Tuesday, March 1, 2016

Trip Bajet Ciput ke Jepun (Winter 2016) - DAY 4

JEPUN FAMILY TRIP

Hari ni adalah hari keempat untuk trip di Jepun. Kitorang hari ini berada di Takayama! Rasanya dah agak jauh perjalanan kitorang bila tengok pada map.

Bermula dari Kansai Airport sehinggalah ke Takayama. Jauh gak tu. Me sebenarnya agak frust masa on the way nak ke Takayama ni. Me jangkakan tempat ni bersalji masa kitorang datang ni. Rupanya x. Bukan xde langsung, cuma kurang.

Me mengharapkan sepanjang perjalanan dalam train semalam dapat tengok salji di kiri kanan, tapi xde.. huhu..Seperti yang me katakan sebelum ni, kitorang terdatang awal dalam 2, 3 minggu.

Ni map laluan kitorang sepanjang 3 hari lepas di Jepun. Masuk hari ni, hari ke 4 dah pun.

Kansai Airport-----------------------------------------> Takayama
Ni pulak map perjalanan kitorang untuk hari ni. Menuju ke Tokyo.

Takayama ---> Shirakawago Village ---> Takayama stn ---> Nagoya ---> Tokyo

10 Januari 2016

Pagi di Takayama! Sedap je tido. Malam tadi asyik tengok je kat luar tingkap kot-kot bersalji tebal kat luar kan. Tapi nan hado. hihihi..

Tup-tup bangun awal pagi tu tengok kat luar tingkap. Eh! apa putih-putih atas bangunan tu? Salji? Bila hari makin terang sikit barula nampak. Aah lerrr. Saljiiiiiii..

Kelam kabut siap nak turun bawah la konon.. Jakun betul tengok salji.. hahaha.. As I care~~~~ Malaysia kan xde salji.. Haruslah jakun.. haha..

Gelap lagi x berapa nampak
Putih-putih atas bangunan. Kat atas jalan raya cair dah kot..
Hari ni jugak kitorang dah kena check out dari hotel ni. Tido kat sini cuma 1 malam. So masing-masing pun bersiapla dengan mengangkut beg2 bawak turun. Program kitorang harini adalah join trip naik bas untuk ke Shirakawago Village.

So dah decide untuk tumpang letak beg di hotel ni dulu. Lepas trip ni, kitorang akan ambil beg dan teruskan perjalanan dengan menaiki shinkansen ke Tokyo pulak.

Trip ni me dah siap-siap book dengan J Hop Tour dengan harga 4400 yen seorang. Kalau korang stay di hostel diorang iaitu J Hoppers Hostel, korang boleh dapat diskaun lagi untuk trip ni. Me x book hostel tu sebab dah pernah tanya, diorang x recommend sangat kalau group yang ramai. Kitchen pun diorang x bagi guna bila group ramai. Me book trip pagi iaitu pukul 8.00 pg. Kitorang kena tunggu di depan Washington Plaza Hotel. Dekat sangat dengan hotel.

Tapi sebelum join trip ni, me dah masukkan dalam itinerary untuk ke Miyagawa Morning Market dulu. So dalam lebih kurang pukul 7.00 pg, kitorang keluar, berjalan kaki menuju ke Market tu.

Kiri kanan jalan jumpala jugak salji-salji yang dah nak cair kat atas kereta dan atas pokok. Malam tadi tu saljinya mungkin turun x berapa tebal. Jadilah kan daripada xde.. hehe..

TIPS PENTING ; kalau korang join trip pagi untuk ke Shirakawago, jangan lupa selitkan sekali aktiviti jalan-jalan pagi ke market ni. Sajela untuk tengok apa yang diorang jual, bolehlah shopping souvenir sekali. Pemandangan waktu pagi masa ni sangat best. Dengan air sungai kat tepi market tu. Suhunya sejuk & nyaman.

Selamat pagi Takayama!


kereta jer bersalji.. hehe

salji kat kereta je tinggal saki baki..
Lebih kurang 10 mnt berjalan sampaila kitorang kat Miyagawa Morning Market. X ramai pun yang meniaga. Seperti yang me survey sebelum ni, memang setiap kali musim sejuk, memang kurang peniaga yang berniaga kat sini. Ada lagi 1 market, tapi kitorang singgah market yang ni je.

Singboard dah siap-siap ada. confirm x sesat
Mak ngan abah


Beberapa gerai yang bukak



Sungai jernih


Seciput saleji.. hihhi..

Kat sini kitorang just beli fridge magnet yang melambangkan Takayama. X banyak kedai yang bukak. Orang pun x ramai masa ni. Masing-masing sibuk dengan bergambar je.. hehe..

Kitorang masuk kedai ni beli fridge magnet. Banyak jugak barang die jual.
TIPS PENTING : kalau korang nak beli souvenir, better beli masa kat pekan Takayama ni. Masa di Shirakawago Village nanti pun ade jual, cumanya jauh lebih mahal harganya. Biasala kan. Tempat tumpuan pelancong, makin best makin mahalla.



Nampak x ikan kat belakang tu. Statik je duduk dalam 1 kumpulan. kelakar pun ade.. hehe

View Jambatan
Sungai kat area market tadi
Dalam pukul 7.40 pg, kitorang gerak untuk ke tempat tunggu bas. Masa on the way ni tiba-tiba lah salji turun. Xla berapa lebat tapi boleh nampak jugakla. Bestttt... hehehe..Kitorang siap record video. Jakun x? Jakun x? hahaha... as I care ~~~~

Mak abah dengan pokok saleji
Nampak x ade salji halus turun. tu bukan kelemumoq tau..hehe

tunggu nak naik bas.


salji halus-halus masa ni

Sejuk sangat masa ni, dekat-dekat pukul 8.00 pagi, kitorang sampai di tempat tunggu bas, Hotel Washington Plaza. Berdekatan je dengan Takayama Stn. Kat sini kitorang tunggu bas kaler merah untuk trip ke Shirakawago.

Yang pakai baju merah dalam gambar atas tu la tour guide kitorang. Nama die Yamamoto. Banyak cakap orangnya.. Hahaha..

Masa ni tour guide ni siap-siap ambil nama dan me siap-siap buat bayaran booking untuk trip ni. Senang terus bayarje sebab dah siap-siap collect. Lepas tu, masing-masing just tunggu bas datang je.

TIPS PENTING : kalau korang jenis yang pergi trip berkumpulan, better collect siap-siap duit untuk apa yang perlu bayar masa di sana. Contohnya bilik, trip ke mana-mana, dan perbelanjaan makan. Senang, xperlu nak kelam-kabut collect masa nak guna.

X lama lepas tu, bas warna merah pun tiba. Kitorang dapat naik dulu sebelum orang lain. Adala beberapa orang lagi yang join trip ni. Tengok gaya macam semuanya Japanese. Kitorang pilih untuk duduk di bahagian hadapan, senang nak tengok view sekeliling kan.

Dapat seat depan. Masa tunggu bas nampak macam x ramai. Tapi bas hampir penuh.

Dalam pukul 8.10 pg, bas pun gerak meninggalkan pekan Takayama. Tour Guide ni dari mula-mula naik bas die dah start berceloteh.. hehe..orangnya jenis kelakar jugak..

Sayalah Yamamoto yang digembar-gemburkan tu..haha
Lepas perkenalkan nama die, En Yamamoto ni ceritakan pasal apa yang ade kat Shirakawago Village tu. X lama pas tu die perkenalkan pulak anak patung femes yang menjadi kebanggaan penduduk Takayama iaitu Sarubobo. Siap paksa kitorang amek gamba ngan patung tu.. haha.. layan je la..

Perjalanan mengambil masa selama 1 jam. View kiri kanan sangatla cantik bila nampak putih-putih salji. Kalau salji tebal confirm lagi cantik view kat sini.

salji sikit-sikit je
bayangkan kalau salji tebal
view salji lagi
Dekat-dekat pukul 9, bas dah hampir sampai ke destinasi. Mula-mula sekali kitorang dibawa ke View Point Area iaitu tempat untuk melihat keseluruhan pemandangan Shirakawago Village dari tempat tinggi. So bas start mendaki bukit. Jalan agak berliku-liku.

Makin mendaki makin tebal salji yang kelihatan di beberapa kawasan. 

mendaki bukit
cantik sungguh gunung kat belakang tu

Lebih kurang 5-10 minit perjalanan, bas pun tiba di view point. Dari sini kitorang dapat tengok view keseluruhan tempat ni. Tempat ni jugak menjadi pilihan photograper, dan menjadi landmark kepada Shirakawago ni. 

Gambar-gambar yang sering kita lihat di google tu pun viewnya diambil dari sini. Berbeza mengikut musim. Kat bawah ni me sertakan beberapa view Shirakawago mengikut musim tertentu.

musim summer

musim luruh

musim salji sebelah malam.

musim sejuk / salji. Teballlllllnyerrr saljiiiii..
Masa kitorang datang ni salji adala sikit. So x la nampak putih melepak sangat macam kat gambar atas tu. Tapi tetap besttttttt....:) Suhu x yah cakapla..sejukkkkkk gilerrrrr... gigil punya...

Ni view mase kitorang pergi :

kamera me x power sgt. ni je mampu.. haha..
Hampir 15 minit kat sini, Yamamoto pun panggil semua utuk naik bas semula. Bas bergerak semula menuruni bukit menuju ke kawasan perkampungan Shirakawago.

Setelah bas park di kawasan parking, kitorang pun turun untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar. Kami diberi masa selama 2 jam untuk berlegar-legar kat kawasan ni.

Kat sini pun ada disediakan tandas, so x perlu risau kalau sejuk-sejuk ni asyik nak ke tandas kan.. hehe..Sebelum sampai di perkampungan tu, kitorang kena menyeberang sungai melalui jambatan gantung. Seram jugak tengok, dah la ramai yang naik, bergoyang-goyang je mase ni. Alhamdulillah xde pape berlaku.. hehe..

tengok! ramai kan?
Jambatan ni x la panjang mana. Sampai je hujung jambatan, kira dah masuk la kawasan Shirakawago Village ni.

View dari jambatan

Rumah bumbung segi tiga
view Shirakawago
Bumbung rumah diorang sangatla unik berbentuk segi tiga. Tujuan nye adalah untuk menampung salji tebal.

bumbung rumah Shirakawago 

Aktiviti kitorang selama 2 jam kat sini dipenuhi dengan bergambar dan bergambar. hehe.. penuh gambar kat kawasan ni je.. Jom layan gambar eh.. X larat nak  tulis caption..haha

























Banyak sangat amek gambar kat tempat ni. Upload beberapa jer.. hehe..
Kawasan ni yang paling best bila tengok longkang diorang, airnya jernih sangatttt.. Siap bela ikan lagi. Lama me tenung tepi longkang die tengok ikan punya pasal. hehe..

jernih kan?

ikan oh ikan
Dah hampir 2 jam kitorang kat sini. Pusing kawasan ni sampaila ke jambatan balik. Kat sini ada gak kedai jual souvenir tapi mahalll..Kitorang just masuk tengok-tengok je.. Xde beli pape pun kat sini.

Area kedai-kedai jual souvenir


Somel mak pakai topi.. hehehe
Keluar dari kedai tu kitorang pun berjalan menyeberang jambatan untuk ke tempat parking bas. Masa ni pon, masih ramai pengunjung yang baru datang. Penuh jugak bas-bas dan kereta kat kawasan parking tu. Sebenarnya selain dari join trip ni, boleh jugak pergi sendiri dengan menaiki Nohi Bus atau drive sendiri bagi yang menyewa kereta.

Cumanya, kalau naik bas awam, harganya rasenya adalah lebih kurang dan kemungkinan lebih mahal dari join trip. Lagipun xde tour guide yang akan guide masa trip ni. Xperlu guide pun xpe, cumanya kalau ade, dapat la kita tau sedikit sebanyak pasal Village ni.. hehe..


Pemandangan yg cantik


Seberang untuk ke tempat bas
Yamamoto pun dah tunggu dah dalam bas. Ramai lagi yang belum sampai. So kitorang lepak-lepak dulu kat luar bas. Masa ni cuaca elok jer.. Tapi sejuk sangat..



Mak abah & Dayah bergambar depan bas dari Tokyo. Bas kitorang yang sebelah kaler merah tu.
Jam masa ni dekat-dekat pukul 11 pg. Kitorang pun naik bas dan mengambil tempat seperti mula-mula tadi. Yamamoto mulalah check orang dah cukup ke belum. Lepas dah ok tu, bas pun terus gerak balik semula ke Takayama.

Masa ni, masing-masing mengantuk dan ada yang terlelap. Me pun sempat terlena sebelum sampai di Takayama. Kejap-kejap terjaga layan view kat luar yang masih bersalji tompok-tompok. Tapi makin dekat dengan Takayama, xnampak dah salji. Hilang! hehehe...

Yamamoto pun dah x berceloteh dah. Die pun sama terlelap duduk kat kerusi extra sebelah driver. Siap tersengguk-sengguk lagi..Hehehe..








Lebih kurang pukul 12.10 tghri, kitorang pun sampai di Takayama. Bas berhenti di tempat yang sama macam pagi tadi cumanya di laluan berlawanan. Kitorang pun turun dan berjalan semula ke hotel yang kitorang stay malam tadi. Cuma beberapa langkahje dari tempat bas berhenti tadi. 

Kitorang pun ambil beg berat masing-masing. Masa ni me rebut peluang kejap untuk check waktu train di Hyperdia menggunakan wifi hotel. Lepas mengucapkan hi hi bye bye kat staff hotel tu kitorang pun berjalan keluar menuju ke train station. 

Lepas ni kami akan menaiki train untuk ke Nagoya semula. Sama macam kitorang datang semalam, cumanya daripada Nagoya stn, kami akan menaiki Shinkansen yang menghala ke Tokyo.

sempat check di Hyperdia

Me & asben terus ke kaunter tiket untuk reserve seat. Kitorang menaiki LTD. Exp( Wide View) Hida 10 untuk ke Nagoya pada pukul 12.33 tghri. Jenis train sama yang kitorang naik dari Nagoya ke Takayama semalam. 

Perjalanan train ni me rasekan sangat lama. 2 jam 1/2 sakit badan duduk dalam train.  Cuma yang best nya semestilah view kat luar. Sungai yang air nya kehijau-hijauan tuuuu.. Cantikkk...












Ha ni yang me nak citer, kan kitorang dah siap bawak bekal untuk tengahari. So kitorang decide untuk makan dalam train. Masing-masing pun ambil 1 tupperware sorang nasik goreng. Me x makan lagi, asben me rasa dah & dia cakap macam dah basi.

Semua pun cakap gitu. Alamak.. Serba salah je rasa..Risau ke mak mak & abah abah je.. Sebab diorang dah biasa makan nasik kan.. kalau xsilap la ade bawak nasi segera. Tapi xla banyak.

Lauk ikan bilis tempe dan sambal ada lagi. Kitorang memang dah standby biskut-biskut.. Air memang dah siap bancuh dan bawak sekali.. Huhu.. Sadis jugak kan....Segan nak ceritakan tapi inilah pengalaman...Semua orang pun ade pengalaman setiap kali travel kan?? :)

Tepat pada pukul 3.02 ptg, train tiba di Nagoya Stn. Kitorang akan menaiki shinkansen pula untuk menuju ke Tokyo. Kitorang ade masa lebih kurang  1/2 jam sebelum waktu bertolak. 

Baru sampai di Nagoya Stn

Tunggu shinkansen

Sebelum turun dari train tadi, me dah bincang dengan asben, nak carikan ape2 makanan yang boleh dibeli untuk makan dalam shinkansen nanti.

Me & asben merayau-rayau kat area kedai-kedai di platform ni mencari ape yang boleh dibeli. Me terfikir untuk beli onigiri je sebab dah survey kat internet, yang onigiri ni halal dimakan. Nasib baik ada. Me pun bertanya pada staff kedai tu berkenaan inti dalam onigiri tu. Kitorang beli yang inti tuna. Beli sekali banyak untuk family.

Ni lah onigiri..

Lepas tu kitorang pun terus naik shinkansen dan cari tempat duduk masing-masing. Semua dapat seat sebelah kanan..Masa reserve tadi, me terlupa langsung untuk reserve seat di sebelah kiri. 

Sebabnya, di pertengahan perjalanan dari Nagoya ke Tokyo, kita akan dapat tengok Gunung Fuji jika cuaca mengizinkan. Masa dalam perjalanan ni pun me langsung x teringat. Padahal awal-awal dah survey sebelum trip.. hihi..

Shinkansen ni bergerak tepat pada pukul 3.27 ptg. Me pun bagi onigiri kepada family suh diorang try. Kitorang bukak plastik onigiri ni koyakkan jela macam biasa. Rupa-rupanya ada aunty Jepun duduk seat sebelah kiri yang perhati je kitorang bukak plastik onigiri ni. 

Dengan bahasa jepun kaw punye die cube terangkan kat kitorang cara nak bukak plastik.. hihihi... tq aunty! Kejap-kejap die perhati kitorang makan.. seram pun ade.. haha..tapi bagus aunty tu.. die cuba nak beramah tamah walaupun die cakap bahasa jepun ngan kitorang. Kitorang pun bantaila cakap bahasa melayu ngan dia.. macam ayam itiklah..hehehe

Lebih kurang separuh perjalanan, tiba-tiba aunty ni tunjukkan sesuatu kat luar pada kitorang. Mulanya tercengang jugak, kenapala dengan aunty ni kan. Sekali tengok kat luar, Gunung Fuji laaaaa!!!!!!!!!!!!!! 

Dekat jugak jarak yang dapat kitorang tengok ni. Kelam kabut capai phone nak ambil gambar. Tapi disebabkan shinkansen, dah nama pun laju.. Gunung Fuji makin jauhhhh.. Dapatla ambil gambar yang xberapa nak jelas.. huhu...

Kalau ingat awal tadi, dapat jugakla standby untuk ambil gambar. Family me pun ramai yang tengah lena masa ni.. X sempat kejut diorang.. huhu.. Jakun x? Haruslahh.. Malaysia xde Gunung Fuji kan... hihihi... as I care~~~ Tapi masa ni x berapa kisah sangat pun sebabnya plan kitorang esok memang akan ke Hakone untuk melihat Fujisan!

dapatla gambar jauh









TIPS PENTING : Bagi korang yang melalui perjalanan dari Nagoya atau Osaka  untuk ke Tokyo, reserve siap-siap di kaunter untuk dapatkan seat sebelah kiri. Sebaliknya seat sebelah kanan kalau perjalanan dari Tokyo. Senangla dapat tengok Gunung Fuji. 

Di dalam shinkansen turut disediakan ruangan untuk merokok. X boleh merokok suka-suka hati. Asben me teman abah pi merokok sementara menunggu train tiba di Tokyo.

ruang merokok yang disediakan di dalam train

Shinkansen tiba di Tokyo stn tepat pada pukul 5.10 ptg. Tokyo sebenarnya xla tersenarai dalam tempat yang me nak pergi. Sebabnya, Tokyo adalah sebuah bandar besar yang pesat dan padat. Dan sesakkkkk..

Me x suka sangat tempat yang sesak dan ramai sangat orang.. Tu yang paling rimas.. huhu... Tapi dah kata pi Jepun kan, alang-alang kenala cover keseluruhan tempat. Merasa pengalaman di tempat orang ye dak...

Sampai je di Tokyo stn, kitorang turun menggalas beg masing-masing mencari JR Keihin Tohoku Line untuk ke Oimachi Stn. Kitorang akan menginap selama 2 malam di rumah AirBnb berdekatan dengan station Kuhombutsu. 

Tokyo Stn ---> Oimachi Stn ---> Kuhombutsu Stn


Perjalanan dari Tokyo Stn ke Oimachi stn adalah selama 14 minit dan covered by JR Pass. Manakala perjalanan dari Oimachi stn menuju ke Kuhombutsu Stn adalah dengan menaiki Tokyu Oimachi Line selama 20 minit dan perlu membayar tiket berharga 200 yen sehala.

Kalau ikutkan laluan yang diberi oleh tuan rumah, dari Tokyo stn, perlu ambil Tokyu Toyoko Line ke Jiyugaoka stn dan tukar ke Tokyu Oimachi Line untuk ke Kuhombutsu stn. Perjalanan adalah lebih singkat tetapi total bayaran adalah 340 yen. Sebab tu lah me try la cari laluan lain yang lebih menjimatkan.. dapatla jimat 140 yen..huhu..


Map Tokyu Line
Apabila me tengok balik map, sepatutnya, kitorang xperlu pun berhenti di Tokyo. Kalau dari station Shinagawa pun kitorang boleh ambil line JR KeihinTohoku untuk ke Oimachi Stn. Tapi jarak masa Shinagawa dan Tokyo lebih kurang 8 minit je. Cumanya kelakar je rasa sebab berpatah balik.. hehe..


Map laluan


Sebenarnya rumah ni me dah siap book sebelum decide nak beli JR Pass. Kalau x, memang me dah cari rumah lain sebab, laluan train untuk ke rumah ni tidak menggunakan JR Pass sepenuhnya. So rugi sikitlah. 

Kalau return dah kena bayar 400 yen seorang bersamaan RM14.00.. Sikit ke? Ok, tengok ni..me dah kira, 3 hari 2 malam kitorang stay sini, train ni kitorang kena bayar total 1200 yen untuk 6x penggunaan bersamaan RM 42.00 seorang.. RM 420 untuk 10 orang.. wow!!!! Ha kan ke dah rugiiiii... huhuhu..Xpelah..belajar dari pengalaman kan..

Oklah sambung balik..Sebenarnya  perjalanan kitorang untuk ke rumah masa ni dah gelap. Yelah, sampai di Tokyo stn tadi dah pukul 5 petang. Tu pun macam pukul 7.30 mlm gelapnya. Lebih kurang pukul 6.00 petang, kitorang tiba di Oimachi stn.

So kena la keluar dari station untuk cari Tokyu Oimachi Line stn. Kena menapak sikit. X jauh sangat.. Kat luar station akan nampak light tree macam ni kat kiri kanan jalan.

Masa ni otw nak ke Tokyu Oimachi Stn

Sampai je di Tokyu Oimachi Stn, kitorang beli tiket di machine ticket dan naik train menuju ke Kuhombutsu stn. Sampai je di Kuhombutsu, kitorang kena jalan kaki sikit untuk ke rumah yang me dah book tu. 

Perjalanan dari station lebih kurang 5-10 minit
TIPS PENTING : Kalau nak senang cari laluan, korang check guna google map. Lepas tu guna street view, so senang la boleh dapat gambaran tempat tu. Me dah siap-siap print gambar kawasan, masa sampai di station Kuhombutsu ni dah la malam. Bila dah siap bawak printed punya, directly kitorang terus jumpa rumah tu berpandukan gambar je. Contoh gambar dari google map kat bawah ni : 

Kuhombutsu stn di sebelah kanan. Laluan train diorang macam ni je. Tutup palang kalau train nak lalu. Macam kat Malaysia jugak

Sebelum kitorang terus ke rumah, kitorang singgah dulu di q's mart, ngam ngam sebelah station. Macam-macam ada jual.. Strawberry pun ade. Huhu.. Kitorang singgah beli barang untuk masak, buah-buahan dan teruskan berjalan sampaila di kawasan rumah. 

Ni gambaran kawasan melalui street view. Senang nak refer jalan-jalan yang nak dilalui.

Mart disebelah kanan tu. macam-macam ada jual
q's mart


Rumah ni terletak di tingkat 2 sebuah apartment. Canggih jugak, nak masuk kawasan apartment pun ada password. Semua me dah dapatkan dari tuan rumah sebelum tiba di Jepun.

Ni adalah apartment tempat kitorang menginap selama 2 malam. Sangat selesa.

Sampai je rumah lebih kurang pukul 7.00 malam kalau x silap. Masing-masing berehat. Sambil-sambil tu memasak untuk makan malam. Untuk makluman, kitorang x guna tau barang-barang masak yang disediakan seperti pinggan mangkuk, kuali dan periuk . Memang dah siap bawak kuali dan periuk kecil. Sudip, senduk pun kitorang angkut sekali.. hehe

Ni dapur masak dan sinki. 


Start menjamu selera. Penuh barang atas meja. 


Kitorang panaskan nasik segera yang dibeli dan masak sayur campur & telur dadar. Sambal ikan bilis dan tempe ada lagi menjadi tambahan kepada menu kitorang..mm sedap..

Masa ni xde pulak ambil gambar dalam rumah. Area dapur je ada gambar..huhu..Cari di AirBnB x dapat jumpa pulak. Agaknya dia dah tukar tajuk dia. Me pun silap haritu x copy gambar. Tapi rumah ni sangat me recommend sebab besar dan agak selesa apabila bawa group ramai. Nama owner rumah ni adalah En. Asada.

Ni yang me jumpa dalam airbnb masa book haritu
Sebelum ni me ada bagitau pasal website ni kan dimana tuan rumah pun boleh tinggalkan review pape pasal guest yang menginap di rumah diorang. Baru-baru ni me check review, tengok ada review dari owner rumah. Nasib baik review yang ok.. huhuhu..

tq Mr Sho & Mr Asada kasi pinjam rumah! hehe..

So sesambil tengah makan ni, kitorang adala plan untuk ke Shibuya. Shibuya kan famous dengan junction dia. Tempat orang lintas ramai-ramai & tempat patung anjing Hachiko. Lepas makan, masing-masing pun bersiap. Semua sekali pergi. Dah alang-alang berjalan kan, kenala pergi semua tempat.

Plan awal, sepatutnya Shibuya kitorang pergi esok. Last minit tukar plan, lagipun malam masih muda kata orang.. haha..Lebih kurang pukul 9.00 mlm kitorang berjalan menuju ke Kuhombutsu stn. Kena la beli tiket 200 yen dan tunggu train untuk ke Oimachi Stn. Sampai Oimachi stn, kitorang keluar untuk ke JR station.

Dari JR Oimachi stn kitorang perlu ke Shinagawa stn melalui JR Keihintohoku Line dulu kemudian kena tukar ke JR Yamanote Line untuk menuju ke Shibuya stn. Covered by JR Pass.

Kalau refer pada map bawah ni, ada jugak laluan lain yang lebih dekat cumanya train je lain. Rinkai Line ni kenala beli tiket lain. X dicover oleh JR Pass ye..

Kuhombutsu ---> Oimachi---> Shinagawa---> Shibuya
Sampai di Shibuya stn kitorang pun berjalan ke junction yang digembar-gemburkan tu.. hehe.. Orang ramai sangat. Nampak berbeza suasana di Shibuya ni dengan di area Osaka. Bandar di area Tokyo ni nampak lebih membangun dan pesat. Bangunan pun tinggi-tinggi.



dari setiap penjuru menunggu nak melintas jalan.
Kebanyakan blog yang me baca, diorang naik ke Starbucks Coffee tu untuk tengok view dari atas junction ni. Kitorang x naik pun. Setakat lintas jalan beberapa kali macam orang x betul..haha... lepas tu kitorang berdiri kat tepi sekejap tengok kerenah orang.


ramai jugak yang melihat dari bangunan starbucks


macam-macam iklan kat building diorang
Pergi kat sini pun semata-mata main lintas-lintas jalan. hahaha..  Semua orang pun macam tu. Bukan kitorang je. Kesian mak mak & abah abah kena ikut gak perangai kitorang yang main lintas-lintas jalan ni. hehe..

bangunan starbucks

tengah melintas amek gambar. Gambar pun sampai gegar..huhu

masing-masing tunggu traffic light hijau untuk melintas jalan lagi

Ada jugak yang buat persembahan jalanan

Lepas tu kitorang mencari patung Hachiko pulak. Kat area yang sama jugak..Katenye anjing ni semasa hayatnya, selalu tunggu tuan dia depan station ni. Sampaila satu hari tuan dia meninggal dunia. Tapi anjing ni tetap tunggu kat situ sampaila anjing tu mati. Diorang buatla tugu ni kot untuk mengenang si Hachiko ni. Movie pasal Hachiko ni pun sedih bila tengok.. huhuuhu..

Tapi sebelum jumpa patung si Hachiko ni, kitorang jumpa sorang uncle kat tengah-tengah kawasan orang ramai ni . Siap bawak kucing-kucing yang terlampau lah comelll..Apalagi bergambar lagi.. hehe..

Kucing dia unik. Besar daripada kucing biasa. Bulunya pun kembang semacam.

berkerumun nak ambil gambar kucing-kucing ni


Besar semacam kan muka kucing ni

Muka bosan sebab kena pakai costume..hihi

Kucing yang belang-belang ni tido menyorok

Comel je 
Tempat uncle ni dekat je dengan patung si Hachiko. Ambil gambar hachiko pastu terus gerak gi pusing2 lagi area Shibuya ni. 

Hachiko


Masa ni jam lebih kurang pukul 10 lebih dekat-dekat pukul 11 malam. Masing-masing pun dah nampak penat. Kitorang pun decide untuk balik. Kitorang ambil train ke Shinagawa stn dulu kemudian ke Oimachi stn untuk tukar ke Tokyu Line.

Berjalan keluar Oimachi stn ke bangunan Tokyu 
Suasana tenang je 
Cantik pokok-pokok bercahaya lampu ni
Lepas beli tiket, kitorang menaiki train untuk ke Kuhombutsu stn. Sampaije di station, kitorang keluar dan berjalan menuju ke rumah. Sunyi sepi je jalan yang kitorang lalu. Agaknya diorang kat sini semua tido awal la kan. Yela, pagi2 pukul 5.30 pun dah terang macam pukul 8.00 pagi kan.

Sampai je rumah, masing-masing buat hal masing-masing. Bersiap sedia untuk tidur. Esok nak berjalan jauh lagi. Esok mengikut plan kitorang akan ke Hakone untuk melihat gunung Fuji.

Tido dulu untuk kumpul tenaga buat hari esok.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Nanti me sambung entry untuk hari ke 5 ye. Sehingga berjumpa lagi! Assalamualaikum..



Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8