Saturday, January 11, 2020

Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D4

HUSBAND WIFE TRIP TO XINJIANG CHINA
10 Jun 2019


dah siang

Lena tidur bila dapat katil walaupun dalam train. Rasanya macam tidur berbuai-buai. Me tersedar dalam pukul 4.00 pagi masa train singgah 10 minit di stesen Aksu. Dalam train memang lampu ditutup waktu malam.

Kashgar ---> Aksu ---> Kuqa/Kuche

Sampaije di Kuqa atau Kuche train stn pada pukul 8 pagi, masa nak keluar dah kena tahan dengan polis lagi. Lama jugak masa ni. Tapi polis ni ok je, siap bersembang-sembang, guna translator app la tapi.. hehe.

baru sampai

Kuqa Railway stn 

Atas bantuan polis tadi, lebih kurang pukul 8.40 pagi, kitorang menaiki taxi dari railway station ke Kuqa Bus Stn. Plan kitorang adalah untuk menaiki bas ke sebuah tempat yang terletak di bahagian selatan kaki Gunung Tianshan iaitu Tianshan Grand Canyon. Ia juga dikenali dengan nama Kuqa Grand Canyon. Kalau dari pekan Kuqa ni dalam 2 jam perjalanan.

Kuqa Railway stn ---> Kuqa Bus stn

Kitorang agak konpius mulanya bila sampai je di Kuqa Bus stn. X pasti betul ke x kitorang berada di bus station sebab tulisan pun rasanya dalam bahasa Uyghur. Sepatah pun x faham. Setiap pintu bangunan pun tutup lagi.

Lagipun xde orang yang tunggu kat luar. Mungkin jugak masa ni masih awal. Kitorang just lepak je dulu tunggu kat tangga.

belum bukak

Mulanya kitorang dah try hitchhike, tahan kenderaan depan bus stn ni. Kitorang dah standby print tulisan grand canyon dalam bahasa cina, tulis besar-besar. Tapi xde sebijik kenderaan pun berhenti. huhu. Xpelah, tunggu bas je la nampaknya.

try hitchhike

\
xbukak lagi

X lama tu barula nampak beberapa orang, ada yang menggalas beg, ada yang bawak beg tarik, turut sama menunggu di luar pintu bangunan. 

nak beli tiket bas tunjuk gambar je senang sikit

Terbukak je pintu kaunter kitorang terus masuk ke dalam. Belum sempat beli tiket dah kena tahan, dan disoal siasat lagi dengan polis. Cemuih pulak rasa. haha. Adoila.. Ketat betul security check kat sini.

Dipendekkan cerita selepas membeli tiket bas dengan harga 21 yuan seorang, kitorang pun menaiki van mini berwarna biru yang bergerak lebih kurang pukul 10.50 pagi ke tempat yang kitorang nak pergi iaitu Kuqa Grand Canyon.

Kuqa Bus stn ---> Kuqa Grand Canyon

dalam mini van

Penuh jugak dalam van ni. Me ambil seat tepi, senang nak ambil gambar. Layan view je la 2 jam dari dalam van. Nak tidur pun dah puas tidur dalam train malam tadi. Lagipun, benda paling rugi adalah tidur dalam perjalanan time travel waktu siang, rugi tak tengok view. Betul x? 

on the way

layan view

gunung ganang 

langit cerah

laluan jalan lain

Di pertengahan jalan, van singgah kat police checkpost. Masa ni me & asben x diminta untuk turun, cuma diorang ambil passport je untuk semakan. Dalam 10 minit jugakla menunggu. Settle dapat balik passport,van pun meneruskan perjalanan semula ke grand canyon.

masa ni duduk dalam van je, polis tengah cek passport, sempat snap gambar sekitar

nak dekat sampai

gunung ganang batu-batuan

baru ada nampak hijau rumput

keadaan jalan yang lurus

X lama tu van berhenti di 1st stop di sebuah pekan menurunkan beberapa orang penumpang. Ada penumpang lain pulak yang naik.

penumpang turun

pakcik kat depan kitorang ni pakai doppa

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke grand canyon. Makin dekat nak sampai, makin banyak kelihatan gunung ganang berbatu ni.

indahnya

layan view

warna kemerah-merahan

X lama tu sampaila kitorang di entrance grand canyon pada pukul 12.45 tengah hari. Belum masuk dalam lagi dah tau yang tempat ni memang cantik. Kebetulan pulak kitorang datang ni cuaca cantik, terserlah warna kemerah-merahan batu-batuan gunung ni.

ni lah van yang kitorang naik dari pekan Kuqa tadi

Lepas turun dari van, kitorang terus melangkah menuju ke pintu masuk. Harga tiket masuk adalah 41 yuan seorang. Harga mungkin berbeza mengikut season.

Grand Canyon entrance 

Dapat je tiket, kitorang pun mencuba nasib dengan bertanya staff kat kaunter untuk tumpang letak bagpack. Nasib baik la diorang baik hati nak simpankan, percuma je. Dapatla kitorang berjalan-jalan dengan senang hati tanpa menggalas beg berat kat belakang.

jom 

jauh nak jalan masuk ke dalam

mujur hari cerah

kena naik tangga, turun tangga

sign larangan

batuan

Nak masuk ke tempat ni perlukan stamina yang lebih jugak sebenarnya sebab jarak dari pintu masuk ke dalam pun jauh. Kena naik tangga lagi. Kalau ada masa lebih tu, bolehla jalan slow-slow sampai penghujung dan hayati tempat ni, serius cantik sangat.

cantik betul laluan ni

cahaya matahari di celah batuan

ada tangga disediakan

Lama jugak kitorang kat dalam ni. Lebih kurang pukul 2.00 petang, kitorang berjalan keluar semula menuju ke entrance. X sempat nak habiskan tour ke penghujung pun. Entahla lagi dalam ada apa.. Kot ade lake ke kan mana tau.

nak keluar balik

Bila sampai je di entrance, isu transport pula yang menjadi masalahnya. Kitorang plan untuk ke Bayanbulak Grassland, tapi x ada public transport dari grand canyon ni. Yang ada cuma bas dari Kuqa. Tak kan la nak patah balik kan.

Bayanbulak Grassland yang kitorang survey kat sana

So, kitorang try nak hitchhike depan entrance Grand Canyon. Memang dah siap print awal-awal nama tempat dalam bahasa cina, print kat A3 paper. Tu pun x cukup besar. Tapi hampa. Sebijik kenderaan pun xde yang berhenti.

Mencabar jugak nak hitchhike ni. Seawal 30 minit menahan kenderaan, hujan lebat turun. Hujan ais batu sebenarnya. Kitorang terpaksa berlari dan berteduh kat dalam kawasan kaunter. Atas jasa baik staff kaunter tadi, kitorang diberikan tempat berteduh kat dalam restoran.

hujan, nampak tu ketulan ais batu kecil2
tengah berteduh dalam restoran

Lebih kurang 15 minit melepak kat dalam restoran ni, kitorang pun menggendong beg semula dan berjalan keluar menuju ke tempat kitorang tahan kenderaan tadi. Hujan dah reda dah.

try nak hitchhike

Masa kitorang terbuang hampir 2 jam setengah kat sini. Mungkin jugak driver2 ni x nampak apa yang kitorang tulis. Akhirnya, putus asa nak tahan kereta dah. Kitorang decide untuk berpatah balik ke Kuqa. Masalahnya nak kena tahan kereta jugak.

Mujurla kebetulan lalu van jenis sama macam kitorang naik dari Kuqa. Sharing van ni nak menuju ke Kuqa. Memang dia berhenti nak pickup orang di grand canyon. Masa ni jam dah pun pukul 5.00 petang. Kitorang pun naik. Sempatla terlelap dek kerana kepenatan.

Tianshan Grand Canyon ---> Kuqa Bus stn

sampai semula di Kuqa Bus stn

Sampaije di Kuqa Bus stn, kitorang decide nak cari makan, perut terasa lapar. Sebelum tu kitorang dah survey dulu waktu train untuk ke Urumqi. Train malam ada dalam pukul 9 lebih. Kalau yang lewat sikit ada dalam pukul 11. Lagi awal naik train lagi cepat sampai. So, sempat lagila kalau nak makan dulu. Nak ke train stn pun x jauh dah.

jadual train dalam travelchinaguide

Sambil berjalan kaki di deretan kedai-kedai berhadapan bus stn ni, kitorang tercari-carila kedai makan. Singgah la kat salah sebuah kedai makan yang diyakini.

Kitorang order laghman mee. Order 1 je, rupanya diorang ingat 2.. Ha sudah..sekali sampai order 2 piring.  Jenuh nak perabih. Mee die dahla gemok. 2 mangkuk mee 15 yuan.

banyak wehhhh

Setel makan dan bayar, kitorang menggalas beg semula dan keluar dari kedai. Kitorang terus tahan taxi untuk ke Kuqa railway stn dengan tambang 10 yuan. Masa ni jam dah pun pukul 7.15 petang. Seperti hari sebelumnya, hari masih cerah lagi.

Kali kedua plan rombak. Mulanya haritu x jadi ke Tashkurgan. Ni x jadi pulak ke Bayanbulak Grassland. huhu. Xpe, ada hikmahnya. Mujurla serba serbi x book, mudahla ubah itinerary mengikut kesesuaian. 

Kuqa Bus stn ---> Kuqa Railway stn


bertemu semula kita ye Kuqa Railway stn

Masuk je ke dalam stesen, kitorang terus beratur di kaunter tiket. X ada kaunter special untuk English,  kalau ada macam kat area Beijing dulu senang la berurusan.

So macam biasa tulis siap-siap destinasi, masa, dan no. train kat dalam kertas lain. Kalau pilih jenis katil tulis sekali nak yang lower, middle atau upper berth. Memudahkan urusan kalau dah siap tulis.

Sementara menunggu ketibaan train, kitorang mengalas perut dulu dengan magee Malaysia. huhu. X yah risau, di train stn memang dah disediakan air panas. Nanti dalam train boleh tidurje. Sampai je train, kitorang naik dan mencari nombor katil. Kebiasaannya, kalau hard sleeper train kitorang memilih middle berth. Dapat pandang tingkap train. 

Train ni bergerak tepat 9.00 malam macam dalam jadual. Kat luar masih lagi belum gelap. Pemandangan luar pun x ada apa yang menarik. So baring-baring dulu atas katil sambil layan hand phone.

main henpon dulu sebelum lelap

Kuqa Railway stn ---> Urumqi Railway stn (ni laluan kereta, tah la x leh set laluan train dalam map)

hampir nak gelap

Time to sleep. Hari yang memenatkan. Semoga hari esok dan seterusnya dipermudahkan InsyaAllah
































































































No comments:

Post a Comment

Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8