Saturday, May 2, 2020

Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D5

HUSBAND WIFE TRIP TO XINJIANG CHINA
11 Jun 2019

Dah masuk hari ke 5 harini. Masih lagi di minggu kemeriahan Syawal. Dah mula rindukan ketupat lemang dan kuih muih. huhu

Train yang kitorang naiki tiba di Urumqi Railway stn pada pukul 7.00 pagi. Masa ni kitorang dah bersiap-siap awal dah. Subuh pun pukul 5 lebih. Atas sebab faktor ruang, solat atas katil je. Sempat basuh muka dan berus gigi je la kalau tidur dalam train ni. Mandi kita postpone sampai check in hotel nanti. haha

kitorang menakhluk kawasan sebab xde orang book pun katil atas dan bawah

Sesudah train berhenti, dengan menggalas beg kitorang turun menuju ke kaunter tiket. Kena beli tiket train lagi sebabnya kitorang akan meneruskan perjalanan ke Yining pula. Yining ni berdekatan  dengan Bayanbulak Grassland yang kitorang x dapat pergi semalam tu.

Kiranya kitorang ubah haluanla ikut laluan lain. Semalam tu kan x lepas sebab xde transport. Cuma laluan ni jauh sikitla pusing. Kos lebih sikit pada train.

Urumqi ni pulak kitorang akan explore time balik nanti sebab kitorang akan ke Urumqi semula tapi pada penghujung trip nanti.

Kuqa ---> Urumqi ---> Yining

Masa ni dah agak dah, lalu je laluan keluar mesti kena tahan lagi dengan polis yang berjaga kat situ. Confirm! Diorang cek passport dan tulis nama kitorang pada buku. Ok dah, boleh jalan dah.

Sampai di kaunter, kitorang beli terus tiket ke Yining pula pada pukul 8.56 pagi. Settle! So masa yang berbaki ni kitorang guna untuk breakfast, makan bubur nasi yang direndam dalam air panas dan air pulak milo 3in1.

Urumqi Railway stn atau Wulumuqi

ramai orang

bubur nasi dan roti gardenia

Selesai makan, kitorang terus turun ke train platform. Kalini kitorang cuma beli tiket hard seat. Kalau tiket hard seat memang lebih murah berbanding katil, Lagipun perjalanannya x jauh mana.

turun ke train platform

Train bergerak tepat pukul 8.56 pagi. Lenguh sikitla kaki sebab x boleh nak luruskan. Dapat pulak seat berdepan, berlaga dengan kaki orang depan. haha.. Nak kena ngadap muka orang depan pulak. Mujur la family cina yang duduk depan kitorang ni ok.

Urumqi Railway stn ---> Yining Railway stn

ada amoi jual gula-gula siap bagi sample sebijik sorang.

Lama lagi ni nak tunggu train sampai Yining. Sambil tu layan pemandangan luar je la. Kejap-kejap keluarkan kamera klik view sana sini. Pastu family cina yang duduk depan kitorang ajak bersembang. Walaupun sembang macam ayam itik, tapi okla, masing-masing enjoy bergelak ketawa. 

layan view

entahla topik apa yang mencuit hati sangat tu :p

Makin nak dekat sampai ke Yining, view kat luar makin nampak lawaaaa. Kelihatan gunung ganang yang menghijau. Nampak pulak binatang-binatang ternakan meragut rumput. Aduduhhh.. Ni la yang dicari! Barula view summer! 

hijau.. maapler x clear cermin tingkap luar train ni
gunung ganang yang menghijau
cantikkkk. binatang ternakan meragut rumput

Lebih kurang pukul 2.55 petang waktu Xinjiang, train akhirnya tiba di Yining Railway stn. So malam ni kitorang akan stay di mana? Kitorang dah plan semalam yang mana kitorang akan bermalam di area sebuah tasik yang bernama Sayram Lake. Apa ada kat Sayram Lake ni?

Sayram Lake ni adalah sebuah tasik yang terletak 90 km dari Urumqi. Menurut info, Sayram Lake atau Sailimu Lake ni merupakan tasik alpine terbesar di wilayah Xinjiang. Kalau ikut map, kalau ikut jalanraya dari Urumqi, akan tiba di Sayram Lake dulu baru sampai Yining. 

Sayram Lake- gambar google

Urumqi ---> Yining ---> Sayram Lake by road




Urumqi ---> Yining by train

Disebabkan kitorang naik train, so kena la berpatah balik kalau nak ke Sayram Lake dari Yining. Sebabnya Yining je train stn yang paling dekat dengan Sayram Lake ni. So keluar je dari train stn, kitorang terus menaiki bas untuk ke Ili Bus stn. Yining ni nama dia dikenali juga dengan Ili atau Gulja. 

Yining ---> Sayram Lake

Kat Yining ni pun ada airport yang dikenali sebagai Yining Airport. Haritu dah survey kot kot ada flight murah ke kalau dari Kuqa atau Urumqi untuk ke sini, tapi x ada. Sebab tu kena naik train.

Yining Railway stn ---> Ili Bus stn

Setengah jam jugakla perjalanan nak ke bus stn. Naik bas cuma 1yuan seorang je tambang. Risau jugak takut xde bas petang untuk ke Sayram Lake. Sampai je di Ili Bus stn, kitorang terus menuju ke kaunter. Sampai je di kaunter, amoi kaunter pulak pi panggil polis. Agaknya dah memang rules kat mana-mana kat Xinjiang ni, nampak pelik sikit kena panggil polis datang kot. haih!

Dekat 5 minit jugakla police check, soalan yang biasa ditanya adalah nak ke mana lepas ni, nak tidur hotel mana. Tu je la basic.Yang buat lama tu kadang dapat polis terlebih ramah, sembang lebih-lebih. Sembang pun guna translator! haha. Settle beli tiket, kitorang terus menaiki bas yang dah siap menunggu. Mujur ada lagi bas gerak petang-petang ni.

mencari nombor bas

Ili Bus stn

Sebenarnya bas yang kitorang naik ni terus ke Urumqi. Kalau ikut pada jadual bas kat kaunter tadi, xde pun tulis ke Sayram Lake ni. Kiranya nanti kitorang akan diturunkan la kat pertengahan jalan. So sebelum naik tu, kitorang jumpa driver bagitau yang kitorang akan turun di Sailimu Lake. Dia pun ntah paham ke x, angguk je.

So dengan yakinnya kitorang pun naikla bas mencari tempat duduk. X dapat pulak seat depan sebab dah penuh. Lebih kurang pukul 3.50 petang, bas pun bergerak.

dalam bas ke Sayram lake

Ili ---> Sayram Lake

Masa ni x fikir nak tidur dah. Nak layan view je. Sebab dah tertarik dengan keindahan pemandangan sekitar Yining ni. Serius memang cantik. Subhanallah.

maapler gegor
view on the way

Ili bus stn ---> Qingshuihe

Lebih kurang sejam setengah perjalanan, bas singgah ambil penumpang di Qingshuihe Bus stn. Kalau nak tau bas akan melalui kawasan mana, just refer pada apps maps me. Apps ni sangat membantu kalau kita nak tahu location semasa.

singgah ambil penumpang

Dari apa yang me survey, Qingshuihe ni terletak di daerah Huocheng. Huocheng adalah di antara 8 pengeluar terkenal lavender di dunia dan pengeluar lavender terbesar di China. 

Musim lavender adalah pada awal sehingga pertengahan Jun setiap tahun. Kebiasaannya lavender dituai pada penghujung Jun. Time kitorang datang ni memang ngam sangat waktu lavender tengah bloom.

Lepas melalui stesen bas Qinghuihe tadi, kiri kanan jalan dipenuhi dengan ladang tanaman lavender. Cantik betul!

lavender
mahapler gamba kabur, bas gerak laju

Masa ni kitorang x dapatla nak singgah ke ladang-ladang lavender ni. Tapi waktu balik nanti, kitorang akan lalu semula jalan ni. InsyaAllah akan singgah ke sini bergambar dengan si purple nih!

bas teruskan perjalanan

Lepas je dari Qingshuihe tadi, pemandangan semakin indah. Mata disajikan dengan pemandangan kehijauan gunung ganang.

X lama lagi bas akan melalui sebuah jambatan yang dinamakan Guozigou Bridge yang terletak di Guozigou Valley. Jambatan ni terletak di antara laluan yang menghubungkan Urumqi dan Yining.

sungai
indahnya
hijau
cantiknya subhanallah

Qingshuihe ---> Guozigou Bridge

lalu kat bawah Guozigou Bridge

Nak cerita sikit pasal bridge ni, info dapat dari internet, kalau salah mohon betulkan ye. Guozigou Bridge ni dibuka pada tahun 2011 membentuk sebahagian daripada lebuhraya G30 Lianyungang-Khorgas di Huocheng, Xinjiang. Panjang bridge ni adalah 360 meter (1180 ft). 

ade pulak snow capped mountain nun ha

View kat sini memang paling cantik la bagi me daripada setiap view tempat lain yang ada kat area Xinjiang ni. Kawasan dia nampak tenang je. Nanti me akan tunjuk gambar di entry lain masa kitorang dapat singgah kat sini on the way balik semula ke Yining. Yang ni dalam bas kan, view pun dari tingkap bas, x feel sangat. 

ada bunga kuning kecik-kecik kat bukit, cantik

dah sampai atas jambatan

indahnya snow capped mountains

lawaaaa.. tengok dari dalam bas je la

duduk seat belakang, bukak tingkap luas-luas, snap gambar. haha

Subhanallah

hijaunya



cantik kan?

Guozigou Bridge ---> Sayram Lake

X lama selepas melalui Guozigou Bridge, kitorang perasan ada sebuah tasik yang besar kat sebelah kiri. Yeay! Dah sampai Sayram Lake. Kitorang pun masa ni x pasti bas nak turunkan kitorang kat mana. Driver buat rilek je bawak laju. Sambil tu sempat lagi layan view sekeliling, cantik sangat Subhanallah!

lawaaa.. pergunungan berhadapan dengan Sayram Lake

view kiri nampak tasik, view kanan ada pergunungan ni.. Indah memang indah!

Dari permulaan nampak tasik sampai dah nak penghujung tasik, x jugak bas berhenti. Sudahnya terpaksa bangun pergi kat driver, termarah sikit kat driver tu haha, mintak dia berhentikan bas. Yela, tadi dah bagitau awal-awal suruh berhenti kat Sayram Lake. hmm..

Turun je dari bas, bila tengok keliling nampak sayup je Sayram Lake di kejauhan. Haha.. Xkan nak jalan kaki kan. Kitorang pun x pasti kat mana nak bermalam. Masa ni dah pukul 7.00 petang. Dalam pada tu slow-slow jugakla menapak berpatah balik. Nampak je kereta lalu, kitorang tahan.

nampak kawasan macam resort dari kejauhan

menapak

Syukur Alhamdulillah, ada sebijik kereta berhenti, kitorang berjaya hitchhike hampir ke Sayram Lake. Kitorang mintak driver turunkan kitorang berdekatan dengan satu kawasan yang nampak macam resort. 

Kitorang masuk ke kawasan resort ni dan mencari lobby kaunter. Doa-doa kot ada bilik murah bolehla book untuk malam ni. Tapi hampa, sebab harga memang mahal. RM300 ke atas. Tapi ada option yang murah iaitu berkhemah. Sebab diorang ada sediakan khemah kat kawasan lobby. Harga 200 yuan, bolehla.. asal ada tempat nak bermalam.

yang tepi tingkap tu khemah kitorang

simpan beg dulu

Lepas simpan beg dalam khemah, kitorang pun keluar berjalan-jalan sekitar resort ni. Luas jugak kawasan resort ni. Nampak dari jauh pun tau resort mahal. huhu

mungkin sebahagian dari Sayram Lake

cantik pergunungan belakang tu

tempat parking kereta

Tourist Centre

Rupa-rupanya kitorang ada di area Sayram Lake Tourist Centre. X jauh pun dari Sayram Lake. Kitorang sempatla masuk jap tengok-tengok info dalam tourist centre ni. Masa ni jam dah dekat 9.00 malam, tapi masih cerah lagi la hari.

tempat pelancongan di kawasan sekitar

map Sayram Lake

Kitorang singgah kedai runcit beli roti dan air mineral. Boleh buat masak magee malam ni. Kettle air panas dah dapat pinjam dekat kedai runcit area lobi hotel ni.

chef tengah rendam maggi lontong

view depan khemah adalah cermin tingkap.. :p

Untuk malam ni x de aktiviti pun, lepak dekat lobi je la. Nak jalan-jalan kat luar gelap gelita. So apa jadi keesokan hari? Jom ke next entry
























































































































No comments:

Post a Comment

Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8