Tuesday, February 16, 2016

Trip Bajet Ciput ke Jepun (Winter 2016) - DAY 2

JEPUN FAMILY TRIP

Ni sambungan dari Day 1 kitorang di Jepun. Ni map laluan kitorang untuk hari ke 2 ni :

Kyoto ---> Shin-Osaka ---> Hiroshima ---> Shin-Osaka ---> Kyoto
8 Januari 2016

Hari ni adalah hari kedua kitorang di Jepun. Memang sedapla tido malam tadi, siap ada heater lagi. Bilik ada 3. 2 bilik ada di tingkat atas. Yang perempuan semua tido di tingkat atas. Pagi-pagi lagi kitorang dah siapkan bekal nasi dan lauk pauk untuk bekal makan tengah hari nanti.

Plan hari ini adalah untuk ke Hiroshima! Hiroshima adalah sebuah bandar yang sebahagian besarnya telah dimusnahkan oleh bom atom semasa Perang Dunia II. Kiranya hari ni kitorang akan melawat tempat bersejarah. Mak-mak & abah-abah memang nak sangat pergi lepas diorang tengok rancangan 'Jejak Jepun Jihan'. Sampai nangis-nangis si Jihan masa dia melawat tempat ni.

Kitorang belum lagi check out sebab masih ada 1 malam lagi di rumah ni. So pagi-pagi kitorang keluar dengan hanya membawa beg kecil berisi makanan.

Pagi ni sepatutnya kitorang pergi ke Fushimi Inari dulu. Apa yang ada kat tempat ni? Ni ha arch yang kaler oren-oren ni je pun.. lawa la jugak..Tetapi bila dah berbincang balik, skip jugak untuk pergi tempat ni memandangkan kitorang nak keluar lambat sikit dari rumah.

Fushimi Inari
Ambil-ambil gambar dulu sebelum keluar rumah. Lebih kurang pukul 8.30 pg baru kitorang berjalan keluar menuju ke Nijo Stn. Kat sini susah nak jumpa sampah sarap. Bersih sangat.

TIPS PENTING : Kalau stay kat kawasan-kawasan perumahan macam ni, kena kurangkan sikit volume suara korang, jangan cakap terlalu kuat takut menggangu jiran-jiran sekeliling. Kawasan ni pun sunyi sepi je tapi selamat. Kat sini rasanya kadar jenayah sangatlah kurang. Rasanyala kan.

Rumah jiran sebelah rumah
Kawasan sekeliling

Sunyi sepi je kawasan ni.. Aman je rasa. Yang paling respect adalah bersih weh!


Pemandangan pagi di Nijo.

Seperti semalam, kitorang menaiki JR Sagano Line menuju ke Kyoto Stn. Rancangan awal sepatutnya kitorang menaiki shinkansen pukul 8.00 pagi dari Kyoto Stn menuju terus ke Hiroshima Stn.

Namun atas sebab kelewatan, shinkansen berikutnya yang kitorang naiki iaitu pada pukul 9.30 pg hanya akan berhenti di Shin Osaka Stn. Perjalanan pun x lama. X sempat pun nak lelap-lelap. Lebih kurang 10 minit dah sampai di Shin-Osaka Stn.

TIPS PENTING : kalau boleh check siap-siap dalam Hyperdia pukul berapa shinkansen yang direct dari Kyoto terus ke Hiroshima. Sebabnya lebih mudah, x perlu nak tukar-tukar train lagi. Lebih cepat sampai kekdahnya kan.

Dari Shin-Osaka, kami perlu menaiki Shinkansen Sakura menuju ke Hiroshima Stn yang mengambil masa selama 1 jam setengah.

TIPS PENTING : kalau korang pakai internet, search je laluan JR menggunakan Hyperdia. senang dan tepat. In case korang terlepas train ke, search je waktu train berikutnya, departure track, arrival track, fare amount semua dah siap-siap tulis. 


Ni contohnya. Kitorang naik Shinkansen Sakura dari Shin-Osaka dan tiba di Hiroshima pada pukul 11.26 pagi



Abah abah bergambar dengan bullet train. Ni Shinkansen Sakura yang kitorang naik dari Shin-Osaka ke Hiroshima.


Sampai dah kat Hiroshima Stn.

Kitorang tiba di Hiroshima Stn pada pukul 11.26 pagi. Keluar je dari train station ni akan nampak Hotel Granvia kat sebelah kiri. Kena tunggu bas nama nya Meipuru-pu. Bas ni free of charge kalau korang ada JR Pass. Kalau x pakai JR Pass, kena bayar 400 yen.

Boleh naik turun bas ni sesuka hati tapi adala bus stop nya. Nanti refer je dekat map.

Tu Hotel Granvia Hiroshima. Tunggu bas Meipuru-pu kat depan tu

Ni dia Bas Meipuru-pu. Korang naik bas ni untuk jalan-jalan area Hiroshima

Kalau  x berapa pasti, dun worry sebab akan ada information volunteer kat area situ yang akan membantu. Dia siap bawakkan sekali ke tempat tunggu bas. Dan yang penting akak ni boleh bercakap bahasa Inggeris dengan sangat lancar. So senangla sikit.

Paham ke dak tu dia terangkan tu. Hehehe..

Ni peta laluan bas. Ada line hijau dan line oren. 

Akak Volunteer ni tgh bagitau kitorang area mana yang best untuk jalan-jalan. Signboard depan tu dah tunjuk siap-siap laluan bas yang boleh kita ambil.


So, x lama menunggu datangla bas merah macam dalam gambar atas tu. Kitorang pun naik dan tempat pertama kitorang pergi adalah Atomic Bomb Dome.

Dalam bas Meipuru-pu
Kitorang turun di bus stop betul2 berhadapan dengan Atomic Bomb Dome. Bangunan ini adalah salah satu bangunan yang masih ada kekal ke hari ini selepas tragedi bom atom dulu.

Atomic Bomb Dome
Ada sungai kat tepi dome ni. 


Preservation of The Atomic Bomb Dome

Ni gambaran keadaan selapas tragedi bom atom

Sementara tu singgah minum dan makan roti/biskut sebagai alas perut sebelum makan bekalan tengahari. Masa ni sejuk sangat. Walaupun nampak macam panas, tapi angin yang bertiup terasa sampai ke tulang.

Berhampiran Museum

Depan tu Peace Memorial Museum

Dari Dome tu, kitorang berjalan kaki sehingga ke Hiroshima Peace Memorial Museum. Museum ni dengan dome tadi x la jauh mana. Tiket masuk museum ni cuma 50 yen. Lebih kurang RM 1.80 seorang. Kitorang beli tiket dan masuk dalam jap gi belajar sejarah tempat orang. Sejarah tempat sendiri pon x habis study lagi. Hihihi...

Mula-mula sekali kitorang turun ke tingkat bawah di mana terdapat 1 ruangan keterangan berkenaan tragedi bom atom yang berlaku di Hiroshima. Diterangkan oleh seorang wanita Jepun pertengahan usia. Dia menceritakan kisah ibu dan ibu saudaranya sendiri yang merupakan salah seorang mangsa dalam tragedi tersebut.

Mula-mula tu x berapa faham sebab ingatkan dia bercakap bahasa Jepun. Rupa-rupanya bahasa inggeris yang ada pelat2 Jepun. Nak kena tangkap betul2 percakapan dia. hehehe... Lepas keterangan dia, paham la jugak bagaimana terjadinya tragedi bom atom tu di Hiroshima. Mengerikan gambar-gambar yang kitorang tengok. Kesian ada.. Sedih ada..

Kalau x faham, kitorang just baca je dekat screen tv tu.. Siap ada gambar senang nak faham keterangan dia.
Penerangan tu adalah dalam 15-20 minit kalau x silap. Lepas tu masing-masing diberi origami burung sebagai cenderahati. Katanya origami ni lambang kebebasan bagi diorang. 

Kitorang singgah di ruang pameran di tingkat bawah. Lepas tu kitorang naik tangga semula ke lobi kaunter tadi untuk naik pula ke ruang pameran di tingkat atas. 

Ruang pameran tingkat bawah

Ruang Pameran di tingkat atas
masa ni tengok jam dah hampir pukul 2.30 ptg. Kalau nak ikut plan asal, sepatutnya lepas ni kitorang akan pergi ke Miyajima Islands dengan menaiki feri.

Tiket feri pun x perlu bayar kalau guna JR Pass. Tetapi, me cancel untuk pergi sebab dah lewat petang lagipun fikir-fikir balik macam x ada apa sangat tempat tu. Setakat naik feri lepas tu jalan-jalan tengok temple diorang kalau x silap.

Ni ha la tempat nya. Benda alah warne oren tu yang buat femes. Torii Gate kot nama dia
So kitorang decide untuk gerak balik. Sebelum tu kitorang singgah mencari tempat makan untuk mengisi perut yang dah berkeroncong.

mengisi perut
Dah settle kitorang pun berjalan kaki semula ke bus stop terdekat.

kat sini tram pun ada yang lalu tengah tengah jalan tu
Bas berhenti semula di Hiroshima Stn. Dari Hiroshima, kami menaiki Sinkansen Sakura pada pukul 4.17 ptg dan tiba di  Shin-Osaka stn pada pukul 5.42 ptg.

naik shinkansen ke Shin-Osaka

Rancangannya selepas ini adalah kami akan berjalan-jalan di sekitar Namba dan Dotonbori. Masa sampai ni pun memang dah gelap macam dah pukul 7.30 petang. So dari Shin Osaka stn, kami membeli tiket subway Midosuji line berharga 280 yen seorang untuk sehala. Subway atau Metro Line kat Jepun ni memang x cover by JR Pass tau.

TIPS PENTING : Sebenarnya me dah survey ada laluan yang x perlu keluar duit untuk bayar tiket subway atau metro. Yelah, tiket ulang alik Shin Osaka ke namba pun dah dekat RM20 seorang. . Asalnya nak ikut je tetapi mengambil masa agak lama sikit untuk sampai di Namba lebih kurang setengah jam. Bagi yang nak guna laluan JR boleh ikut laluan ni ; (pakai JR Pass)
# Shin Osaka stn ----------> Tennoji Stn (by Limited Exp Kuroshio)
# Tennoji stn---------------> JR Namba Stn ( JR Yamatoji)
Cumanya JR Namba ni terletak jauh sikit dari area Dotonbori. Kena menapak sikit. Subway Namba lebih dekat.

Orang berpusu-pusu. Gila laju orang Jepun jalan.
Ni ticket subway berharga 280 yen. Tiket ni x boleh nak simpan sebab masa nak keluar, kena masukkan dalam machine laluan tu baru korang boleh lalu.

Mencari-cari kasut made in japan


Light illumination sewaktu musim sejuk.
X ada apa sangat nak dicari area ni. Mak me je sempat beli 1 kasut untuk pakai masa kat Jepun.

X macam di Korea, ada pasar Namdaemun, Myeongdong, Dongdaemun dan Insadong yang ada pakcik makcik meniaga kat laluan macam pasar malam tu. Best sikit, murah-murah barang yang dijual. Dotonbori ni lebih kepada shopping complex dan tempat orang yang hunting makanan. Hehehe..

So kitorang menaiki subway semula menuju ke Shin Osaka Stn untuk menaiki shinkansen balik ke Kyoto. Terpaksa keluarkan lagi duit 280 yen untuk beli tiket ye. hehe.. Shinkansen yang kami naiki adalah pada pukul 8.26 mlm yang tiba di Kyoto stn pada pukul 8.41 mlm. 

Sampai je di Kyoto, kitorang ambil JR Sagano Line ke Nijo Stn. Kitorang singgah di pasaraya yang kitorang pergi semalam  untuk beli barang-barang untuk memasak makan malam. Benda wajib kitorang beli adalah strawbery! Haha.. Addicted sangat dengan strawberry masa ni. 

Masa kitorang tengah beli barang, 2 orang adik me terus balik rumah. Ingatkan kenapa cepat sangat nak balik. Rupanya diorang patah balik ke pasaraya tu dengan menaiki basikal. Memang ada disediakan basikal kat rumah sewa tu. Sempatla masing-masing nak try naik. Haha.. Jakun pulak naik basikal kat Jepun. Tapi majoriti rakyat diorang ni semua naik basikal ke mana-mana.

Abah pun join naik basikal..hehe


Mak pun nak try jugak..hehe
Malam-malam kereta x banyak sangat. 
Sampai je kat rumah, prepare untuk masak makan malam. Seronok jugak masak sebabnya, masak apa je confirm habis. Hihihi..Malam tu kitorang masak nasi. Lauk antaranya sambal tempe, sambal ikan bilis, tomyam sayur, rendang daging, sardin campur daun likis, popodum dan ikan masin.

Goreng ikan masin yang x tahan tu. Bau 1 rumah. hahaha. Tapi bile makan, tulah yang paling sodap dan menyelerakan. X cukup dengan makan nasi, masak pulak magee kari.. letak telur.,.letak cili ketuk.. umppphh.. huhuhu..Alhamdulillah kenyang dah masing-masing.

memang semua ni menyelerakan. 
Menu paling sedap bila lapar..hehe
Bila dah kekenyangan confirmla mata pun mengantuk je mintak bantal kan. Tapi sebelum tido, kitorang kena siap-siap packing barang sebab esok dah nak check out. 

TIPS PENTING : bagi yang memasak masa travel, better asingkan siap2, kumpulkan makanan dalam 1 atau 2 beg. Jangan campurkan dengan baju ke atau barang2 lain. Sebab nanti senang nak keluarkan dan nak cari balik. Bila nak check out, packing je balik cantik2 dalam beg. hehe..

Time to packing. Ni la gambaran dalm rumah. kat tepi tu dapur. Belakang tu bilik air dan tandas. 
Siap-siap pack bagai, masa untuk tido. Esoknya kitorang punya plan adalah untuk ke Takayama. 

Lupe nak ceritakan.. Sepanjang 2 hari kitorang kat Kyoto dan Hiroshima ni, Kitorang pakai pocket wifi yang dah disediakan oleh tuan rumah. Boleh bawak kemana-mana je masa keluar. Tapi jangan lupa tinggalkan balik masa dah check out.. Hehehe..

oklah..Sampai di sini sahaja.. Jumpa anda dalam next entry DAY 3 ye! Assalamualaikum...

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.............................



Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8