Friday, March 17, 2017

Trip ke Xian,Beijing,Harbin CHINA(Winter 2017)-D5



CHINA FAMILY TRIP

21 Februari 2017

Sambungan dari dalam train..

So apa nak dibuat selama 10 jam? Lepas makan, kitorang cuma tidur je lah. Sekejap bersandar, sekejap terlentok kat meja. Aduhaii.. Masa ni me yang paling lambat tidur sebab melayan internet. Nasib baik ada wifi dalam train ni. 

tidur dah..cover dengan spec hitam

Banyak kali la terjaga sebab x berapa selesa. Kesian jugak kat mak2 & abah2. Masa ni berharap supaya dapat check in hotel awal di Harbin nanti, dapatla berehat. Memang dalam itinerary xde sebarang aktiviti pun untuk waktu pagi, cuma berehat je di bilik. 

Ada sekali tu tersedar kat stesen mana la ntah, sempat lagi capture gambar. Lepas tu sambung balik tidur. 

Xpasti kat mana

Waktu subuh di Harbin adalah pada pukul 4.48 pagi. So kitorang agak-agak je la time untuk solat sebab belum lagi sampai di Harbin.

Lebih kurang pukul 5.30 pagi, hari dah semakin cerah. Nampak bayang-bayang salji kat luar. Masa ni memang x mandi la ye uollss.. Mana nak cari bilik mandi nya.. Toilet ade la.. tu pun air sikit..haha.. Basuh2 muka je.

Kitorang sarapan roti dan buah sambil menikmati pemandangan luar. Train akan tiba di Harbin Railway stn pada pukul 6.47 pagi. Sambil tu kitorang siap-siap pakai winter coat dan kasut balik. Train masih lagi bergerak laju, so nak ambil gambar pun gegar.

macam salji tu
salji le tu
mak abah
abah menikmati pemandangan
Lebih kurang pukul 6.30 pagi train dah mula perlahan sebab dah dekat nak sampai. Cantiknya la pemandangan kat luar. Salji memenuhi setiap ceruk kawasan.

subhanallah

Kalau dari Beijing akan tempuh Harbin West Railway stn dulu sebelum tiba di Harbin Railway stn. Kalau pilih train yang stop di Harbin West Railway stn, kena ambil teksi dari sini untuk ke Harbin Railway stn. Memang awal2 lagi me dah book train direct ke Harbin Railway stn iaitu station yang berdekatan bandar utama di harbin.

Ni Harbin West Railway stn
salji

Harbin!
putih nya

Tepat pada pukul 6.47 pagi train pun berhenti di Harbin Railway stn. Masing-masing berebut nak keluar, so kitorang biarkan orang lain keluar dulu. Lepas dah ambil beg dan pastikan xde barang yang tertinggal, kitorang pun bergerak ke pintu keluar.

Keluar je dari pintu train, angin sejuk menerpa muka.. eceh.. ayat.. haha.. Tapi serius sejuk giler.
Yeay! Harbin kami datang.. 

baru keluar dari train
pose dulu
Harbin Railway stn
Kitorang pun berjalan menuju ke exit. Ramai jugak orang masa ni.

jom menapak
dah keluar exit.. Hai Harbin!
Lepas dah keluar exit kitorang terus ke taxi stand untuk menaiki taxi ke hotel. Sejuknya la masa ni. Orang keliling pun kebanyakannya memakai penutup mulut sebab suhu terlampau sejuk. 

Kitorang ambil 2 taxi dan berpandukan alamat yang ditunjukkan kepada driver taxi, kitorang pun bergerak menuju ke hotel.

Harbin Railway stn -----> Hi Inn Hotel

taxi Harbin
dalam taxi 

Lebih kurang pukul 7.45 pagi, taxi yang kitorang naik ni berhenti betul-betul di hadapan Hi Inn Hotel. Kitorang masih menunggu lagi sebiji teksi. Rupa-rupanya sebiji lagi teksi berhenti di seberang jalan. Bila dah semua ada barulah kitorang masuk ke dalam lobi.

Kitorang meletakkan beg di 1 sudut hotel. Me & asben ke kaunter dan menunjukkan printed booking yang telah dibuat. Setelah bertanya dengan staff kaunter, kitorang akhirnya dapat check in seawal 9.30 pagi. Yeay! terbayang katil..hehe

Sementara menunggu untuk check in, kitorang bergambar dulu di luar hotel. X jalan ke mana pun masa ni. Time-time macam ni cuma fikir nak check in je sebab nak mandi dan berehat.

Di sebelah kaunter, terdapat sebuah meja kaunter agen pelancongan. Itupun sebab perasan banyak gambar-gambar tempat pelancongan sekitar Harbin. Memang plan untuk ke satu tempat yang agak jauh dari Harbin keesokan hari tapi masih belum book tiket bas ke tempat tu.

Disebabkan agen ni menyediakan khidmat tour ke sana dan harga nya agak reasonable, kitorang pun bookla dengan agen ni. Harga dah termasuk tiket bas dan bilik penginapan. Settle! 

book kat sini

Seperti dijanjikan, selepas buat bayaran, kitorang dapatla kunci seawal jam 9.30 pagi. Masing-masing menggalas beg ke lif. Disebabkan hanya bilik double & twin sahaja yang ada, me book 4 bilik. Bilik masing-masing agak jauh dan berlainan tingkat, tapi xpelah ada wifi, boleh berhubung menggunakan whatsap.

naik lif ke bilik
bilik untuk 2 orang
tandas
kad bilik me & asben

Bilik agak memuaskan la, cuma nya bilik mandi dan tandas x berpintu la. Cuma ada langsir yang mengasingkan katil dan bilik mandi. X dapat nak privasi sangat la.. haha

Mula-mula sekali, mestilah kena tanak nasik dulu. Masing-masing lapar nasi. Untuk lauk, kitorang cuma panaskan kari Ayam Brahims, sambal ikan bilis dan sambal tempe. Kat bilik dah disediakan kettle so dapatla kitorang buat air panas. Sementara menunggu nasi masak, kitorang bantai magee dulu. 

umm yummy
fuhh layan
magee kari

Tadi kitorang masak nasi di bilik mentua. Lepas makan, me & asben terus ke sana untuk mengisi bekal nasi untuk setiap orang. Siap-siap bawak lauk kari ayam yang dah dipanaskan sekali.

Bekal nasi dah siap
abah makan dulu..hehe

Lepas dah siap pack, kitorang buat delivery ke 2 lagi bilik. Ngam-ngam je time makan tengahari. Kitorang dah siap set untuk keluar berjalan-jalan lebih kurang pukul 4.00 petang nanti. So adala masa untuk berehat.


Waktu zohor kat sini pun awal, lebih kurang pukul 11.48 pagi. Asar pulak seawal 2.40 petang. Sementara ada masa sebelum nak keluar petang nanti, kitorang sempatla melelapkan mata. Lega dapat baring atas katil selepas 10 jam duduk atas kerusi dalam train malam tadi..

..................................................................................................................................................................

Jam pun dah menujukkan lebih kurang pukul 4.00 petang. Kitorang masing-masing berhubung menggunakan whatsap je. Masing-masing memakai baju dan seluar berlapis-lapis supaya kurang sikit rasa sejuk. Kitorang turun semula dan berkumpul di lobi hotel. 

Setelah semuanya ada, kitorang pun berjalan keluar. Mula-mula sekali kitorang akan ke area St Sophea. Sebuah muzium yang sebelum ini adalah gereja. Senibina agak cantik jugakla cumanya penuh dengan tanda salib. Muzium ni terletak tidak jauh dari lokasi hotel. Hanya perlu berjalan kaki je ke sana, lebih kurang dalam 5 minit perjalanan.

Hi Inn -----> St Sophia
berjalan ke St Sophea
Harbin!
ha tu dia.. St Sophea
bergambar ramai2

St Sophea

Kawasan ni agak luas jugakla. Macam dataran. Kitorang ambil peluang untuk bergambar sebelum hari gelap.

auntie jual ubi
mc donald
kawasan luas
ada sisa-sisa salji kat bangunan muzium
yang ni x pasti arch ape

Kitorang x lama pun kat sini. X de apa sangat. Cadangnya kitorang akan mencari sebuah kedai makan halal seperti yang me baca dalam blog orang lain sebelum ni. Tapi sebelum tu, nak berjalan-jalan dulu tengok apa yang ada di bandar Harbin ni.

So kitorang pun berjalan kaki berpandukan map google yang dah di screen shot awal2 lagi. Masa ni x terfikir pulak kat mana nak dapatkan map Harbin ni.

Di pertengahan jalan, terserempak pulak dengan uncle jual ubi. Macam best je tengok berasap-asap di kala sejuk-sejuk ni. Adik ipar me beli. Kitorang merasa la sikit sorang. Sedap jugak, ubi ni rasa manis, makan pulak panas-panas. mmm.. layan..

bergambar dengan uncle ubi
dapat makan ubi

Jam masa ni lebih kurang pukul 5.00 petang. Dah beransur gelap dah tempat ni. Dari jauh kitorang terpandangla cahaya lampu berwarna-warni. Masing-masing nak ke sana, nak tengok apa yang ada. Rupanya ada arca ais yang dihiasi lampu berwarna-warni. Kalau x silap la tempat ni adalah Zhaolin Park. Tiket masuk ke Ice Lantern ni adalah 150 yuan.

lawa nye hangpa

Kat Harbin memang ada Ice Lantern Festival yang dibuat besar-besaran setiap kali musim sejuk. Tapi tiket masuk ke tempat-tempat ni mahal. So xdela masuk dalam itinerary. Ada beberapa tempat yang buat festival ni. Zhaolin Park ni adalah salah satunya. 

ni contoh festival kat tempat lain

bergambar dulu
peace
Kitorang cuma bergambar di bahagian luar je. Nampak macam ais kan, tapi bila pegang xde pun air melekat kat tangan. Xpastila macam mana diorang buat. Siap boleh masuk lighting lagi.

ni entrance masuk
lampu di sana sini

Lepas bergambar, kitorang akan ke lokasi seterusnya iaitu Zhongyang Street. Nasib baiklah book hotel berdekatan dengan tempat-tempat menarik. Senang, just jalan kaki je nak ke mana-mana.

Zhaolin Park -----> Zhongyang Street
otw ke Zhongyang street
cantik senibina ni tambah pulak bila kena cahaya lampu
ni lah Zhongyang Street
ada style bangunan kat sini
view sekitar

Walaupun kitorang dah pakai banyak lapisan baju dan seluar, tetap jugak x dapat menampung kesejukan kat sini. Sudahnya kitorang buat keputusan untuk masuk ke dalam salah satu bangunan yang ada kat kawasan ni bagi memanaskan sikit badan.

jom masuk plaza ni

ikan panjat.. hehe
ade ayor terjun
kedai
ada sale

Banyak jugak kedai-kedai yang menjual pakaian, kasut dan beg tapi harga dia...mak aihhh.. haha

X lama pun kitorang kat dalam ni. Agak-agak badan dah rasa warm tu, kitorang pun keluar semula ke street meninjau-ninjau kawasan sekeliling. Tercari-cari jugak katanya ada kedai menjual aiskrim, tapi xjumpa. Mungkin x perasan kot. 

kedai hotdog
cantik bangunan ni
pintu gerbang Zhongyang Street

Lepas berjalan-jalan di Zhongyang street ni, kitorang decide untuk terus mencari kedai makan halal seperti yang me dah bagitau awal-awal tadi. Berpandukan map & sedikit info dari blog, kitorang pun menuju ke tempat tu. Katanya berhampiran dengan kedai bakery halal.

Sesampai je di sana, kirorang tercari-cari kedai yang dimaksudkan tapi x jumpa. Masa tengah mencari tu terpandang 1 signboard kedai makan yang bertanda halal. So kitorang pun masuk untuk bertanya. Lepas bersoal jawab, kitorang pun bersetuju untuk makan kat kedai ni je. Makanya cancel niat nak makan kedai yang awal-awal tadi tu, lagipun malas dah nak mencari.

Kitorang berurusan dengan seorang budak lelaki yang agak fasih bercakap english. Macam-macam asben tanya kat dia untuk kepastian.

Kitorang order 3 pinggan nasi goreng sayur berserta telur goreng dan share untuk 8 orang. Portion dia banyak jugak untuk sepinggan dan rasanya pun boleh tahan sedap.

Dah nama pun melayu kan, mana-mana mesti cari nasik jugak. Itu je yang boleh mengenyangkan. 

kedai makan
Bismillah
jom makan
nasi goreng vege
kena dengan telur goreng memang ngam

Alhamdulillah perut pun dah kenyang. Kitorang sebenarnya dalam masa yang sama tadi mencari kedai bakery halal yang katanya menjual nut choc yang sedap. So alang-alang budak lelaki kedai makan ni boleh bercakap english, kitorang pun try tanya dengan dia.

Baik budak lelaki ni. Dia bukan sekadar bagitau, tapi nak tolong tunjukkan kedai bakery tu kat mana. Lepas dah bayar untuk makanan tadi, kitorang pun keluar dari kedai dan follow dia ke kedai tu. X jauh la dari kedai makan tadi.

jom ikut dia
ni ha kedai nya

X lama tu sampaila di kedai bakery. Xpastila kedai ni ke yang dimaksudkan oleh blogger tu. Banyak jenis roti dan biskut yang dijual. Banyak jugak kitorang beli untuk buat stock. Lapar-lapar boleh cover jugak dengan makan roti kan.


mmm nampak sedap 
pilih-pilih

Lepas dah settle memborong roti dan biskut, kitorang pun mengucapkan terima kasih kat budak lelaki tadi. Dia pun berpatah balik ke kedai makannya dan kitorang meneruskan perjalanan untuk balik ke hotel. Masa ni jam baru pukul 8.00 malam. Sejuk betul masa ni, kejung tangan kalau tanggal glove.

suasana malam di Harbin

entrance Zhongyang Street

On the way nak balik ke hotel ni kitorang tempuh balik entrance Zhongyang Street tadi. Kelihatan masa ni orang dah beransur kurang. Sejuk giler weh malam-malam ni, fikir nak balik ke hotel je. 

ada lighting mushroom kat tengah2 bulatan
lintas jalan
dekat nak sampai hotel dah
salji tebal kat dalam ni
menunggu traffic light nak seberang jalan
ni hotel kitorang
pintu masuk hotel

Sampai je depan pintu hotel, kitorang cepat-cepat masuk sebab dah x tahan sejuk. Sebelum naik ke bilik, kitorang berehat dulu di lobby. Luas jugak lobi hotel ni, siap ada tempat main snooker. Sambil tu, kitorang try la merasa roti dan biskut yang dah dibeli tadi. Boleh tahan sedap jugak.

roti
biskut
roti lagi
roti ni kitorang nak simpan untuk breakfast, sapu mentega
yang ni sedap

Memandangkan kat hotel je ada wifi, so saje la cek temperature, nah kau, -8 darjah celcius. Patutla kejung kitorang kat luar tadi. Makin ke lewat malam, suhu makin drop. Ada can nak bersalji malam ni.

grrr..

Lepas dah mengagih roti dan biskut sikit sorang, kitorang pun naik lif untuk ke bilik. Me & asben singgah di bilik mentua dulu untuk ambil periuk nasi dan perkakas masak. Senang masak nanti kat bilik kitorang je.


Sampailah kitorang di bilik. Time untuk mandi, solat dan berehat. Esok kitorang akan ke tempat yang agak jauh dari Harbin ni. Bas dan penginapan dah siap book dengan agen kat lobi hotel pagi tadi. Kena bangun esok seawal 4.00 pagi.

Nite uoolls.. jumpa di next entry..

























































































































































































































































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8