Thursday, March 17, 2016

Trip Bajet Ciput ke Jepun (Winter 2016) - Total Bajet



Assalamualaikum..

Ada yang mengikuti kisah trip bajet ke Jepun ni ke? Terima kasih le banyak-banyak ye. Nanti me belanja stroberi Jepun..umm.. yummy..

Kalau ada yang tersalah cerita ke, tersalah info ke, harap maaf ye.

Nah!!! 

Ok, tentang trip 7 hari  6 malam ke Jepun ni dah pun me ceritakan dalam entry-entry sebelum ni. La ni nak ceritakan pasal bajet pulak. Me dah buat checklist dah. Harapnya xde la yang tertinggal.

Bajet ni me buat untuk kos seorang la ye. Ini ringkasan, kalau nak detail korang boleh baca di entry '' Trip Bajet Ciput Ke Jepun - Sebelum Trip''

BAJET  TRIP KE JEPUN UNTUK 7 HARI 6 MALAM 
( mengikut exchange rate masa tukaran duit : 0.0353 )

1) JR Pass 29110 yen ( exchange rate: 0.0365)-------------------------------RM 1063.00

2) Penginapan

* Rumah Air Bnb Kyoto ( 2 malam )------------------------------------------ RM 130.00
* Takayama Country Hotel ( 1 malam )--------------------------------------- RM 130.00
* Rumah Air Bnb Tokyo ( 2 malam )------------------------------------------ RM 160.00
* Karuizawa Prince Hotel West ( 1 malam )---------------------------------- RM 160.00

3) Tiket Penerbangan ( Air Asia )-------------------------------------------- RM 726.15
* termasuk makanan & beg

4) Makanan ( di Jepun & makanan yang dibawa dari M'sia )------------- RM 150.00

5) KLIA Transit
* Putrajaya Sentral ---> KLIA 2 ---> Putrajaya Sentral--------------------- RM 18.80

6) Tiket train (selain JR) & Entrance Ticket
( mengikut exchange rate masa tukaran duit : 0.0353 )

* Kyoto One Day Pass----------------------------------------------------------- RM 17.50
* Subway Tozai Line------------------------------------------------------------- RM 14.70
* Daigoji Temple----------------------------------------------------------------- RM 21.00
* Hiroshima Peace Memorial Museum --------------------------------------- RM 1.75
* Subway Midosuji -------------------------------------------------------------- RM 20.44
* Shirakawago Tour ------------------------------------------------------------- RM 154.00
* Tokyu Oimachi Line ---------------------------------------------------------- RM 42.36
* Hakone Free Pass ------------------------------------------------------------- RM 140.00
* Metro Ginza Line ------------------------------------------------------------- RM 12.00
* Gala Yuzawa Ski Resort (ni ikut pakej main sledge)--------------------- RM 46.00

Ini je rasenya. Me akan update kemudian kalau ada yang tertinggal. Minyak kereta, tol dan passport tu me x masukkan sekali. Tu kira side bajet la tu. huhu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Total                                            =  RM 3007.70 
( x masuk souvenir, beli air, beli strawberry, beli aiskrim, shopping segala bagai)

Tambah RM 500 untuk belanja = RM 3500
(bab perbelanjaan ni subjektif, bergantung pada apa yang korang nak beli)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi me, RM 3500 dah cukup untuk travel ke Jepun selama 7 hari 6 malam. Ini pun sebab ringgit jatuh, bila tukar duit yen terasa la sangat. JR Pass pun sampai seribu lebih harga. Jumlah ni pun rasa tercekik jugak nak keluar duit haritu. Suka travelling punya pasal, hadap je lah..

Tambahan pulak, me book 1 malam di Karuizawa Prince Hotel. Resort hotel ni boleh dikatakan bertaraf 5 bintang. Kos seorang untuk semalam adalah RM 160. Tempat dia sangatlah me recommend korang untuk pergi. Sangatttla cantik.

Kalau yang kaki shopping tu bawaklah duit lebih.

Kalau travel agent punya harga pulak, ada yang me tengok RM 3500 x masuk pun tiket flight, tiket entrance, perbelanjaan dan makan. Dari apa yang me survey jugak, diorang kebanyakan hanya bawa ke tempat-tempat seperti Tokyo dan Osaka.

Kalau plan trip sendiri, kita dapat tentukan sendiri area mana kita nak cover. Trip kitorang kali ni dapat cover hampir keseluruhan. Cuma Hokaido je x dapat, x cukup masa. huhu.
Map ni menunjukkan tempat-tempat yang kitorang pergi semasa di Jepun.

Kansai Airport--> Kyoto--> Hirosahima--> Osaka--> Kyoto--> Takayama--> Tokyo--> Hakone--> Karuizawa-->
Gala Yuzawa--> Haneda Airport

Ok..sekian saje untuk kali ni.

Kat sini me share sekali lagi itinerary kitorang untuk 7 hari 6 malam di Jepun


6 Jan 2016 (Rabu) 

Flight Air Asia Kul - Kix (Kansai International Airport) (1.00 pg)

Day 1
7 Jan 2016 (Khamis)

Tiba di Kansai Airport. (8.25 pg)
Kansai to Kyoto
* Daigoji Temple
Menginap di rumah AirBnb (malam pertama)

Day 2
8 Jan 2016 (Jumaat)

Kyoto to Hiroshima
* Peace Memorial Park, Atomic Bomb Dome
Hiroshima to Osaka
* Dotonbori
Osaka to Kyoto
Menginap di rumah AirBnb (malam kedua)

Day 3
9 Jan 2016 (Sabtu)

Check Out
Kyoto to Takayama
* Sannomachi Street
Menginap di Country Hotel Takayama

Day 4
10 Jan 2016 (Ahad)

* Miyagawa Morning Market
Shirakawago Tour
Takayama to Tokyo
Menginap di rumah AirBnb (malam pertama)
* Shibuya

Day 5
11 Jan 2016 (Isnin)

Hakone Tour
* Asakusa, Akihabara
Menginap di rumah AirBnb (malam kedua)

Day 6
12 Jan 2016 (Selasa)

Check Out
Tokyo to Karuizawa
Menginap di Karuizawa Prince Hotel West

Day 7
13 Jan 2016 (Rabu)
Check Out
Karuizawa to Gala Yuzawa
* Gala Yuzawa ski Resort
Gala Yuzawa to Tokyo
Tokyo to Haneda International Airport
Flight Haneda to Kul (11.45 malam)

14 Jan 2016 (Khamis)
Tiba di KLIA2 (6.30 pg)


Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8