Thursday, February 11, 2016

Trip Bajet Ciput ke Jepun (Winter 2016) - DAY 0 - Hari Perjalanan

JEPUN FAMILY TRIP

Assalamualaikum.. Dah sebulan lebih berlalu trip ke Jepun baru la ni nak buat entry... Huhu... kemalasan melanda diri..tengah terbayang-bayang untuk travel ke tempat lain pulak...hihihi..

Sekarang ni kan musim cerita hindustan.. Dilwale lah.. Bhajrangi Bhaijaan lah.. semua tempat cantik2.. teringin pulak nak pergi Kashmir lepas tengok cite pawan dan shahida yang comel tu.. hihi...nama sama..tapi tunggula kumpul duit dulu naaa...

Ok... korang dah baca ke entry yg me tulis mengenai persediaan me & family ke Jepun beserta jadual perjalanan me di sana? kalau sudi bacala ye...xpaksa pun...huhu...
Ok nak start cite dah ni.

Tibalah hari yang ditunggu2 iaitu 6 Januari 2016. Perjalanan kitorang bermula. Me dah start ambil cuti awal sebulan dah. Kedai Makan kitorang tutup hampir 2 minggu. Dah alang-alang  tutup kedai lama, buat sekali extend depan kedai tu. Sambil menyelam minum air kata org..hehe..

Alang-alang cite pasal kedai makan, nak promote la kat sini. Bagi korang yang bercuti ke Cameron n xtau mana tempat nak makan breakfast & makan tengahari, bolehlah singgah di Restoran Ddapur. 

Yang mana nak kan map laluan boleh jenguk2 & like our facebook 

                                           Restoran Ddapur - Sajian Makanan Kampung.

Ok done promote. Sambung balik. Hehe..Ni map perjalanan kami hari ni ke KLIA 2

CH ---> Mentakab ---> Seri Kembangan ---> Putrajaya Central ---> KLIA 2


6 Januari 2016

Hari ni iaitu hari Rabu merupakan hari perjalanan dari Cameron Highlands (rumah) menuju ke Kuala Lumpur.

2 biji kereta bergerak dalam pukul 9.30 pagi menuju ke rumah family mertua me dulu di Mentakab Pahang melalui jalan Sg Koyan. Kitorang dah membuat rancangan awal untuk singgah dulu di Mentakab untuk membuat penyusunan semula barang2 makanan yang kami bawa di dalam beberapa buah beg. (cewahhh..ayat skema je...hehe..).

Dah settle tu, dalam pukul 3.30 ptg, kitorang pun gerak 3 biji kereta menuju ke Kuala Lumpur.

2 putih 1 kuning menuju ke KL
Tapi sebelum tu sempat lagi singgah pekena Cendol Talib. Time cuaca panas ni memang sedap layan cendol.

masing-masing fokus layan cendol & ABC


Dalam pukul 5 ptg, perjalanan diteruskan. Rancangan awal kitorang adalah untuk membuat tukaran wang lagi sikit di Masjid Jamek. Namun bila dipikir-pikir balik takut jam, kitorang just tukar duit di Seri Kembangan je. X payah nak masuk KL bagai.

Sebelum waktu bertolak ke KLIA 2, kitorang singgah rehatkan badan di rumah abg ipar me di Seri Kembangan.

Disebabkan flight kitorang tengah malam pukul 1 pg, decide untuk gerak lambat sikit. Lebih kurang pukul 9 mlm, abg ipar me hantar kitorang ke Putrajaya Central. Dari situ, kitorang menaiki KLIA transit menuju ke KLIA 2. Hangkut segala beg-beg berat.

Ni nak cerita pasal tiket. Sebelum ni, me survey harga tiket adalah RM6.40 sehala, Duit tiket dah awal-awal siap collect, tup tup masa beli harganya adalah RM9.40 sehala. Gila mahal. Harga naik since tahun baru haritu. Beli untuk 10 org dah kena bayar RM94.00.

Lebih kurang pukul 10.30 malam, tibalah kitorang di KLIA 2.

Kaunter Kansai dah buka. Jom!
Kitorang siap-siap settlekan urusan check in beg dan segala bagai. Settle semua urusan kitorang pun gerak menuju ke balai menunggu. Segala-galanya alhamdulillah berjalan lancar. X awal dan x lambat sangat.


Melepak kebosanan menunggu masuk flight

dia dah tunggu
Dalam pukul 12.55 pg, kitorang pun dibenarkan masuk flight. Me x beli seat untuk pergi dan balik. Bila dah web check in haritu dah siap-siap diberi seat belakang sekali. Not bad jugak. Kalau tengah-tengah bagi me agak crowded dan bising. Kitorang bertujuh duduk seat belakang row 51. Cuma adik me yang 3 orang ni je terpaksa duduk bahagian tengah.

TIPS PENTING : Kalau dapat seat belakang sekali jangan lupa beli siap-siap makanan. Kalau korang x beli, siap sedia la menahan rongga hidung dengan bau makanan. Sebab sangat dekat dengan tempat cabin crew sediakan makanan. Hihihi. Kalau beli masa dalam flight pun boleh cuma mahal sikitla.

So aktiviti dalam flight dipenuhi dengan tidur, makan dan tidur. Hihi..Perjalanan selama lebih kurang 6 jam. Waktu di Jepun adalah awal sejam dari Malaysia. Sama jugak dengan Korea.

Cerita hari keesokannya me sambung dalam entry DAY 1. Tunggu ye... Tido dulu........................................

zzzzzzzzzzzz............................................................................................................................................








Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8