan berkumandang dari masjid ni. Xtaula kalau kitorang terlepas dengar. Tapi kalau nak ikutkan, hostel pun xjauh dari masjid ni. Suramje nampak masjidni. X macam yang me pernah view dalam youtube, meriah suasana umat Islam yang keluar masuk masjid untuk solat. Ruang dataran pun penuh dengan orang solat. Sesuatu sangat.

sekitar masjid

Disebabkan cuaca yang panas, kitorang singgah di kedai yogurt tarik lambung yang terletak berhadapan dengan masjid. Semalam terliur jugak tengok diorang dok lambung-lambung yogurt tu. hehe. Tapi serius memang sedap rasa yogurtnya. 

Yogurt ni diorang campur dengan ais yang dah disagat macam abc tu, air, pastu air gula, syrup/madu lebah dan dilambung-lambung untuk sebatikan rasa. Kaedah lambung-lambung ni sebagai tarikan pembeli la kan, bolehje nak kacau dengan sudu. hehe. Harga semangkuk yogurt ni 5 yuan.

singgah pekena yogurt

Puasje berjalan area masjid ni, lebih kurang pukul 5.00 petang, kitorang pun menaiki teksi untuk ke Kashgar Railway station. Kalau dari Idkah Mosque ni mengambil masa dalam 20 minit dengan tambang 17 yuan.

Idkah Mosque ---> Kashgar Railway stn

Kashgar Railway stn

ramai orang

Sampaije di kaunter, kitorang terus beli tiket train hard sleeper untuk ke Kuqa. Kalau x nak kelam kabut dekat kaunter tu, survey dulu waktu train kat website travelchinaguide. Kitorang memang dah survey masa di Idkah Mosque tadi. Boleh agak la pukul berapa nak ke train stn.

Kebanyakan staff kaunter pun x pandai cakap english. Better tulis siap-siap kat kertas no train, waktu dan jenis seat.

tiket kashi ke kuqa/kuche

Masa ni awal lagi, baru pukul 5.30petang (7.30 petang waktu Beijing). Train malam nanti pukul 10.42 malam waktu Beijing. So kitorang just lepak-lepak je dekat seat yang disediakan.

Lebih kurang pukul 10.15 malam, dah boleh ke platform. Tapi masa ni jauh pulak nak kena jalan kaki ke train. Ramai orang pulak tu. Masing-masing dengan beg tarik dan beg galas. Hari pun baru nak gelap.

menapak jauh

cerah kan? padahal dah pukul 10.30 malam

nak melintas

ramai lagi kat belakang tu



Kashgar Railway stn ---> Kuqa Railway stn

Naik je train, kitorang terus cari nombor katil. Pemandangan luar pun dah nak gelap masa ni. Lama jugak dalam train. Masa ni la nak kumpul tenaga balik. Berehat secukupnya.

Esok pagi train dijangka sampai dalam pukul 8.00 pagi. Jom jumpa di Kuqa esok :P








































































































































































































No comments:

Post a Comment

Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8