Tuesday, February 16, 2016

Trip Bajet Ciput ke Jepun (Winter 2016) - DAY 1

JEPUN FAMILY TRIP

Korang dah baca entry me untuk hari perjalanan me & keluarga ke Jepun?

Ni map laluan perjalanan kitorang hari ni di Jepun.

Kansai Airport---> Kyoto


7 Januari 2016

pemandangan matahari terbit
Dalam lebih kurang pukul 8.25 pg, flight kitorang selamat mendarat di Kansai Aiport. Suhu masa ni adalah 10 darjah celcius kalau xsilap. Xberapa sejuk berbanding masa tiba di Busan Airport Korea 2 tahun lepas dengan suhu 1 darjah celcius.. Sejuk gigil punya time tu.

Kedatangan kitorang ni adalah pada musim sejuk. Namun jangkaan me untuk dapat main salji di beberapa tempat meleset sikit sebab awal lebih kurang 2 minggu. Kalau bulan 2 datang, dah cun sangat dah nak tengok salji terutama di Kyoto.

TIPS PENTING : Waktu terbaik bagi me untuk dapat tengok dan main salji di Jepun adalah penghujung Januari dan Februari. Sebabnya, pemandangan lebih cantik bila salji tu tebalje dalam gambar. kan? kan? hehehe.. 

Selesai urusan ambil beg kitorang pun menuju ke tingkat 2 Airport tu di mana terletaknya Kaunter JR. Kat sini kitorang kena tukarkan exchange order yang kitorang dapat masa beli JR Pass haritu untuk dapatkan pass sebenar yang boleh digunakan sepanjang 7 hari kitorang di sini.

TIPS PENTING : Kalau korang pergi berkumpulan, kumpulkan semua sekali exchange order tu dan sorang je yang pergi ke kaunter pun xpe. X perlu berderet-deret beratur.. Cuma yang penting, setiap orang kena ada berdekatan sebab dah nak siap nanti perlukan tandatangan untuk dapatkan pass tu. 

Ni kat dalam kaunter JR tu. Bagi yang xbeli JR Pass turut disediakan value ticket untuk dipilih mengikut tempat-tempat yang korang nak pergi.

Masa me & asben settle kan untuk pass ni, adik2 me pergi survey pocket wifi untuk disewa sepanjang kitorang berada kat Jepun ni. Tetapi semua tempat nak bayar kena guna kad kredit. Leceh sikitlah. Kalau cash tu senang sikit.

TIPS PENTING : Kalau korang tu jenis yang memang x boleh lekang dengan internet, better korang sewa siap-siap pocket wifi dari Malaysia ataupun book online dan ambil semasa sampai di Jepun. Tapi yang mana stay di rumah sewa macam kitorang, kebiasaannya tuan rumah dah sediakan pocket wifi untuk kitorang pakai selama mana kitorang stay rumah tu.

Dalam 15 minit jugaklah urusan pass ni. So dapatlah setiap sorang pass yang perlu dijaga seperti nyawa sendiri.. hihihi.. Kalau hilang ni memang menangis kot. Macam ni rupa JR pass tu :

Ni gambar contoh dalam internet.


Setiap kali nak guna, just tunjukkan bahagian belakang pass yang terang-terang tunjuk tarikh tu. Tarikh besar kat situ adalah tarikh last korang boleh guna pass tu. Nanti korang tunjuk je kat guard tu dan diorang akan benarkan korang lalu untuk menaiki train JR. Best guna pass ni sebab x yah lagi nak kumpul-kumpul duit masing-masing untuk beli tiket. Menjimatkan masa. (walaupun duit melayang banyak beli pass yang mahal ni..huuuu...)

Yang mana boleh reserve seat tu, korang reservela siap-siap dekat kaunter. At least xdela masalah xde seat nanti sebab coach untuk reserved dan non reserved adalah lain-lain. Yang mana reserved seat korang akan dapat 1 tiket beserta nombor seat. Follow je untuk cari tempat duduk korang. Nak reserve ni pon percuma je dengan adanya JR Pass.

TIPS PENTING : Masa korang tukar exchange order ni, mintak sekali staff kat kaunter tu untuk reserve kan seat untuk korang bagi train yang akan korang naik lepas ni. Misalnya nak ke Kyoto dan patah balik ke Osaka korang boleh reserve sekali seat untuk return. So senangla, xperlu nak ke kaunter banyak kali.

Maka bermulalah pengembaraan kami hari ini di bumi Jepun. Hari pertama dan kedua ini kami akan bermalam 2 malam di Kyoto. Mengikut itinerary, pada pukul 9.46 pagi kitorang sepatutnya menaiki Limited Express Haruka menuju ke Kyoto Station. Namun di atas sebab kelewatan, kami reserve seat untuk train berikutnya pada pukul 10.16 pagi. Dah lambat setengah jam dari jadual asal. Train ni covered by JR Pass.

dalam Limited Express Haruka menuju ke Kyoto.  
Tepat pada pukul 11.31 pagi, train tiba di Kyoto Station. Perancangan awal kami adalah untuk menuju ke rumah yang telah ditempah melalui website Air Bnb di kawasan berhampiran Nijo Station. Dari Kyoto Station kami perlu menaiki JR Sagano Line menuju ke Nijo Station. X lama pun, dalam lebih kurang 6 minit, train tiba di Nijo Station.

Walaupun kitorang tiba awal, kitorang x boleh check in awal. Waktu check in di Jepun rata - ratanya adalah lebih kurang 3 hingga 5 petang. Namun, kami dibenarkan untuk menyimpan beg dahulu selepas pukul 12 tghri. Oklah tu berbanding kena simpan beg dalam locker berbayar. Kan ke rugi. 

Mengikut itinerary, kitorang devide kepada 2 kumpulan di mana 6 orang akan pergi menghantar beg manakala selebihnya akan menunggu di Nijo Station. Sepatutnya kami perlu mengambil bas dari Nijo Station dan turun di bus stop berdekatan dengan rumah tersebut. 

Namun, setelah agak lama menunggu kitorang decide untuk hanya berjalan kaki menuju ke rumah tersebut. Dengan bawak beg berat sangatlah memenatkan. Nasib baiklah cuaca dingin. penat pun jadi x penat. Hehe..

Ni map laluan yang kitorang kena lalu untuk ke rumah tersebut. Ikut map dari google ni banyak simpang siur.. Tapi kitorang ikut map yang diberi oleh tuan rumah.. Straight je, sampai atas tu baru belok kanan.. Lebih mudah..

Map google untuk ke rumah
Tuan rumah ni dah siap sediakan pdf file siap gambar laluan untuk ke rumah dia. So kitorang just follow je. Me sendiri dah siap tengok di street view, so senangla dah boleh ingat.

Gambar dari street view. Hujung lorong ni adalah rumah yang kitorang stay selama 2 malam di Kyoto
Lebih kurang pukul 12.15 tghri, kitorang sampai kat rumah sewa tu. Not bad la.. Tak dela sebesar mana. Cuma agak padat untuk kapasiti 10 orang. Tapi rumah-rumah kat Jepun ni memang kebanyakannya kecil dan comel. Hehehe..

Ini lah rumah yang kitorang stay selama 2 malam. Basikal turut disediakan

Lepas ambil kunci, bukak pintu, survey2 kawasan dalam rumah jap lepas tu kitorang keluar berjalan menuju ke Nijo Station semula. Lega dapat melenggang kangkung tanpa beban beg kat belakang. Huhu..

Muka lega sebab beg dah selamat hantar

Pemandangan sekitar kawasan Nijo
Antara bangunan kebanyakan yang ada di area Nijo

Kitorang tiba semula di Nijo Station, berkumpul balik, tunjuk JR Pass di kaunter dan menaiki train semula ke Kyoto Station. Di Kyoto Station, kami tukar ke JR Nara Line untuk menuju ke Rokujizo Station. Kami akan melawat ke sebuah temple yang dinamakan Daigoji Temple. Bukan nak sangat melawat temple, tapi kat situ pun ada taman dan kolam yang cantik. Perjalanan dalam 20 minit. Sampai setakat ni masih fully covered by JR Pass.

Dari Rokujizo Stn, kena keluar untuk cari Tozai Line untuk ke Daigo Stn. Yang ni korang kena bayar tiket berharga 210 yen sehala sebab JR Pass x cover.

lebih kurang pukul 2 ptg sampai Daigo Stn, kitorang berjalan kaki untuk menuju ke Daigoji Temple. Ingatkan x la jauh mana, lebih kurang 1/2 jam jugakla x silap berjalan. Tapi jalan relax relax la.

Cuaca dingin tu membuatkan penat tu kurang sikit rasa. Hehe.. Just tanya orang tempatan untuk ke tempat tu. InsyaAllah diorang suka membantu walaupun cakap macam ayam dan itik.. hehe..

moh berjalan kaki.


Sian kat mak-mak & Abah-abah masa ni kena jalan jauh.. Ampunnn.. :)
Berhenti rehat..


Lebih kurang pukul 2.30 ptg, kitorang sampaila kat depan pintu masuk. Tapi kena jalan masuk dalam pulak untuk ke kaunter tiket.

Nun kat hujung jalan tu pintu masuk Daigoji Temple.

Kaunter Tiket kat arch yang berbumbung tu. Kalau musim bunga ni confirm penuh dengan sakura laluan ni
tengah beli tiket
Tempat ni akan lebih cantik kalau pergi time salji dan luruh atau bunga. Confirm cantik dan ramai orang semestinya. Masa kitorang pergi ni xberapa ramai orang. Taman kat dalam pun kurang cantik.

Mulanya me masukkan tempat ni dalam itinerary sebab tertengok 1 gambar  tamannya yang diselaputi salji. Gila cantik! Tu sebab nak pergi. Rupa-rupanya tersalah timing. kikiki.. Kyoto belum bersalji masa ni. Mungkin terawal 2 / 3 minggu. Ni gambar dari internet yang me bagitau tadi :

Salji teballlllllll !!! Cantik kan..Sebab ni la nak pergi.. tapi nan hado.. haha..
Ni kalau musim luruh. Pun sangat cantikkkkk

Masa kitorang pergi tempat ni xla berapa cantik. Tapi bolehlaaa...Kiranya baru lepas musim gugur jugakla. Pokok-pokok banyak yang tinggal ranting je..




























Ni pemandangan masa kitorang kat sana. Salji nan hado! hehe..

Ni temple diorang. 


Tak berapa lama kitorang kat sini, dalam pukul 3.30 ptg, kitorang gerak meninggalkan tempat ni menuju ke Daigo Station. Macam tadi jugaklah, kitorang beli tiket subway berharga 210 yen untuk ke Rokujizo Stn. Dari Rokujizo Stn kitorang berpatah balik ke Kyoto Stn menggunakan JR Pass. 

Sepatutnya, rancangan awal adalah untuk ke Kinkakuji Temple. Sebuah kuil yang berwarna keemasan di tengah-tengah tasik. Namun, disebabkan kelewatan dari awal tadi, kitorang terpaksa skip untuk pergi ke temple ini.

Ni adalah Kinkakuji Temple. X sempat nak pergi pun

Untuk makluman korang, pada musim sejuk, waktu siang adalah lebih pendek. So dalam pukul 5 petang tu dah gelap dah. Disebabkan masing-masing pun dah keletihan, kitorang decide untuk terus pulang ke rumah penginapan. 

Nak dijadikan cerita, disebabkan lokasi rumah agak jauh dari station, me decide lagi bagus untuk kitorang just naik bas untuk ke bus stop berdekatan dengan rumah.  Kitorang siap beli One day ticket berharga 500 yen. Tapi rugi beli masa ni sebab pakai dah malam. Cadangnya nak ke tempat lain lepas balik tu tapi x jadi.

Ni Kyoto City Bus. Bas yang akan selalu korang nampak kat area Kyoto. Better beli one day pass berharga 500 yen untuk unlimited ride. Kemana-mana je korang boleh pergi.

Masa hantar beg tengah hari tadi dah survey bus stop terdekat.Tapi disebabkan tak tengok betul-betul nombor bas, kitorang dah merugikan masa sebab bas tersebut x lalu kawasan rumah yang kitorang tinggal.

So kitorang turun di salah satu bus stop dan mengambil bas untuk berpatah balik ke Nijo Stn. Memang kelakar masa ni. Dahla masing-masing penat. Muka stress masing-masing.. kikiki...ampunnn yee...:)

Berjalan  kaki je

Kesudahannya, kitorang decide untuk jalan kaki sahaja sama macam masa hantar beg tengah hari tadi tu. Haha..Masa ni pun dah pukul 8 malam.

Di pertengahan jalan, kitorang singgah di sebuah pasaraya untuk membeli barang-barang masak. Benda utama yang kami cari adalah strawberry! Kenapa cari strawberry sedangkan kitorang tinggal di Cameron? hehehe..Sebabnya strawberry di sini sgtlah manis jika nak dibandingkan dengan strawberry di Cameron. Sebab tu lah hampir setiap hari kitorang akan beli.Tinggal je di Cameron tapi strawberry jarang sangatlah makan..

mmm sedapnyala hai..


TIPS PENTING : Pentingke? hehehe..Belilah strawberry kat Jepun ni, memang manis dan sedap. hehehe.. terliur pulak masa tengah tulis entry ni.

Sampai je di rumah, masing-masing dah penat. Plan untuk ke Gion tengok Geisha dan shopping souvenir di Shinkyogoku pun terpaksa dibatalkan sebab xcukup masa. Dah banyak sangat lewat.. Huhu..So sempatlah kitorang memasak dan makan malam sebelum masing-masing melayan kepenatan dengan tido.. Huhu..

Sebenarnya, lupa nak amek gamba tempat kitorang stay ni. So me dah copy gambar dari internet. Memang sebijik tempat kitorang tinggal ni dengan gambar rumah yang ada dalam website tu. Me akan terangkan setiap area dalam rumah. Kot2 korang berkenan nanti boleh lah try kan.


Mula-mula masuk rumah akan nampak tangga ni dulu. Tingkat atas ada 2 bilik. Pintu yang kat depan tu adalah laluan untuk ke dapur. Sebelah kanan adalah bilik tingkat bawah.
Ni dapur bertentang dengan ruang makan. Pintu sebelah kiri tu adalah pintu yang macam dalam gambar kat pintu masuk tadi


Bersebelahan dengan dapur ada bilik mandi dan ruang basuh kain. Canggih sangat washing machine die. Sempat basuh kain masa stay kat sini. Sebelah washing machine ni ada sebuah tandas. Kecik je tandas nya.
Ni tandas cenonet. Masuk dalam ni ruang die macam ngam-ngam je.. haha..

Dapur tadi yang bertentang dengan ruang makan. Pintu putih sliding tu adalah bilik tingkat bawah. Tempat geng-geng yang lelaki 4 orang tido.

Ni bilik tidur yang geng-geng lelaki seramai 4 orang tido. Bersebelah dengan ruang makan
Ni pulak bilik di tingkat atas. Ada 2 bilik. Geng-geng perempuan seramai 6 orang tido kat sini

Overall rumah ni boleh dikatakan selesa jugak. Ruang untuk tido bagi me selesa la untuk 10 orang. Cuma di bahagian dapur tu agak crowded kalau ramai. So rumah ni kalau lebih kurang 5 - 6 orang tu dah sesuai sangat.

Kalau agak ramai, better cari rumah yang lebih besar. Selesa sikit tambahan pulak stay 2 malam kan. Tapi kawasan sini sangat ok, aman damai. Tenang je. 

Kalau ade yang nak try tempat ni, korang boleh check di website AirBnb, & message dengan tuan rumah dia yang bernama Mr Sho. Murah jugak masa me book haritu. (murahla untuk harga di Jepun) 2 malam RM 1300 . Bayaran kena guna kad kredit. 

https://www.airbnb.com/rooms/7422270?checkin=02%2F29%2F2016&checkout=03%2F03%2F2016&guests=10&s=AumeunHQ

Jangan salah faham eh, xdapat pape pun promote kat korang ni.. hehe.. Just sharing.. 

TIPS PENTING ; ni pengalaman me masa nak book rumah di Airbnb, Selalunya kalau kita book rumah ke, hotel ke lebih awal mesti dapat harga lebih murah betul x? Tapi yang ni x. Lebih kurang 2 bulan sebelum, me try check harga rumah ni lebih kurang RM 1800 ++.. Masa tu xplan nak bayar lagi. 

Tup2 lagi beberapa minggu nak pergi , tengok harga makin turun. Sampaila jadi RM 1300. So kena pandai-pandai cari yang murah tapi berbaloi ye.. hehe..
Sebabnya ada tuan rumah yang akan menurunkan harga apabila tarikh semakin hampir. Memang me sendiri tanya dengan tuan rumah ni. Kira macam promotion la tu kan....


Nampak gambar macam ni betulla tu.

TIPS PENTING : Sebaik-baiknya korang naik flight ke Jepun waktu pagi. Sampai di Jepun dah petang so bolehlah terus check in dah berehat. Keesokannya baru berjalan-jalan. Macam me beli flight malam, bila sampai dah siang. Boleh jugak, tapi penatla sikit sampai-sampai terus nak berjalan-jalan. InsyaAllah, plan better for the next trip. Next trip? hihihi..asyik nak berjalan je kau ni jah! haha..kumpul duit dulu yeerrr...

Ok di sini pulak me nak buat penambahan tempat-tempat lain di Kyoto yang korang boleh pergi kalau datang di Kyoto. Beberapa tempat yang me rasa nak pergi, tapi x dapat pergi.

1. Romantic Train.
- cantik sangat kalau datang time luruh atau bunga. Berwarna- warni. Nak sangat pergi tapi tempat ni ditutup pada setiap musim sejuk / salji. so kalau nak datang datanglah pada musim luruh dan musim bunga. Viewnya amazing! chewahhh...

Romantic train lalu di bawah pohon pokok musim luruh.
2. Gion District
- kat sini korang dapatla tengok geisha memakai pakaian tradisional. Yang me survey, diorang ni susah nak jumpa. Kadang tu kalau ada pun, bukan geisha sebenar sebab kat sini pun ramai tourist yang berpakaian tradisional. 

Gion District


Ni sape? cer teka? hahaha

3. Arashiyama Bamboo Forest
- Tempat ni xtaula best ke x. Setakat buluh je la. Kalau kita kat sini orang kate tempat jin bertandang! haha.. Yeke ntah.. Buluh ni buat lemang sedapla.. hehe.. tapi kalau photographer datang sini confirm cun gambar. Yang me survey, laluan dari awal nak ke hujung tu jauh jugak jaraknya.

Seram pun ade ye dak..

Oklah..Ni antaranya kan. Banyak lagi tempat menarik kat Kyoto ni. Kalau kena dengan masanya mesti mabeles trip korang. So pandai-pandai adjust timing k!

So, nanti me sambung next entry untuk hari ke 2 kitorang di Jepun. Kemana kitorang pergi? Hiroshima kitorang datang!!.. See ya!

Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8