Monday, March 6, 2017

Trip ke Xian,Beijing,Harbin CHINA(Winter 2017)-D1

CHINA FAMILY TRIP
Assalamualaikum..

Me & family baruje balik dari percutian awesome kitorang ke China.. awesome kerrr.. opkoss..hehehe.. China ni besar kan. Which part of China tu?

Kitorang cuma cover 3 tempat di China iaitu Xian, Beijing & Harbin. Pernah dengar nama tempat Harbin? bestttt... serius best... Bangunan dia ada ciri-ciri Rusia. Korang kena try at least sekali seumur hidup..ecehh :p

Xian , Beijing & Harbin
Percutian kitorang ni adalah seramai 8 orang termasuk parents dan parents in-law. Awal-awal berjinak-jinak dengan trip dulu, geng yang sama ni ke Korea disertai seramai 11 orang termasukla arwah adik me. Sempat kitorang bawak dia jalan-jalan ke Korea satu masa dulu. Selepas pemergian arwah adik, tinggal 10 orang ahli trip. Tahun lepas kitorang ke Jepun, kalau nak baca entry pasal trip Jepun, korang godek2 la dalam blog ni ye..

Trip kali ni, adik me yang baru berkahwin ni, asben dia & sorang lagi adik lelaki me x dapat nak join. Makanya cuma 8 orang je la ahli trip. Trip ni mengambil masa selama 10 hari iaitu bermula 17 hingga 26 Februari 2017.

Kalau ikutkan cuma 8 hari je sebenarnya, sebabnya flight dari KLIA2 ke Xian adalah pada lewat petang manakala flight dari Beijing ke KLIA2 pula pada awal pagi.

Macam biasalah, segala persiapan itinerary, tempahan hotel, train, flight semua diuruskan oleh me sendiri. Senang nak buat bajet sendiri. Kalau ikut travel agent, banyak kos nak kena tambah. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar kat sana, dah selamat pulang ke tanah air pun.. :) Total bajet dan persiapan sebelum, me akan share dalam entry lain hokehhh..

17 Februari 2017

Hari ni adalah hari Jumaat. Flight kitorang ke Xian adalah pada pukul 6.15 petang. Tapi maklumlah, nak gerak dari Cameron Highlands agak jauh, lagipun banyak urusan nak dibuat di KL, so yang mana bekerja kena apply cuti untuk hari ni. Me & asben dah turun malam sebelum dan bermalam di rumah mentua di Mentakab.

Mak, abah & adik me pulak bergerak awal pagi dari Cameron dibawa oleh adik me & asben dia dan terus ke KLIA2. Kitorang yang dari Mentakab ni, menaiki sebiji kereta memuatkan 6 orang termasuk abang ipar me, dan memulakan perjalanan pada pukul 10.30 pagi menuju ke Seri Kembangan.

Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, kitorang tiba di Seri Kembangan untuk menukar duit. Sebelum ni me & asben dah siap2 buat tukaran duit di Masjid Jamek, cuma kali ni ada yang nak bawak duit tambahan. Untuk shopping katanya. hehe.. Alang-alang dah tengah hari, kitorang singgah makan dulu sebelum meneruskan perjalanan ke KLIA2.

tukar duit
singgah makan sekali
Lebih kurang pukul 4.00 petang kitorang dah pun ada di KLIA2. X lama lepas tu, kereta yang sebijik lagi (2 org adik me, adik ipar, mak & abah) pun sampai. Kitorang terus masuk ke dalam airport untuk uruskan segala urusan check in dan drop luggage.

dah sampai
jom masuk dalam airport
beratur untuk check in luggage
Selesai urusan, kitorang pun bersalam peluk cium la dengan adik me yang x dapat nak join ni. Menangis jugakla..huhu..trip sebelum ni dia join. Xde rezeki nak join trip ke China kali ni. Lain kali la pulak join, skali ngan ahli baru, asben dia.. hehehe..

Kitorang pun menapak la menuju ke balai berlepas. P12! Jauh gila. Setiap kali naik flight dari KLIA2 ni, bab nak menapak ni la yang paling rimas. Jauh giler..

jauhhhh
boarding

dah boleh masuk
naik airbus
Lebih kurang pukul 6.30 petang, flight pun berlepas menuju ke Xian Xianyang International Airport.

KLIA2 ----->  Xian Xianyang International Airport

Perjalanan mengambil masa selama 5 jam.  Macam biasala, me x beli seat pun. Tapi susunan yang diberi x la berterabur sangat. Me paling suka seat bahagian belakang, luas sikit sebab 2 seat je sebelah tepi tingkap.

2 seat je tepi tingkap
pemandangan dari dalam flight

Seperti biasa, lepas settle makan, isi arrival & departure card, masa pun dipenuhi dengan aktiviti tidur. :p

isi form
seat bahagian tengah

Tepat pada pukul 11.15 pm, flight pun mendarat di Xian Xianyang International Airport. Kitorang bergegas ke bahagian baggage collection, ambil beg dan berjalan ke pintu keluar.

dah sampai

Kitorang keluar je dari airport dah masuk hari ke 2..:p Oh! dah jejak kaki ke China rupanya. huhuhu..

Okla, jom sambung ke entry hari ke 2..


Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8