Wednesday, February 24, 2016

Trip Bajet Ciput ke Jepun (Winter 2016) - DAY 3


JEPUN FAMILY TRIP

Assalamualaikum..Ni dah masuk entry untuk hari ke 3. yang me perasan, makin ke hari akhir makin banyak gambar dalam phone. Mungkin tempatnya makin lama makin cantik kot.. hehe.. nantikan ye...

Ni map laluan perjalanan kitorang hari ni

Kyoto ---> Nagoya ---> Takayama


9 Januari 2016

Selamat pagi Kyoto! Hari ni nak pergi Takayama!

View kawasan sekitar dari dalam bilik tingkat atas.

Hari ni hari terakhir kitorang di Kyoto. 2 malam stay kat rumah ni. Semalam kitorang dah siap-siap packing beg. Waktu check out adalah pada pukul 10 pagi. Me sempat message tuan rumah mintak keluar lambat sikit dalam pukul 10.30 pagi.

TIPS PENTING : kalau korang book rumah guna website Air Bnb, kita boleh tulis review selepas  tinggal di rumah mereka. Dan perlu diingat, tuan rumah pun boleh tulis review pasal penyewa. Dan review tu pun orang lain boleh baca. 

Katakanla, kita nak travel ke tempat lain pulak, nak sewa jugak rumah dari website ni. Tuan rumah lain boleh baca review berkenaan kita. Samaada kita penyewa yang ok ke, pembersih ke, pengotor ke diorang boleh tau kalau ada review la. So kena pandai-pandaila. That's why kenala kemas-kemas sikit sebelum nak check out tu kan. hehe..

Bekal makanan pun dah siap-siap masak & pack dalam beg masing-masing. Dalam pukul 10.30 pagi kitorang pun berjalan kaki meninggalkan rumah tu dengan menggalas beg menuju ke Nijo stn.

Seperti biasa, kitorang naik train ke Kyoto stn untuk menaiki shinkansen. Siap-siap reserve seat sekali di kaunter. Shinkansen yang kitorang naik adalah pada pukul 11.33 pg yang dijangka tiba di Nagoya  Stn pada pukul 12.25 tghri.

Untuk makluman semua, untuk ke Takayama, kalau kita dari Kyoto memang kena ambil shinkansen ke Nagoya dulu. Perjalanan adalah selama 52 minit. Lepas tu baru tukar naik train lain untuk ke Takayama. Jangan risau sebab JR Pass cover dah perjalanan ni.

Xpe, hari ni pun kitorang x tergesa-gesa sangat sebab waktu check in hotel di Takayama adalah pada pukul 3.00 ptg.

TIPS PENTING : kena selalu check time untuk check in sebab kebanyakan tempat di Jepun ni, waktu check in dia lambat. Macam kitorang, waktu check in di Takayama adalah pada pukul 3.00 ptg. So pandai-pandaila budget time supaya x kena tunggu kat luar hotel terlalu lama. 

Masing-masing dah naik train. Nak mulakan misi lelapkan mata. Hehe..


Ntah la tanaman apa yang diorang tanam

View sepanjang perjalanan
Kitorang sampai di Nagoya stn tepat pada pukul 12.25 tghri. Lepas tu kitorang keluar dan mencari track no 11 untuk menaiki Limited Express Wide View Hida untuk menuju ke Takayama. Nak reserve seat tapi dah habis, so kitorang redah je naik. Kalau x reserve pun x pe sebab kebiasaannya seat jarang penuh.

snap gambar sorang budak jepun. cute sangat tarik beg kecik dia


Train ni bergerak pada pukul 12.48 tghri. Perjalanan ni lama sikit lebih kurang 2 jam 18 mnt. Mana x nya, train die gerak agak slowly & bunyi macam bas ekspress. kikiki.. Kitorang siap-siap makan bekalan dalam train je. Bukan ramai sangat orang pun dalam train ni.

yang main henpon ade, yang tgh makan pun ade, yang tengok pemandangan luar pun ade.. hehehe..

Makin jauh train meninggalkan stesen Nagoya tadi, makin dekat ke kawasan pergunungan. Pemandangan toksah cakapla. Tersangatlah cantik. Masa dalam train ni mata x lekang tengok pemandangan luar. Subhanallah.. Cantik.. Siap ada sungai sepanjang laluan tu. Airnya hijau. Kalau dah bersalji lagi cantik agaknya.

TIPS PENTING : Kalau dari Nagoya ke Takayama, better korang reserve seat sebelah kanan. View superb! Sungai sepanjang jalan. Warna kehijauan memang cantik. Tapi kalau memang dah plan nak tido je sepanjang perjalanan tu, seat sebelah kiri pun ok.. hehe

Hijau Air Sungai nya


Sungai sepanjang laluan jalan
Sungai lagi dan lagi




Nampak dah salji sikit-sikit 

Sesudah 2 jam lebih lenguh duduk dalam train, sampaila kitorang di Takayama stn pada pukul 3.06 ptg. Ngam ngam sangat la timing. Boleh terus check in & rehat-rehatkan badan.

Hotel kali ni paling dekat dengan stesen. Macam sekangkang kera je kata orang. hehehe..Masa di Kyoto, rumah jauh sikit dengan station. Sian mak mak abah abah kena jalan jauh. Ampun yerrrr..:)

Angkut beg bagai nak check in hotel


Tu dia hotel kitorang. Depan station je. Xyah jalan jauh-jauh
Kitorang menginap 1 malam di Country Hotel Takayama. Best jugak hotel ni. Bilik untuk 3 orang x disediakan. So me dah siap-siap book di internet 5 bilik. Kiranya 2 orang 1 bilikla. So datang just tunjukkan printed booking tu dan bayar cash masa di kaunter hotel.

bergambar dulu


tengah uruskan hal check in


Masing-masing xsabar masuk bilik nak rehatkan badan

So kunci pun dah dapat, apalagi jom masuk bilik. rehat-rehatkan badan sebelum keluar balik untuk jalan-jalan kawasan sekitar.

Tadaa. Macam ni la rupa biliknya. Kemas dan bersih. 


siap ada frame gambar. tempat ni la kitorang akan pergi esok!


pemandangan dari dalam bilik hotel
Masa ni masing-masing rehatkan badan kejap. Kitorang decide untuk keluar jalan-jalan lebih kurang pukul 5 ptg. 

Masa keluar ni dekat-dekat nak gelap dah. Suhu masa tu sejuk sangat.

TIPS PENTING : kalau korang nak jenjalan area Takayama ni berjalan kaki better keluar awal petang. Kebanyakan tempat cepat tutup. Takayama ni dalam pukul 7, 8 mlm pun dah rasa sunyi sangat. Kebanyakan tempat beroperasi sehingga pukul 5 ptg.


stesen minyak kot. ke bengkel kete. ntahla

tengok! kan dah nak gelap. masa ni baru pukul 5.10 ptg
Muka die ni memang penuh dalam gambar. haha.. tu belakang tu jambatan merah tempat festival diadakan

ni kat jambatan yang femes kat takayama ni. kalau xsilapla ada harinya diorang buat festival atas jambatan ni.


Ni la festival atas jambatan tu



dinding belakang tu khas untuk conteng-conteng 
Ni adalah Takayama Old Town kalau waktu siang. Bangunan-bangunan berwarna coklat gelap. Cantik sgt.

Takayama Oldtown. Gambar contoh dari internet

Lepas dah pusing-pusing ni, plan asalnya nak makan di 1 restoran ni. Dah survey pun di internet, di blog-blog orang yang dah pergi. Bila pergi, kebetulan pulak tutup. Macam yang me dah ceritakan dalam entry "Persediaan sebelum ke Jepun". kitorang cek menu yang digantung di luar kedai. Menunya still ada 'pork'. Bukan vege sepenuhnya.

So kitorang decide untuk balik bilik je dan makan apa yang ada. Sambal ikan bilis, sambal tempe dan daging masih ada. Kitorang just beli nasi segera, panaskan dan makan dalam bilik. Yang penting, beli buah-buahan sekali. Strawberi pun kitorang beli


Add caption
TIPS PENTING : kalau stay hotel yang macam ni, susah nak masak kan. So korang beli je nasi peket segera. Kat bawah hotel Takayama ni pun dah ade mart. Belije dan boleh mintak panaskan. Bawak balik bilik dah boleh makan.


Dah cukup mengenyangkan. So malam tu masing-masing dapat rehatkan diri awal. Letih perjalanan pun x habis lagi.

Memandangkan bilik kitorang asing-asing, so me mengambil keputusan untuk masak dalam bilik me & asben je. Kitorang nak masak nasik goreng je untuk bekal esok.

Kitorang decide masak malam ni jugak takut x sempat masak esok paginya. Nak dijadikan cerita, esoknya bila nak makan, nasik tu basi. Alahai..Agaknya sebab awal sgt masak kn.Ye lah, nak masak pun guna rice cooker jer. lambat. Mula-mula kitorang masak nasik putih dulu.

nasi putih dah ready. tgh menumis.
perencah pakai sepeket besar ni.

Bila masak dalam periuk nasi elektrik, confirmla nasik tu x garing. Basah-basah sikit. Lepas tu me biarkan dalam periuk tu, bukak penutup sikit, & esok paginya baru pack masuk tupperware.

So, kitorang pun merehatkan diri dan tidur untuk trip keesokan harinya. Pagi esok kitorang akan ke tempat bersalji.. yeayyy! Dan nantikan kisah nasi goreng basi  :( akan me sambung & ceritakan dalam next entry untuk DAY 4.

Tido dulu...Assalamualaikum..








Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8