Monday, March 6, 2017

Trip ke Xian,Beijing,Harbin CHINA(Winter 2017)-D2

CHINA FAMILY TRIP


18 Februari 2017

Okla, ni sambungan dari hari pertama.

Airport Xian ni kecik je. Tambahan pulak xde connecting dengan subway untuk ke bandar. Yang ada cuma airport bus atau teksi. So me dah siap-siap book hotel berdekatan airport yang menyediakan shuttle service. Tapi masa sampai tu, x jumpa langsung sign nama atau kelibat pihak hotel yang datang ambil.

Cuak jugakla masa tu, dahla pepagi buta. X boleh nak buat panggilan telefon pulak. Nasib baik dapat minta tolong dengan seorang wanita cina yang boleh berbahasa Inggeris. Dia tolong call hotel, malangnya pihak hotel bagitau yang diorang x menerima orang luar, cuma chinese citizen je. laaa... pulakk....

Nasib baik la book dengan Booking.com x bayar ape2 lagi. Tapi xde pulak tulis x terima orang luar. Kenala tukar plan, nak kena cari hotel lagi tengah2 malam buta ni.

TIPS PENTING : Pastikan baca review hotel sebelum book kalau x nak jadi masalah di kemudian hari. huhu. Review dari orang yang dah menginap sebelumnya banyak membantu sebenarnya dari segi tahap kebersihan, jarak dari subway & sebagainya.

Me dah ada survey yang adanya airport bus dari airport ke bandar Xian. Lagipun, memamng keesokan hari sepatutnya kitorang akan menaiki airport bas ni untuk ke bandar Xian.

Tapi x jangka la malam ni jugak dah kena ke bandar.. huhu.Wanita cina tadi pun suruh kitorang naik bas. Cepat-cepat ke kaunter tiket untuk bertanya. waktu akhir perjalanan bas untuk malam adalah pada pukul 1.30 am. Nasib baik sempat.

jadual perjalanan bas

tengah tunggu bas
tiket berharga 25 yuan seorang
dah boleh naik bas
X lama tu bas pun tiba, perjalanan mengambil masa kurang dari sejam. Masa kat dalam bas ni, me risau jugak sebabnya pernah terbaca dalam blog someone katanya last bus ni akan berhenti pertengahan jalan, X sampai pun benteng tembok Xian.

Xian Airport ----->  Bandar Xian


dapat seat bahagian belakang

Syukur Alhamdulillah, dalam pukul 2.10 pagi, kitorang tiba di depan Longhai Hotel, berdekatan Xian Railway Station. (seperti yang dibaca dalam website travelchinaguide). Lega, lepas satu hal. Sekarang ni cuma nak mencari hotel untuk bermalam je.

Lega sebab bas masuk tembok Xian

TIPS PENTING : Silalah download apps berkaitan seperti, translator sebabnya penting untuk komunikasi. Sangat berguna semasa ingin berkomunikasi dengan orang tempatan. Kalau x, kita x paham dia, dia x paham kita.

Atas bantuan chinese app dan bantuan seorang lelaki cina walaupun dia cakap bahasa cina dengan kitorang, dapatla jugak 2 bilik hotel dengan total bayaran 300 yuan. Dia tolong cakapkan pada owner hotel.

Walaupun bilik hotel nya x berapa nak ok, tapi selesa jugak la dapat lelapkan mata dan rehatkan badan sebelum berjalan keesokan hari. Kitorang check in masa ni pun dah pukul 2.30 pagi.

Gambar bilik pun x dan nak ambil.

business card hotel


Time to sleeppp..zzzz

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni kitorang kena gerak awal sebab masa nak berjalan-jalan di Xian cuma x sampai sehari je. Malam ni dah nak ke Beijing.

Kitorang check out pada pukul 7.30 pagi dari hotel yang x diketahui nama, menggalas beg dan menuju ke Xian Railway Station. Sebelum check out, sempatla masak air panas dan bancuh kopi o dan milo untuk dibawa sebagai bekal.

map dari Longhai Hotel ke railway stn


depan hotel

Di pertengahan jalan, kitorang singgah membeli strawberry dan buah-buahan lain. Memang manis strawberry kat sini. 1 peket 18 yuan. Rutin kitorang, setiap kali trip mesti mencari strawberry sejak terjebak dengan strawberry manis kat Korea. :p

macam-macam buah ada
berjalan ke Xian Railway Stn

Sampai kat train station, kitorang mencari signbord 'left luggage'. Seperti yang me dah survey sebelum ni, harga untuk 1 beg adalah dalam anggaran 10-20 yuan bergantung pada saiz. Bayaran total beg yang dikenakan kepada kitorang adalah sebanyak 120 yuan selama 1 hari. Tapi kitorang letak x sampai sehari pun, petang nanti dah nak kena ambil semula.

simpan beg kat sini
Lega dah settle pasal beg. Kitorang masuk ke bahagian kaunter tiket pulak. Asben je beratur untuk claim train tiket yang dah siap-siap beli online. Cuma tunjukkan ticket pickup number dan passport kesemua ahli. Tiket pun dah dapat. Train kitorang untuk ke Beijing adalah pada pukul 7.21 malam. Sempatla nak jalan-jalan dulu area Xian ni.

asben tengah beratur

TIPS PENTING : Sebaiknya belilah tiket train online untuk mengelakkan kehabisan tiket. Parah pulak kan nak kena tukar itinerary saat2 akhir. Nak pulak masa peak season. Bagi yang nak beli train ticket online sila ke website travelchinaguide. Cuma kalau beli online ni ada service charge yang dikenakan la. Tips dan info berkenaan China pun banyak boleh diperolehi melalui website tu.

Dengan menggalas beg kecil, masing-masing keluar dari station, dan mencari bangunan China Post. (landmark untuk bas ke Terracotta)


naik bas kat sini
dekat body bas dah tulis Terracotta
Pada pukul 8.40 pagi, kitorang menaiki bas bernombor 306 dengan bayaran 8 yuan seorang untuk menuju ke Terracotta Warrior Museum yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Bas akan bergerak sebaik sahaja penuh.

Xian Railway -----> Terracotta Warrior Museum
Dah ada masa terluang ni, masing-masing sempat melelapkan mata. Breakfast pun makan kat dalam bas je.  Kitorang tiba di stesen bas berdekatan muzium pada pukul 9.50 pagi. Kat area stesen bas, ada 1 kedai muslim, tapi kitorang x masuk pun. Kitorang berjalan lagi menuju ke kaunter masuk.


menapak ke muzium

kedai jual bulu..hehe

Masa ni ramaila tour guide yang nak offer khidmat guide, mahal pulak tu. Siap ikut kitorang dan paksa-paksa lagi. Sudahnya, kitorang berhenti dulu kat 1 kawasan taman yang ada menyediakan kerusi untuk makan bekalan makanan seperti air, roti dan biskut. Guide tadi pun berdiri berdekatan, x lama tu dia bosan agaknye dia pun blah.. hehe..

menuju ke kaunter tiket

kaunter tiket


view sekitar

Harga tiket masuk untuk seorang adalah 120 yuan. Nak masuk area muzium tu pun kena menapak lagi melalui kawasan taman sebelum sampai di bangunan muzium.

jom menapak
jauhh
di pertengahan jalan
tiket

baru sampai tempat check tiket
Seperti yang me baca dalam entry blogger yang pernah pergi, terdapat 3 pit kat sini. Better mulakan dari pit paling kecil Pit 3---->Pit 2---->Pit 1. Pit 1 ni yang paling besar.

Kitorang pun mencari la pit-pit yang digembar-gemburkan, itupun terjumpa Pit 2 dulu sebelum Pit 3.
Ramai orang semasa di Pit 1. Nak bergambar pun kena menyelit celah-celah orang ramai.

x jumpa pulak tulis nombor pit kat luar pintu

jom masuk. x silap ni galeri
Pit 2

Pit3
berjalan ke Pit 1

menuju ke Pit 1
Pit 1
sebab ada yang x dapat pergi, tulis nama je la..hehe
peace

Dah settle tinjauan pit-pit ni, kitorang pun berjalan keluar, sambil-sambil tu curi peluangla bergambar. On the way nak keluar pun ada banyak kedai-kedai menjual makanan dan barang cenderahati.


bahagia melihat kamu tertawa

kedai
mee tarik
kedai jus delima

kedai daging halal. Tapi bila kitorang tanya peniaga tu, dia macam x kasi beli. Was was pulak terus x jadi beli. haha

bbq

Tapi kitorang cuma beli buah-buahan je. Tu pun tertipu dengan 1 kedai ni, dia jual pisang kaki, pisang kaki ni dia jual dalam kotak kecik yang disusun 2 tingkat. Yang belah bawah semua dah rosak, yang dia display belah atas yang baru. Patutla kitorang nak pegang pun dia x bagi. Penipu betul!

ha ni diaa kedai penipu.. aim muka diorang
haa ni la pisang kaki yang kitorang beli. Belah bawah dia lapik lapisan kotak

strawberry 
kekacang dan kurma
kedai photo
jual souvenir
layang-layang ni pun terjebak gak beli..hehe
layang-layang
Kitorang berjalan lagi menuju ke stesen bas yang mula-mula sampai tadi. Kat area perkarangan luar ni orang x la ramai sangat. Lagipun kawasan ni sangat luas.

jalan lagi
kedai souvenir patung terracotta

Kat area stesen bas ni pun ada peniaga-peniaga yang menjual makanan dan cenderahati antaranya jagung rebus, ubi rebus dan barang handmade. Kebanyakan peniaga pun di kalangan uncle2 & auntie2.

Nampakje bas nombor yang sama, kitorang terusje naik. Masa ni jam dah pun menunjukkan pukul 12.20 tengah hari. Bas pun terus gerak menuju semula ke Xian Railway Station. Masing-masing curi masa untuk berehat dan tidur.

Terracota -----> Xian Railway stn


tadaa..hehe
segar sikit lepas tidur sekejap
makan buah delima

Kitorang tiba pada pukul 1.30 petang. Plan seterusnya kitorang akan ke Bell Tower, Drum Tower dan Xian Muslim Street. So kenala mencari bas untuk ke sana. Kitorang masuk information kiosk untuk bertanya tempat nak tunggu bas bernombor 611. Katanya kena tunggu depan KFC.

TIPS PENTING : Sila standby nama tempat yang kita nak pergi dalam bahasa cina. Senang bila nak tanya pada orang. Majoriti penduduk kat sini x pandai english. Kita sebut railway station pun diorang x faham. 

capture tulisan cina, senang nak tanya pada orang
map sekitar railway station

suasana sibuk 
banyak betul beg
dekorasi tahun baru cina agaknya

TIPS PENTING : Kalau boleh elakkan ke China dalam tempoh 3 minggu sebelum & 3 minggu selepas Tahun Baru Cina. Pax sesangat! Ramai sangat orang. Time kitorang pergi ni pun terkena jugak dalam tempoh ni. 

tunggu bas 611
Kitorang kena seberang jalan untuk tunggu bas di hadapan KFC. Terbayang pulak Zinger burger KFC masa ni. hahaha. Nampak je bas 611, kitorang pun beratur untuk naik. Standby siap-siap duit tambang  untuk bayar kat driver bas. Tambang dikenakan adalah sebanyak 2 yuan seorang. Lebih kurang 15 minit perjalanan, bas pun berhenti di Bell Tower. Masa ni jam lebih kurang pukul 2 petang.

Xian Railway -----> Bell Tower


dalam bas ke Bell Tower
dah sampai

bell tower
Kitorang sempat snap-snap gambar berlatar belakangkan Bell Tower. Bell Tower ni terletak di tengah-tengah bulatan jalan raya. Kitorang masuk underpass iaitu laluan bawah tanah. Nak masuk ke Bell Tower ni nak kena bayar. Kitorang x masuk pun, kitorang meneruskan perjalanan bawah terowong tu menuju ke Drum Tower.


Bell Tower -----> Xian Muslim Street

lalu underpass
map terowong
kena beli tiket masuk kat sini
Bell Tower di tengah2 bulatan jalan raya
nun jauh di sana tu la Drum Tower

guna laluan ni untuk ke Drum Tower
sampai dah drum tower

Lepas ambil gambar sepintas lalu, kitorang mencari Xian Muslim Street yang terletak di belakang Drum Tower. Ramai jugak orang masa ni dengan keriuhan peniaga-peniaga menjual makanan



belakang drum tower
entrance muslim street


Unik ciri-ciri bangunan kat street ni
xtau la makanan apa ni
tauhu ni kitorang ade beli.. xsedap sangat..hehe
ni sama macam pulut kuning kita, digaul dengan sos delima. sedappp..
kedai kekacang.. sedap

Masa ni kitorang cuma menjamu mata je, x beli pun makanan lagi. Memandangkan dah waktu tengahari, perut memasing pun dah berkeroncong, kitorang pun mencari kedai halal untuk makan tengahari. Lama gak memusing mencari kedai.

mencari kedai makan
jumpa 1 kedai

Kitorang jumpa 1 restoran yang bertanda halal. Kitorang masuk dan order makanan. Harga makanan kat sini boleh tahan gakla, lebih kurang kat Korea harga nya. Pelayan restoran yang wanita kebanyakannya bertudung.

tunggu order

Settle order, me asben & adik ipar keluar merayap jap mencari makanan tambahan. Semestinya kitorang beli pulut kuning tadi untuk merasa. hehe.. sedap jugakla. Kitorang keluar sekejap je, balik semula restoran, makanan dah terhidang dah. Pinggan mangkuk pun diorang keluarkan yang baru, dalam plastik lagi.

baru dalam plastik


Bismillah
jom makan
roti herba, keras tapi rasa boleh tahanla
kueyteow goreng kot
pisang goreng pun nak order..hehehe
alhamdulillah

tauhu pedas.. bolehla

sotong

Antara menu yang kitorang order antaranya, roti herba, mee tarik, pisang goreng, bubur nasi manis,sotong goreng rempah dan air oren 1 jug. Bagi me, yang betul-betul boleh terima tekak cuma roti herba.. hahaha.. Total makan adalah 150 yuan, bersamaan RM 97..:o Dalam RM12 seorang.. Bolehla..Alhamdulillah perut dah diisi.


Kitorang berjalan keluar, mencari makanan lain yang boleh dibeli. Kitorang siap-siap beli sekali untuk bekalan dalam train malam nanti. Setakat ni belum lagi acara masak-memasak.


awek jual kekacang

Roti inti sayur, macam roti canai
beli jagung dekat stall aunty ni

Memandangkan awal lagi dah masuk waktu Zohor, kitorang mintak tolong auntie jual jagung ni untuk tunjukkan kitorang arah ke Masjid Xian. Kena masuk lorong-lorong baru jumpa masjid ni. Masjid ni dikenali dengan nama Great Mosque of Xian. Banyak lagi masjid-masjid lain sekitar Xian ni.

Perkarangan luar masjid
menuju ke tempat solat
tempat ambil air sembahyang untuk lelaki. 

Luas jugak perkarangan masjid ni. Ada taman di bahagian luar sebelum jumpa bangunan solat. Ruang ambil sembahyang lelaki dan perempuan berasingan. Dah siap ambil air sembahyang kitorang menuju ke tempat solat.

Ngam-ngam je masa kitorang sampai ni, nak masuk asar. Ramai kaum lelaki cina Muslim yang berjemaah.

masjid Xian
masuk ke ruang solat

Ikutkan memang x disediakan ruang solat untuk wanita kat masjid ni. Kitorang yang perempuan diberi ruang solat di bahagian belakang ruang solat lelaki. Kat kawasan terbuka. Selesai solat, kitorang keluar, abah-abah & asben tengah bersembang dengan imam masjid. Sempat bergambar dengan imam masjid ni.

bergambo ngan imam

Lepas tu, kitorang ikut imam ni, dia nak tunjukkan kedai miliknya yang menjual tulisan khat, kopiah dan macam-macam lagi.

menuju ke kedai khat milik imam masjid
abah mencuba kopiah
imam masjid
cantik

Abah-abah je masing-masing membeli kopiah. Disebabkan nak mengejar masa, kitorang pun terus bergerak menuju ke Bell Tower untuk menaiki bas ke railway station. Masa ni pun dah pukul 5.45 petang. Bergegas pulak nak balik ke Xian railway station.

menunggu bas

Sesampai je di Xian Railway station lebih kurang pukul 6.00 petang, kitorang terus menuju ke tempat simpan beg, mengambil kesemua beg dan masuk ke dalam bangunan station. Setiap kali nak masuk, memang ada security check kat China ni. Subway pun sama. Beg siap kena scan lagi.

pompuan kat kaunter tu bapak sombong. main jerit-jerit je bila orang tanya

Kitorang terus masuk ke ruang menunggu. Setiap ruang menunggu dah tulis dah jenis dan nombor train. Lebih kurang pukul 7.10 petang, masing-masing dah beratur untuk naik train. Orang x yah cakapla, penuh sangat macam ulat. Langsung xde seat kosong. Ramai yang duduk kat lantai je.

giler ramai
beratur
masing-masing berkejar

Jauh jugak nak menapak tau. Kena ikut kat nombor tiket, kalau dapat yang gerabak paling jauh memang sakit kaki berkejar. Me yang paling belakang sekali sebab sambil lari sambil ambil gambar. hahaha

jauh lagi
bahagian sleeper
ok dah sampai

Lepas dah check tiket, kitorang pun naik ke dalam train. Kitorang ni berlapan, so ngam mgam la ambil 2 bilik. Train bergerak tepat pada pukul 7.21 malam menuju ke Beijing.

Xian Railway stn -----> Beijing West Railway stn


Untuk perjalanan ke Beijing ni, me book sleeper train, jenis katil. Saje nak mencuba, tapi harga agak mahal la. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 11 jam. Tempoh perjalanan setiap train ni pun berbeza. Kalau yang banyak stop tu, lagi lama la masa yang diambil.

Kat China pun ada high speed train atau bullet train. Harga tiket pulak mengikut jenis seat. Lagi selesa dan cepat, lagi mahalla harganya.

soft sleeper

soft sleeper berpintu
kat luar pintu ada nombor katil

Untuk jenis katil bagi train kat China ni, yang me survey ade 3 jenis. Paling cikai dan murah adalah hard sleeper, jenis yang x bertutup, 3 tingkat dan orang lalu lalang je. Kiranya xde privasi langsungla.

Yang sederhana adalah soft sleeper. Yang ni yang kitorang ambil ni la. Jenis bilik berpintu, 1 bilik ada 4 katil. Yang ni dah cukup selesa dah.

Kalau nak lagi selesa, ada 1 lagi iaitu luxury soft sleeper, ni untuk yang orang ada-ada la.. mahal, 1 bilik ade 2 katil je.

hard sleeper
luxury soft sleeper

Toilet turut disediakan kat sini. Lebih kurang macam dalam flight. Kalau nak air panas untuk buat air boleh minta pada staff dalam train.

Katil pun dah terhidang, mata mengantuk dan badan penat.. Selesai je makan, bersiap dan solat, masing-masing melelapkan mata. Best jugak tidur dalam train sebab rasa berbuai je kan.. hehe

Kadang-kadang tu tersedar tengah malam bila train berhenti di stesen-stesen tertentu.

ni bilik lagi 1, kat sebelah je. asben, adik ipar, mak & abah

Okla, tido dulu...

Nantikan next entry untuk day 3 ye..






































































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8