Thursday, March 17, 2016

Trip Bajet Ciput ke Jepun (Winter 2016) - Total Bajet



Assalamualaikum..

Ada yang mengikuti kisah trip bajet ke Jepun ni ke? Terima kasih le banyak-banyak ye. Nanti me belanja stroberi Jepun..umm.. yummy..

Kalau ada yang tersalah cerita ke, tersalah info ke, harap maaf ye.

Nah!!! 

Ok, tentang trip 7 hari  6 malam ke Jepun ni dah pun me ceritakan dalam entry-entry sebelum ni. La ni nak ceritakan pasal bajet pulak. Me dah buat checklist dah. Harapnya xde la yang tertinggal.

Bajet ni me buat untuk kos seorang la ye. Ini ringkasan, kalau nak detail korang boleh baca di entry '' Trip Bajet Ciput Ke Jepun - Sebelum Trip''

BAJET  TRIP KE JEPUN UNTUK 7 HARI 6 MALAM 
( mengikut exchange rate masa tukaran duit : 0.0353 )

1) JR Pass 29110 yen ( exchange rate: 0.0365)-------------------------------RM 1063.00

2) Penginapan

* Rumah Air Bnb Kyoto ( 2 malam )------------------------------------------ RM 130.00
* Takayama Country Hotel ( 1 malam )--------------------------------------- RM 130.00
* Rumah Air Bnb Tokyo ( 2 malam )------------------------------------------ RM 160.00
* Karuizawa Prince Hotel West ( 1 malam )---------------------------------- RM 160.00

3) Tiket Penerbangan ( Air Asia )-------------------------------------------- RM 726.15
* termasuk makanan & beg

4) Makanan ( di Jepun & makanan yang dibawa dari M'sia )------------- RM 150.00

5) KLIA Transit
* Putrajaya Sentral ---> KLIA 2 ---> Putrajaya Sentral--------------------- RM 18.80

6) Tiket train (selain JR) & Entrance Ticket
( mengikut exchange rate masa tukaran duit : 0.0353 )

* Kyoto One Day Pass----------------------------------------------------------- RM 17.50
* Subway Tozai Line------------------------------------------------------------- RM 14.70
* Daigoji Temple----------------------------------------------------------------- RM 21.00
* Hiroshima Peace Memorial Museum --------------------------------------- RM 1.75
* Subway Midosuji -------------------------------------------------------------- RM 20.44
* Shirakawago Tour ------------------------------------------------------------- RM 154.00
* Tokyu Oimachi Line ---------------------------------------------------------- RM 42.36
* Hakone Free Pass ------------------------------------------------------------- RM 140.00
* Metro Ginza Line ------------------------------------------------------------- RM 12.00
* Gala Yuzawa Ski Resort (ni ikut pakej main sledge)--------------------- RM 46.00

Ini je rasenya. Me akan update kemudian kalau ada yang tertinggal. Minyak kereta, tol dan passport tu me x masukkan sekali. Tu kira side bajet la tu. huhu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Total                                            =  RM 3007.70 
( x masuk souvenir, beli air, beli strawberry, beli aiskrim, shopping segala bagai)

Tambah RM 500 untuk belanja = RM 3500
(bab perbelanjaan ni subjektif, bergantung pada apa yang korang nak beli)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi me, RM 3500 dah cukup untuk travel ke Jepun selama 7 hari 6 malam. Ini pun sebab ringgit jatuh, bila tukar duit yen terasa la sangat. JR Pass pun sampai seribu lebih harga. Jumlah ni pun rasa tercekik jugak nak keluar duit haritu. Suka travelling punya pasal, hadap je lah..

Tambahan pulak, me book 1 malam di Karuizawa Prince Hotel. Resort hotel ni boleh dikatakan bertaraf 5 bintang. Kos seorang untuk semalam adalah RM 160. Tempat dia sangatlah me recommend korang untuk pergi. Sangatttla cantik.

Kalau yang kaki shopping tu bawaklah duit lebih.

Kalau travel agent punya harga pulak, ada yang me tengok RM 3500 x masuk pun tiket flight, tiket entrance, perbelanjaan dan makan. Dari apa yang me survey jugak, diorang kebanyakan hanya bawa ke tempat-tempat seperti Tokyo dan Osaka.

Kalau plan trip sendiri, kita dapat tentukan sendiri area mana kita nak cover. Trip kitorang kali ni dapat cover hampir keseluruhan. Cuma Hokaido je x dapat, x cukup masa. huhu.
Map ni menunjukkan tempat-tempat yang kitorang pergi semasa di Jepun.

Kansai Airport--> Kyoto--> Hirosahima--> Osaka--> Kyoto--> Takayama--> Tokyo--> Hakone--> Karuizawa-->
Gala Yuzawa--> Haneda Airport

Ok..sekian saje untuk kali ni.

Kat sini me share sekali lagi itinerary kitorang untuk 7 hari 6 malam di Jepun


6 Jan 2016 (Rabu) 

Flight Air Asia Kul - Kix (Kansai International Airport) (1.00 pg)

Day 1
7 Jan 2016 (Khamis)

Tiba di Kansai Airport. (8.25 pg)
Kansai to Kyoto
* Daigoji Temple
Menginap di rumah AirBnb (malam pertama)

Day 2
8 Jan 2016 (Jumaat)

Kyoto to Hiroshima
* Peace Memorial Park, Atomic Bomb Dome
Hiroshima to Osaka
* Dotonbori
Osaka to Kyoto
Menginap di rumah AirBnb (malam kedua)

Day 3
9 Jan 2016 (Sabtu)

Check Out
Kyoto to Takayama
* Sannomachi Street
Menginap di Country Hotel Takayama

Day 4
10 Jan 2016 (Ahad)

* Miyagawa Morning Market
Shirakawago Tour
Takayama to Tokyo
Menginap di rumah AirBnb (malam pertama)
* Shibuya

Day 5
11 Jan 2016 (Isnin)

Hakone Tour
* Asakusa, Akihabara
Menginap di rumah AirBnb (malam kedua)

Day 6
12 Jan 2016 (Selasa)

Check Out
Tokyo to Karuizawa
Menginap di Karuizawa Prince Hotel West

Day 7
13 Jan 2016 (Rabu)
Check Out
Karuizawa to Gala Yuzawa
* Gala Yuzawa ski Resort
Gala Yuzawa to Tokyo
Tokyo to Haneda International Airport
Flight Haneda to Kul (11.45 malam)

14 Jan 2016 (Khamis)
Tiba di KLIA2 (6.30 pg)


Wednesday, March 16, 2016

Trip Bajet Ciput ke Jepun (Winter 2016) - DAY 7


JEPUN FAMILY TRIP

Assalamualaikum.. Bertemu lagi.. hehe.. Ni adalah last entry untuk trip ke Jepun. Hari ke 7 dah! Bersamaan dengan hari terakhir kitorang berada di Jepun.

Ni map laluan kitorang untuk hari last ni ;

Karuizawa ---> Gala Yuzawa ---> Tokyo stn ---> Haneda Airport

13 Januari 2016

Pagi hari terakhir di bumi Jepun. Awal-awal pagi me dikejutkan oleh asben, salji! salji!. Bangun terkejut terus ke tingkap. huhuhu.. Gelap lagi pemandangan kat luar masa ni. Rumput-rumput dan bumbung cottage nampak macam putih-putih. Salji ke.. ye kott..

X lama lepas tu asben me keluar nak ambil gambar katanya. Me settlekan apa yang patut dulu. Lepas mandi, tengok kat luar, masih gelap tapi hari dah hampir cerah. Rumput-rumput yang memutih tadi makin jelas kelihatan.

Salji halus turun malam tadi

X jelas sangat


X lama lepas tu, asben me masuk semula ke dalam cottage sambil tunjukkan gambar-gambar yang sempat diambil di luar cottage. Cantikkk..

Ni antara beberapa gambar yang diambil ;

Cottage kitorang

Salji halus kat jalan berdepan dengan cottage kitorang



Gambar panorama kawasan sekeliling

Sebelah belakang dah nampak cahaya matahari dah
Cantik pokok-pokok kat belakang tu kan?


Our cottage. Matahari makin meninggi

Dah hampir cerah kawasan ni

Me sambil-sambil tu bersiap untuk keluar, nak ambil gambar jugak sebelum cahaya matahari keluar. Nanti salji seciput tu cairrr.. hihihi..

Masa asben me ambil gambar ni pun, cahaya matahari dah keluar. Dekat-dekat nak sampai kawasan cottage dah.. huhu..Me keluar lepas tu, kawasan ni dah cerah dah. Tapi cantik gak. Putihhhh je nampak..Kelihatan jugak beberapa orang pelancong lain turut keluar mengambil gambar.

Cuaca pagi ni pun sangatlah sejuk. Me sempat panggil yang lain2 untuk keluar. Lepas sarung winter coat dan kasut, me join asben yang dah pun berada di luar untuk mengambil gambar. Jakun sangat ke..haha..

Salji halus je pun.. Tapi tetap cantikkkk.. Tempat ni yang membuatkan ianya bertambah-tambah cantik walaupun salji cuma seciput.. Sebab cottage ni sendiri pun dah memang cantik..huhu..

oohh.. Falling in love with this place!

Dah cerahhh... Cantikkan???

Putih putih melati..hihi

salah 1 gambar favourite yang me suka! hehe



Nak tengok  x perbezaan tempat ni petang semalam dan pagi ni?? Ni bukan edit punya tau.. Real punya gambar.. hehe..

Cottage kitorang pada petang semalam

Cottage kitorang pada pagi ni

Alhamdulillah. Dapat tengok pemandangan indah kat tempat orang. Kalau dipanjangkan usia dan ada rezeki lagi untuk ke Jepun, memang tempat ni menjadi pilihan hati.. Bagi me la, yang lain2 x taula..hehe.. 

Memang me sukakan tempat pemandangan indah sebegini jika nak dibandingkan dengan tempat-tempat sibuk dan ramai orang seperti di bandar Tokyo. Stress tengok. hehe


Matahari makin tinggi


Cantik kan?


Dah ada van depan cottage. Mungkin ada yang dah nak check out
Cottage-cottage berhampiran


X lama lepas tu, nampak abah mentua me pun keluar untuk mengambil gambar diikuti dengan adik2 me. 

Masing-masing dengan kamera handphone masing-masing x melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan kat tempat ni.. Kitorang x bawak kamera canggih, handphone je ade..hehe..


Abah bergambar

Cantiknya lah pokok ni


kasi zoom sikit
Ni ape kes bersinglet je ni..

Dedaunan



terang dah kawasan ni

Lama jugak kitorang melepak bergambar kat luar. Masa ni lebih kurang pukul 8.30 pagi. Matahari pun makin tinggi tapi x panas. Suhu masih lagi sejuk. 

Kitorang pun masuk ke dalam cottage untuk prepare breakfast. Ada yang bersiap-siap dan ada yang tengah pack barang-barang. Hari ni kitorang dah nak check out. Menginap 1 malam je kat sini. Kalau datang betul-betul masa salji tebal mesti lagi best.

Kat sini me sertakan beberapa gambar dari pak google yang menunjukkan tempat ni bersalji tebal. Cantik sangat. Ni antaranya ;

salji tengah turun






Cantik kan? Bukan rezeki kitorang datang masa salji tebal. Kitorang datang masa belum bersalji. Salji halus adela.. Halus-halus tu pun jadilah. So aktiviti kitorang pagi ni cuma melepak je dalam cottage sementara tunggu nak check out pada pukul 11 pagi nanti.

Me memang saje je nak check out lambat. Rugi kalau check out awal-awal. Ambil peluang untuk menikmati pemandangan kat kawasan ni.. hehe..

tengok tv
Lepak-lepak sambil makan

Masa relax-relax ni x sedar jam dah hampir 10.30 pagi. Masing-masing bersiap dan kemas barang-barang untuk check out. Nasib baikla x banyak barang yang nak di pack. Asben me call reception untuk panggil van datang pick up kitorang. 

Sementara menunggu van sampai, seperti biasalah , memenuhkan masa dengan bergambar dan bergambar. hehe..

Salji halus yang pagi tadi nampak memutih kat luar sekarang ni xde dah. Dah cair dah kena cahaya matahari.. huhu..

Abah dah standby kat luar awal dah..hehe..
Mak & abah
phewitt.. Gadis berpayung
X lama lebih kurang 5 minit lepas call, van pun sampai. Cepat betul servis diorang. Kitorang memasukkan beg dan mengambil tempat di dalam van. Van pun bergerak meninggalkan cottage 956 ni menuju ke lobi untuk urusan check out.

Bye bye cottage! Ade rezeki kitorang datang lagi..

Settle pulangkan kunci, kitorang pun keluar dari lobi hotel dan mengambil peluang bergambar dulu sebelum bergerak ke Karuizawa Stn.

Luar lobi

Ngam ngam je berdepan  dengan lobi Hotel West ni terdapat sebuah tasik. Kawasan Tasik ni nampak agak luas. Kalau tengok pada map, banyak jugak tasik kat dalam kawasan hotel ni. ( tasik ke kolam eh..huhu)

Karuizawa Prince Hotel Map


senyummm.. :)
Mak abah & dayah


amboih posing.. hahaha

Abah & Mak

Abah dan abah





Me jumpa sekeping gambar yang me tengok dalam internet yang menunjukkan pemandangan tasik kat sini semasa musim salji. Cuma x pastilah tasik di bahagian mana..Cantik sangat. Ni gambarnya ;

Cantik ..Subhanallah..

Dah puas bergambar, kitorang pun berjalan kaki perlahan-lahan menuju ke karuizawa Stn. Sebelum tu, kitorang tempuh laluan shopping plaza untuk mencari tandas terlebih dahulu. Senang sebab malas nak guna tandas dalam train.. huhu..

Ski Area kat atas gunung tu 



Minah selfie..dalam tandas pun bolehhhh.. 

Kitorang teruskan berjalan sehingga ke train station. Xjauh pun jaraknya. Sama je macam sampai semalam. Sampaije di Karuizawa Stn, seperti biasa, kitorang kumpulkan JR Pass untuk reserve seat shinkansen.

Selamat tinggal Karuizawa

Destinasi kitorang yang seterusnya adalah Gala Yuzawa!
Apa yang ada di Gala Yuzawa ni? Gala Yuzawa ni terletak dalam wilayah Niigata. Yuzawa ini salah satu ski resort terbesar yang mudah diakses melalui Shinkansen Bullet Train dari Tokyo. 
Kawasan ni memang terkenal bagi peluncur-peluncur ski pada musim sejuk. ( info dari google). Banyak ski-ski resort di area Yuzawa ni.

banyak ski resort buat peminat ski

Me & asben dah settle uruskan berkenaan reserve seat. Shinkansen yang akan kitorang naik adalah shinkansen Asama 614 yang akan bertolak pada pukul 12.32 tghri.

Jadualnya seperti yang me print screen melalui hyperdia kat bawah ni ;

Laluan train

Masa kitorang sampai di track shinkansen ni, jam lebih kurang pukul 12.15 tghri. Kitorang terus berbaris menunggu di car no 8 bagi reserved seat. X lama lepas tu shinkansen pun tiba. Selepas dibenarkan masuk, kitorang mengambil tempat masing-masing berpandukan tiket yang diberi.

Shinkansen ni bergerak tepat pada pukul 12.32 tghri. Selamat tinggal Karuizawa! Ada rezeki boleh datang lagi nanti.. Insya Allah.. :)

Karuizawa ski Area

Bye bye Karuizawa

Oh ya.. shinkansen ni menuju ke Takasaki stn dahulu. Dari Takasaki Stn nanti kena tukar naik shinkansen lain untuk ke Echigo Yuzawa pulak sebelum ke Gala Yuzawa. Perjalanan dari Karuizawa stn ke Takasaki stn ni mengambil masa selama 20 minit je.

Tepat pada pukul 12.52 tghri, shinkansen ni tiba di Takasaki stn. Kitorang keluar untuk menuju ke track no 12 bagi menaiki Shinkansen Toki 323 untuk menuju ke Echigo Yuzawa. Semasa di Karuizawa stn tadi, me dah siap reserve sekali seat untuk shinkansen ni, so senang xperlu banyak kali nak ke kaunter.

Waktu perjalanan shinkansen ni adalah pada pukul 1.27 ptg. Shinkansen Toki ni pun belum tiba lagi. Ada lebih kurang setengah jam lagi. 

Kitorang ke kedai-kedai kecil yang disediakan di atas platform ni untuk meninjau apa yang boleh dibeli. Kat Jepun ni,  kitorang selalu beli air dari vending machine. Banyak sangat vending machine kat area Jepun ni. 

Air Koko panas. Sedap..


Shinkansen MaxTanigawa 

X lama lepas tu Shinkansen Toki 323 tiba di Track No.12. Kitorang dah siap-siap beratur di Car No.7 bagi reserved seat. 

Shinkansen Toki 323

Selepas pintu dibuka, kitorang masuk mencari tempat duduk masing-masing. Perjalanan ke Echigo Yuzawa mengambil masa cuma 29 minit. X sempat pun nak lena-lena sebab sekejap sangat.

Shinkansen baru gerak dari Takasaki stn

Tapi kalau perjalanannya memakan masa yang lama pun, mungkin susah nak lelap sebab semakin dekat ke Yuzawa ni, pemandangan semakin cantik. Kawasan gunung ganangnya yang diliputi salji memukau pandangan.. cewahh ayat.. haha..

Kitorang masa ni excited gila.. Macam x pernah jumpa salji..hihi..

Sampai je di Echigo Yuzawa stn tepat pada pukul 1.56 ptg, kitorang keluar dan terus menunggu di track bagi Shinkansen MaxTanigawa 109 untuk ke Gala Yuzawa stn. 

Kitorang x dapat reserve seat untuk shinkansen ni, so kitorang naik di car non reserved. Perjalanannya pun cuma memakan masa selama 3 minit. Sekejap sangat. X perlu pun reserve seat, berdiri pun boleh..

Apa yang me perasan, baru ni la jumpa shinkansen  2 tingkat.. hehe..

Shinkansen Max Tanigawa baru sampai
Pemandangan luar dari dalam shinkansen ni sangatlah cantik. Baru betul-betul jumpa kawasan yang bersalji di hari terakhir sebelum balik.. huhu..Cantik sangat. Subhanallah..



putih je kawasan ni dengan timbunan salji

Gunung ganang dengan tompokan salji


Putihnye salji oiii...
Gunung ganang kat belakang tu.. Cantik kan?

Tepat pada pukul 2.07 ptg selepas 3 minit je perjalanannya, shinkansen ni tiba di Gala Yuzawa Stn.
Sampai-sampai je kitorang turun dan menuju ke dalam station Karuizawa. Kat sini dah tersedia kaunter yang menjual pelbagai jenis pass untuk bermain ski, snowboard atau sledge. 

Gambar dari internet.

Masa ni, ada seorang lelaki Jepun, salah seorang staff kat sini yang datang kat kitorang dan tunjukkan pakej-pakej yang ada untuk bermain salji/ski kat sini.

Masa ni kitorang decide untuk ambil pakej bermain snowboard je untuk 2 orang dan selebihnya cuma pakej sledge. Xpelah macam budak-budak pun. Nak main salji je pun dan x nak jatuh tersungkur kalau main ski.. haha..

Pakej ni termasuk sekali gondola trip return dan set snowboard. Lupa dah harga untuk pakej-pakej ni. Nanti me masukkan kemudian eh.. hehe

Lepas dah buat bayaran untuk pakej ni, kitorang pun ke Rental Corner untuk collect peralatan-peralatan termasuk mencuba kasut boot untuk dapatkan saiz bagi kaki masing-masing.

Rental Corner

Lepas tu, kitorang kena sewa locker pulak untuk simpan beg, kasut dan segala barang yang x perlu dibawa. Harga untuk sewa locker ni setiap satu adalah 1000 yen.

TIPS PENTING : datang kat sini cukupla sekadar bawak beg kecik. Nanti susah pulak nak sewa locker banyak-banyak. Locker dia pun x besar mana. 1 locker pun dah sampai 1000 yen.. huhu..Yang penting bawak extra stokin takut-takut basah kena salji kan.

Pakai kasut boot dulu

Kitorang pun bawak peralatan main salji masing-masing menuju ke gondola station. Tempat bermain salji ni terletak di bahagian atas, makanya kena naik gondola untuk ke bahagian atas.

Ni rupa gondola nye

Tu dia menongkak bukit




salji..salji..

Cantik sangat pemandangan masa ni.... Putih melepak-lepak salji ni. Kitorang seramai 10 orang. So kitorang devide kepada 2 dan naik 2 gondola. Me naik dulu bersama ngan mak mak & abah abah. Yang lain-lain naik gondola yang seterusnya.

Mak sempat amek gambar walaupun tengah gayat.. hehe

Muke happy abah sebab dapat jumpa salji tebal..hihi

tinggi lagi nak naik


pemandangan dari atas

Cantik pemandangan gunung ganang kat belakang tu

Naik semakin tinggi

Pemandangan dari atas 

Perjalanan gondola ni mengambil masa lebih kurang 10-15 minit kalau xsilap. Memang x terkata bila tengok pemandangan sekeliling yang cukup-cukup cantik.

dekat nak sampai


dah sampai, jom turun..
Masa kitorang sampai ni, orang nampaknya x la terlalu ramai. Mungkin belum lagi peak season kot. Xdela nampak crowded sangat. Senang nak bergambar dan nak main salji.. hehe..

Nampak besar jugak kawasan ni. Ni map yang me copy dari website diorang ;

Gala Yuzawa Ski Resort

Sampai-sampai nak bergambar dulu le


mula cari tempat 

Kitorang sampai kat sini lebih kurang pukul 3.00 petang. Tempat ni close lebih kurang pukul 5.30 petang. Kitorang ada lebih kurang 2 jam setengah je kat sini. So, masing-masing pun mula la ke'jakun'an bermain dengan salji..hihi..

Orang x berapa ramai
Asben & adik me try untuk main snowboard. Nampak macam susah. Kitorang yang lain ni main sledge je la. Nampak kebudak-budakkan je.. Biarlah bukan ada orang kenal pun kat sini..Tapi Bestt sangat.. Dah meluncur turun sampai bawah, lepas tu yang malasnya nak panjat naik bukit balik.. hehe

Mula snowboarding

oppss..
Dayah dengan sledge nya
hihi..comel mak abah pun main

2 orang yang snowboarding ni mencuba lagi tanpa putus asa..hehe

Comel mak main salji..hehe


Abah cuba untuk snowboarding
Dia ni pun nak cuba jugak..hehe

Pakej untuk snowboarding ni lebih mahal berbanding main sledge ni. So kalau pergi dalam group macam kitorang ni, cukupla ambil 2 je sebabnya boleh share, tukar-tukar main.

Layan main sledge pulak..
Sambil-sambil main salji ni, kitorang makan la bekalan yang kitorang bawak. Siap biskut-biskut pun bawak sekali. Tempat sejuk ni lagila cepat lapar.



keletihan

Mandi salji

Masa ni jam dah dekat-dekat pukul 5.00 ptg. Kitorang pun dah puas main salji hari ni.. Masing-masing penat. Flight kitorang untuk balik ke Malaysia adalah pada pukul 11.45 malam. Kalau boleh kitorang nak sampai awal sikit di airport nanti.

So kitorang pun mula bergerak ke gondola station untuk turun semula ke train stn.

Macam tadi jugakla, perlu naik gondola untuk turun ke bawah pulak. Masa ni pun dah hampir gelap. Lampu-lampu di setiap kawasan pun dah mula dipasang.

Mula bergerak ke gondola station tadi
yeay..jom balik..
Kitorang menaiki gondola semula menuruni tempat bermain ski ni tadi. Hari dah semakin gelap dah masa ni. Tapi pemandangan sekeliling tetap x menghampakan.. hehe

Gunung ganang



Sampai je di bawah, kitorang terus memulangkan semula set snowboard dan sledge tadi dan mengambil semula barang-barang kitorang yang disimpan di locker. Kemudian kitorang terus ke kaunter untuk reserve seat shinkansen

Gala Yuzawa Stn (gambar dari google)

Shinkansen yang kitorang naik ni adalah Joetsu Shinkansen jenis MaxTanigawa yang akan bergerak pada pukul 5.16 ptg. Shinkansen ni akan direct terus ke Tokyo stn. So senangla, xperlu nak turun naik train lagi.

Joetsu Shinkansen

Gala Yuzawa Stn ---> Tokyo stn

Masa ni ramai jugak orang yang akan naik shinkansen yang sama. Tadi di tempat bermain ski x la terlalu ramai. X lama lepas tu, shinkansen ni pun tiba. Kitorang dah siap beratur di car No 14. Kitorang masuk dan mencari tempat duduk masing-masing.

Perjalanan ke Tokyo stn ni mengambil masa selama 1 jam 24 minit. Makanya, masa ni dipenuhi dengan tidur. Masing-masing keletihan. Me pun tersedar masa dekat-dekat nak sampai Tokyo..huhu..
Tepat pada pukul 6.40 petang, shinkansen ni tiba di Tokyo stn.

Kitorang turun di Tokyo stn dan menuju ke locker untuk mengambil beg-beg yang kitorang simpan semalam. Dengan membayar balance di machine, locker ni pun terbuka. Kitorang menggalas beg masing-masing menuju ke train stn.

Contoh machine payment untuk locker

Kitorang kena ambil JR Yamanote Line untuk menuju ke Hamamatsucho Stn terlebih dahulu. Perjalanan lebih kurang 5 minit je.

Tpokyo stn ---> Hamamatsucho stn ---> Haneda Airport

Setibanya di Hamamatsucho stn, kitorang kena naik Tokyo Monorail untuk ke Haneda Airport Terminal.

Tokyo Monorail

Tokyo Monorail ni pun fully covered by JR Pass. Train yang paling last untuk kitorang gunakan JR Pass.. JR Pass yang dah berkhidmat selama 7 hari sepanjang kitorang kat sini.. hehe.. Di dalam Tokyo Monorail ni, tempat letak beg adalah di tengah-tengah.

dah nak balik..huhu

Penuh beg kitorang kat belakang tu..
Dari Hamamatsucho stn, perjalanan mengambil masa selama 13 minit untuk sampai ke Haneda Airport Terminal. Setibanya di Haneda Airport, kitorang ambil troley untuk letakkan beg-beg kitorang. Masing-masing ke tandas dan menukar pakaian kepada pakaian yang lebih selesa. 

Maklumla, dah x jumpa cuaca sejuk lepas ni. Sampai kat KL nanti macam cacing kepanasanla masing-masing.. hehe..Kitorang cuma standby sweater di dalam beg kabin untuk dipakai di dalam flight nanti.

Hilang dah winter coat.. hihi

Masa sampai di Haneda Airport ni lebih kurang pukul 8.30 malam. So kitorang terus ke kaunter untuk settle kan urusan check in luggage. Standby siap-siap passport dan boarding pass untuk 10 orang.

apek jepun ni yang incharge urusan check in kitorang
standby passport

menunggu untuk check in luggage

Lepas settle kan urusan check in beg ni lega la sikit. So kitorang cuma menunggu je di boarding hall. Memandangkan kat dalam airport ni pun ada kedai-kedai, kitorang mencuci mata di kedai-kedai kat sini dan sempat lagi membeli strawberry. Memang manis strawberry kat Jepun ni.

598 yen bersamaan lebih kurang RM 21.. erkk..
mmm yummmy..
Selepas panggilan untuk penumpang diumumkan, kitorang pun memasuki flight dan mencari tempat duduk masing-masing. Kali ni pun kitorang dapat seat di bahagian belakang. Cuma lagi 3 orang dapat seat di bahagian depan sikit. X berapa jauh dengan seat di bahagian belakang.

Masa book online haritu, me dah siap book makanan dalam flight untuk setiap seorang. Memang tau dah, masa duduk seminggu di tempat orang, confirm rindu masakan Malaysia kan. Tu sebab me order nasi lemak. huhu.. 

Pada jam 11.45 malam. flight pun berlepas meninggalkan bumi Jepun. Bye bye Jepun..
Kalau ada rezeki kitorang datang lagi ye.. 

Haneda Airport ----------> KLIA 2
Maka tamatlah entry ke Jepun selama 7 hari 6 malam. Lepas ni InsyaAllah me akan buat total bajet untuk trip Jepun ni pulak.

Entry hari ke 8 xde ye.. jangan tunggu pulak..hehe..(macam la orang layan blog ni..:)).

So, Kitorang sampai keesokan hari pada pukul 6.30 pagi. Abang ipar me ambil kitorang di Putrajaya Central. 

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ ~ ~ ~ ~THE END~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ ~

Kat sini me ucapkan ribuan terima kasih bagi yang mengikuti kisah trip kitorang ke Jepun ni ye.. 
Kepada ahli-ahli trip ke Jepun ni terutama abah abah mak mak, minta maaf ye kalau sepanjang trip ni ada yang x menepati citarasa..macam masakan pulak.. hehe.. Yelah, kot jadual padat sangat sampai sakit-sakit kaki tu mintak ampun yer..hihi

Akhir kata, Al - Fatihah untuk arwah adik me yang bongsu bernama Nur Alia Akma... Semoga ditempatkan di kalangan ahli Syurga.. Kami sayang dan rindukan adik...Kenangan bersamamu akan tetap terpahat dalam ingatan sampai bila-bila..

InsyaAllah me akan cuba buat entry untuk trip ke Korea yang dah berlalu sebagai mengenang detik-detik manis bersama arwah adik. Ke Jepun kali ni x sempat nak bawak adik bersama. Yong sayang adik sangat-sangat.

We love u adik
Al-Fatihah..






































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8