Wednesday, March 9, 2016

Trip Bajet Ciput ke Jepun (Winter 2016) - DAY 5

JEPUN FAMILY TRIP

Cepatnya hari berlalu. Dari Osaka sehinggalah ke Tokyo. Harini dah masuk hari ke 5 kitorang berada di Jepun. Macam-macam pengalaman dah ditempuhi.. huhu

Trip hari ke 5 ni adalah untuk menawan Gunung Fuji.. Dapatke? Nanti me ceritakan ye..

TIPS PENTING : Dari yang me survey, ada 2 tempat yang biasa orang pergi untuk tengok Gunung Fuji ni. Yang pertamanya Hakone ni la. Keduanya di Lake Kawaguchiko. Kedua-dua tempat ni ada tarikannya tersendiri. Bergantung pada si fuji ni jugak nak tunjukkan diri ke x.. hehe..


Lake Kawaguchiko dan Hakone

Pemandangan Lake Ashi di area Hakone. Kat sini boleh naik pirate ship.

Awal-awal dulu me plan untuk ke Lake Kawaguchiko sebab dari tasik tu lagi jelas boleh nampak gunung Fuji. Siap dah book hotel di tasik tu, Hotel Kawaguchiko namanya. Tapi lastly tukar plan untuk ke Hakone pulak sebab xcukup masa nak bermalam kat sini.

Ni Hotel Kawaguchiko yang me book tapi cancel sbb tukar plan ke Hakone.. hehe

TIPS PENTING : Bagi yang nak ke Lake Kawaguchiko ;

Shinjuku stn ( JR Chuo Line ) ----->  Otsuki stn. 
Otsuki stn ( Fujikyu Railway Train ) ------> Kawaguchiko stn (JR Pass x cover) 
Harga tiket : 1140 yen sehala. 

Sampai di Kawaguchiko, korang boleh beli tiket bas retro untuk unlimited ride selama 2 hari berharga 1200 yen. Untuk sehari diorang xde jual. Gi la pusing-pusing area tasik ni sebab kalau jalan kaki pun makan masa sebab tasiknya agak besar. 


Lake Kawaguchiko



Pemandangan dari Lake Kawaguchiko

Bus retro Kawaguchiko. Comel kan?
Ni gmbar street view area Lake Kawaguchiko. Cantikkan??? Masa ni musim luruh rasanya. Kelihatan si fuji menampakkan dirinya.. hehe
Selain tasik ni, ada jugak beberapa tempat lain yang menarik di Kawaguchiko, antaranya ;

1) Fuji Q Highlands
Terkenal dengan permainan roller coaster nya. Salah satu roller coaster nya adalah yang tertinggi dan terpantas di seluruh dunia semasa pembukaannya pada tahun 1996. Terletak dekat je dengan kaki Gunung Fuji. 

Fuji Q- Highlands
2) Kachi kachi Ropeway ( Mt Tenjo Ropeway)
Ropeway ni akan membawa kita ke tempat melihat panorama Lake Kawaguchiko.

Kachi kachiropeway

3) Shibazakura Festival
Bagi yang berkunjung pada musim bunga iaitu bermula bulan April hingga awal bulan Jun, ini adalah peluang terbaik untuk ke festival ni. Dipenuhi dengan sejenis bunga yang dinamakan shibazakura yang berwarna ungu dan putih.. Cantikkkkk sangat....

cantikkk




4) Chureito Pagoda
Tempat ni pun menyajikan pemandangan Gunung Fuji yang sangat cantik  terutamanya pada musim bunga sakura. Cumanya nanti kena mendaki bukit sikit lebih kurang 10-15 minit untuk sampai di Pagoda ni.(mengikut yang me baca ye)

Cantikkan?
Ok lah.. Ni antaranya la.. Banyak lagi tempat menarik di area Mt Fuji..Cukuplah tuu..Panjang sangat dah ni mukadimah.. Cerita hari ke 5 x jugak mula lagi kan...hihi..hope korang xbosan le bace blog ni ye..jom kita mulakan perjalanan untuk hari ke 5! 

11 Januari 2016

Ni map laluan kitorang hari ni. Kitorang menuju ke Hakone untuk melihat Gunung Fuji. Jumpa ke x si Fujisan tu?? nanti me ceritakan kejap lagi ye....


Odawara ---> Hakone Area ---> Odawara ---> Asakusa ---> Akihabara

Harini adalah hari isnin. Bermulalah pagi hari ke 5 kitorang di Tokyo. Kitorang bangun dan bersiap-siap. Macam biasa la prepare untuk masak makan pagi dan untuk dibawa bekal untuk dimakan dalam perjalanan nanti.

Kitorang ada 1 malam lagi  untuk stay di rumah ni. Kitorang keluar awal harini semangat punya pasal nak tengok Gunung Fuji..Kitorang ke Hakone!!


Prepare ape yang patut sebelum gerak

Oklah, me nak ceritakan seperkara. Sebelum berjalan kaki ke stesyen, kitorang ke bahagian tepi apartment ni, ngam ngam je bangunan ni bersebelahan dengan laluan train. Saje la nak tengok train yang lalu. Dekat sangat dengan kawasan rumah.  Malam tadi x perasan pun. Yelah sampai pun dah gelap gelita kan..

So, masa tu ade train nak lalu, palang kuning tu ditutupla supaya xde orang lintas ke, kereta lintas ke.Kitorang berdiri la kat tepi palang tu saje-saje nak tengok train lalu la kan.

Kebetulan abah berdiri agak dekat dengan palang tu. Masa palang tu diangkat, terkena abah punya dagu. Kitorang boleh dengar bunyi benda terhantuk masa tu. Risau gak tapi abah kata ok. Nasib baikla x jadi pape.


Ni la palang yang buat onar tadi.

Palang ditutup.

Gambar dari google map. Laluan train tu betul2 sebelah apartment yang kitorang sewa. 
X lame lepas tu, kitorang pun gerak berjalan kaki menuju ke Kuhombutsu stn. Masa ni lebih kurang pukul 7.30 pagi. Sunyi sepi je kawasan ni. Tapi ada la nampak seorang dua pejalan kaki.



laluan yang kitorang lalu untuk ke stesyen Kuhombutsu
Mengikut itinerary yang me dah buat, waktu perjalanan kitorang agak awal. Me ingat nak lambatkan sikit sebabnya biaselah.. kitorang pasti akan keluar lambat seperti hari-hari sebelum.. hehe..So malam tadi me dah siap check waktu train di Hyperdia.

Perjalanan harini kitorang akan ke Shinagawa dahulu dari Oimachi stn. Dari Shinagawa stn pula, kitorang perlu mengambil shinkansen untuk ke Odawara stn.

Oimachi ---> Shinagawa ---> Tokyo
Lepas beli tiket berharga 200 yen, kitorang tunggu train untuk ke Oimachi stn. Kitorang sampai di Oimachi stn lebih kurang pukul 8.00 pagi. Kitorang keluar untuk  tukar JR line menuju ke Shinagawa stn. Setibanya di Shinagawa stn, me & asben pergi ke kaunter untuk reserve seat shinkansen untuk ke Odawara.

TIPS PENTING : perlu pastikan ahli dalam group semuanya ok untuk berjalan kaki. Dari platform ke platform selalunya jauh. Nak kena naik turun tangga banyakkk kali.. Penat wehhh... Masa pack sebelum berangkat pastikan bawak sekali minyak urutke, minyak angin ke.. hehe

berjalan ke Shinkansen Platform
*** Selingan : cari persamaan dalam 2 gambar di bawah. hehe..

Gambar 1

Gambar 2
Jawapan bagi persamaan gambar di atas adalah, yang sorang kat depan tu je fokus lebih bergambar. hehehehe... Ada selingan la pulak kan. Saje xnak bagi korang mengantuk baca cerita ni..hehe...Ok sambung balik..:))

Mengagih seat number

Shinkansen yang kitorang naik adalah shinkansen Kodama yang akan bergerak pada pukul 8.34 pagi.. Perjalanan dari Shinagawa stn ke Odawara stn adalah selama 27 minit.

Dari yang me baca sebelum ni, Kodama adalah shinkansen Tokaido yang paling lambat berbanding lagi 2 iaitu shinkansen Hikari dan Nozomi. Sebab apa die lambat? sebab banyak station dia akan singgah.

Ni list untuk shinkansen line dan jenis-jenis nya.

Shinkansen ni pulak ada line nya mengikut tempat/ kawasan. Korang refer je dekat map tu, nanti pahamler.. hehe.. Mula-mula me pun x berapa faham. Contoh macam kitorang ni, kitorang cuma naik Tokaido Shinkansen, Sanyo Shinkansen, Hokuriku Shinkansen dan Joetsu Shinkansen.

Nozomi dan Mizuho adalah jenis yang paling laju. Kalau pakai JR Pass pun x dapat nak merasa naik shinkansen jenis ni sebab x dicover. Kalau nak try, kenala beli tiket lain ye.. hehe

Tepat pada pukul 9.01 pagi, shinkansen ni berhenti di Odawara stn. Di Odawara stn ni, kitorang kena beli Hakone Free Pass untuk berjalan-jalan di sekitar Hakone. Bukan jalan kaki tapi menaiki pelbagai jenis pengangkutan antaranya train, bas, cable car dan feri. Dah habis nanti, kitorang akan ke Odawara stn semula.

Map area Hakone
Harga di atas adalah perjalanan dari Shinjuku stn
TIPS PENTING : Hakone Free Pass ni jugak boleh dibeli di Shinjuku stn di kaunter Odakyu Sightseeing Service Centre dengan harga 5140 yen. Dari Shinjuku stn korang akan naik Odakyu Line menuju ke Hakone-yumoto stn. Boleh juga menaiki Limited Express Romance Car tetapi harga tiket tidak termasuk dalam harga pass. Kena beli asing.


Kaunter Odakyu Sightseeing Service Centre di Shinjuku stn
Kaunter Odakyu Sightseeing Service Centre di odawara stn

Memandangkan kitorang dah ada JR Pass tentulah nak jimatkan. Harga untuk pass yang dibeli di Odawara stn ni adalah 4000 yen seorang dan boleh digunakan untuk 2 hari tanpa limit. Kira jimat la 1140 yen kan.

Me dah kira, kalau beli tiket asing-asing bagi setiap transportation di area Hakone ni, akan jadi lebih mahal. Better pakai pass..Kitorang pakai untuk hari ni je. Kalau yang menginap di area Hakone ni sesuai sangatlah kalau pakai pass ni. Pass untuk sehari tidak disediakan.


Gambar contoh dari internet. Hakone Free Pass. tapi harga yang me beli adalah 4000 yen

TIPS PENTING : Rasa-rasa macam nak pergi dua-dua tempat?? Mana yang ada masa dan duit lebih tu korang bolehlah explore 2 tempat sekali gus. Hakone dan Lake Kawaguchiko sekali sebab ada juga pass yang dinamakan Fuji Hakone Pass. 

Boleh cover dua-dua tempat dengan pass berharga 7400 yen. Pass ni korang boleh guna untuk 3 hari. Seelok-eloknya nya menginapla 2 malam di area Hakone & Kawaguchiko ni. Barula berbaloi. Kalau x silap, Retro Bus x di cover sekali dalam pass ni. So kena beli lain ye.


Fuji Hakone Pass Area

Oklah, kita sambung balik ye. Pass dah dibeli, so dari Odawara stn tadi, kitorang naik Hakone Tozan Train untuk ke Hakone Yumoto stn. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit. 
Ada pokok limau tepi track. Sedap je tengok limau tu.. huhu
train menuju ke hakone-yumoto stn


Sampai di Hakone-Yumoto stn, kena tukar Tozan train untuk ke Gora stn pulak. Perjalanan ni agak lama lebih kurang 40 minit. Banyak mendaki sikit. 

tukar train



Suasana dalam train

Yang uniknya, train ni ada 1 ke 2 tempat akan  lalu atas track macam zig zag. Train ni akan ke depan dan berhenti sekejap sebelum mengundur ke belakang mendaki bukit. Kalau x silap, driver ni sorang je. kiranya dia kenala tukar2 tempat setiap kali train tukar laluan.. 

Ni la.. bentuk zig zag kan.. 

Masa kitorang datang ni, view luar x berapa cantik sangat. Ni gambar me copy dari internet. Kalau kena dengan musimnya, tempat-tempat di Hakone ni sangatlah cantik.

Musim Bunga. Bunga ngam ngam kiri kanan train.
Pemandangan sepanjang laluan adalah paling cantik pada bulan Jun dan Julai apabila pokok bunga hydrangea berkembang mekar di sepanjang trek laluan train ni macam gambar kat atas tu. Cantikkan? Bagi kaki bunga, jangan lepaskan peluang. hehehe..

Musim Luruh


Saljiiiii


Menanti train tiba di Gora stn.

40 minit lepas train gerak, tiba lah kitorang di Gora stn. Kena tukar pulak untuk naik Tozan Cable car. Senang je nak cari, follow je signboard arah untuk ke Cable car stn.

Ni cable car nya. 

Masa sampai ni lebih kurang pukul 10.00 pagi. Cable car dah ada dah masa ni. Tapi masing-masing nak ke toilet dulu. So kena tunggu cable car berikutnya. Sambil menunggu yang lain ke toilet, dan sambil tunggu cable car sampai, yang lain bergambar dulu.. hehe..


Replika Tozan Train


Sayup-sayup je nampak cable car turun. Jauh lagi nak sampai



Gora stn
Nak sampai dah..

Sampai dah cable car

Kitorang pun naik apabila pintu cable car ni dibuka. Ramai jugak orang. Perjalanan cable car x lama pun. Lebih kurang 10 minit. Cable car akan berhenti di beberapa stop. Kitorang x turun pun. Setiap stop ada jugak tempat menarik yang boleh dilawati.




Ni orang Jepun x silap.

Seat kat dalam cable car


Cable car menongkak bukit

Di antara stop di pertengahan sebelum tiba di Sounzan stn

Di pertengahan ada track yang terbahagi kepada 2 untuk tujuan perselisihan antara cable car yang turun dan yang naik. Pemandu kena cekap la. Takut pulak kalau bertembungkan..hehe


Kelihatan cable car tengah bergerak turun

Berselisih


X lama lepas tu kitorang pun sampai di Sounzan stn. Sepatutnya perjalanan kitorang diteruskan dengan menaiki Ropeway untuk menuju ke Owakudani stn.



Apa yang ada di Owakudani?
Owakudani adalah kawasan kawah yang tercipta dari letusan yang terjadi lebih kurang 3000 tahun dahulu. Ni me baca di google ye..hehe

Sekarang ni kawasan ni adalah zon gunung berapi yang masih aktif. Kat kawasan ni jugak, kalau cuaca mengizinkan kita akan dapat tengok Gunung Fuji. Dari yang me baca di blog-blog, tempat ni ada jual strawberry dan ubi keledek manis. Turut dijual, telur yang dimasak secara semulajadi yang berwarna hitam.

Signboard Owakudani. 

Ropeway merentas zon gunung berapi 


Boleh berjalan-jalan dulu kat kawasan ni
Proses merebus telur
Proses merebus telur
dah jadik kaler hitam dah
Macam ni la 'black egg'  yang diorang jual
aiskrim pun ade kaler hitam. Perisa apa xtaula..

Yang dikesalkan, gambar2 kat atas ni bukanla gambar yang kitorang tangkap sebab kitorang x dapat nak melawat tempatni. Gambar ihsan dari pak google jeee..huuuu

Sebab apa? sebabnya kebetulan masa kitorang datang ni, zon gunung berapi ni tengah aktif, so tempat ni ditutup. Pelancong-pelancong yang datang x dapat la nak masuk ke sini dikuathiri berbahaya.
Makanya, dari Sounzan stn tadi, kitorang kena naik bas yang akan terus menuju ke Ubako stn.

masa dalam bas kelihatan asap di kaki bukit
Rugi jugak sebenarnya. Ikutkan Owakudani ni lah tempat tarikan paling penting di Hakone ni. Tapi x de rezeki kitorang untuk pergi. Sampaije di Ubako stn, kitorang menuju ke Ropeway stn untuk turun ke Togendai stn.

TIPS PENTING : Yang mane korang yang plan nak ke Hakone ni, better cek dulu awal-awal di website diorang. Me baru ni bukak pun, tempat ni masih lagi ditutup. Any update korang boleh check di website je. (www.japan-guide.com). Xdela frust macam yang jadi kat kitorang ni.. huhu..

tu ha notice terang-terang xbukak lagi tempat ni buat masa ni

Naik ropeway ni untuk turun ke bawah

Pemandangan dari atas ropeway ni biasa-biasa aja. X menarik sangat sebab pokok-pokok semua dah togel kering xde daun / bunga.. huhu.. Kalau musim luruh ni..memang umpph lah! Dari atas ni dapat la tengok pemandangan Lake Ashi. Gunung Fuji? Ntahlah..masih lagi x nampak la ni...huhuhu...

bergerak turun

Hakone
pemandangan dari atas


Perjalanan x lama pun, lebih kurang 10 minit, kitorang sampai di Togendai stn. Kena berjalan keluar dan menuju ke jeti untuk naik pirate ship pulak. Ni ala-ala Pirate of the Caribbean la kot.. hehe

ada sebuah ship sedang menuju ke jeti


Pirate ship ni kalau x silap me ada 2 warna. 1 lagi berwarna hijau. Pirate ship ni akan ada setiap 10-15 minit. Memandangkan malas nak tunggu ship lain, kitorang just naik je yang ni. Ship ni akan ke Hakone-machi port.

Laluan ship di Lake Ashi

Tasik yang luas di Hakone ni dinamakan Lake Ashinoko atau lebih dikenali dengan nama Lake Ashi.
Kalau langit tu cerah, x di block oleh awan, dapatlah tengok Gunung Fuji dari tasik ni. Kebanyakan blog yang me baca, ramai yang frust jugak datang sini sebab x dapat tengok si Fuji ni.. huhuhu...

Mak abah



Mak abah 

Naik je kapal ni, kitorang terus ke tingkat paling atas di bahagian luar. Sejuk sangat-sangat kat atas dek ni. Angin yang bertiup macam sampai ke tulang. Time ni tercari-cari gak Gunung Fuji.. Tapi x nampak-nampak jugak. Menyorok agaknya..Agak frust di situ..huhu..

Tapi tengok langit pun tau dah. Awan putih tebal masa ni.. Harapan agak tipis untuk dapat tengok Gunung Fuji.

Pirate ship ni pun bergerak menuju ke Hakone-machi. Masa ni lebih kurang pukul 11.30 pagi.



tingkat bawah

Agak-agak dah x tahan sejuk tu, boleh jugak turun ke tingkat bawah. Di tingkat bawah pun ada ruang untuk tengok view. Tapi manalah si Fujisan ni...

View sekeliling

Masih tercari-cari background Gunung Fuji.. hehe

sebelah sana adalah untuk yang bayar tiket lain. Kira macam vip area la. Tapi view sama gak kan?? 

Masa ni jam lebih kurang pukul 11.40 pagi..Perjalanan kapal pirate ni adalah selama 40 minit menuju ke Hakone-machi. 40 minit ni jugakla kitorang kesejukan gila-gila duduk di dek paling atas tu.. Duduk di tingkat bawah xnak..rasakanlah..huhu.. 

Lebih kurang pukul 12.10 pagi, kapal ni pun berlabuh di Jeti Hakone-machi. Kitorang tunggu group yang ramai-ramai ni turun, barulah kitorang turun. Kitorang berjalan-jalan dulu di kawasan sekitar tasik ni.

Bergambar je lebih tapi kitorang masih x nampak-nampak si Fuji. Adoila...Xde rezeki nampaknya untuk tengok Gunung Fuji. Itupun nasib baiklah dapat jugak tengok dari dalam train semalam.. Jadilahhh.. hihi.. Kiranya mission uncomplete! Fujisan x jumpa.. huhuhuhu...

Oh ye, semalam me saje tengok2 di google street view untuk tengok view Mt. Fuji yang lebih dekat. Tup-tup terjumpa track laluan pendaki untuk mendaki Gunung Fuji ni. Yang mana nak mendaki Gunung Fuji ni x silap me kena g ke Fuji Subaru Line 5th Station. Tempat untuk mula pendakian. Ni me share gamba yer;

jom layann..

5th Station








\

view dari atas.. cantik.. Subhanallah...



Kalau yang nak jejak dengan kaki sendiri Mt Fuji ni bolehla try kan. Best jugak tengok. Xpela, dapat tengok dari jauh pun dah kira ok..hehehe..

TIPS PENTING : Dari apa yang me baca, kebarangkalian untuk dapat tengok Gunung Fuji ni adalah lebih kepada musim sejuk berbanding musim panas. Manakala, waktu yang paling sesuai adalah pada awal pagi dan petang. 

Dapat view macam ni best kan??

Abah mak n dayah

Masa ni jam pun dah dekat-dekat pukul 1 tghri. Alang-alang ada tempat yang pemandangannya ok, kitorang pun decide untuk makan tengah hari di sini je. kitorang cari port yang ok sket berdekatan dengan tasik ni.

Lepas kekenyangan makan bekalan nasi yang kitorang bawak, kitorang pun survey bus stop berdekatan. Kitorang perlu ambil bas dari Hakone-machi ni untuk menuju ke Hakone-Yumoto semula.

Kat sini jugak ade 1 lagi tempat yang orang selalu pergi iaitu Gotemba Premium Outlet. Ini sangat sesuai untuk yang kaki shopping sebab kat sini ada banyak kedai-kedai berjenama dari luar negara.

Kalau dari Gora stn tadi, boleh naik Hakone Tozan Bus untuk ke Gotemba stn. Lepas tu ada free shuttle bas yang akan bawak ke Outlet ni. Perjalanan lebih kurang 45 minit. Tapi me x masukkan dalam itinerary tempat ni sebab kitorang bukan datang untuk shopping!! hehe.. Tapi boleh je nak pergi sekadar window shopping kan..

Premium Outlet syurga si kaki sopping
So trip ke Hakone kitorang dah abes dah hari ni. Sekarang ni just untuk patah balik ke Hakone Yumoto je.
Ada rezeki, & dipanjangkan umur, lain kali datang lagi pi cari Gunung Fuji ni sampai dapat.. hehe..

Hakone-machi ---> Hakone-yumoto


tunggu kat bus stop ni

Sementara tunggu bas untuk ke Hakone-Yumoto, kitorang ke kedai berhampiran dan beli ais krim. Sedap jugak ais krim ni. Macam-macam flavour ada.

Ermm.. sodapp..

X lama lepas tu, bas pun sampai dan kitorang naik mencari tempat duduk masing-masing. Free seat je.. Dudukla mana-mana yang kosong. Masa ni perut masing-masing dah kenyang.  Terlena jugakla sebelum sampai di Hakone-Yumoto. Huhu.. Perjalanan adalah lebih kurang 45 minit.

Perjalanan bagi Hakone Tozan Bus


Bas hakone Tozan ni pun dah termasuk dalam Hakone Free Pass ni tau. Korang just tunjuk je pada driver bas pass yang korang dah beli awal-awal tadi.  Naikla berapa kali pun.

Ni la Hakone Tozan Bus. Percuma je bila korang dah beli pass.

Sampaije di Hakone-yumoto, kitorang turun dari bas dan masuk ke dalam train station untuk menaiki Tozan Train ke Odawara stn.

Hakone-Yumoto Stn

Dekatje perjalanannya macam mula-mula sampai tadi. Di Odawara stn, me & asben ke kaunter untuk reserve seat shinkansen ke Tokyo.

Shinkansen Kodama yang kitorang naik ke Tokyo ni bergerak pada pukul 2.42 ptg. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit.

Tepat pada pukul 3.17 ptg, shinkansen tiba di Tokyo stn. Misi seterusnya adalah kami akan ke Nakamise Street. Street yang terkenal di kalangan pelancong yang ingin membeli barang-barang souvenir untuk dibawa pulang. Kat sini juga ada sebuah temple yang femes iaitu Sensoji Temple.

Gambar dari internet. Sensoji Temple


Tokyo ---> Ueno ---> Asakusa
So, dari Tokyo stn, kitorang ambil JR Yamanote Line menuju ke Ueno stn dahulu. Perjalanan lebih kurang 7 minit je. 

Lepas tu kena tukar pulak naik Metro Ginza Line menuju ke Asakusa stn. Nama pun bukan JR, so kenala beli tiket ye. JR Pass x cover untuk subway dan Metro Line. Tiket Metro dari Ueno ke Asakusa stn adalah 170 yen sehala.

Lepas 4 minit berlalu, train sampai di Asakusa stn. Masa ni jam lebih kurang pukul 3.30 petang. Keluar je exit ni kitorang pun berjalan menuju ke Nakamise Shopping Street ni. Masa sampai ni hari cerah lagi.

Baruje sampai


Ramai jugak orang masa ni

Banyak jugak barang-barang souvenir yang dijual. Tapi macam mana pun market di Korea jugak yang best. Lagi murah barang-barang yang dijual. Ohh rindu pulak nak ke Korea lagi.. hihi.. Boleh shopping2 di Namdaemun Market, Dongdaemun, Myeongdong dan Insadong.

Kitorang berpecah untuk membeli souvenir masing-masing. Cuma pastikan je untuk berkumpul balik kat mana-mana tempat pada sekian-sekian jam. So me & asben mencari apa yang nak dibeli sebagai barangan cenderahati. Kebanyakan barang-barangnya adalah sangat mahal. 1 Fridge magnet pun hampir belasan ringgit

Selipar pun seratus lebih kauuu...huhu

Pedang samurai pon ada

TIPS PENTING : Pastikan jangan terus membeli jika korang dah jumpa barang yang korang berkenan. Survey dahulu di kedai2 lain sebab mengikut pengalaman, barang-barang diorang ni sama je, tapi bila ke kedai yang lain, lain pulak harganya. Jangan terkena yang mahal dahlah.. hehe..

Mula-mula tu pening jugak nak beli barang apa. Lastly kitorang decide untuk beli pen je. Senang, xperlu nak beli barang lain. Ikut kemampuan..hehe.. Tshirt kat sini pun mahal.

Di bahagian hujung street ni ada satu kawasan di mana peniaga-peniaga makanan berniaga macam-macam jenis makanan. Lupa nak capture gambar. Me pernah terbaca mengenai Takoyaki, iaitu makanan Jepun yang berasaskan tepung, dan inti dalamnya sotong kurita.

Cara diorang buat Takoyaki ni.


Takoyaki

Try beli sebab nampak macam sedap je kan. Rupanya x la sedap mana. huhu.. Memang tekak melayu betulla.. hehehe. Asben me pun xmakan sangat. Selalu dia laju je habiskan makanan pape pun.. hihi..
Harga Takoyaki ni 250 yen lebih kurang RM 9.00. Mahal gak kan.. Ada 6 biji kat dalam.

X lama tu hari pun beransur gelap. Masa ni nak dekat-dekat pukul 5.00 petang. Ada lagi yang x habis bershopping. Adik2 me banyak borong fridge magnet. Bila dah kira balik ke duit Malaysia menyesal.. haha..

Hari dah gelap


Puas hati dah dapat barang nak dibeli
Abah bergambar ngan awek jepun..hiihi

Lepas semua dah puas hati membeli belah, lebih kurang pukul 6.30 petang x silap, kitorang pun bergerak keluar dari street ni menuju ke Metro untuk ambil train ke Ueno semula. Macam biasalah kena keluarkan lagi 170 yen untuk tiket. Hanya bayar di mesin je, x perlu ke kaunter.

Seterusnya kitorang akan ke Akihabara. Akihabara ni adalah kawasan di mana banyak kedai-kedai yang menjual barang-barang elektronik.




Masa ni ada yang ke tandas

Dari Ueno stn, kitorang tukar ke JR Yamanote line untuk ke Akihabara stn. 4 minit je perjalanan.

Ueno ---> Akihabara

Keluar je exit dari bangunan train station ni terus boleh nampak area kedai-kedai barang elektronik ni. Memang sesuaila pergi waktu malam. Setiap kedai lip lap lip lap dengan cahaya lampu. Naik juling tengok cahaya lampu.. hehehe...


colours of Akihabara

kereta pun letak sticker

Kitorang just pusing-pusing, masuk dalam kedai, tengok-tengok barang lepas tu keluar. Kalau bertanya pada pekerja kedai nanti diorang ingat kita nak beli pulak kan. hehe..

Jumpa kedai jam je kitorang singgah. Asben me minat sangat dengan jam tangan. Belek sini belek sana lepas tu x jugak beli.. huhu.. Dah balik Malaysia baru fikir menyesal x beli.. huhuhu..

Kedai Jam Tangan


Nak dijadikan cerita, masa ni pulak ada 1 perkara berlaku. huhu. Abah mentua me hilang sekejap. Masing-masing dah cuak mencari. Dekat setengah jam jugak rasanya. X lama lepas tu baru jumpa. Alhamdulillah..Nasib baiklah xde pape berlaku. 

kitorang lepak area kawasan ni je




Jam lebih kurang pukul 8.30 malam. Kitorang pun decide untuk balik ke rumah. Seharian berjalan-jalan harini memang memenatkan.

Akihabara stn ---> Oimachi stn

Dari Akihabara stn, kitorang naik JR Keihintohoku Line menuju ke Oimachi stn. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Masing-masing sempat terlelap masa dalam train.

Sampai je di Oimachi stn seperti biasalah, kitorang beli tiket Tokyu Oimaichi Line untuk menuju ke Kuhombutsu stn.

Kitorang singgah di Q Mart berhampiran rumah dulu untuk membeli barang-barang untuk dimasak sebelum berjalan kaki pulang ke rumah. Malam ni kitorang kena packing barang sebab keesokan hari kitorang kena check out dah.

katil dah menunggu! satu-satunya gambar bilik yang kitorang sempat ambil.. hihi.. Ini bilik geng-geng pompuan tido

Kitorang kena packing siap-siap barang yang hanya perlu dibawa untuk penginapan di 1 lagi tempat di dalam beg kecil sahaja. Sebabnya, beg-beg besar kitorang akan simpan dalam locker di Tokyo stn esok. X perlu la nak angkut semua beg yang berat-berat kan.

Siap-siap makan dan packing barang, kitorang pun masing-masing tidur mengumpul tenaga untuk hari esok.


Ni me nak share beberapa tempat lain yang korang boleh pergi sekiranya datang ke Tokyo.:

1) Tsukiji Fish Market
Salah satu pasar terbesar di Jepun ni. Dibuka dari pukul 9.00 pagi untuk pelawat. Salah satu yang menarik kat sini adalah diadakan bidaan tuna setiap hari pada pukul 5.25 hingga 6.15 pagi tapi diorang cuma limit kan untuk 120 orang pelawat je sehari.


bida tuna
2. Tokyo Skytree
Bolehle tengok pemandangan Tokyo dari menara ni


Tokyo Skytree
3. Tokyo Dome City
Kompleks yang ada theme park, stadium, kedai-kedai dan restoran.


Amusement Park

4. Ueno Park
Kalau musim bunga, cantik sangat tempat ni. Ramai yang berkelah bawah pokok sakura

Ueno Park

5. Tokyo Disneyland / Disneysea
Kali ni punya trip kitorang xde selitkan theme park. Lebih kepada nature,. hehe..

Disneyland

Disneysea
Oklah...Ni antara beberapa tempat yang me boleh suggestkan.

So, ke mana kitorang untuk hari seterusnya? Me akan sambung cerita kitorang untuk hari ke 6 pada entry yang akan datang. Tq for the support..hihihi...

Assalamualaikum..






























Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8