Monday, March 6, 2017

Trip ke Xian,Beijing,Harbin CHINA(Winter 2017)-D3

CHINA FAMILY TRIP

18 Februari 2017
Kejap je dah masuk hari ke 3, seperti yang diceritakan dalam entry hari ke2, kitorang bermalam dalam train. Train dijangka tiba di Beijing West Railway Stn pada pukul 6.58 pagi.

Pagi ni kitorang bangun awal. Subuh di Beijing adalah pada pukul 5.30 pagi. Disebabkan faktor ruang yang terhad, kitorang solat atas katil je.

solat atas katil

Kitorang siap-siapkan breakfast roti dan buat air panas sementara menunggu train tiba di Beijing.

ruang simpan barang

Tepat pada pukul 6.58 pagi, train pun tiba di Beijing West Railway stn. Kitorang dah standby pack barang, terus keluar dari train. Suhu kat Beijing masa ni lebih kurang sama dengan suhu di Xian.

berjalan keluar dari train
dah sampai beijing
ni train yang kitorangnaik. kaler ijo

Kitorang pun berjalan menuju ke Exit north 2. Kat Beijing ni lagila ramai orang. Penuh sangat. Lepas keluar dari railway station ni, kitorang kena ambil subway pulak yang terletak bersebelahan dengan railway stn.

berjalan keluar
ramainye orang

Sesampai je di subway stn, kenala beli tiket dulu. Patutnye just beli smart card je dan topup untuk kegunaan setiap kali masuk. Tapi me & asben boleh xjumpa pulak kat area mane nak beli kad ni. So kitorang decide untuk beli single tiket dulu untuk perjalanan ke hotel.

dah cuba kat mesin, tapi duit asyik keluar balik

Kitorang terus ke kaunter dan menunjukkan tempat nak pergi dalam bahasa cina pada penjual tiket tu.

tunjuk tulisan bahasa cina senang cerita 
dah dapat tiket

Settle dapat tiket, kitorang terus menuju ke line 7 untuk ke Cikiqou sebelum bertukar ke line 5 untuk ke Dongsi. Hotel yang me dah book terletak berdekatan dengan subway Dongsi. Ramai gila orang masa nak naik train ni, masing-masing berebut. Suasana agak berbeza dari Jepun dan Korea yang jauh lebih sopan.

Beijing West Railway stn -----> Dongsi stn

tunggu train
kalau x pasti nak naik sebelah mana, cari next station nya apa
dapat tempat duduk

Perjalanan dari Beijing West ke Dongsi memakan masa lebih kurang setengah jam. Setibanya di Dongsi stn, kitorang terus mencari signboard exit E, iaitu exit yang paling dekat dengan hotel.

mencari exit

Tapi dari keluar train nak ke exit nya pun punyala jauh. Lenguh gak kaki dengan menggalas beg lagi.

dayah dah standby bawak mask tutup mulut
depan lagi
tu dia.. xsampai-sampai lagi exit
turun escalator
jalan lagi
naik escalator pulak
ha...baru keluar exit

Jauh kena berjalan nak ke exit. Kalau dikira, lebih kurang 15 minit jugakla berjalan. Masa ni jam menunjukkan pukul 8.40 pagi. Kat luar station ni ade 1 kedai menjual makanan. Macam roti canai pulak roti yang diorang masak ni. Aduii lapar roti canai masa ni. huhu

Apek ! roti canai 1!
terliur tengok..haha

Kitorang letak beg dulu dan berehat sekejap sambil bergambar. Lepas ni kitorang akan simpan beg di hotel dulu sebabnya masih awal pagi lagi untuk check in. Waktu check in adalah pada pukul 2.00 petang

letak beg dulu
suasana sekitar
abah bergambo

anjing cute macam anak patung

Dah agak ok tu, kitorang pun menggalas beg semula dan berjalan menuju ke hotel. Hotel ni x jauh pun, adala dalam 5-10 minit perjalanan dari subway Dongsi.

Dongsi stn -----> Happy Dragon Hostel

berjalan ke hotel
view sekitar dongsi

entahla gerbang apa
masa ni kitorang dah terlepas jalan, sepatutnya kena masuk kanan dekat pondok telefon tu

Sebenarnya bukan hotel tetapi hostel. Nama hostel ni Happy Dragon, boleh book melalui booking.com atau agoda. Di lobi hotel ni turut dijual mineral water, yang rasanya adalah paling murahlah daripada yang dijual kat kedai-kedai. Cuma 2 yuan je.

Kitorang just tinggalkan beg dulu, x boleh check in lagi. Masing-masing cuma bawa beg kecil berisi makanan je untuk jalan-jalan di sekitar Beijing.

sampai hotel

sambil makan biskut..:p

Masa ni pun jam dah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Kitorang berjalan semula menuju ke subway Dongsi dan menuju ke kaunter tiket untuk bertanya berkenaan smart card. Harga smart card adalah 20 yuan, kalau refund balik masa dah x nak guna nanti dapatla balik 20 yuan ni berserta balance yang tinggal.

Beijing smart card

Cuma perlu topup untuk kegunaan je. Kitorang topup seorang 80 yuan. Senang guna kad je, x payah dah nak beratur beli tiket lagi. Kad ni pun boleh guna untuk naik bas.

TIPS PENTING : Sila lah beli smart card untuk subway di Beijing. Mudah dan cepat. Boleh juga digunakan setiap kali naik bas. Boleh refund semula selepas dah x nak guna.

Kitorang terus mencari line 5 untuk ke Dongdan sebelum bertukar ke line 1 untuk ke Tiannanmen East. Untuk permulaan di Beijing ni, kitorang akan ke Tiananmen Square dan Forbidden City. Masa yang diambil adalah selama 12 minit.

Dongsi stn -----> Tiannanmen East stn

Setibanya di Tiananmen East, iaitu pada pukul 10.20 pagi, kitorang mencari exit untuk ke Tiananmen Square. Keluar je dari exit, kitorang nampak terlalu ramai orang beratur kat bahagian security check. Panjang gila kena beratur. Ikutkan malas dah nak masuk, tapi bila pulak lagi nak pergi kan.

exit D ke Tiananmen Square
tengah berjalan ke belakang barisan
khemah security check
kat sini tempat kitorang line up, jauh lagi nak sampai ke security check
setelah lebih setengah jam

Lebih setengah jam beratur, sampaila kat security check tu. Macam biasala kena scan beg, pastu scan badan baru boleh masuk area Tiananmen ni. Mana-mana tempat pun ada security check ni.

van menjual serba serbi makanan dan minuman
area Tiannanmen square

Untuk ke Forbiden City, kena lalu underpass untuk ke seberang jalan. Besar kawasan ni, penat nak berjalan. Ni belum lagi masuk Forbidden City.

underpass
yang ni adalah Tiananmen Tower

Sebelum ke Forbidden City, akan lalu Tiananmen Tower. Ada gambar Maozedong (seperti yg dibaca). Ramai sangat orang masa ni. Kebetulan pulak masa ni ada ambulance masuk dalam ni sebab katanya ada orang pengsan. 

masuk ke dalam
ambulance mari
Kat dalam ni la tempat untuk beli tiket sebelum masuk ke Forbidden City. Memandangkan penuh sangat orang beratur kat kaunter, kitorang decide untuk x nak masuk.

Nak beratur beli tiket pun macam ambil masa lama. Kitorang mencari tempat duduk untuk berehat sekejap sambil melihat gelagat orang ramai.

map forbidden city
penuh
entrance Forbidden City

X lama lepas tu, kitorang pun mencari exit untuk keluar dari tempat ni. Ada kedai yang menyediakan khidmat sewa baju, dan kedai-kedai souvenir di kiri kanan jalan. Kitorang berjalan di tepi sebuah tasik yang agak x terjaga, banyak sampah terapung.



sewa baju. rasenye la
tepi tasik
eee.. kotor
senyumm

Keluar je dari area tasik ni, terus lalu tepi jalan raya berpatah balik menuju ke Tiananmen Square. Banyak kedai-kedai kat tepi jalan yang kebanyakannya menjual souvenir. Tandas pun ada disediakan, tapi sebatu jauhnya dah berbau hancing.. hahaha.. X lalu nak masuk. Banyak kali adik2 & mak2 try masuk tapi x jadi, ade yang x berpintu lagi tu.. aiyooo..

TIPS PENTING ; kalau ke China, bawakla botol kosong dan wet tissue untuk kegunaan di tandas, sama je macam tandas di Jepun & Korea, x berpili. Tapi kat China ni lagila, x berpintu pun ade.. Standbyla payungke, kain batik ke at least untuk menutup apa yang xpatut. hahaha


ni contoh! mampu ke? hahaha

ikut laluan ni
banyak jual kat China ni
berkepit tangan mak2 & abah2.. sweet kann :)

Kitorang berjalan menuju semula ke subway Tiananmen East. Dah siap plan sebenarnya, kitorang akan berpecah, me & asben akan ke area Niujie iaitu area muslim untuk membeli barang masak, manakala ditugaskan kepada adik & adik ipar untuk bawa mak2 & abah2 balik semula ke hotel untuk berehat. Risau jugak sebenarnya, Alhamdulillah ok..

naik subway 
Dari sini ahli family yang lain kena ambil subway line seperti kitorang mula-mula datang tadi iaitu line 1 menuju ke Dongdan dan bertukar ke line 5 untuk ke Dongsi stn, dan berjalan kaki balik ke hostel.

Tiananmen East stn -----> Dongsi stn

Me & asben pula mengambil line 1 tetapi berlawanan arah menuju ke Fuxingmen stn. Kemudian kitorang tukar pula ke line 2 menuju ke Changchunjie stn. Masa ni mampu berdoa je semoga ahli keluarga yang lain selamat sampai hotel.

Tiananmen East stn -----> Changchunjie stn
laluan ke exit
keluar exit
map
Setibanya di Changchunjie stn, me & asben keluar melalui exit A2, dan mencari bus stop bernombor 10. Mula-mula tu jenuh jugakla mencari bus stop sebab berada kat simpang empat. Banyak bus stop. Last-last jumpa jugak.

ke hulu ke hilir mencari bus stop..:p
at last jumpa jugak
bergambo dulu..hehe

Nampak je bas nombor 10, cepat-cepat kitorang beratur. Kat sini diorang main rebut je naik. Tambang bas just pakai kad. Touch masa naik & touch semula masa nak turun.

Changchunjie -----> Muslim Supermarket

dalam bas

Dalam bas dah siap ada announce setiap stop dalam bahasa cina dan juga bahasa Inggeris. Masa bas berhenti di stop yang ke 3, ada announce Niujie. Kitorang pun touch kad dan turun. Turun je dari bas dah nampak bangunan Niujie Muslim Supermarket.

pintu masuk supermarket

Kitorang berdua pun masuk ke dalam untuk membeli barang untuk memasak. Dalam itinerary untuk keesokan hari, me masukkan jugak untuk ke sini. Kiranya kitorang datang untuk survey dulula sebab kena naik bas, takut sesat, tu yang pergi survey dulu.

bahagian kaunter

Kat dalam supermarket ni dijual pelbagai barangan, macam kat Tesco pulak rasanya. Barang basah seperti ikan, daging dan sayur pun ada. 

air botol
sayur-mayur
buah

Antara barang-barang yang kitorang beli kat sini adalah minyak, telur, sayur kobis, kobis bunga, carrot, kacang peas, roti dan strawberry. Roti kat sini memang ada tanda halal, so mudahlah nak buat stok makanan, belije banyak-banyak. 


Kitorang terus ke kaunter untuk membuat bayaran. Masa ni kejar masa jugakla sebab nak balik hotel untuk berehat. Lepas dah settle, kitorang keluar dari supermarket dan menyeberang jalan untuk menaiki bas balik semula ke Changchunjie stn. Sambil menunggu bas, kitorang makan roti dan strawberry yang dah  dibeli.


Bila bas sampai, kitorang pun naik dan mencari tempat duduk. Sama jugak macam masa pergi tadi, kitorang turun untuk stop yang ke 3 dan masuk semula underpass exit B1/B2 untuk mengambil subway.

Changchunjie stn -----> dongsi stn

Line yang perlu diambil adalah line 2 menuju ke Chongwenmen kemudian bertukar ke line 5 menuju ke Dongsi stn. Perjalanan memakan masa lebih kurang 18 minit. 

Tapi.. tapi.. dan tapi...... perlu diingatkan ye..ni untuk masa train je, masa untuk berjalan kaki otw nak tukar line tu x dikira lagi..masa untuk otw ke exit lagi.. haha.. jauhhh... setiap kali bertukar line memang kena jalan jauh. 

Respect kat mak2 & abah2 yang larat jugak berjalan menempuh train2 kat China ni..semoga diberi umur yang panjang dan kesihatan yang lebih buat mereka. Aminn InsyaAllah..

standby penutup hidung untuk bau-bau yang xperlu sedut masa dalam train nanti.. :p
berjalan ke hostel membawa bekalan makanan

Sampai je di Dongsi stn, kitorang pun keluar dan menapak ke hostel. Masa ni lebih kurang pukul 4.30 petang. Alhamdulillah yang lain dah siap check in dan sampai seawal 2.30 petang. Sempat rehat dah masing-masing. Nasi dah siap dimasak, cuma perlu masak laukje.

Lepas dah siap makan, masing-masing berehat sebelum bersiap untuk keluar lewat petang nanti. Sepatutnya bilik yang me dah book adalah 3 bilik, tapi pihak hotel dapat sediakan 2 bilik je. Selesa jugaklah untuk berehat, Alhamdulillah. 

Lebih kurang pada pukul 6.00 petang, kitorang bersiap-siap untuk keluar berjalan-jalan di sekitar Beijing. Masa keluar ni, hari pun dah nak gelap. Waktu Maghrib di Beijing adalah pada pukul 5.55 petang.

bergambo depan hostel

Dari Dongsi stn kitorang kena naik subway line 5 menuju ke Dongdan stn. Kemudian kena tukar ke line 2 untuk ke Wangfujing stn.

Dongsi stn -----> Wangfujing stn
Mula-mula kitorang akan ke Wangfujing Street, dimana dijual pelbagai makanan eksotik seperti kala jengking dan ulat2...eeeeeee...yekkkkk.. tetiba macam terhidu bau-bauan tu..huhuhu

Keluar dari Wangfujing stn kena jalan la sikit sebelum sampai kat street food tu.

area Wangfujing
bergambo dulu
bunga bunga plastik
lapo ayam kfc
dah sampai entrance

Sebelum nak masuk area street food ni, dah siap pesan kat family supaya bawak penutup hidung masing-masing. huhu.. Masuk je area ni, bau toksah cakap la.. meloyakan tekak sebenarnya.. hahaha.. serius cakap, bau benda bergoreng. eee... 

ntah daging ape..vavi kot
ha tu diaaa
kasi zoom sikit..eee geli tengkuk..haha
ramai gak orang
buah berangan pun ade

Lepas snap snap gambar sepintas lalu terus jalan cepat-cepat ke bahagian lain. Kitorang masuk area macam kedai kopi, kat tengah-tengah ada 1 pentas kecil, ada si tepung gomak tengah menari..

kedai kopi gamaknya
tengah menari

Di sudut sebelah lain pulak, ada jual barang souvenir seperti magnet, gelang dan pelbagai lagi. Masa ni, asben, mentua & adik ipar nak tunggu kat luar sebab abah mentua x berapa sihat. Tinggal la kitorang berempat kat area souvenir ni.

Adik me sempat la membeli fridge magnet & gelang. Cantik jugak gelang tangan yang dijual. Suasana kat area ni x ubah macam di Nakamise shopping street di Jepun. 

kedai souvenir
lorong kecil
banyak barang seramik
bergambo ngan tokey souvenir

Dah settle membeli, kitorang keluar mendapatkan ahli family yang lain sebelum bergerak semula menuju ke subway stn. Masa ni jam dah pun pukul 7.50 malam.

lighting flower
Sesampai je di subway stn, kitorang kena ambil subway line 1 untuk ke Dongdan semula, kemudian line 5 untuk ke Dongsi stn. Tapi kitorang x balik hostel lagi. Agenda seterusnya adalah untuk ke Olympic Stadium of Beijing atau dikenali juga sebagai stadium sarang burung.

ni kalau tengok kat beijing subway apps
TIPS PENTING : nak lebih mudah, better download apps Beijing Subway, senang jugak sebenarnya. Dah siap bagitau laluan, tempoh masa dan harga tiket.

Wangfujing stn -----> Olympic Sport Centre
kalau masuk train memang wajib pakai penutup hidung.. :p

Dari Dongsi stn, kena tukar line 6 pulak untuk ke Nanluoguxiang stn sebelum bertukar ke line 8 menuju ke Olympic Sport Centre stn. Lama jugak dalam train, lebih kurang setengah jam perjalanan. Banyak bertukar line tu yang penat sebenarnya.

menunggu train di Nanluoguxiang stn
kat dalam subway

Kitorang tiba di Olympic Sport Centre stn lebih kurang pukul 9.00 malam, terus mencari exit B1 atau B2 untuk ke National Stadium. 

Map area stadium
sign exit
Keluar je dari exit, terus rasa sejuk yang amat sangat. Kuat sangat angin masa ni, tambahan pulak kawasannya sangat luas. Memang saja nak pergi tempat ni waktu malam sebab nak tengok cahaya lampu menyinari bangunan stadium.

Lawa stadium ni, tapi kebanyakan gambar kitorang kat sini gegar, masing--masing beku tangan agaknya nak ambil gambar. Berdepan dengan stadium ni pula adalah Aquatic Centre, bangunan ni pun cantik.

gambar gegar
gegar lagi
Aquatic centre
hok ni ok sikit x gegar

Disebabkan  angin kuat yang buat kitorang sejuk teramat, lepas bergambar kitorang terus pakat nak balik hostel. Adala lebih kurang setengah jam lepak kat area ni. Masing-masing bergerak ke subway stn. Masa ni lebih kurang pukul 9.45 malam.

Dari Olympic Sport Centre stn ni kena ambil line 8 semula untuk ke Nanluoguxiang stn dan bertukar line pula ke line 6 menuju ke Dongsi stn. Perjalanan train adalah selama 20 minit.

Olympic Sport Centre stn -----> Dongsi stn. 

Setibanya di Dongsi stn, macam biasalah kena berjalan kaki lebih kurang 5-10 minit ke hostel. Sampai di hostel, kitorang masak pula untuk makan malam. Menunya adalah tomyam sayur. Dimakan dengan sambal tumis dan sambal tempe.


jemput makan
bismillah
orang atas tu dah standby nak tido

Lepas makan, persiapkan diri, masing-masing tidur dan merehatkan badan untuk hari esok.

Kemanakah kitorang esok? Nantikan di entry hari ke 4.. Night....Assalamualaikum



















































































































































































































































































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8