Wednesday, March 15, 2017

Trip ke Xian,Beijing,Harbin CHINA(Winter 2017)-D4

CHINA FAMILY TRIP

20 Februari 2017

Plan hari ni sebenarnya kitorang akan ke Badaling Great Wall pada waktu pagi dan terus ke Niujie area pada waktu petang sebelum menaiki train pada waktu malam.

So nak dijadikan cerita, setelah berbincang dengan asben malam sebelum, kitorang nak cancel plan untuk ke Niujie sebab nak check out lewat sikit.

Makanya pagi ni, dalam pukul 9 pagi, kitorang masih lagi memasak untuk breakfast dan bekal. Untuk breakfast, menunya adalah roti sapu tuna. Manakala untuk bawa bekal, kitorang masak nasi putih, sardin dengan likis, telur dadar hancur dan sayur campur tumis.

nampak tu chef tengah masak..:p

Sepanjang kitorang kat China ni, setiap kali nak memasak, kitorang guna sudu je untuk memotong sayur, bawang dan buah-buahan. Terror x? hahaha.. Sebabnya kat sini setiap kali naik train, akan di scan. Kalau ada pisau akan dirampas. Nasib baikla x bawak dari Malaysia.

Antara barang-barang masak yang telah dibawa dari Malaysia adalah segala jenis bawang, garam, gula, ajinamoto, sos cili peket, cili padi, limau nipis, cili boh, popadum & lain2 lagi. X ingat barang apa lagi. Jangan bawak botol kicap pulak, xpasal kena rampas kastam.

Mak la yang banyak sediakan barang-barang ni, baguskan.. Xlupa juga adalah petai! hahaha..ye petai.. petai ni dahlah bawak last minit masa kat airport, selit2 je celah beg. Lepas rupanya..

masak sardin sambil potong bawang untuk telur dadar
Nasi & sayur campur dah siap..mmm.. yummy
telur dadar hancur in the making

Ikutkan dalam bilik hostel ni x boleh memasak, tapi kitorang redah je. Pandai-pandai kemas dah la kan. Memang dah standby bawak electric cooker. Berjasa sungguh electric cooker ni masa di China.. 

Roti untuk breakfast dan bekal

suasana dalam bilik. 
tu diaaa.. dah siap.. senang pack untuk setiap org
jangan suap lagi mak..hehe

Kitorang siap pack untuk 8 orang, senang nak makan nanti. Standby je masuk beg khas untuk makanan dan air minuman. Ada jugak bawak nasi lebih untuk tambah.

Jadi alkisahnya, selepas dah siap2 kemas dan packing, lebih kurang pukul 10.15 pagi barulah check out. Ikutkan dah lambat. Kitorang akan menginap semula di hostel yang sama ni sehari sebelum balik ke Malaysia nanti.

Plan untuk malam nanti kitorang akan naik train malam menuju ke 1 lagi tempat yang terletak agak jauh dari Beijing. Tempat apa? Tungguuuu..

tinggalkan kenangan di hostel
Apeh & Ieyda was here, katanya.. hehe

Kitorang angkut sekali kesemua beg dan berjalan menuju ke subway station. Beg2 ni akan kitorang simpan sementara di left luggage area di Beijing Railway stn. 

berjalan sambil baca itinerary.. baru hari ke4 lunyai dah..haha
Macam biasalah, masuk je subway, kena letak beg untuk discan, xlupa jugak sekali body scan, baru boleh masuk subway stn. Yang bawak beg berat memang penatlah, nak kena letak untuk scan, dan angkat balik.

bag scanner
abah & dayah
turun tangga ke train stn

Dari Dongsi stn, kitorang naik subway line 6 untuk ke Chaoyangmen dan bertukar ke line 2 untuk ke Beijing Railway stn. Perjalanan adalah selama 12 minit.

Dongsi stn -----> Beijing Railway stn
Setibanya di Beijing Railway subway stn, kitorang keluar untuk ke railway station yang terletak bersebelahan. 

Beijing Railway stn
besar jugak bangunannya

Mula-mula nak kena mencari signboard left luggage. Disebabkan tempat ni agak besar, so kitorang decide untuk letak dulu beg-beg kat 1 tempat, so me & asben pergi survey dulu. Lepas dah jumpa baru semua bergerak ke tempat simpan beg.

bergerak ke tempat simpan beg

Kitorang dikenakan harga 175 yuan untuk simpan beg, memang mahal. Tapi terpaksala, nak bercakap dengan diorang pun agak susah. Lepas settle beg, kitorang kena ke kaunter tiket pulak untuk claim tiket train untuk malam nanti.

So, lepas dah standby kesemua passport & pickup number, me & asben masuk ke dalam bangunan kaunter tiket. Yang lain tunggu di tempat beg tadi.

kaunter tiket
english language

Lepas scan beg, kitorang terus menuju ke kaunter tiket dan mencari kaunter no.16 sebab kaunter ni je yang menyediakan english language service.

Urusan tiket pun selesai, tiket train dah dapat, so kitorang keluar mendapatkan ahli family yang lain. 

Lepas ni, kitorang akan ke Badaling Great Wall. Kitorang sempat singgah lagi membeli buah-buahan & abah me pulak beli beg untuk simpan makanan sebabnya beg yang kitorang letak makanan tadi tu hanyalah beg kain bertali. Senang pakai beg galas je kata abah.

strawberry & limau

abah beli beg
Beijing railway stn

Masa ni jam dah pun dekat2 pukul 12 tengahari. Kitorang terus menuju ke subway dan mengambil line 2 menuju ke Jishuitan stn. Ada 8 stop tapi x perlu tukar line, lega. huhu

Beijing Railway stn -----> Jishuitan stn

subway stn

Setibanya di Jishuitan stn, nak kena keluar exit B/C dan berjalan kaki ke Deshengmen bus stn. 

jishuitan stn -----> Deshengmen bus stn

exit Dengshemen
exit
menuju ke bus stn

Kat tepi stn ni ada sebatang sungai yang airnya beku. Suhu masa ni sejuk sangat, ye la sungai pun beku kan. Sempat lagi kitorang berhenti bergambar kat tepi sungai ni.

sungai beku
bergambo dulu
sungai beku..sebeku tangan kitorang..huhu
sebelah hujung tu dah cair

Kitorang pun meneruskan perjalanan mencari bus station, tapi xjumpa2. Ikut jugak signboard bas ke Badaling, pastu tetiba je signboard dah xde.. huhu..

follow signboard ni
jalan lagi
jumpa lagi sungai..sungai atau longkang ntahla..
singgah tandas tapi xde sumber air
berjalan lagi

At last tanya orang, nasib baik lah asben dah siap mintak tolong staff hostel tuliskan perkataan Badaling dalam bahasa cina. Dah silap jalan rupanya. Kitorang kena berpatah balik, x jauh pun, dan seberang jalan untuk ke bas station tu.

tulisan bahasa cina
masjid
tu haa.. bangunan yang tinggi tu

Sebenarnya dekat sangat dengan subway station tadi, tapi jadi jauh sebab kitorang dah tersesat. Lepas dah lintas jalan, sampai la kitorang kat Dengshemen Bus stn tu. Banyak je nampak kelibat bas kat situ..Tapiiiii.......jeng jeng jeng...

bus stn
bus stn

Waktu perjalanan terakhir ke Badaling adalah pada pukul 12.30 tengah hari. adoiiii.. Kitorang sampai masa ni pukul 1.15 petang. Kalau nak ke Badaling kena ambil bas bernombor 877. Bas ke tempat lain ada la.

Kitorang dah terlewat 45 minit. Tu lah padahnya tukar itinerary saat-saat akhir..Kat sini ramai jugak tour guide & teksi yang offer nak bawak kitorang ke sana. Cas mahal pulak tu. Lepas sorang, sorang approach kitorang, semua x dilayan. Kalau harga tu lebih kurang naik bas ok jugak ini berganda2 harganya. 


jadual bas
Nasib baiklah ada plan B iaitu naik subway dan S2 train untuk ke sana. Tapi, memakan masa jugakla. So kitorang terpaksa ikutkan je la. Tapi sebelum tu, kitorang berehat dulu kat area bus station ni, makan roti dan minum air. 

Makanya dari Dengshemen bus station kitorang berjalan kaki semula ke subway Jishuitan. 
Dari subway stn kena ambil line 2 menuju ke Xizhimen dan kena tukar ke line 13 menuju ke Huoying stn. Total masa perjalanan subway adalah selama 35 minit.

Jishuitan stn -----> Huoying stn

Jishuitan stn  -----> Huoying stn (jauh nun kat belah atas map)
jom naik subway balik
dalam subway
tunggu train sampai
ni nak keluar ke exit S2 train
fuhhh jauhnya..
Ikutkan memang penatla kena naik turun train je. Tempat lawatan x sampai-sampai lagi.
Setibanya di Huoying stn, kitorang keluar exit dan nampak train S2 baru je bergerak meninggalkan platform..

kaunter tiket 
S2 train

Ada jugak auntie-auntie kiranya macam guide la yang offer nak bawakkan kitorang ke sana. Tapi harga sangatlah x reasonable. Dalam hati, xpelah tunggu next train..

Rupa-rupanya bila tengok jadual, next train sampai lebih kurang lagi 30 minit. Ikutkan dah terlewat sangat nak ke Badaling. Masa ni dah pun dekat pukul 3 petang. Kalau ambil train pukul 3.30 petang, pukul 4.40 petang baru sampai Badaling. Dah nak gelap dah pun..huhuuu

Sebenarnya, me x survey lebih pasal S2 train ni sebab dah plan nak naik bas. Cuma tau la yang S2 train ni antara option lain untuk ke Badaling. Kalau dah survey awal-awal tentang waktu perjalanan train ni xdela banyak buang masa. huhu

jadual train

Auntie-auntie tadi masih lagi giat berusaha supaya kitorang menerima offer diorang. Kitorang ni cuma pekakkan telinga & buat x tau je. Sampai stress muka diorang.. Haha..

Aduhaiii...masa ni rasa menyesal sangat sebab last minit p tukar itinerary asal. huhuhu.. Benda dah nak jadi kan. Redha je lah..

Akhirnya lepas dah berbincang, kitorang decide untuk balik je ke bandar semula dan cuba gantikan trip ke Badaling ni pada hari lain sebelum balik Malaysia nanti.

Disebabkan kitorang belum lagi menjamah makan tengahari, kitorang decide untuk ke National Stadium, iaitu stadium sarang burung yang kitorang dah pergi malam semalam untuk picnic kat sana. 

Huoying stn -----> Olympic Sport Centre

Dari Huoying stn, kena ambil subway line 8 untuk ke Olympic Sport Centre. Nasib baiklah tak perlu tukar line. Perjalanan adalah selama 22 minit. Kitorang sampai masa ni dah pun pukul 3.50 petang. Perut pun dah berkeroncong dari tadi. 

Exit B

Kali ni kitorang datang, cuaca kat sini cerah je. Selesa sangat la kena cahaya matahari tengah sejuk-sejuk ni. Berbeza sangat dengan malam tadi dengan angin yang bertiup kencang, sejuk mencucuk sampai ke tulang. 

So, lepas dah jumpa port untuk makan, kitorang pun keluarkan segala bekal makanan yang ada. Ni makan petang dah namanya. huhu..

dapat port makan
jom keluarkan apa yang ada
Bismillah
Alhamdulillah
port makan sebelah grocery store
layan  soberi & limau

Lepas makan nasi, kitorang menjamu buah-buahan pulak. Lepas tu masing-masing berehat sekejap. Ada yang ke pusat jualan berhampiran untuk membeli barangan cenderahati, dan ada yang duduk berehat berhampiran.

mak mak saya

abah bergambar berlatar belakangkan stadium

Masa ni kitorang masih belum beli souvenir untuk dibawa pulang. Cuma tengok2 dan survey je dulu. Tanda harga dalam kedai souvenir ni ditulis dalam bahasa indonesia, Owner & pekerjanya nye sendiri pun boleh bercakap bahasa Indonesia.

kedai souvenir & cafe
panda comeii
souvenir murah

TIPS PENTING : Kalau korang nak beli souvenir, disarankanlah datang ke souvenir shop di stadium ni. Fridge magnet dia murah, 10 yuan dapat 4 magnet. Kitorang dah survey dah di tempat lain seperti di Qianmen Street dan Wangfujing tapi xdapat harga semurah di stadium ni. Tapi x pastila kalau ada tempat yang lebih murahkan. Kalau ada korang bolehlah cadangkan di bahagian komen nanti ye..:)

view sekitar
ni adalah security check sebelum nak masuk area stadium
ada portable toilet..tapii.. xde ayor

Hari pun dah nak gelap masa ni. Lebih kurang pukul 6 petang, kitorang pun bergerak menuju ke subway station. Kitorang akan terus ke Beijing Railway stn sebab akan naik train pada pukul 8.30 malam nanti.

Olympic Sport Centre -----> Beijing Railway stn

Makanya dari Olympic Sport Centre ni, kitorang kena naik subway line 8 untuk ke Guloudajie stn sebelum bertukar ke line 2 untuk ke Beijing Railway stn. Perjalanan adalah selama 31 minit.

Olympic Sport Centre -----> Beijing Railway stn
dalam subway

Setelah dicampur masa untuk berjalan keluar ke exit, dan masa untuk lalu security check, sampailah kitorang di Beijing Railway pada pukul 7 malam. 

pintu masuk utama
ticket office
Agenda utama adalah mencari tandas. Opkos la cari tandas yang proper kan. hehehe.. Lepas tu barulah kitorang menuju ke left luggage area untuk ambil beg-beg yang kitorang simpan pagi tadi.

cari tandas dulu
ha tandas ni ok..ada pintu..:)
view sekitar
view seberang dari railway stn

Lepas dah ambil beg, kitorang pun masuk ke bahagian check ticket, sebelum melalui security check. Sangat bersistem train kat China ni. Dah berpuluh-puluh kali scan beg sepanjang berada kat  China ni.

check ticket
laluan untuk ke security check
jom masuk
ada kedai jual nasik campur! hehe

Lepas je dari security check, dah boleh masuk ke dalam Beijing Railway stn ni. Besar jugak kawasan dalam railway stn ni. Disebabkan masih lagi belum waktu untuk naik train, kitorang kena menunggu di waiting room yang telah disediakan. Waiting area ni pun ikut jenis seat tau.

dah siap tulis no train
waiting room
Me book untuk soft seat, so kenala tunggu di waiting room untuk soft seat. Nombor train dah siap terpampang kat pintu masuk. Masa kitorang sampai, kerusi semuanya penuh. Sesak sangat kat dalam waiting room ni. Sistem ni sama je macam naik flight, kiranya balai berlepas la kan.

ha...ramai ke idokk

Kitorang kumpulkan beg di 1 tempat, takut pulak beg hilang sebab orang terlalulah ramai. 1 waiting room ni menempatkan 3 jadual train, tu sebab ramai. X lama lepas tu barula dapat beberapa seat kosong, beri keutamaan pada mak2 & abah2 dulu. 

mak2 dah dapat duduk
Dalam waiting room memang telah disediakan drinking water. Bolehlah topup air minum untuk dalam train nanti kan. Tandas turut disediakan.

drinking water

Lebih kurang pukul 8.00 malam, masing-masing dah beratur. Kitorang pun follow je beratur belakang, dan kena check tiket sekali lagi sebelum masuk ke train platform. 

dah beratur
pintu ke platform
check ticket
Lepas dah masuk train platform, kenala mencari no gerabak. Kitorang follow je seperti yang tertulis pada tiket. Jauh pulak tu. Macam biasalah, me mesti jadi orang yang paling belakang sekali sebab sambil jalan, sambil mengambil gambar. Sampai gegar gambar-gambar yang diambil

ni la train nye
masing-masing mencari 
berjalan lagi
ok jumpa dah no 15

Lepas dah jumpa gerabak yang betul, kitorang pun naik dan mencari tempat duduk masing-masing. Kali ni kitorang kena duduk di kerusi pulak. Haritu perjalanan dari Xian ke Beijing dah try yang katil punya kan. Kena ambil la yang murah sikit kan, kata trip bajet.

mencari seat

Ikutkan kitorang xdapat seat yang duduk berdepan ni, tapi atas budi baik budak-budak cina yang sanggup bertukar tempat dengan kitorang, dapatla duduk berdepan macam ni.

Eh lupa pulak...

Oklah, kemana kitorang sebenarnya ni kan. Kitorang akan ke Harbin. 1 tempat di negara China jugak tapi suhunya adalah dikatakan paling sejuk di antara semua tempat yang ada di China ni. Sehingga boleh mencecah -45 darjah celcius ketika musim sejuk. Ini dari apa yang me baca la.

Ia digelar juga sebagai 'Ice City' sebab setiap tahun akan berlangsung festival Ice & Snow ketika musim sejuk. Dalam map, Harbin ni terletak di bahagian atas kepada Korea Utara dan berdekatan dengan Russia. So bangunan-bangunan kat Harbin ni pun kebanyakannya bercirikan Russia


Harbin

Beijing Railway Stn -----> Harbin

Memang excited nak ke tempat ni. Agenda utama kitorang pun adalah Harbin sebenarnya berbanding Beijing. Kitorang akan berada di Harbin, wilayah Heilongjiang ni selama 4 hari.

Okla, sambung balik kisah dalam train.

Train memulakan perjalanan tepat pada pukul 8.30 malam. Kitorang cuba la buat seselesa mungkin sebabnya perjalanan adalah selama 10 jam 16 mint. ya uolls! 10 jam hokeyyy.. lama sangat. Beg siap-siap letak di rak bahagian atas. Kitorang dah standby selipar untuk dipakai di dalam train. X kan nak peram kaki berkasut sampai 10 jam..huhuhu

luggage rack
Seat boleh diturunkan sedikit untuk tidur, tapi standard la, mesti x selesa jugakla. Barang makanan dan minuman pun kitorang letak di tepi meja je, senang masa nak makan nanti. Kat China ni, kitorang lebihkan makan buah-buahan sebab buah-buahan yang mudah didapati kat sini. Dapatla menampung kalau perut lapar.

epal dan lai
soberi
Kat dalam train ni turut disediakan air panas untuk masak magee ataupun buat air. Tandas konfem la kena ada kan. Train ni akan berhenti cuma 3 kali sahaja di stesen2 besar sebelum tiba di Harbin.


air panas
Kat dalam train ni ada juga dining area, tapi hanya chinese food je la yang disediakan. Sesekali ada train attendant lalu bawak food troley yang menjual pelbagai jenis snack & minuman. Macam dalam flight la kekdahnya. 

snack troley
Okla, sebab ter rajin sikit, kat sini me terangkan serba sedikit tentang jenis train dan jenis seat yang ada di China ni. Kalau salah harap komen semula nanti ye.

Train di China ni ada dua jenis iaitu Bullet Train/High Speed Train dan juga Non Bullet Train. Train ni dapat dibezakan dengan huruf di depan setiap nombor train. Kalau Bullet Train (C,D & G).
Untuk Non Bullet Train pulak (Z, T, K, Y, K, S).

Bullet Train/High Speed Train

bullet train

Dah nama pun high speed train kan, train ni lah yang paling laju untuk ke mana-mana destinasi. Tapi harga paham-paham la, mahal la sikit kan. 

Jenis tempat duduk nya adalah seperti berikut ;

2nd class seat
1st class seat
business class

Ada terbaca 1 lagi iaitu VIP seat, tapi x jumpa gambar.

Jenis katil pulak ;

soft sleeper
luxury soft sleeper
Non Bullet Train/Normal Train

normal train

Train ni adalah train biasa, jadi perjalanan dia agak lama berbanding speed train. Tapi bagi yang nak bajet memang ini menjadi pilihan utama. Nak lagi jimat ambil train malam, dah cut cost untuk hotel kan.

Jenis tempat duduk nya adalah seperti berikut ;

hard seat
soft seat. ( ni yang kitorang book)

Jenis katil pulak ;

hard sleeper
soft sleeper (ni yang kitorang book untuk Xian ke Beijing)
luxury soft sleeper

Terdapat juga standing tiket yang akan dibuka sekiranya tiket habis. Tapi diorang akan hanya dibenarkan di dalam gerabak hard seat. Harga tiket adalah sama macam harga tiket hard seat. Bersesak la macam ikan sardin kalau time tiket habis.

sesak oiii
Ha..gitulah ceritanya..Kalau salah info, harap maaf ye. Train yang kitorang naik ni adalah jenis non bullet train, tapi yang paling cepat sebab huruf depan nya adalah 'Z'. Z ni adalah direct express, yang terus ke destinasi ataupun hanya berhenti di beberapa stesen besar sahaja. Speed dia adalah 160 km/jam.

oklah.. masa untuk tidur..

kita sambung ke entry hari ke 5 ye..


























































































































































































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8